Mutiara Kata

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan".

Mutiara Kata

"Rezeki... ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha dan tawakkal".

Mutiara Kata

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

Mutiara Kata

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya".

Mutiara Kata

"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman".

Rabu, 20 Februari 2013

Membaca 1/3 al-Quran dalam 5 Saat

Assalamualaikum WBT,

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang

Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Rasulullah SAW bersabda "Adakah seseorang di antara kamu yang tidak mampu membaca 1/3 al-Quran setiap malam?".

Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah,"Apakah ada di antara kami yang mampu melakukan itu ya Rasulullah?"

Lalu Rasulullah bersabda, "Allah al-Wahid al-Shomad atau surah al-Ikhlas itu sama dengan 1/3 al-Quran." (HR Bukhari)

Subhanallah, betapa mudah mendapat kebaikan. Namun janganlah kita mengambil kemudahan yang sedikit itu untuk meninggalkan yang lebih banyak.

Sumber: Amalan-amalan Mudah Membawa Ke Syurga.

Isnin, 4 Februari 2013

7 Cara Mengatasi MALAS

Assalamualaikum WBT,

Malas adalah suatu perasaan di mana seseorang akan enggan melakukan sesuatu kerana dalam fikirannya sudah memiliki penilaian negatif atau tidak adanya keinginan untuk melakukan hal tersebut.

7 Cara Mengatas M.A.L.A.S

Pertama : Doa dan perbanyakkan doa



Kedua : Ingat sasaran dan matlamat diri

 

 Ketiga : Banyak membaca bahan motivasi
 
 

Keempat : Susun dan mudahkan jadual anda



Kelima : Rehat dan tidur yang cukup

 Keenam :  Bersenam dan beriadah


Ketujuh : Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.