Followers

Showing posts with label Masakan Ku. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ku. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Salam Ramadhan ke 21

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa  untuk hari ke 21 ye..semoga Allah s.w.t. terus memberikan kita kesabaran dan kekuatan menghabiskan baki Ramadhan yang tinggal  8 hari saja lagi sebelum kita semua menyambut hari kemenangan,  1 Syawal yang mulia dan dinantikan kita semua.

Malam -malam terakhir ni, mesti semua masjid atau surau kat tempat kita masing-masing berlumba-lumba untuk memperbanyakan aktiviti bagi mengejar malam lailatul qadar. Surau kat tempat saya, setiap malam bermula malam ke 20  diadakan qiamulail. Jemaah akan bermalam kat surau tu ....Along dengan kawan baiknya, Akif pun ikut sekali.

Pukul 5.30 pagi Along akan balik dan terus tiduq. Makan sahurpun tak mau sebab mengantuk sangat..Pukul 6.30 saya akan kejutkan dia balik untuk kesekolah pulak...
 
Hari ni nak kongsi hidangan berbuka hari ahad hari tu.
Pajeri rebung dengan udang, masak lemak cili padi pisang hasil air tangan emak, kari ikan nyok-nyok, sup tulang, sambal tumis telur, daging dendeng, kerabu mempelam dengan sotong dan sambal kicap.
 Kerabu mempelam dengan sotong (pilihan Umi)
 Sup Tulang (pilihan Ayah)
 Daging Dendeng.(pilihan Kakak Ainaa)
Nampak macam berminyak sikitkan..untuk makanan berdaging, selalunya saya akan masukkan sedikit minyak zaitun.
 Pajeri rebung dengan udang.
Kebetulan balik kampung hari sabtu ada rebung madu, saya masaklah pajeri rebung.

Untuk Along  pulak , setiap hari kena ada sambal tumis..tak kiralah sambal apapun..untuk berbuka kali ini, saya masak sambal tumis telur aja. Papadom pun kena ada hari-hari untuk penambah seleranya. 

Cukuplah rasanya ye buat kali ini,
Semoga berjumpa lagi.
Wassalam.


Thursday, June 6, 2013

Salam Jumaat..

Assalamualaikum.
Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah ini...

Cuti persekolah pun dah nak habiskan. Sekejab saja dua minggu  berlalu.Bagi kami kat Kedah , hari Ahad ni, sekolah dah nak dibuka semula. Hari ni, saya dah ingatkan anak-anak supaya basuh kasut sekolah yang dah dua minggu ditinggalkan tu..kalau tak diingatkan, alamat masing-masing pi sekolah dengan kasut yang "berwarna-warni" le...

Cuti sekolah ni, hanya hari Rabu (5hb)  baru saya berkesempatan bawa anak-anak jalan-jalan sempena cuti Israk-Mikraj pada 06 Jun..tak jauh pun kami pergi, hanya kat Penang saja . Nasib baik ada bilik kosong lagi untuk disewa walaupun musim cuti sekolah ni. Kat Penang, memang sesak dengan orang ramai yang bercuti sempena cuti sekolah.
Kami menginap kat Sri Sayang Apartmen, Batu Feringgi. Sewanya pun murah aja dan selesalah buat kami 5 beranak dan emak sebab ada dua bilik tidur.
Paling utama mesti ada kolam renang sebab itulah tujuan utama anak-anak saya.
Depa ni memang hantu kolam semua...he..he...
(Gambar makan-makan ,jalan-jalan tak banyak kali ni sebab saya memang tak ada mood nak ambik gambaq, harapkan anak-anak, memang tak le....he..he..)
 selepas makan malam kat restoran berhampiran, kami ronda-ronda  uptown Batu Feringgi .
 Anak-anak saya dapatlah jugak sorang satu barangan yang diinginkan. Dan saya pastikan harganya semua mesti sama barulah adilkan...he..he..
 
Saya sebenarnya malas nak kemana-mana sebab seminggu dua ni memang saya sibuk dengan urusan majlis pertunangan anak saudara pada minggu depan, tapi kesian pada Kakak Ainaa sebab cuti sekolah ni hanya duduk kat rumah saja. Adik Aishaa hari tu dah jalan-jalan pusing KL dengan mama dia....bila balik cerita pada si kakak pergi i-City , walaupun dah pernah ke i-City, rasa cemburu tu tetap ada....Along aja yang tak banyak karenah...mungkin sebab dia anak sulung dan dah besaq.

Sesak jugak jalan atas jambatan hari tu


Dari kejauhan kita boleh nampak Jambatan kedua.

Hari ni pagi-pagi lagi selepas mengemas rumah, saya dah masuk dapur memasak makanan tengahari sebab pukul 11.00 pagi saya ada temujanji dengan Caterer yang akan menyediakan hidangan untuk Majlis Pertunangan anak saudara saya (Kakak saya menyerahkan urusan  penyediaan makanan pada saya) Jadi sebelum pukul 11.00 pagi, semua hidangan sudah siap dimasak. Saya tak ke pasar pun ,  habiskan stok dalam peti sejuk saja.
Saya masak awal sebab Cik Abang saya akan balik makan tengahari dulu sebelum Solat Jumaat.
Kalau dia balik, makanan tak ada atas meja, kesiannnn diakan..he..he..
dah le penat-penat cari duit untuk anak-isteri...:)

 Saya tengok ada kentang dan lobak merah lebihan buat sup hari tu, saya pun gorenglah dengan udang.
Campak-campak apa yang patut, siapppp...
 Ayam masak madu ni mesti ada untuk anak-anak buat pembuka selera. 
Saya masukkan 1 senduk cili kisar, masak sampai naik minyak, masukkan 2 sudu besar sos cili, dua sudu besar gula, dua sudu kicap dan dua sudu madu. Masukkan ayam yang telah digoreng. Gaulkan sampai sebati. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat, daun bawang dan cili hidup.... siappppp
 Kari ikan kembong ni untuk Cik Abang.
Cik Abang saya hantu kari. Sebab tu mesti ada kari walaupun ikannya hanya ikan kembong.

 Cik Abang saya kalau makan nasi mesti ada sambal belacan dan ulam-ulaman.

Saya masakkan jugak Cik Abang sedikit Sup sayur ni. Dia suka makan nasi sambil hirup kuah sup...:)


Inilah hidangan saya untuk tengahari ini.
Tunggu Cik Abang saya balik makan saja ni.

Kat Kedah la ni memang cuaca sangat panas. Tengok cuaca kat luaq tu , rasa macam nak hujan.
Minta-mintalah cuaca redup macam tu saja sebab  pukul 3.00 petang nanti, saya akan keluar nak pi Pekan SP , nak beli langsir untuk rumah Mak Mentua. 
Semoga urusan saya akan dipermudahkan.

Cukuplah ye untuk kali ini.
Insyaallah, ada masa, kita berjumpa lagi disini. 
Sekian.Wassalam.
 

Monday, May 27, 2013

Jom Makan....




                                        Rasanya dah lama ye saya tak buat N3 masakan. Sebagai modal N3 baru,  saya masukkan cerita  petang semalam.   Balik kerja petang semalam, anak-anak sibuk suruh sediakan minum petang. Selalunya waktu petang macam ni, Along dan Kakak Ainaa masih sibuk dengan aktiviti sukan kat sekolah. Bila dok kat rumah cuti sekolah macam ni, mulut masing-masing   memang tak berhenti nak mengunyah dari pagi sampailah kemalam...he..he..


 Selesai solat, saya terus ke dapuq. Keluarkan Sardin sebab Along cakap nak makan Roti Sardin kesukaannya. Sayapun buatlah sambal sardin  mengikut selera anak-anak iaitu campuran rasa manis, pedas dan sedikit masam. Baru sedap nak didicicah dengan roti. He..he.. 



















































































































Lebihan kek coklat yang saya buat untuk bekal Adik Aishaa dan emak ke Kuala Lumpur, saya potongkan jugak. Saya juga goreng sedikit bebola ketam dan kentang goreng. Dalam masa tak sampai 30 minit, semua hidangan kat atas habis dimakan oleh anak-anak dannnnnnnn uminya..he..he..

Masa ni Cik Abang masih belum balik kerja lagi.

 

Inilah rupa sambal sardin saya.

Ikan sardin tu saya lecekkan sebab tu rupa dia macam tu...:)


Ini pulak  hadiah yang saya terima dari Blog NABIHAH SEJUTA RASA kerana menjadi follower yang ke 400. Memang tak sangka dan mungkin tertulis rezeki untuk sayakan. Masa saya folo hari tu, saya tak tahupun ada peraduan Pencarian follower ke 400.  Buat Nabihah..terima kasih ye....

Sekian untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi ye.

Wassalam

Thursday, March 21, 2013

Resepi Ayam Paprik cara saya...:)

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Hari ni, pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan berita perginya seorang rakan satu jabatan ke Rahmatullah. Arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Saya terima panggilan dari kakak satu jabatan dalam pukul 5.50 pagi dan suruh saya maklumkan pada rakan-rakan pejabat saya yang lain .
Dalam pukul 6.30 pagi saya dah sampai ke hospital bersama-sama dengan kakak bekas kakitangan pejabat kami yang mengenali Arwah.
Masa kami sampai, dah ramai ahli keluarga dan rakan-rakan berada di sana.
Kami seterusnya bersama-sama Van jenazah terus ke rumah arwah di Taman Merpati, Sungai Lalang, Kedah. Arwah akan dimandikan dirumahnya sebelum dibawa balik 
ke  kampung halamannya di Kodiang, Kedah untuk disemadikan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Semalam Cik Abang saya pula buat sedikit pembedahan kecil pada bahagian pinggangnya yang selalu sakit. Macam ada ketulan kat situ. Pembedahan tu buat kat Klinik saja. Saya tengok bekas jahitan tu, rasa ngilu jugak...tapi Cik Abang saya, macam tu jugaklah, tetapppp sibuk ....doktor suruh berehat pun tak mau....hari ni pegi jugak kerja...alah saya tahulah tu, dia takut saya tak benarkan dia main badminton malam ni le tu...

Balik saja dari hospital, saya terus ke pasar .
Beli sikit saja barangan sebab cadang tu nak masak yang simple2 saja hari ni. 
Dalam pukul 10.00 pagi saya perlu ke Homestay sebab ada orang nak masuk homestay hari ni.
Pukul 4.00 petang pulak saya akan hantar Along pi tuision dan terus kerumah jiran yang akan melangsungkan perkahwinan anaknya esok untuk kerja-kerja rewang . Pukul 6 nanti jemput Along balik pulak.

Esok saja saya ada 4 jemputan kahwin...tapi rasa saya, hanya 2 aja yang boleh saya pergi sebab petang esok jugak ada mesyuarat Persatuan Badminton Melayu Kedah di rumah saya pada pukul 4.00 petang...Adoi!!! saya nak kena masak lagi tu...rasanya saya akan masak yang senang-senang saja sebab yang nak buat kerjanya saya sorang...:)

 Hari ni saya cuba masak masakan ni. Ayam masak paprik
Main hentam saja resepinya..ha..ha..
 Ini pulak ulam lobak merah dan tauhu goreng. Tauhu pun sedap tau makan dengan sambal belacan...cubalah...:)
 Sayur taugeh dengan tauhu
 Gulai ikan kembong dengan bendi. saya tak letak santan pun.
Dan ayam goreng KFC untuk anak-anak. Tinggal ini saja, yang lain dah habis anak-anak saya makan...sekali goreng, habissss...kali kedua goreng pun habisss...he..he..

Disini saya serta resepi masakan paprik cara saya.

Bahan-bahannya:-
2 ketul isi ayam bahagian dada - dipotong kecil
4 Ulas bawang merah - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris halus
1 batang serai - dititik
1 senduk cili kering yg telah dikisar dengan bawang
1/2 biji Lobak merah yang dipotong memanjang
4 batang Kacang panjang dipotong dalam 2 inci 
2 biji tomato dibelah empat
Bunga kobis dipotong kecil
6 biji Cili padi yang dibelah dua
5 helai daun limau purut  
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar yang dipotong bulat 
1 batang cili besar dipotong  bulat

Cara memasak.

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan serai.
2. Biarkan sampai bawang kekuningan.
3. Masukkan cili kisar. Masukkan cili api. Kacau sampai cili itu masak.
4. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai  ayam agak masak.
5. Masukkan  sos tiram, cili sos, gula dan garam - ikut rasa ye.
6. Masukkan lobak merah dan bunga kobis. kemudian barulah dimasukkan kacang panjang.
7. kacau sampai masak sebelum dimasukkan daun limau purut, hirisan bawang besar dan cili 
    besar tadi. 
8. Angkat dan hidangkan.

Sekian. Semoga berjumpa lagi ye.
Wassalam.

Monday, March 11, 2013

Resepi ketam masak lemak cili api cara saya...

Assalamualaikum 
dan selamat tengahari semua.
 Sudah makan ke?...saya baru saja mengenyangkan perut ni dengan sekeping roti Gardenia dan seketul ayam...Wpun tak makan nasi tapi perut saya rasa kenyang sangat bila roti tu kembang dalam perut saya ni, tambahan pulak saya sulamkan dengan segelas besaq ayaq..he..he..

Hari Jumaat dan Sabtu baru ni, memang saya sibuk sikit kat rumah.  Seperti biasa , hari Jumaat, pagi-pagi selepas Cik Abang pi kerja, saya menyelesaikan urusan mengemas dan membasuh , lepas tu diteruskan dengan aktiviti memasak makan tengahari pulak. Petang tu jugak Cik Abang suruh saya masak Laksa Lemak, katanya teringin nak makan.Hari Sabtu pulak, saudara mara saya datang makan tengahari kat rumah. Memang sibuk la dok melayan depa semua. Nak update blogpun tak sempat wpun saya sempat tangkap gambaq masakan pada hari Jumaat tu. 
Jadi saya masukkan jugaklah gambaq masakan tu sebagai modal  N3 saya buat hari ni...:)
Hari Jumaat tu saya masak ketam masak lemak cili api
Dah lama tak masak ketam , jadi anak-anak saya meratah sampai habis (saya kurang gemar ketam sebab susah nak makan..:)
 Asam Pedas Tumis Ikan kembong
Saya masak agak cair sikit tapi rasanya agak pedas .
Asam pedas ni untuk Cik Abang saya.
 Seperti biasa, sambal tumis mesti ada buat anak-anak
kalau tak ada sambal tumis, Along memang tak makan nasi le
 Sedikit sayur campuq
Ulam Pucuk Janggus dengan sambal belacan buat penambah perisa buat Cik Abang

Dibawah ni saya sertakan resepi ketam masak lemak cili api cara saya.
- Saya tak pandai masak, sebab tu saya tulis cara saya..he..he..:) -

Bahan-bahan masakan:-

4 ekor ketam yang dipotong dua
4 biji cili besar
10 biji cili papi
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai - dititik
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 
1 helai daun kunyit
garam dan serbuk perasa
Cara memasak:-

1) Masukkan cili besar, cili padi, bawang merah dan putih didalam mesin pengisar.
2) Masukkan santan cair ke dalam periuk kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi bersama-sama   
    dengan serai. 
3) Masak dengan api yang sederhana 
4) Kacau sampai santan mendidih.
5) Masukkan ketam tadi. Kacau lagi sampai ketam masak.
6) Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa serta daun kunyit.
7) Biarkan sampai mendidih dan tutup api.

he..he..sebenarnya saya tak ada modal apa lagi nak dicerita..sebab tu saya tuliskan resepi Ketam masak lemak kat sini...:)

Oklah ye, cukup sampai disini. Ada masa kita berjumpa lagi ye.
Semoga hari-hari yang kita lalui setiap hari membahagiakan kita semua
Sekian, wassalam.



Monday, March 4, 2013

Salam....

Assalamualaikum.
Dah lama rasanya tak update blog ni. Selain  masa yang tidak mengizinkan, saya diserang penyakit MMMMM..he..he..lagipun tak ada cerita yang menarik untuk dikongsikan bersama. 
Tapi kalau tak update pulak, bimbang blog ni"bersawang" pulak...bila dah macam tu, memang lagi malaslah nak"mengemaskannya" balik..kalau nak tahu, dulu saya pernah tinggalkan blog ni selama setahun lebih..:)

Petang semalam, Cik Abang saya bawa balik udang lagi. Untuk makluman semua, Cik Abang saya ni memang hantu udang...pantang tengok orang jual udang besaq , memang dia akan beli.
Memang langkah tak pi, kata orang Kedah.

 Dalam 20 ekor jugak udang ni.
Besaq jugak udang ni, nak sama besaq dengan tapak tangan saya yang memang besaq ni...ha.ha.:)

Cik Abang saya suruh saya masak Char Kuey Teow untuk makan malam.
Saya dan  keluarga selalunya jarang makan nasi waktu malam..selalunya permintaan Cik Abang saya makanan yang "goreng-goreng" aja. 

 Inilah rupanya Char Kuey Teow yang saya masak tu.
Rasanya bagi saya, alhamdulilah..sedappp (masuk bakul angkat sendiri ni..he..he..)
tapi Cik Abang saya memang kata sedap...2 kali tau saya masak kuey teow ni.
Sekali masak licinnn...lepas tu masak untuk anak-anak pulak yang pegi mengaji Al-Quran dan tuition.



Sebenarnya saya sekarang ni memang berada di dalam mood sedih dan bimbang. Sedih mengenangkan para pahlawan kita yang terkorban demi menjaga keamanan negara   dan bimbang dengan keadaan kat Sabah tu. Semoga anggota keselamatan kita yang berada di sana sekarang ni akan diberi perlindungan oleh Allah S.W.T. selalu hendaknya dan semua "cerita" ni akan cepat berakhir.

Oklah ya, sampai disini saja buat kali ni.
Wassalam.

Friday, February 15, 2013

Salam..

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu buat semua sahabat. Mesti hari ni semua sibuk menyediakan hidangan makan tengahari untuk keluargakan. Saya hari ni masak awal jugak sebab lepas tu  ke klinik. Jari tangan saya ni tiba-tiba aja sakit dan berdenyut-denyut. Bila jumpa doktor, dia cuma bagi ubat penahan sakit dan bengkak aja. Doktor cakap, kalau bengkak tu bernanah, dia suruh datang balik dan dia akan "bedah" bahagian yang bernanah tu...:)

Emmm..sunyi betul saya sekarang ni sebab masak sorang-sorang. Dulu kalau mak saya ada kat rumah, kami akan berbual-bual sambil saya memasak,  dia pulak akan menonton TV kat ruang makan dapur tu. Sekarang ni, selepas kakak saya buka kedai makan (foodcourt), mak akan kekedai setiap Jumaat dan Sabtu mengantikan kakak . Kiranya mak saya jadi  boslah kat situ....he..he...tapi mak saya ni, bukannya boleh duduk saja, selalunya dia akan tolong apa-apa saja kerja yang  ada didepan matanya...mak memanggg rajin...:) 

Alhamdulillah, perniagaan kakak sekarang memang menggalakkan. Setiap bulan selepas ditolak sewa yang memang mahal, duit gas dan elektrik serta gaji 6 orang pekerja (antara RM 60.00 - RM 35.00 sehari - kerja 9 jam sahaja), masih ada lagi keuntungan yang boleh dibanggakan . Saya masih ingat lagi, masa saya bercerita pada kawan sepejabat waktu kakak baru nak buka kedai dulu .Kawan saya tu boleh cakap, " keluar banyak modal, nanti 2 , 3 hari tutupppppp". Memang saya terkejut bila dia cakap macam tu sebab ada lagi dua tiga orang kawan bersama-sama kami. Saya cuma boleh beristifar di dalam hati saja. Kawan saya yang sorang lagi tu cakap pada saya, biarlah, dia memang macam tu. Alhamdulillah, cakap-cakap dia tu rasanya tak betul sebab sekarang sudah 8 bulan perniagaan kakak  berjalan dan saya harap sambutan terhadap kedai makannya akan berterusan.
 Hari ni saya masak ayam pedas madu. (Ini permintaan Kakak Ainaa)
 Sambal tumis udang buat Cik Abang
 Gulai ikan Lampam (Ikan sungai ) Cik abang saya sorang tau makan ikan ni.
Dia cakap, ikan ni isinya manis cuma banyak tulang macam ikan terubuk.
Ikan ni saya goreng jugak sikit dan cicah dengan sambal kicap.
 Ayam goreng salut tepung bahagian dada buat Adik Aishaa. 
Saya guna rencah ayam goreng kakak, memang sedapp. Kat kedai kakak ,ayam  goreng ni memang mendapat sambutan. Kalau cuti umum, sehari  dalam 20 ekor jugak habis.
Saya pernah bawa untuk kawan pejabat saya, dia cakap pun sedapp.
dan Sayur sawi tumis air .

Emmmm...rasanya cukuplah ya buat hari ni, nak pi kutip kain pulak. Tengok kat luar tu, langit mendung macam nak hujan saja. Sekarang ni kat SP, pagi dan tengahari memang panas terik tapi bila petang saja, mesti mendung.
Kalau nak pi mana-mana tu, seeloknya biarlah sebelah pagi sebab kadang-kadang kalau dah hujan tu, membawa  sampai ke malam .

Sekian, wassalam.



Friday, February 8, 2013

Resepi Spagheti Cabonara....

Assalamualaikum
Salam Jumaat semua walaupun dah nak masuk ke hari sabtukan......dan selamat bercuti. Bagi kami  kakitangan kerajaan kat Kedah, hari ni dah mula bercuti dah untuk Sambutan Tahun Baru China. Bagi pekerja swasta..masih bekerja lagi macam Cik Abang saya tu...seronoknya dapat bercuti selama 4 harikan. Tapi 4 hari tu dah ada macam-macam aktiviti yang nak dibuat...macam saya ni, aktiviti mengemas Homestay berjalan seperti biasa, esok ada penyewa KL nak masuk, esok pun ada 2 jemputan kenduri kahwin dan selepas kenduri saya akan terus balik ke kampung. Hari Ahad pun ada jemputan kenduri kawin lagi...

Hari ni, pagi-pagi lagi saya dah ke dapur untuk sediakan sarapan buat Cik Abang saya. Semalam saya pi beli barang-barang dapur kat Giant, bagitau Cik Abang saya nak cuba masak Spagheti Cabonara. Dah lama rancang nak masak sejak Adik pejabat saya, Cik Zu berikan saya "Mixed Herbs" tapi tak jadi masak, sebab bila tanya anak-anak, depa kurang suka. Bila Cik Abang suruh saya masak untuk makan pagi ni (sesuai ke buat sarapan?...he..he...), saya ok aja, tapi saya masak setengah peket spagheti saja.Memang senang dan cepat menyediakan hidangan ni. Sekejap saja dah masak. Saya yang sepatutnya berdiet ni, makan jugaklah sikit. Untuk merasakannnn..he..he..rasa pun 2 pinggan tau....:) Boleh tahan jugak sedapnya dan yang penting Cik Abang saya suka dan siap bawa bekal ke Office lagi...resepi ni saya cari kat internat tapi saya saya tambahkan bahan-bahan lain ikut selera saya.



 Cubaan kali pertama
Kira ok jugak lahkan...

 Cik Abang saya makan dengan roti dan salad sayur-sayuran.

Resepi Spagheti Cabonara.

1/2 Bungkus Spagheti - direbus dengan sedikit minyak atau mentega
1 tin sos Cabonara dengan cendawan Prego 
2 cawan susu segar Dutch Lady
1 labu bawang holland - dicincang halus
1 labu bawang putih - dicincang  halus (saya suka letak banyak bawang putih)
5 batang sosej ayam Ayamas - dipotong kecil
2 ketul isi ayam bahagian dada - dihiris halus
2 sudu besar Mixed Herbs - herba campuran untuk makanan barat
2 sudu besar Lada hitam
Sedikit garam dan  1 ketul Kiub ayam
Minyak zaitun dan sedikit mentega untuk menumis

Cara memasak:

1. Masukkan minyak zaitun dalam periuk. Masukkan mentega.
2. Bila minyak dah panas, masukkan bawang putih dan bawang besar yang telah dicincang.
3. Bila bawang dah kekuningan, masukkan Sos Cabonara Prego.Tambah sedikit air .
4. Masukkan isi ayam, sosej, Mixed Herbs, lada hitam , kiub ayam dan sedikit garam kalau     
   kurang  masin.
5. Bila mendidih, masukkan susu segar. Kacau sehingga masak.
6. Angkat dan hidangkan.

Selesai masak untuk sarapan dan makan tengahari,saya pi mengemas homestay. Balik rumah dalam pukul 3 macam tu, tengok-tengok aja, periuk sos cabonara dah kosong . Aikkkkk..ni mesti anak-anak saya habiskan, kata hari tu tak suka...he..he..bila saya tanya pada kakak Ainaa, dia cakap, dia makan banyak sebab sedappp...Along pun kata ok..Kakak Ainaa cakap, umi masak lebih sedap pada Pizza Hut.....amboi!!! pandai betul Kakak Ainaa bodek umi ya...nak cover line lah tu...

Oklah ya. itu saja cerita untuk hari ni. Dah malam baru saya ada masa nak bersenang-senang kat sini. kepada sahabat yang balik kampung tu, berhati-hati memandu ye..
Sekian, wassalam.

Friday, February 1, 2013

Selamat Malam

Assalamualaikum 
dan 
selamat malam.
Baru berkesempatan untuk saya bersenang-senang kat sini.  Adik Aishaa pun dah tidur dah..kalau tidak, memang tak dapat le saya dok mengadap komputer ni..he..he.. Sebelum tu nak tanya? Cantik tak "rumah" baru saya yang "diubahsuai" oleh adik sepejabat saya, Cik Zu.  terima kasih pada Cik Zu kerana selalu tolong saya . Saya sengaja tukar bunga ros merah kepada putih, bersesuaianlah dengan usia yang makin meningkat ni..he..he...mudah-mudahan semuanya akan suci bersih begitu....:)

Hari ini walaupun Jumaat, saya bercuti..tapi aktiviti tetap berjalan macam hari kerja biasa sebab Cik Abang saya bekerja. Selepas siapkan keoyteow goreng untuk sarapan pagi Cik Abang, saya terus saja memasak untuk makan tengahari . Dalam pukul 10.00 pagi, semua masakan sudah siap terhidang atas meja. Saya masak yang senang-senang saja sebab nak keluar bawa-anak beli barangan keperluan mereka sikit lepas tu. Saya masak awal ni untuk Cik Abang balik makan tengahari nanti. Kalau saya terlambat, dia boleh makan dulu sementara tunggu Along untuk pi Sembahyang Jumaat .
 Keoyteow Goreng kesukaan Cik Abang saya.
Saya bekalkan untuk kawan pejabat dia sekali.
depa semua tu memang syok kalau saya bagi depa apa-apa. 
Tak sedap pun, habis licin...:)
 menu masakan hari ini.
Semuanya dah terhidang atas meja. 
Nanti kalau Cik Abang balik , bolehlah dia makan dulu.
 Udang goreng kunyit. 
Cuma gaulkan udang dengan garam, sedikit serbuk Pasti Sedap dan kunyit. lepas tu goreng dengan sedikit minyak zaitun Taburkan sedikit lada hitam. Tak sampai 10 minit. Siappp..
 Sayur campur. 
Saya tumis bawang merah & putih dengan minyak zaitun. Lepas tu masukkan udang. Masukkan air biar mendidih. Masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa seperti pasti sedap dan garam. Bila sayur hampir masak, angkat...ini pun tak sampai 10 minit.
 Sambal ayam campur telur rebus 
telur rebus tu saya goreng dahulu. Saya tambahkan telur takut tak cukup sebab ayam ada 3 ketul saja, cukup-cukup untuk anak-anak ....he..he...teruk betul Umi macam saya nikan. Nak ke pasar memang malas sebab lepas tu nak keluar lagikan.
 Gulai ikan kembong.
Gulaipun saya masak gulai asam saja tanpa santan. Bendi pun tak ada...he..he..janji ada gulai untuk Cik Abangkan.
Cik Abang saya kalau tak ada ulam dengan sambal belacan memang tak sah.
Kalau saya malas nak tumbuk sambal, saya selalunya akan hiris cabai melaka (cili api) dengan bawang besar, masukkan kicap manis dan perahkan asam limau.
itupun dah cukup buat Cik Abang.
   
Hari ini anak-anak ajak saya ke Parkson untuk membeli barangan keperluan mereka. Along dengan kakak Ainaa nakkan seluar sukan. Sepasang baju sukan yang dibeli awal persekolahan dulu tak cukup sebab sekarang ni aktiviti kat sekolah memang padat. Tia-tiap petang ada latihan sukan. Macam Along tu, dia memang aktif bab bersukan ni. 

Bila dah sampai sana tu, bukan setakat seluar sukan saja yang dibeli. Ada-ada saja permintaan depa ni. Kakak Ainaa beli jugak 2 helai kemeja, Along sehelai baju kameja dan cadar baru untuk biliknya.
Adik Aishaa pulak tak cukup dengan 2 helai baju, kasut pun memang tak lepas punya. Dia pi lah manapun, pasar malam ka, kedai biasa ka, mesti beli kasut.
Tak mau bagi dia menangis, saya belikanlah dia juga kasut. untuk saya sendiri, memang tak beli apa-apapun

Saya ingatkan petang nanti bolehlah berehat-rehat sebab tinggal saya sorang dengan Adik Aishaa. Emak memang dari pagi kekedai kakak, kakak Ainaa dah kesekolah untuk latihan Karate. Along pula latihan bola sepak.. Bila Cik Abang dah keoffice, tiba-tiba dia call saya, ingatkan kata esok ada penyewa nak masuk. Aduhhhh...saya memang terlupa betul. Saya cepat-cepat hantarkan Adik Aishaa kerumah kakak illah saya sebab kalau bawa dia, memang tak jadi kerja....kerja yang sepatutnya siap 3 jam, mesti jadi 4 jam.
Kerja mengemas yang bermula pukul 3.30 petang tu selesai jugak dalam pukul 7.20 malam.
Alhamdulillah. Siap jugak kerja saya.

Cukuplah ye cerita saya untuk hari ni. Kepada teman-teman yang sudi singgah disini dan membaca cerita saya ni, terima kasih saya ucapkan. yelah, siapalah saya tanpa kunjungan teman-teman semua.

Oklah ye..dah pukul 11.40 malam dah tu. Esok ada tetamu nak datang rumah .

Sekian, wassalam.