Showing posts with label FamilyMR. Show all posts
Showing posts with label FamilyMR. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Restoran Upin Ipin

0 comments

Budak mana tak minat Upin dan Ipin? Aku rasa 95% memang minat tahap max! Aku jumpa gak orang tua pun layan U&I. Terbaikkk! Sebab tu la aku selalu buat kejutan kat NMR. Aku selalu plan ngan wan bw NMR makan kat U&I.
Aku penah cuba 2 cawangan je setakat ni. Bandar Baru Bangi dan Shah Alam Sek.13. Bagi aku kat Shah Alam lagi baik. Kat BBB sangat tak best! Sebab apa? Cer p try sendiri nanti korang tau nak nilaikan.
Tiap kali kejutan ni mesti NMR suka sangat. Bila sampai je kat depan kedai tu baru dia perasan tengok SignBoard. Terus jerit! Yeay, kedai Upin Ipin. Tapi aku tak selalu sangat p makan kat sini. Leh kata setahun tak sampai la 5 kali. Tapi ada sebab NMR suka J
 
 
 
Menu pun dah menarik budak-budak...


 
Betapa sukanya NMR dapat dating sini. Makanan yang menjadi pilihan sudah tentulah Ayam Goreng Upin & Ipin...
 
 


MMR tak tahu apalagi, kita tunggu setahun lagi macam mana...
 
 

 
Yang ni zon bahaya tapi nasib baik anak aku O.K yang tak O.K bondanya. Sebab tu aku beli towel U&I utk NMR. Dengan alas an towel yang biasa bawa pegi sekolah dah uzur so wan setuju.
Okey towel satuuuuu....
 
 
 

Taman Botani, Putrajaya

0 comments
 
 
mula-mula muka exited je si NMR tu, lama2 dia tak larat nak kayuh dah, kami plak tak larat nak tunggu lambat sangat :)
 
 
 



Minggu cuti panjang sempena Hari Malaysia kami manfaatkan di Putrajaya. Plan asalnya nak balik Kedah, Tapi wan ada hal yang tak boleh dielakkan, terpaksa batalk balik kampong. Tak apalak anak-anak., Kita masih boleh beronggeng di sini. Kebetulan macam-macam aktiviti minggu ni di Putrajaya, Ada pertandingan Bunga Api, Ada festival Kucing 2013 dan ada Pameran Monster and Dinosour. Tak lupa gak ada Tayangan 6D.
Jadi bermula pagi Sabtu kami bangun awal pagi bersarapan di Warung Bunian, pastu NMR sibuk nak kayuh basikal kat Taman Botani. Kami turutkan je, Padahal NMR bukan reti kayuh basikal lagi. Takde basikal pun kat rumah, Aku ada beli dulu tapi NMR tak minat pun nak kayuh. Sampai la dia besar dari basikal tu. Aku jual je terus!
Kat Taman Botani sewa basikal murah je, mulanya amik 3 basikal dan baby carrier. Bila nak amik basikal mamat tu kata MMR kecil sangat nak guna carrier tu, dia takut apa2 terjadi. Terpaksa cancel 1 basikal. Tapi tak pa, nanti boleh refund balik. Tetiba NMR plak tak nak kayuh basikal. Memang tak larat la sebab kawasan besar. Aku tengok pun tak larat., Tinggal 1 basikal yang boleh bawa orang kat belakang. Wan ngan NMR je yang ronda Taman Botani akhirnya.
Tengok anak-anak ceria paling seronok. Berpeluh2 dua beranak tu ronda Taman Botani. Wan kata sepatutnya aku yang kayuh kata nak kurus. Tapi ada sebab yang tak dapat dielakkan. Next time aku memang nak kayuh basikal puas2 kat sana.
 

MMR dah 10 bulan - 15/9/2013

0 comments
 

 
 
Alhamdulillah.... MMR aku dah 10 bulan. Apa MMR? Muhammad Mannan Riffat lor :) Kejap je masa berlalu kan. Masih teringat lagi kenangan malam tu. Aku mula rasa sakit sikit, aku cool lagi. Siap suh wan tido dulu. Tapi lama kelamaan memang tak tertahan dah, Tahan sakit sampai menitik air mata. Jam 4 pagi akhirnya aku terpaksa kejutkan wan. Nak ke hospital. Kami siap-siap sambil aku menahan sedih nak tinggalkan NMR aku tu. NMR? Nur Marsya Rania.
 
Tak tahu nak cakap rasa sayu sangat hati nak tinggalkan NMR tu. Ni la feeling seorang ibu, Aku rasa korang pun penah rasa. Dah la time nak ke hospital tu NMR tengah tido. Aku sempat cium pipinya dan tinggalkan dia bersama TokSu.
 
Sempat lagi aku singgah ke Mamak Kembar untuk Minum Milo dan 4 biji telur separuh masak. Kononnya nak kuatkan tenaga. Kali ni nekad nak bersalin normal. Doktor pun cakap aku boleh bersalin normal 99%. Sampai di HUKM, terus ke Wad Bersalin. Apalagi benda paling aku menyampah adalah SELUK! Apa???? Baru 2cm... Sedihnya. Sangkaan aku sakit ni dh 5 atau 6cm.
 
Akhirnya aku ditolak masuk ke Wad dulu. Dah nama pun sakit kan, memang aku tak boleh duduk diam la. Aku berjalan kesini kesana, Tengok orang ni orang tu. Tengok baby, Setiap 1 jam mesti doctor panggil nak check jalan. Sama gak macam pregnant yang dulu. Jalan memang lambat buka tapi sakit bagai nak rak.

Doktor siap tolong aku. Tolong katanya tapi sakit sangat. Tolong aku pecahkan air ketuban. Kononnya nanti jalan aku buka cepat. Waktu pecahkan air ketuban ni baru buka 5cm. Terus ditolak aku ke Labour Room. Dalam fikiran aku dah tak keruan. Dalam bilik semua semua benda dia akan buat janji kita boleh bersalin.

Aku dijaga oleh 4 orang Medical Student. Gagah ko! HUKM haruslah ramai student. Mula2 aku ok lagi. Boleh borak2 ngan wan. Makin lama makin kerap sakit tapi masih boleh bergurau senda laki bini. Tuptup aku kena induce la. Masyaallahhhhh.... Lepas ni, aku memang hilang kawalan, Tak tau nak cakap macam mana. Dos yang dimasukkan agak tinggi, Aku mengerang kesakitan. Budak2 keliling aku siap bagi aku minum. Wan tak abis2 ajar aku suh baca ayat itu ini, suh aku sabar tapi aku memang hilang kawalan lansung. Aku boleh tending katil tu sampai bergerak.

Malas nak ingat detik ni. Seksa sungguh, Tak cerita lagi bab Doktor asik nak menolong. Lagi tolong lagi sakit. Bukan calang2 tangan yang masuk dalam tu. Lama2 dos induce aku dikurangkan. Sebab keadaan aku amat terseksa. Sampaikan nurse suh aku bersabar. Mengucap bagai. Sambil tu pun aku dah request nak CZER. Aku memang dah tak tahan, lama aku dalam labour room tu. Mungkin aku dah takde upaya nak bersalin normal nanti.

Hasil perbincangan doctor-doctor tu aku dibenarkan untuk CZER kali kedua, Aku ditolak ke OT plak. Emergency lagi. Kali kedua. Memang aku takde peluang untuk bersalin normal. Tak apalah janji anak dan aku selamat. Syukur. Lahirlah anak lelaki aku sebagai anak yang kedua dalam keluar MR.

Dan kalau aku tau aku nak bersalin ikut tingkap ni, aku dah request tarikh lahir NMR pada 2 November. Waktu MMR pun EDDnya 7 November. Tapi sebab aku tunggu sakit secara natural jadi lahirnya pada 15 November. Masih November jugak la :) Alkisah bersalin kali kedua aku. Korang jangan ngeri sebab pengalaman bersalin setiap orang lain-lain. Baca sebagai pengalam ye...




 

ChErItA kHeSaH kHaMi Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template