Isnin, 26 September 2011

Khasiat Barli dan Tips Memutihkan Wajah Menggunakan Barli

 Assalamualaikum W.B.T,

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.


Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber,  vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.



Tips memutihkan wajah menggunakan barli. 

Bahan yang anda perlukan:  Barli, jus limau nipis dan air masak.

Caranya:
1)     Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak.
2)     Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat.
3)     Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak.
4)     Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur. Amalkan selama seminggu untuk melihat hasilnya.

Barli sedap dan berkhasiat. Amalkan barli dalam kehidupan kita. Anda suka barli tak?

20 comments:

  1. yang saya tau ni barli menyejukkan badan :)

    BalasPadam
  2. informasi yg berguna..thank kpd tuan blog...

    BalasPadam
  3. Salam...info penting utk penjagaan kesihatan. Nak try minum air barli + limau barli hehe

    BalasPadam
  4. salam..info yg sgt baik utk kesihatan diri..:) nice entry :)

    BalasPadam
  5. wah...boleh cuba ni. hehehe...tapik aduh tolong tumbukkan barli tersebut.kehkeh....

    BalasPadam
  6. nice info... ataicha dulu suka minum.. sekarang sebab sukar nak dapat.. tu yang selalu lupa nak order...

    cuma fact kencing manis tu... kalau bali tu kedai tu letak air gula.. still ada kemungkinna gak kan?? hehehehe

    BalasPadam
  7. tq!petua yang berguna..bleh cuba ni..=)

    BalasPadam
  8. huhuhu.. ak dah redo dgn kulit sawo matang ak nieh.. huhuhu anyway thx..=)

    BalasPadam
  9. Dila tertarik dengan petua barli awak..thanks..

    BalasPadam
  10. dah tgk khasiat barli nih..nk kena minum bebanyak nih..

    BalasPadam
  11. terima kasih..info yg sgt berguna...:)

    BalasPadam
  12. thnks info yg berguna utk produk inovasi sya.. (",)

    BalasPadam
  13. sudah lama saya amalknya bijiran ney ,bahkan setiap hari, paling-paling pun dua gelas barli hehehe banyak kahsiatnya, sebagai perkongsian

    BalasPadam
  14. Mencari Penapis Air MURAH dan Berkualiti?

    Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
    1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
    2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
    3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
    4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
    5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)

    HARGA bermula dr RM699

    KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE

    http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/

    Hubungi:
    0178895990 atau click http://bio.wasap.my

    BalasPadam