hari ini bumi bersedih; matahari turut menangis rintik hujan yang menitis basahkan kelopak mata semua para kekasih - cinta ini tiada lagi dan hati telah mati
kuala lumpur, segumpal kapas dipintal jadi selembar benang ditenun dengan tenang jadi sehelai kain
kuala lumpur - bergen bukanlah jauh hanya sekali mata berkelip rindu kita tak akan berkurang jangan mudah berputus asa bukan seperti berputusnya cinta
bergen, berbuku benang diwarnai bagi mencorak warna di jalur pelangi bukan terputus urat-nadi hanya menguji kerasnya hati tidak tunduk pada ugutan dan tidak lemah pada pujukan
mari kita nyanyikan lagu keriangan biar hujan turun membasahi bumi dari kemarau panjang, air akan melimpah dari longkang dan sungai-sungai kita mungkin tidak lagi selamat dari arus deras
'mari kita berdoa memohon kepada Tuhan' - kata sang ayah kepada ibu dan anak-anak katak agar terselamat dari langit yang runtuh ini sambil berlindung dibawah tempurung yang sebentar lagi akan dihanyutkan arus air ke hlir......
betul katamu aku telah mula cuba menguasai sedang engkau semakin rimas mencari ruang untuk bernafas ...... ikatan harus diputuskan ikatan harus di putuskan ikatan harus diputuskan ikatan
biduk itu kosong bakal hanyut dan terapong tanpa haluan tanpa tujuan ketika dalam penantian
menanti detik waktu bagai siput bergerak bagai tidak sedang aku semakin kaku bagai batu lalu aku melihat tubuhku dikelilingi ramai, dikapankan kemudian akan dikuburkan, dan aku melihat aku mati dalam penantian yang panjang ini bagaikan tiada akhir atas nama janji yang dimungkiri
bercerita tentang sebuah taman; dengan rerumput menghijau - memenuhi halaman serta sebuah kolam yang telah kekeringan, dulunya menakungkan air yang jernih dari himpunan mata air dan airmata, ada seekor kuda bagai terlepas dari kandang mendatangi kolam itu dengan haus dahaganya bagai mengharap sekolam air untuk dihirup dan dihabiskan
kau menanya apa pilihanku antara padang hijau atau tanah tandus dan gersang namun aku memilih kesederhanaan untuk mendapat sebahagian dari kedua-duanya agar lebih adil dan saksama mandapatkan sedikit kebahagian dari dalam sebahagian kesengsaraan
jika taman itu aku punyai kolamnya pasti aku penuhi dengan air yang jernih dan mengalir dalam tenang menghapus kegersangan zaman berzaman
Kali ini tiada puisi, tiada juga lagu-lagu untuk menghiburkan. Yang ada hanya sedikit catatan perjalanan bagi perjalan pendek dari Bentong ke Kuala Lumpur.
Mmmm! ntah macam mana kali ni perjalanan ke Kuala Lumpur jadi menarik dari selalunya. Kalau biasanya aku melalui highway tapi kali ini aku memilih untuk mengalami perjalanan yang lambat di jalan raya yang berliku-liku. Dari Bentong aku memandu dibawah naungan dan rimbunan pohon-pohon sambil memerhatikan arus sungai yang mengalir. Biarpun mungkin sudah tidak berapa bersih namun ianya masih jernih dan nampak menarik dengan jeram-jeram. Terfikir juga alangkah menariknya kalau dapat melakukan whitewater rafting menaiki rubber dinggi.
Singgah seketika di Janda Baik sambil mengintai-intai chalet-chalet dan resort yang menarik. Sungainya kelihatan segar dan jernih itu menyegarkan fikiran dan melapangkan hati serta mata memandang. Terasa juga ingin sesekali untuk bermalam disini - jika ada kesempatan. Mmmm! Janda Baik, Bentong...janda baik Kuala Lumpur???
sungai yang masih jernih airnya dan d'ark resort- satu dari chalet yang terdapat di janda baik
Anggaplah ini hanya sebagai hiburan semata-mata, membezakan antara yang lama dan yang baru, mencari keindahan diantara keduanya - bagaimanapun, ambillah yang baik dan buangkan yang buruk....
pada belahan hati
pada belahan hati tidak berkurang kasih padamu sepertimana terdahulu ketika saat kita memetik bunga-bunga diantara rumput-rumput dihalaman hati dan jiwa kita bersatu kaulah yang satu
pada belahan hati yang lain tidak berlebih cinta padamu sepertimana ketika ini atau selepasnya nanti sebagaimana saat-saat kita memetik rindu di langit pada awan kelabu kaupun yang satu
pada belahan hati ini jika bulan dan matahari boleh bersatu engkaulah dan kamulah itu bintang-bintang menghias langit malamku mendakap mimpi dan membuai rindu
SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA YANG SERING MENDATANGI BLOG SAYA SELAMA INI, YANG BERSAMA BERKONGSI KEGEMBIRAAN DAN KEDUKAAN, KESUSAHAN DAN KESENANGAN, JUGA YANG MEMBERIKAN PERHATIAN DAN TEGURAN. PADA HARI YANG MULIA DAN BERBAHAGIA INI SAYA JUGA MEMOHON DOA AGAR SEMUA DI BERIKAN RAHMAT ALLAH. KAPADA SEMUA YANG AKU SAYANGI DAN MENYAYANGI AKU YANG BERKONGSI KEHIDUPANNYA DENGAN KU DAN YANG INGIN BERKONGSI KEHIDUPANKU DENGAN NYA BISIKKANLAH KETELINGA DAN UCAPLAH 'SELAMAT HARI RAYA'
ada suara katanya tak ada bisik dengarnya tak ada debar getarnya tak ada duka laranya tak ada ratap tangisnya tak ada resah risaunya tak ada senyum simpulnya tak ada hilai tawanya tak ada cinta rindunya tak? ada tak ada entahnya tak - aku tetap sayangi mu!
Nota: Sebuah lagu lama yg senikatanya sangat mengesankan nyanyian Nordin Ahmad dan Rafeah Buang;
Menarik juga lagu dang-dut ini, tetapi harus diingat bahawa ianya bukalah sesuatu yg segar dari Indonesia, kerana ianya adalah sesuatu yang diciplak dari budaya negara lain
Kita dengar yg ini
Atau yg ini dengan susunan musik yg lebih menarik dlm irama salsa;
Atau yg ini yg mana kita merasakan lagunya yg telah dirakyatkan;
Mmmm, yg ni pun;
Juga yg ini:
Namun lagu asalnya ciptaan Hugo Blanco pada tahun 1960, tak dapat saya siarkan disini atas sesuatu sebab, namun saya sertakan lagu berkenaan yg dinyanyikan oleh Julio Iglesias;
Lagu ni untuk dia dan tak ada kena mengena dgn' moliendo cafe' dan org lain, namun harus di klik (disini) untuk ke youtube.
Dan lagu ni untukku sendiri, hehe...baru ganazzz...papa rock! Muzik-muzik Carlos Santana ni sezaman dgn abah
1. Sewaktu TDM jadi PM dulu, beliau usulkan gagasan pandang ke timur. Maka kita pandanglah ke Jepun dan Korea, yang kita nampak adalah gadis-gadis Jepun dan Korea yang cantik dan mungil.
Seorang kawan yang baru balik dari berkursus di Jepun selama setahun yang sangat rindu kepada kampung halaman, rindu juga kepada isteri tercinta. Sesampai di rumah terus dia menyapa isterinya maka terjadilah dialog sedemikian ini;
Nota: Dia tak pakai modes..tapi dia pakai kotek!! Pada yang tak faham apa-apa, sila diam!
2. Sewaktu remaja saya dulu, saya juga menggemari lagu-lagu asing termasuk dari Jepun. Ketika itu penyanyi jepun yang terkenal dikhabarkan mirip wajah saya...atau wajah saya yang mirip wajahnya. Bagaimanapun lagu dan suara beliau memang sangat saya minati hingga hari ini. Penyanyi itu adalah Tanimura Shinji. Saya upload-kan lagunya yang saya minati itu. Silalah dengarkannya sambil mendekati bahasa Jepun....memandang ke timur.
yukidoke majika no kita no sora ni mukai sugisarishi hibi no yume o sakebu toki kaeranu hitotachi atsui mune o yogiru semete kyoo kara hitoriki tabi ni deru aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru ii hi tabidachi yuuyake o sagashi ni haha no senaka de kiita uta o michizure ni misaki no hazure ni shoonen wa sakana tsuri aoi susuki no komichi o kaeru no ka watashi wa ima kara omoide o tsukuru tame suna ni kareki de kaku tsumori sayoonara to aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru ii hi tabidachi hitsujigumo o sagashi ni chichi ga oshiete kureta uta o michizure ni aa nihon no doko ka ni watashi o matteru hito ga iru ii hi tabidachi hitsujigumo o sagashi ni kodomo no koro ni utatta uta o michizure ni.........
Satu instrumen musik jepun yg saya minati adalah 'sakuhachi' sejenis alat blowing @ bamboo flute. Bunyinya sgt menarik dan syahdu
hmmm! kita bersajak,berpuisi,bersyair,berseloka,berpantun,bergurindam dan ber....ber...ber...berkasih dan bercinta hidup ini memang indah dari sudut mana sekalipun kita lihat ia dalam puisi kita melihat indahnya kata-kata dalam lagu kita dengar indahnya irama
mari sesekali kita lihat dan dengar keindahan dari sudut permerhatian kanak-kanak dengarlah lagu ini, walau dalam bahasa asing namun tetap indah dan sedap didengar lihat juga gerak tarinya yang sangat menghiburkan
------------ ini sebahagian sembang dalam chatbox
Kucennn bro azamm .... sekali lagik kucen cilokk "mau mau mau" ... will credit ur blog. arigatooooo. kucen sayang semau .. xoxoxo Details 2:57 PM Sep 10, 2009
azam kucenn, dulu ko dah copy n paste sekali dan skrg sekali lagi, tp it's ok bro...nmpk mcm ko peminat setia aku je, hehe Details 11:44 PM Sep 11, 2009
# azam kepada semua,tg lah lagi dan lagi dan lagi, I love you all Details 11:46 PM Sep 11, 2009 #
# azam ifa, terima kasih menghargai puisi saya. nk lihat blog2 anak pahang sila ke sini http://gerbangtemumaya.blogspot.com Details 11:45 PM Sep 11, 2009 #
------------------ nota kaki
Bro Frodo Baggins - lagu ni kiranya untuk ko lah. Dan utk antara anak-anakku juga yang berblog:
aku ingin bersajak tentang jiwa yang retak aku ingin menyanyi sunyi dan sepi, jasad-jasad dari jiwa yang mati bangkitlah dan bersama menari kelilingi api dari kayu yang terbakar biar dia juga melihat aku terbakar biar ketawa semahunya-mahunya
tiada lagi puisi yang bakal menguris hatimu yang mengamit resah rinduku kerana hati lara ini kehilangan bulan dan matahari
yang ada hanya sepi, sepi dan sepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr, mayat-mayat cinta marilah menyanyi
------------------------------------------------- kesempatan ini saya ambil untuk mengucapka selamat berpuasa dan selamat berhari raya kepada semua sahabat maya dan juga pembaca serta pengunjung blog saya ini. saya manusia biasa yang tidak mungkin lepas dari berbuat salah dan dosa, justru maafkan saya lantaran saya bimbang tidak ada kesempatan yang lain lagi nanti.
mungkin puisi juga bisa mengguris perasaan seseorang lalu maafkanlah jika ini berlaku secara sengaja atau pun secara tidak sengaja. mungkin dalam merawat retak hati kita maka kita meretakkan hati insan lain, lalu maafkanlah
anggaplah segala yang berlaku seumpama tidak pernah berlaku atau hanya dalam mimpi.
-------------------------------------------------
berikut adalah pengumuman yang dipanjangkan dari admin. Gabungan Suara Anak Pahang untuk semua, blogger dan juga rakan facebook Pahang. harap ambil perhatian dan maklum.
-------------------------------------------------
PENGUMUMAN:
Majlis Berbuka Puasa Bersama YB. Dato’ Sharkar Shamsuddin, Exco Pembangunan IT dan Multimedia Pahang akan diadalan pada 16hb. September 2009 bersamaan hari Rabu bertempat di: Rumah Shafza, No. 9, Jalan Bahagia Permai 2/1, Taman Bahagia Permai, 28000 Temerloh Pahang.
Rakan-rakan blogger dan Facebook terutamanya dari Pahang adalah dijemput hadir ke majlis tersebut. Bagi mereka yang berada diluar Temerloh dan berminat untuk hadir bolehlah menghubungi saya melalui email atau YM bagi mendapatkan pelan lakar untuk ke majlis / rumah tersebut.
Selamat berpuasa dan selamat bertemu di majlis berkenaan kelak.
buah bernama cinta yang kau beri itu telah aku telan bersama duri-durinya dan kini seluruh uratnadiku terasa bagai akan terhenti duri itu mencakar-cakar jantungku mencakar-cakar hatiku jantung dan hatiku bagai dirobek-robek pedihnya bukan kepalang, permainan apakah yang kau mainkan ini? aku masih tidak mengerti tetapi aku tidak pernah peduli keranamu jiwaku mati hiruplah segala darah yang aku ada cakarlah dadaku dan siat-siatkan jantungku keranamu jiwaku mati dan aku tidak lagi peduli atas nama sayang perlakukanlah aku semahumu kerana sayang katamu dan aku harus menanggung keperitan dendam dari luka dari dalam dadamu aku melihat api yang membara oooooooooooooooooooo! eeeeeeeeeeeeeeeeeeee!
matahari, camar, perahu layar dan lautan luas....aku terperangkap dalam alunan gelombang
camar ini wajar kulepaskan agar dapat terbang bebas semula kembali ke angkasa, ke tengah segara menerjah arusangin semahu-mahunya mungkin disini bukan tempat 'dia' tiang layar sampan usang ini hanya persinggahan sementara mengeringkan sayap dipanas matahari
pergilah! andai kembali semula takdir yang disuratkan sampan usang ini tetap berlabuh disini menanti sesuatu yang tak pasti atau masih belum dapat dimengerti; selain duniamu adalah langit dan angkasa sedangkan duniaku adalah selautan sengsara
aku melihat matahari terbenam perlahan-lahan ditelan lautan kegelapan dimanakah matahariku? kemanakah mata-hatiku?
pulang ke kampong halaman menghayati semula kehidupan masa silam semuanya telah berbeza tidak lagi seperti dulu; air sungai tidak lagi jernih seperti mana diwaktu kecilku riang mencari ikan bersama kawan-kawan memancing, menjala, menjaring, memedap, menaut, merawai dan menghanyut apong sekali sekala menuba di anak sungai mencari seekor dua ikan sia, bujuk atau bagoh sekadar buat bau sambal memadailah dengan prinsip hidup hari ini untuk hari ini hari esok - dunia masih luas dan rezeki pasti ada begitu janji alam kepada kita.
hari ini melihat semuanya dalam pandangan yang berbeza sungai yang keruh sepanjang musim ikan-ikan juga semakin pupus hutan dipinggir kampong dulunya hijau sudah kering-kontang dan gersang, tatkala bersua kawan-kawan lama segalanya membuat aku jadi sedar diri bahawa wajah sudah ditelah usia melihat kedalam cermin garis-garis semakin kasar melakari kedut didahi selain warna rambut yang berubah ada putih dalam hitam
apa khabar semua sahabat wan muhammad, halim karim, hashim abu kassim, mana mat tom? mana halim bakar? mana satar? rasanya kehidupan ini terlalu singkat dan kita tidak langsung berpeluang mengingatinya dan mengulangnya semula melainkan sesekali didalam mimpi.
ketika aku pulang ingin aku membawamu sekali kekasih melihat masa laluku untuk belajar berkongsi masa kini dan masa depan kita secara adil dan saksama
kau bernafas sambil meniupkan cinta gunung mencair dalam renung mata aku terpukau dan terperangkap dalam katamu tidak lagi upaya memegang jantungku debarnya dan getarnya memberikan isyarat; 'jangan putuskan ikatan jangan hancurkan harapan jangan hampakan hati jangan matikan jiwa ini’
aku telah berikan cinta jangan lagi kau ingkari kata jangan biarkan janji jadi dusta jangan biarkan aku tenggelam jangan kau khianati aku jangan mencampak aku ke neraka walaupun hati dan jiwaku telah kosong jangan hancurkan hatiku lagi oooiiiiieeeeeee!
1 aku dari dalam syurganya kerana dia aku lahir dan demi dialah kehidupanku ini kasih padanya bagai matahari tidak pernah pudar walau musim sering bertukar
2 sebahagian dari hidup telah dikongsi tertulis seperti diawal hari - sebelum segalanya bermula susah senang dan senang susah kehidupan ini telah kita redah mula yang tidak dijangka, dan akhir yang tidak terduga - aku redha kasihku untukmu
3 langit saksi matahari yang tergelincir tibanya kala senja entah kenapa dan bagaimana kita menuju arah sama berani mencari persamaan dalam perbezaan yang kita temu masih belum kita tahu kerana kisah belum berakhir janji kasih tak akan mungkir