Showing posts with label malay food. Show all posts
Showing posts with label malay food. Show all posts

September 22, 2016

Nasi Kukus Lejen @ Damansara Utama

Woot..woot..new makan place near my home....location sebelah Bank Rakyat Uptown Damansara, kat Damansara Utama tau bukan Kota Damansara :) 
Somehow ramai pulak orang confuse dengan dua tempat ni..

Simple menu, easy on the wallet.. ada two type of lauk, ayam goreng berempah atau ayam goreng kunyit..plus add on dia nenas, ikan bilis cili and sambal belacan...
On Fridays ada extra lauk eg ikan keli, ikan tongkol or puyuh...either one (rotation each week)
Yummyylicious...

ps: Parking kat sini susah sikit, kalau nak double park tu, make sure tinggalkan number on dashboard ye..tapi kena on alert jugak, silap hari bulan kena tow or clamp.. My best suggestion boleh park kat Uptown 2 punya parking atau The Starling.. Kalau kat The Starling first hour is free, next 1 hour RM2 (weekdays only).

Exterior Kedai

Nasi Kukus Ayam Berempah





Nasi Kukus Ayam Kunyit






Cocnut shake legendary by JZ Coconut Shake..


Air Kelapa dalam kole old skool



Harga mesra poket.. :)




Location:
Nasi Kukus Lejen (next to Bank Rakyat)
3, Ground Floor, Jalan SS21/56B, 
Damansara Utama, PJ
GPS: 3.137901, 101.623003

March 11, 2016

Nasi Daging Merah Loq Staq


Nampak ada orang post entry kat FB TTDI group..tgk cam menarik..laju je cari geng nak lunch..heeheh
Mala available haritu, ok set..terus pick up dia kat ofis (kat TTDI je) 

Lepas post kat Insta..rupanya baru tau..Nasi Daging ni memang legend kat Alor Setar..awat cheq tak tau..hehee..sorry la, kami orang Pokok Sena bukan orang bandaq..huhuhuu
Member2 habaq depa dok beli kat gerai Jalan Sultanah, tepi Sekolah Syed Omaq...
Budak2 sekolah Syed Omaq mesti tau punya..teringat zaman sekolah dulu2 kan..hehehe.
tapi la ni dah xdak.. :(

Yang kat Sg Penchala ni pulak...tauke dia Zuan Bikin Panas tu (wartawan Melodi)..so memang dia bikin panas la ni..sekali makan tak cukup..hari2 mesti mau datang..

Memang mengancam combination dia..... 
Rasa daging merah tu memang sedap dah, tapi killer dia is the air asam...Terbaaiiiikkkkk.... kalau orang2 utara tau la kot camna rasa ayaq asam ni..
mesti kena try..
Tengok gambar pun dah kecuq ayaq liuq..sllrrpppp

Menu sangat lah simple, yang penting sedap.. 
Nasi putih, kuah dalca, daging merah atau ayam goreng, ayaq asam, salad - RM6.50.. memang berbaloi...
Ayaq free...lagi la baguih..heheh tonggang la banyak mana ayaq tu..tetap free..:)

Word of advice, datang awal...kalau tak kecewa lauk habis..huhuuu..




Nasi & Ayam Goreng




Nasi & Daging Merah








Location:
Nasi Daging Merah Loq Staq (opposite Masjid Kg Sg Penchala/Sambal Hijau)
Jalan Datuk Sulaiman,
Kg Sg Penchala
Opens Daily : 10.30am - 3.30pm
GPS: 3.162481, 101.626274

March 04, 2016

Nasi Harimau Menangis - Alor Setar

Dengar nama pun dah teruja kan.. :)
Kedai ni pun masa pergi haritu baru je 1 bulan bukak..so quite new la..
Kenapa harimau menangis? Org cakap ni la bahagian daging lembu yang harimau nak makan sangat, tapi tak dapat..sebab tak sampai kot..dok kat celah2..pastu dah tak dapat menangis pulak..heheheh.. Ntah lah..part mana daging lembu tu, tak tau pulak..sapa tau cer komen kat bawah ek..




Interior kedai menarik, sebab dulu kedai ni cafe western food, so deco cantik dah la..diorang ni ambil alih je..
Kitorang first customer malam tu..huhuhuu...iyelah kebetulan datang time maghrib, mana nak ada orang..












Dah lama tak kelaur makan dengan mak..:)








Hah, ni la dia rupa nasi daging harimau menangis.. kalau orang utara, style macam ni nama dia nasi daging..cuma yang ni daging dia part harimau menangis tu..:)





Bahagian daging ni, berlemak skit, to me, I suka, tapi to those yang tak makan lemak ni maybe tak minat kot.. daging tu just bakar je..
So komponen yang penting ialah cicah asam dia..kalau sedap, sedap la jadi overall dish ni..
Luckily, kuah asam memang sedap..just nice rasa dia, tapi kalau I prefer pedas skit lagi sebab hantu cili..tapi kira dah OK la ni..









Sup walaupun kosong, berasa, takda la rasa air dgn MSG je..




So kalau korang ada kat Alor Setar, nak try something new..boleh la cuba..
Oh..nasi ni ada time malam je..siang (lunch) ada ikan bakar..

Nasi daging one set is RM7.50
Air sejuk - RM1.00/RM1.50
Air panas(kopi/teh)- RM0.50

Amacam boley dapat tak harga camni kat KL..:(



Location:
Jalan Bawal,
Taman Bawal,
Alor Setar, Kedah(jalan ke Mergong, lepas Shahab Perdana)
GPS: 6.142235, 100.348628

February 25, 2016

Nasi 7 Benua

Orang-orang Malaysia ni memang kreatif. Macam2 gimik untuk menarik perhatian orang.
Mula2 tau kedai ni kat instagram member. Tengok sekali lalu ingatkan kat kedai Cina..iyalah nama pun Koo Boo Kafe..heheheh

On fine day, tengah stuck dlm jem kat area ni, ternampak pulak kedai ni..macam pernah dengar...terus masuk tepi usha jap..laa..kedai orang Melayu rupanya..walaupun perut still kenyang..ku gagahi jugak untuk try..

Nak carik kedai ni senang je..dekat area PISA Penang..kalau tak tau google or waze..senang citer..

Dari gambar kat bawah ni, dah tau la kenapa nama dia Nasi 7 Benua..ada 7 jenis nasi dalam satu pinggan tu..Setiap satu tu dalam portion yang kecik je..so combine 7 tu jadi la portion dalam satu mangkuk besar..mcm nasi ayam tu..
Lepas tu pilihlah lauk apa yang nak, ayam, ikan, daging..macam2 lah..macam pilih lauk untuk nasi lemak..
Jenis2 nasi tu tgk kat gambar, ada description dia..rasa memang lain2 semua..
Kalau jenis yang tak boleh nak makan berjenis2 nasi, nak pilih satu je pun boleh, jadi besar la portion tu..:)


7 jenis nasi















Pilihan lauk-pauk















Penyediaan 7 benua nasi.. :)





Nasi 7 Benua dengan lauk rendang ayam & daging hitam




Yang I ambik ni, harga RM10 kalau tak salah..sebab ada 2 lauk, ohh and ada acar jugak, tapi i x ambil.. so kiranya price is reasonable la....macam harga nasi lemak berlauk camtu..
Rasa pun sedap gak, not bad..each nasi tu ada rasanya yang tersendiri..lauk pauk pun sedap jugak..
Kalau dah jemu makan Nasi Kandaq kat Penang boleh la try ni for a change.


Location:
Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Opens: Daily 11am-11pm (closed on Sunday)
GPS: 5.326381, 100.277676

December 04, 2015

Astana Damansara Nasi Kukus

Tak plan pun nak pergi kedai ni.. got a lunch date dengan Julia since dia ada kerja area sini. Plan asal nak lunch kat Ilham Nasi Kukus. 

Pastu pagi tu dpt whatsapp from hubby. Dia bagi gambar banner kedai ni..hmmm macam menarik..kat area2 sini jugak, kat Bukit Lanjan.. tgk2 Instagram diorang nampak menarik jugak. Best part ada petai to go with the nasi kukus...OMG... terus msj Julia and she's ok with it..Huhuuu..Dia pun hantu petai jugak!!!

Location wise kat area Kampung Bukit Lanjan..lama dah tak masuk sini since heavy construction area ni..buat yang tak tau, betul2 opposite Empire Damansara yang tengah buat tu..hmmm kalau siap abis la jem lagi area ni (it's like the next Pavillion, semua branded stores ada sini)

Kedai agak tersorok, kena belok masuk lorong, tapi good thing dah nak sampai ada banner kedai and arrow for the parking area..So memang tak terlepas la.. Parking luas, area padang sebelah kedai ni..

Orang pun tak ramai, maybe sebab baru and time tgh sbyang Jumaat kot..
Terus tanya yang set petai tu..Hmmm, kecewa..petai habis pulak..:(
Ok akak tu ganti dengan sayur lain-kacang panjang n hati. Ok la..
Tunggu agak lama gak, sebab ayam tu baru nak goreng..ok la..dapat panas2.. terbaik..









Julia & Me

Dari segi rupa, memang menarik. Nampak menyelerakan. Ayam masak elok. Panas2 memang sodap. Kuah dia pun sedap gak, tak cair and tak pekat sangat.. just nice. Sambal je disappointed skit. Rasa ok dah, tapi tak pedas...hehehe...untuk orang yang kuat makan pedas mcm I ni memang tak puas la..








Overall not bad, boleh tahan sedap jugak..harga pun not bad RM6 for the normal one, kalau tambah petai its RM7. Kalau ayam kampung RM8. Kari kambing pun ada, RM8.
One thing cuma service la agak slow skit, iyelah orang tak ramai lagi so ayam tu bila order baru goreng barulah syok..makan panas2..Kalau korang lapar tu, kena bersabor banyak2..heheeh
Tapi xde la rasa sampai nak marah sebab lambat. Iyela..kang kalau ayam tu dah goreng siap2, dapat ayam sejuk marah pulah kan..:)

P.s: Dah pergi lagi sekali kedai ni and sambal dia lagi sedap kali ni. oh yeah..rasa pedas2 manis..to me, its so much better than before.. good job..









Location:
Astana Damansara Nasi Kukus
Jalan Bukit Lanjan 6,
Kampung Bukit Lanjan, Selangor
Opens: Mon-Sat , 11am-5pm
GPS: 3.167292, 101.617548

October 29, 2015

Selera Rimba - Eksotika Food..

Selera Rimba...dari nama pun dah boleh agak..makanan dari rimba or hutan la...
Amacam, sekali-sekala kita makan makanan eksotik pulak. Ni bukan lah first time Ayu makan, kecik0kecik dulu pernah la, makan landak, rusa. Duduk kampung, macam-macam la dah try.

Sekarang ni susah la sikit, nak jumpa kedai yang offer makanan eksotik macam ni.
Lokasi kat Sungai Besar, so dalam 2 jam perjalanan jugak dari KL. (drive slow-slow and banyak menyinggah) :)






Dah lama tak buat kerja mcm ni dgn hubby..kalau dulu time bercinta, selalu la..weekend je merayau luar KL cari tempat-tempat menarik and good food. Skrang ni..hmmm..ni pun kena paksa..

Sebelum gerak, call dulu kedai. tanya bukak ke tak, manalah tau kan..kot-kot diorang tutup ke..penat je drive jauh-jauh.
Perjalanan ikut Jalan Kuala Selangor memang menarik, banyak gerai-gerai jualan.. Our first stop Cendol Durian Borhan.
Pastu gerai jual jagung and mangga. Then gerai-gerai jual mentarang.. semua ni wajib singgah dan beli..heheeh.. Tapi kitorang beli time balik..Menatarang tu kang busuk pulak lama-lama dalam kereta.

Masuk je simpang Sungai Panjang (ada signboard tulis ke Tanjung Malim) tu akan lalu kawasan padi dulu, time ni padi belum tanam lagi.so nampak tanah2 je la..Dlm 10 min pastu, mula la masuk kawasan sawit pastu hutan..Hmmm ni betul2 selera rimba.. Ondaway tu siap ada sekumpulan monyet dok main atas jalanraya lagi..


I see monkeys..
Dah nak sampai restoran tu, baru la nampak signboard nya..Yeayy...
Time ni lebih kurang kul 1.30pm. Nasib baik tak ramai orang sangat. Biasanya tempat ni jadi favourite spot for bikers and car clubs.. Diorang konvoi ramai2 dtg sini..kalau selisih dengan diorang..memang sesak la kedai ni.. Kalau tengok hall of fame dia, siap ada orang mai naik Helicopter..perghh..kaw-kaw..sebelah kedai pun ada tanah lapang, senang nak parking heli..heheh
So kalau nak elak lauk habis ke apa, u guys can call and book lauk siap-siap..




Signboard dah nampak..dah sampai akhirnya


Restoran terletak di celah-celah rimba..








Hall of fame..kalau korang datang dgn car or bike club..maybe dapatla naik gambar atas board ni.. :)


So apa yang best sini.. eksotik food la.. ada landak, pelanduk, rusa- ada yang liar or yang bela, ayam kampung, ikan baung, ikan tapah..
Masakan dia simple..untuk daging ada 4 jenis - rendang, cili api, goreng berlada, kicap. Untuk ikan - kari, asam pedas, cili api & goreng berlada.

Few lauk memang dah ada kat kaunter, kalau yang eksotik tu kena order.


Food counter





Ulam-ulaman










Various lauk-pauk

So here'e what we came here for...



Rendang Landak





Udang galah masak sambal





Rusa liar masak cili api



Wajib kena ada ulam, sambal belacan..hmmm could be better


Yummm, yummm







Complimentary desserts




Walaupun free, bubur dia tetap sedap..

Wowww, my verdict.. Memang terbaik..makan sampai licin pinggan...
My ultimate fav, rendang landak...memang best.. kalau sapa yg tertanya-tanya camne rasa landak..
Hmmm rasa macam daging lembu jugak except tulang dia kecik2 skit.. takda bau ke apa..and masak rendang tu memang sedap yang amat...two thumbs up!!!

Rusa masak cili api - sedap jugak. Daging rusa agak liat sikit tapi tak teruk sangat.. maybe sebab rusa liar kot..and daging dia ada bau sikit..tapi tak teruk sangat, still bearable..


Udang galah sambal..hmmm what can i say..sedap jugak...

Senang citer tak sia-sia la travel 2 jam untuk ke sini..memang berbaloi...

The price, lauk landak and rusa tu RM60 each. Udang galah RM5 seekor..
Nampak macam mahal kan, tapi i think reasonable la.. Sepinggan lauk kitorang tu easily 4 orang boleh makan..So actually semua lauk kitorang order tu bole makan 4 orang dengan puas.
Ni kitorang berdua..memang teramat puasla..Ratah lauk je..hehehe
Plus landak and rusa memang mahal skit..benda rare kan..Dengar2 daging landak mentah dalam RM40-50 sekilo.. So to me kira berbaloi la...

Dah habis makan, abang tu bagi pula lagi buah tembikai and bubur cha-cha..mula2 tu cakap eh kitorang tak order pun..pastu dia cakap ni free untuk sapa2 yang order landak/rusa/pelanduk..
Walaupun free, bubur tu sedap okay..lagi sedap dari beli kat pasar malam..Macam ni la kita nak..servis tip top, food pun tip top..

My advice, kalau nak mai sini, datang at least 4 org..baru syok..hehhe..tapi kita berdua pun ok je..kena spend lebih skit.





Sebelum balik, memandangkan perjalanan masih jauh, buang la apa yang patut dulu..hehehe..tandas pun terjaga bersih..
You guys ada ada kelapangan atau mencari2 makanan eksotik boleh la try restoran ni..
My sis terus berdesup pi satu family next weeknya bila tgk instagram I..:)

Below ni apa yg dia order, according to her, Rusa masak kicap tu paling win..lagi sedap dari rendang.  Masa kicap dia unik and lain dari lain..ada halia and rempah ratus..
Next time kena try la camni.. :P


Pelanduk Kari


Rusa Masak Kicap

 


Location:
Selera Rimba,
Kg Belia 2, Jalan Sungai Panjang,
Sungai Besar, Selangor
11am-5pm (closed on Fridays)
Tel: 016-3160344
GPS: 3.708732, 101.174357