Selamat Hari Guru untuk warga pendidik. Sehingga ke hari ini saya merasa sangat bahagia menjadi guru. Tidak pernah terlintas langsung rasa menyesal atau kecewa. Walaupun bukan manisnya sahaja yang dirasa setiap hari, namun rasa pahit dan masamnya menjadi penyedap bila kenangan itu diimbas semula
Saya menyambut buat kali pertamanya di sekolah baru. Dengan tema hijau..teringat tahun lepas masa di SMSFX.. tema watak dalam movie..meriah gila..... di sini sambutan sederhana sahaja ..tetapi tetap meriah. Menjadi guru baru berpindah haruslah pandai membawa diri. Kata orang masuk kandang kambing mengembek..janganlah pulak mengaum macam harimau..hihi. Saya terima semuanya seadanya.
Rakan guru di SMKDD |
Hadiah dari pelajar |
Bersama Safrina dan Rahana |
Bersama pelajar addmath 5 Kenanga ..Ain |