Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Dec 23, 2012

Bertunang

Bukan saya...sepupu... saya bertunang lamaaaa dulu.. 19/09/99 .... dekat 14tahun dah..Sebenarnya jarang sangat dapat menghadiri majlis macam ni..maklum duduk jauh dari keluarga dan sedara mara..selalu je terlepas peluang menghadiri hari bahagia kaum kerabat..huhu

Sepupu saya ni namanya Marzaniatul Fadhilah..anak saudara mak.. anak makngah yang no 4...orangnya sempoi betul..bekerja sebagai jururawat..kalau bab melayan sepupu sepapat dialah yang paling rajin...bawak ke sana sini berjalan..tu yang semua teruja nak tengok kak mar bertunang...kui kui..

 meriah majlisnya.. serba merah... harap-harap kalau kahwin nanti berkesempatan le menghadirkan diri


sedang berdebar menanti disarungkan cincin..

saat yang ditunggu telah tiba...jeng jeng jeng...muka kontrol

tetamu yang kepoh sesangat

anakanda ku yang sakit perut muntah-muntah..sempat lagi posing baik punya

sepupu sepapat yang sikit-sikit..kak mar..kak mar..manja bebenor..haha

makngah..yang sebelah kiri..sebelah kanan yang gebu ni mak cik..

sedang menunggu rombongan peminangan

hantaran ...kuih bakar tu mak yang bagi..tempah bukan buat pun..

 Walaupun pada hari kejadian saya tak sihat tapi sempat jugaklah mengambil gambar..tapi seperti biasa..gambar sendiri takde..



Sep 25, 2012

NOVEL PILIHAN

membaca adalah hobi sejak dulu..masa kecik buku pertama yang berjaya saya habiskan ialah sebuah novel pendek tentang kisah-kisah nabi..ada 25 siri ..semuanya saya baca..pinjam dengan perpustakaan sekolah. Dan kisah pertama yang saya baca ialah kisah Nabi Muhammad S.A.W..masa tu darjah 3..

lepas  tu siri penyiasatan Nancy Drew ..tak ingat dah berapa banyak saya baca
ada banyak siri ...penyiasat tiga sekawan

lepas tu..masuk darjah 4 saya jadi pembantu perpustakaan sekolah..waa..kebanjiran buku ..sangat seronok..pantang proses buku baru..saya cop dulu..hehe..

masuk sekolah menengah mulalah baca novel remaja..Budak Sertan..Bunga Jantan..banyak lagilah cerita2 Ahadiat Akasyah..

ada beberapa novel masa sekolah yang saya suka baca sehingga ke hari ini..antaranya

Badai Semalam karya Khadijah Hashim...ntah berapa kali saya ulang..sampai dah boleh cari bahagian-bahagian yang saya suka di muka surat mana...watak Mazne..Karim..Zaki..sentiasa bermain di kotak fikiran..haha ..lorat
buku yang saya baca dulu terbitan dulu-dulu..yang ni baru..

lepas tu saya gile baca cerita karya Abd Talib Hasan~ (biasa pinjam kat Perpustakaan Bergerak yang datang seminggu sekali..)

Pelarian..juga berapa kali sudah saya ulang..saya suka karya Mutalib Hasan kerana prinsip penulisannya begitu kena dengan jiwa saya..tidak melebih untuk setiap watak..rasional dan misteri ..
secara peribadi saya suka baca buku tulisan penulis lelaki..nampak lebih realistik bila menulis..bukan idealistik..hehe
baca buku ni masa tingkatan 3

Sutera dalam lukisan karya Abd Talib Hasan juga menjadi pilihan...tak sangka pulak novel ni jadi novel subjek sastera 2011. Mungkin kerana ada unsur motivasi dalam novel yang ingin diketengahkan

Korban Kasih...novel yang menuntut pengorbanan air mata yang tak berkesudahan..sedih ..menangis sampai bengkak mata..kisah kasih keluarga dan pilih kasih dalam keluarga memang begitu mudah menyentuh jiwa saya.. Karya Fatimah Saidin

Bila Sena Kembali Berbunga..ini adalah novel pertama yang saya beli..kedekut ek..biasa pinjam di library atau dengan kawan-kawan je.
novel ni pun ok jugak..kegagalan akan membawa kepada inspirasi untuk berjaya..gagal bercinta, gagal dalam pelajaran akhirnya bangkit semula mencari jati diri..saya suka..

Masa kat U dulu suka baca novel Inggeris.. yang masih saya ingat adalah karya Judith Mc Naught..yang ini adalah yang paling saya suka


baca sampai tengah malam sebab tebal giler..kisah remaja yang jatuh cinta terlanjur ..kawin..berpisah dan bertemu semula selepas 10 tahun..best..siap ada tentangan keluarga ala2 hindustan gitu..haha

banyak juga novel melayu yang saya baca..tapi tak berapa melekat di hati..kalau cerita pasal anak datuk..tan sri..hero hensem giler..heroin cun habis..oo sangat ideal bunyinya..jadi saya rasa macam sama je walaupun tajuknya berbeza..
novel ni saya ada beli
cerita ni pun cerita romantik ..cerita lama..tentang cinta selepas kawin..sorang English..sorang Scotland..masing2 membenci tapi akhirnya mencintai bila mengenali...ada banyak insiden yang berlaku yang buat kita rasa syok gitu...haha

selepas bekerja saya makin kurang membaca novel..mengadap buku budak lah pulak kan...
tapi ada satu teks satera tingkatan 5 yang buat air mata saya jatuh bila baca ..


kisah perjuangan anak miskin untuk mencari kejayaan dalam hidup ..kebun nenas..paya dan lurah ..dengki khianat kaum sebangsa..cinta yang tertinggal angkara kemiskinan bangkit semula..menjadi orang yang di segani..mencari semula kenangan yang lupt dan restu ibu untuk memperisterikan anak bekas musuh ibunya..ohh..puas hati...karya Ismail Kasan

dan cerita terbaru yg meninggalkan kesan di hati ialah


santai tapi banyak mesej tersembunyi..sindir dalam diam..memandu dalam sopan..banyak peringatan yg dapat di ambil walaupun ia sebagai rujukan untuk watak sahaja tetapi terasa seperti untuk orang yang membaca pula..novel cinta islamik..

Aug 25, 2012

AL WAQIAH

Surah Al Waqiah diturunkan di Mekah mengandungi 96 ayat. 

Surah ini memberi kesan yang sangat mendalam untuk saya...setiap kali saya bermasalah atau saya berasa kekosongan dan hilang arah saya suka baca surah ini dan terjemahannya..selepas membaca akan ada satu rasa kepuasan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata..sentiasa memberi saya perangsang..kekuatan yang setiap apa juga kejadian atau ujian atau masalah jika kita tempuhi dengan baik ..penuh ketaqwaan . maka telah Allahmenjanjikan sesuau yang pasti untuk kita...kalau kita terleka dan terus dengan dunia alpa..azab Allah juga amatlah keras..


TERJEMAHAN SURAH AL WAQIAH


[1]   Apabila berlaku hari kiamat itu,

[2]   Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
[3]   Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan 
       (golongan yang taat).
[4]   (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.
[5]   Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
[6]   Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
[7]   Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
[8]   Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
[9]   Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan 
        kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di   
        akhirat kelak);
[11]  Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]  (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]  (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]  Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
[15]  (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]  Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]  Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya),  
        yang  sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]  Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak  
        (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]  Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]  Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]  Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]  Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]  Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]  (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]  Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu 
        yang menyebabkan dosa; -
[26]  Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]  Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]  Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]  Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]  Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]  Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]  Serta buah-buahan yang banyak,
[33]  Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]  Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]  Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]  Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]  Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]  (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]  Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]  Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
[41]  Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]  Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]  Serta naungan dari asap hitam,
[44]  Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]  Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum 
         Tuhan).
[46]  Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]  Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang,  
         betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
[48]  “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ”
[49]   Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang 
         yang terkemudian,
[50]  “Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.
[51]   “Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan 
          (kedatangan hari kiamat),
[52]   Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
[53]  “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
[54]  “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
[55]   “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”.
[56]  Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
[57]  Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), 
        maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
[58]  (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu  
         pancarkan (ke dalam rahim)?
[59]  Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
[60]  Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, 
        dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
[61]  (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi 
         tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu 
         tidak mengetahuinya.
[62]  Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, 
         maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu 
         dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).
[63]  Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?
[64]  Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
[65]  Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia 
         berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,
[66]  (Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian.
[67]  “Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”
[68]  Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?
[69]  Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?
[70]  Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu 
         bersyukur.
[71]  Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?
[72]  Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?
[73]  Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang 
        yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada  
        orang-orang musafir.
[74]  Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang 
         Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).
[75]  Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-
        Quran, -
[76]  Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -
[77]  Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang  
        sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),
[78]  Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,
[79]  Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
[80]  Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
[81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap 
        keteranga-keterangan Al-Quran ini?
[82]  Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu 
        (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?
[83]  Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke 
         kerongkongnya, -
[84]  Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -
[85]  Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,
[86]  Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada 
         kekuasaan Kami), -
[87]   Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang
          benar?
[88]  Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “,
[89]  Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.
[90]  Dan jika ia dari puak kanan,
[91]  Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak 
         kanan”.
[92]  Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,
[93]  Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,
[94]  Serta bakaran api neraka.
[95]  Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.
[96]
Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

May 4, 2012

Kuku dan Rara

Ini ialah kura-kura papa...papa beli di Pasar Tamu...masa beli tu tak fikir pun macam mana penjagaan kura-kura yang sebenar..main beli je...dua ekor RM 40 ..lepas tu bila balik rumah mama pun tanya papa.."kura-kura ni makan apa papa?..ni spesis terancam ke tak ni?..."

Papa pun bergegas melayari internet...google spesis kura2...nasib baik bukan spesis terancam...dan cari jugalah kat internet penjagaan kura-kura.... tak susah sangat nak jaga...habis sayur-sayuran.. makanan kucing pun disebat nya juga...

ini budak sangat suka dengan binatang...katak kat Pasar Tamu pun di picit-picitnya..apalah sangat kura-kura papa

ni siap nak cium pulak...,..

kuku dan rara..

sudah 4 bulan lebih dibela..paling suka makan sawi manis..atau sawi bunga..muka tak boleh blah

tuan punya ...yang sangat mengasihi kura-kuranya (meremang bulu roma mama bila papa panggil sayang kat kura2 dia)

Dec 11, 2011

Meniru Masa Exam


sekadar gambar hiasan

Kenapa mesti meniru? best ke dapat markah cantik tapi hasil meniru...tak feel langsung..tapi ni la yang berlaku masa exam ..tak kiralah ujian ke..periksa tengah tahun ke hujung tahun ke..PMR ke SPM ke..KEBANYAKAN pelajar sekarang sangat cenderung untuk meniru..aihh benci betul menanda kertas yang ketara sangat meniru...saya masih ingat dulu ada ujian add math kat kelas form 5..saya pun tak tahu macam mana pelajar tu tahu saya ambil soalan dari buku mana..tetiba hampir satu kelas bagi saya jawapan sama..yang lucunya..jawapan tu kalau ikut memang full mark..tapi untuk soalan yang lain..bukan soalan yang saya keluarkan...maksudnya pelajar kelas tu tak tahu pun mereka salin jawapan yang salah..penuh satu muka surat ..siap dengan grafnya sekali...nak meniru pun tak berapa pandai..bila"kedapatan" sangatlah memalukan..

saya pernah tanya 

Cikgu     : kenapa mesti meniru?
Pelajar   : habis teacher dari dapat markah "0" 
Cikgu     : kalau kamu dapat markah 100 pun bukan kamu punya jugak..
Pelajar   : @#%$& (agaknyalah) 

memang saya sakit hati....biasa saya bagi 0 je terus kalau memang terbukti meniru..rasa macam ditipu hidup-hidup..kita nak terkeluar anak tekak mengajar..buat kelas tambahan..tunggu mereka buat latihan last-last meniru...mereka sanggup bersusah payah meniru dari bersusah payah belajar..sangup tu simpan buku dekat toilet..rasuah makcik yang jaga tandas..letak kertas jawapan kat tepi tingkap...pastu kawan gi toilet ambik  pulak jawapan tu....

sepanjang saya mengajar.. subjek add math memang pelajar cenderung untuk meniru...kalau fizik tak pernah lagi saya jumpa...kenapa ek...agaknya kalau fizik tu tak de nafsu mereka nak meniru....kalau tak dapat biarkan kosong je...

Saya masih ingat masa saya belajar di UTM dulu ..exam final Mass Transfer dalam Dewan Sultan Iskandar..tetiba saya dengar suara pensyarah sedang menengking seorang pelajar yang sedang memberi tiru kawan di sebelah...masa tu saya rasa perut saya kecutttt sangat..takut yang amat...menggigil...padahal bukan saya pun yang buat ...kedua-dua budak tu kena gantung satu semester..lepas tu nama kena gantung kat papan kenyataan universiti ..siap dengan kesalahannya sekali...aduhhh malunya...kalau habis belajar pun mesti ada yang menyebut.."ntah-ntah dapat degree hasil meniru" owhh sangat terluka ok kenyataan macam tu...rasa cam bodoh sangat kan rupa kita masa tu...lepas tu kalau nak mintak kerja kedapatan pulak rekod buruk meniru tu...aduh.. 

Bak kata kawan saya...ya..memang boleh berjaya...dapat kerja...tapi berkat ke...

Ada sorang rakan cikgu kat sekolah saya ni memang pantang betullah orang meniru...memang dia akan tengkingkan sampai menangis..memang cikgu tu mengajar bagus pun ..respeklah kat dia...walau dah 40++ tapi sangat bersemangat mengajar...tapi ada jugak yang buat dajal meniru paper dia..ha kau menangis-nangis kena marah...kalau ngan saya tak takut pun..maklum le lemah gemalai je...memang tak berapa ada aura nak marah orang...apa-apa pun hormatlah ilmu dan guru anda..


Jujurlah...untuk diri sendiri...InsyaAllah ...Tuhan Maha Mengetahui..

Nov 23, 2011

HATI


ini bukan hati manusia ini hati biri-biri (sumber wikipedia)

ada apa tentang hati...ooo banyak sekali cerita tentang hati..suka hati..jauh hati..buah hati..sakit hati..makan hati..murah hati..geli hati..baik hati..busuk hati..

adakah semua luahan perasaan terletaknya di hati. seperti ya jawapannya...kalau hati kita sakit..sakitnya terasa seperti di hati..kalau kita ada masalah..sakitnya pun terasa di situ juga..biasanya orang yang bermasalah berat akan kurang selera untuk makan..kenapa? menurut beberapa pendapat fungsi hati tidak dapat berjalan dengan lancar bila seseorang diberati dengan masalah..


struktur hati : hati manusia biasa amnya mempunyai berat 1.3-3.0 kg (berat jugak ye) berwarna keperangan dan merupakan organ kedua manusia yang terbesar..

Fungsi hati : apakah fungsi sebenar hati..secara saintifiknya hati mempunyai banyak fungsi

1. Hati berfungsi mengawal aras glukosa darah
2. Menyimpan vitamin dan mineral tertentu
3 Mengawal atur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino
4. Menghasilkan hempedu yang akan di simpan di pundi hempedu
5. Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin
6. Menyahtoksikkan bahan-bahan beracun seperti dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti
ammonia (sumber wikipedia)
dan banyakkkk lagi fungsinya..

secara tak saintifiknya...hati adalah tempat untuk segala jenis perasaan disimpan atau diluahkan..

Rasulullah saw. bersabda, “….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

semoga Allah menjauhkan kita dari segala penyakit hati...semoga kita juga sentiasa bersifat baik hati dan berhati-hati..semoga hati kita lebih khusyuk bila kita menghadap Ilahi









Feb 26, 2011

Aiskerim susu ibu..ada brani?

Hehe...saya jumpa artikel ni kat yahoo...kalau sesiapa yang ada stok susu ibu belebihan kat dalam peti sejuk tu..boleh le mencuba resepi aisekerim susu ibu....

'Totally natural' human breast milk ice cream on sale in London

Washington, Feb 25 (ANI): A shop in London is selling ice cream containing human breast milk.
The shop in Covent Garden used milk donated by a UK mom to make the "totally natural" treat.
According to UK website Parentdish, Victoria Hiley, 35, a mother of one from Leeds in northern England, has already donated a liter of her breast milk to Icecreamists parlor for the dish it calls Baby Gaga.
"What's the harm in using my assets for a bit of extra cash?" Fox News quoted Hiley as saying, who responded to an advert for milk suppliers on another parenting website, Mumsnet.
"What could be more natural than fresh, free-range mother's milk in an ice cream?"
The new parlor pays 15 pounds (24 dollars) for every 10 ounces of milk and has already had 15 mothers become donors. Each lactating woman undergoes the same health checks used by the UK's National Health Service to screen blood donors.
Matt O'Connor, 44, who runs Icecreamists, makes the dish by blending the breast milk with Madagascan vanilla pods and lemon zest.
"No-one's done anything interesting with ice cream in the last hundred years," he said.
"Some people will hear about it and go, 'yuck,' but actually it's pure, organic, free-range and totally natural," he added. (ANI)

AMACAM? ADA BRANI????

Dec 3, 2010

MENCUBA APLIKASI "SKETCH YOUR PHOTO"



anak gadisku yang ayu...ahaks


sesekali mencuba aplikasi ni cam best jugak..terasa macam handal jerk melukis..padahal..itu cuma ilusi sahaja..haha..

dulu-dulu suka gak melukis..walaupun tak berapa nak pandai tapi tak delah buruk...tapi handal lagi cikgooden..kan cikgooden..

ni le anta gambar yang dilukis menggunakan aplikasi tersebut..hoho
ni..mama yin dan ariq sebelum menjadi mama..aaww

mama dan budak paling kepoh dalam rumah ni..mmmmpphh

ni nurzuyyin yang paling heeppaakss sekali dalam rumah ini..dan yang paling gebusss

kesimpulannya..aplikasi ini sangat best untuk menghilangkan rasa busan...buring..dan menaikkan gelombang alpha dalam hidup anda dan melihat imej diri sendiri atau anak-anak atau orang lain dari sudut pandang yang berbeza...

Oct 19, 2010

MELAKA MAJU 2010

imbauan sejarah
kenapa tembam sangat muka aku masa ni..haha


kat jeti Kampung Umbai..beberapa tahun dulu..


20/10/2010

Tarikh Melaka maju ...saya sebagai orang melaka harus mengambil tahu hal ini...sungguh saya begitu bangga menjadi warga melaka...di mana segalanya bermula...banyak betul perubahan Melaka sejak saya kecil sampai sekarang..kadang-kadang..terasa sangat mendadak perubahan tu

bagi saya melaka adalah..tempat yang sangat sesuai untuk

i) melancong..ini termasuklah..melawat..mengambil gambar..terlalu banyak tempat yang menarik boleh diambil gambar ok! ..bermain..mencari ilmu..belajar sejarah

ii) membeli belah..ini termasuklah..membeli cenderamata..membeli makanan tradisi

iii) jalan-jalan cari makan...datanglah ke Umbai terapung untuk makan ikan bakar..atau asam pedas ..atau nak cari ulam-ulaman dan cencaluk


dan macam-macam lagilah.......kalau nak tau datanglah ke Melaka..:D