Pages

Ads 468x60px

.

Labels

September 30, 2009

HALUSINASI

30 sep 2009

Petang tadi lebih kurang pukul 620pm, ketika sedang khusyuk layan supernatural season5 aku rasa kerusi yang aku duduk ada 'rasa goyang2' sket.. Takdela kuat sangat tapi terasa. Aku bangun nak test sama ada kerusi aku yg goyang or otak aku yg goyang.

Eh, xde plak..

Tapi bila aku berdiri senyap2 aku ada 'rasa goyang'. Jenuh aku perhatikan sekeliling. Siap jenguk luar tingkap. Tak nampak pun benda bergegar. Tapi aku still rasa macam goyang. Maka kesimpulan yang aku buat adalah aku 'BERHALUSINASI'. Hipotesis aku terhadap perasaan goyang tersebut mungkin disebabkan aku kekurangan air dalam badan. (aku kan puasa hari nie+sakit tekak yg amat perit..).Maka, tekanan dalam badan menjadi kurang stabil & aku pun merasai perasaan goyang tersebut.

Sekejap tadi baru aku baca berita terkini tentang gempa bumi yang berlaku di Sumatera. Owhhh..maknanya aku tidak berhalusinasi.





nota kaki: mari sama2 doakan keselamatan & kesejahteraan mereka yg terlibat dlm gempa bumi tersebut. semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan yg Maha Esa.

SAKIT TEKAK..



Tengah malam semalam tekak dah mula rasa perit. Nie penangan raya la kot minum air ais xhenti-henti. Pagi nie sakit tekak yg amat. Bila nganga mulut luas2 nampakla tonsil yg merah & bengkak. Macam biasa la pagi2 nak karaoke kat bilik sebelum g bersiram. Tup tup yg keluar errr..aarr arrkkk..nak telan air liur pun susah.

September 21, 2009

H.E.C.T.I.C


JuSt ONE word to describe my life since saturday morning until tonite.


Glitter Words



nota kaki 1: salam aidilfitri kepada semua.
nota kaki 2: maaf atas keterlanjuran bicara & perbuatan sama ada sengaja atau pun tidak
nota kaki 3: sangat penat menjadi perempuan. doing everything all alone. I need support & i need rest.
nota kaki 4: 2009 - takde baju raya. Tak kisah la..janji nasi beriyani ku menjadi huhuhu



September 17, 2009

Dilema Menjaga Hati


Post kali nie tiada kaitan pun dengan lagu menjaga hati yg dinyanyikan oleh penyanyi dari seberang tue. Aku cuma teringat kisah makcik Tipah & anak-anaknya. Lagi2 waktu nak dekat raya nie. Kepada yang dah kahwin selalu berdepan dengan dilema nak balik kg siapa dulu. Masa nie la jugak kadang2 ada yg terasa hati kalau keputusan yg diambil tue kurang bijak. Papehal pun meh kita layan kisah makcik Tipah nie. Kisah realiti yg berlaku depan mata aku.

Biodata:
Nama: Latifah
Umur: 70 tahun
Status: Janda, suami meninggal 13 tahun yg lalu
Anak: 6 orang; 3 lelaki 3 perempuan
Cucu: ramai...
Tempat tinggal: Rumah anak-anak; bertukar-tukar ikut siapa yg selesa & sudi nak jaga
Kesihatan: Sakit tua, darah tinggi, diabetis kronik
Pekerjaan: Tiada

***Adam***
Anak sulung lelaki kepada makcik tipah. Baru meninggal dunia dua tahun yg lalu akibat pendarahan dalam otak. Meninggalkan seorang balu & 5 orang anak. Walaupun hanya bekerja sebagai guard, Adam anak yg baik & taat. Kini dia telah tiada. Al-fatihah.

***Balqis***
Anak sulung perempuan makcik tipah ini seorang tukang jahit. Beranak 5. Suaminya seorang operator kilang. Balqis sangat baik terhadap ibunya. Dia la yang selalu menjaga makcik tipah ketika sakit. Malangnya, kehadiran makcik tipah agak kurang disenangi oleh suami Balqis. Ketika Balqis nak bagi makcik tipah makanan, masa tue la jugak suami Balqis nak bermanja & mintak dilayan. Baru je makcik tipah sampai, masa tue jugak la suami Balqis ajak naik bilik. Sebab tue, makcik tipah tak betah nak duduk lama2 di rumah Balqis. Lagi2 ketika suami Balqis ada di rumah.

***Camelia***
Anak perempuan kedua Makcik Tipah. Suaminya usahawan berjaya. Selalu tak ada di rumah. Maka, kebanyakan waktu makcik Tipah lebih suka tinggal bersamanya. Dia diberikan bilik sendiri berbanding di rumah Balqis di mana Makcik Tipah selalunya duduk, baring & tidur di ruang tamu.

Tapi sayang, Camelia & suaminya kurang suka perangai makcik tipah yg suka menegur mereka berkaitan hal agama. Mengapa tak solat. Mengapa solat lambat. Mengapa tak bercampur gaul dgn jiran. Mengapa duduk berkurung dalam bilik tatkala saudara mara datang melawat.
Mengapa begitu mengapa begini.

***Daniel***
Anak lelaki makcik Tipah yg seorang lagi nie bekerja untuk abg iparnya sebagai pemandu. Daniel baik, suka membantu & menghormati orang tua. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri.


***Emelia***
Anak perempuan makcik Tipah yg ini juga sudah berkahwin. Namun, tinggal di kawasan yg jauh berbanding dengan kakak2 & abang2nya. Emelia baik dengan ibunya & semua adik beradiknya. Sikapnya disenangi ramai termasukla keluarga mertunya. Suaminya baik tapi tak pernah betah berkunjung ke rumah adik beradik & saudara mara di pihak Emelia. Cepat je panas punggung. Atas sikap itulah Makcik Tipah kurang berkenan dengan menantunya yg seorang nie. Suami Emelia berasal dari family senang. Tak biasa berpanas & berpeluh di rumah yg sempit.

***Fahmi***
Anak bongsu Makcik Tipah. Tak serius dalam menentukan arah hidup. Berkahwin muda ketika berusia 19 tahun & bercerai muda ketika berumur 25 tahun. Kemudian bertunang & putus lagi. Sekejap di Utara, sekejap di KL, sekejap di Sarawak & sekejap lagi hilang tanpa khabar berita.


Ramadhan 2009. Kesihatan makcik Tipah semakin merosot. Dengan gigih dan segala kudrat yg ada Makcik Tipah cuba berpuasa hingga ada suatu waktu makcik Tipah pengsan & terpaksa dimasukkan ke hospital. Sehingga 27 ramadhan, kesihatan makcik Tipah masih lagi di tahap kurang memuaskan.

Suami Balqis memutuskan mereka sekeluarga perlu pulang berhari raya di kampungnya di Selatan. By hook or by crook. Balqis bercadang membiarkan suaminya pulang bersama anak2 sahaja tanpa dirinya memandangkan makcik Tipah baru keluar hospital & masih tidak sihat. Apalagi, si suami pun mula tunjuk muka masam. Siap keluar perintah suruh ikut balik kampung. hishhh..tak paham aku. Tak nampak ke mak mertua sakit. Alasan suami: 'adik2 awak kan ada boleh jaga. Asyik awak je yg jaga'.

Camelia & suami juga sudah merancang awal2 untuk menyambut raya pertama di Utara. First time mertua Camelia jemput Camelia & anak-anak beraya di kampung. Almaklumlah, Camelia isteri kedua. Sebelum nie, kalau time hari raya pun Camelia sekeluarga akan pergi bercuti sebagai ganti berhari raya ke rumah mertuanya.

Daniel seperti biasa akan pulang ke kampung isterinya di Ulu Pahang. Tahun ini giliran kampung isterinya. Keluarga mertua di kampung pun kurang sihat. Hari raya nie jela kesempatan untuk balik melawat.

Emelia bersedia menjaga makcik Tipah. Namun, keadaan Emelia yg tinggal di rumah flat 4 tingkat tanpa lif itu menyukarkannya untuk membawa makcik tipah bersama. Fahmi masih senyap tanpa berita. Kononnya sudah berkahwin dengan wanita dari negeri di bawah bayu.

Makcik Tipah sayu. Kalau la suaminya ada meninggalkan rumah, boleh la dia berteduh tanpa mengharapkan anak2 & menantu.



Nota kaki 1: Susahnya nak jaga hati semua pihak. Bila dah kahwin, syurga isteri terletak pada keredhaan suami. Tapi kalau suami pentingkan diri macam mana? Kalau dibiarkan si ibu terasa hati, berdosa jugak.

Nota kaki 2: Semoga aku dikurniakan suami yg beriman, soleh, bertimbang rasa & mempunyai rasa kasih terhadap mertuanya. Amin.

Nota kaki 3: Semoga aku dikurniakan mertua yg baik, penyayang & memahami. Aminnn

September 14, 2009

|JJCM| Ikan Pari bersama Mr Ibli, En. Seta & En. Nafs di PARAM

Setiap kali ramadhan, antara topik yg common adalah juadah berbuka puasa. waahh..baru pukul 2.27pm. Maka, berduyun-duyun la kita ke pasar ramadhan (bahasa singkatnya -PARAM.) Ada orang kata rezeki banyak di sana. ehemm..ehemm..memang banyak rezeki..

Perut yg satu seolah-olah seperti berperut empat (macam perut moooooooo...). Mane taknya..macam2 nak dibeli. Kuih sampai dua tiga jenis (yg nie starter.....eh, bukan patut start dengan kurma ke?). Main dish, nasi beriyani la, nasi minyak la, nasik air la...nasik pasir pun ada (bak kate kawan aku yg terbeli nasik mentah).

Mr Iblis dgn En. Setan dah kena gari dah. Sah la mereka tak pergi PARAM. Siapa pulak yg bagi arahan beli berbungkus-bungkus juadah sampai tak cukup tangan nak pegang?? Owhh..En. Nafsu rupanya yg suruh beli macam-macam.

Dasyat jugak penangan En. Nafsu nie. Aiseehhh...

Next time patut tinggalkan je En. Nafsu kat rumah. Bawak En. Sabar & En. Sederhana je pergi pasar ramadhan. En. Fulus sekeluarga pun jangan di bawak ramai2.

Kebanyakan juadah yg dijual kat pasar ramadhan tue nampak sedap. Tapi kadang2 ada jugak yg tak sedap. Terlebih gula, terlebih garam, terhangus, tertawar, terhangit, tertaksedap. Tak baik la peniaga2 yg tak jaga kualiti makanan nie. Kesian kat pelanggan. Baru je bukak puasa dah menyumpah2 sebab lauk & kuih muih hanya cantik dipandang tak sedap di rasa.

Ramadhan kali nie, ada satu favourite lauk yg memang aku suka tahap gaban la. Ikan pari bakar dengan sambal. Makan begitu sahaja dengan nasi putih panas2 pun dah best.peergghhhhhhhhhh.... menusuk kalbu merangsang saliva sungguh!

Ikan pari bakar Pasar Ramadhan Taman Pulai.


Harga mengikut saiz. Biasanya aku beli seekor yg kecik lebih kurang RM5.




Nota kaki: Takde idea untuk menu hari ini. Nasi ambang? Tapi nak yg bnyk sayur & serunding.

Shopping raya la sangat..

11.32 pagi Sondag 23 ramadhan

Beratnya mata...macam lebat sangat bulu mata nie sampaikan rasa nak tertutup je kolopak mata nie. Kusyen kecik empat segi bersarung warna oren yg semakin nipis ditarik, dipeluk. Mata makin kuyu menghadap skrin CQ40. Beberapa saat kemudian, K530i berlagu. Lagu kuda laut.

Ade sesape nk ikt sy ke jj tebrau?
Reply dgn taip ON TEBRAU ke no ni b4 kul12

Hmm..patutkah ikut? Keje ada yg tak siap lagi nie. Tapi dari pukul 11 sampai 1132am sebaris pun tak ada huruf yang berjaya di taip dalam file newrb.doc.

On Tebrau

K530i berbunyi lagi.
Trima ksh wpn ade certain reply dgn kod yg salah..
siap2 sape nk pegi, dlm 1230 kite grk


Kami berempat M, F, S and D sampai JJ Tebrau lebih kurang 130pm. Operasi pertama round ground floor. Persinggahan pertama bermula di book shop HARRIS. Sempat jugak kusambar sebuah buku. Ada diskaun 15% dgn pembelian RM10 ke atas.

Next shops please.............

Singgah masuk belek2 baju, cuba kasut, angkat letak angkat letak. Sembang2 depan The Body Shop sambil sembur perfume sket . wahh..ada new limited edition perfume.

Jalan2 cuci mata tengok baju2 sampaila ke hujung. Naik eskalator ke first floor. Padini-Vinci Shop penuh sesak dengan manusia. hmm..cari baju raya kt Padini???

Lepas solat zuhur sambung lagi jalan2. Voir pun sales dasyat2. Almost la aku terbeli seluar jeans dengan diskaun 70%. Harga rm89++ jadik Rm26 ++ jer.... Nasib la saiz yg aku nak tak berjaya dijumpai. Tapi aku puji la sikap staff kat kedai tue. Baik je layan orang. Siap tolong check kan stok saiz yg aku nak tue. Cakap pun baik2 je. two thumbs up la.

Masuk kedai keluar kedai. M and F masing2 berjaya menyambar sehelai baju kat Jusco. D? Macam biasala beli miniature transformers fav dia. Aku?? Tak ada kasut atau baju yg berkenan di mata. Bagus jugak save sket duit.

Sebagai penutup shopping, pembelian terakhir berlangsung di Jusco sambil menyaksikan kegigihan kawan2 ku membeli P & B. huhuhu

lambang kegigihan seorang lelaki

shopping raya la sangat



Nota kaki 1: Bantal raya...anti-mite, diskaun 50% nie
Nota kaki 2: Alhamdulillah. Berjaya menahan diri dari membeli yg bukan keperluan.
Nota kaki 3:
En. Aben kata torsdag maksudnya khamis dalam bahasa Sweedish. Jadi sondag = ahad



September 13, 2009

Angkat tangan kalau suka tart nenas


Hahaha.. ramai betul yg suka makan tart nenas. Sampai kucing pun kena paksa angkat tangan huuhuhu

Termasuklah hamba Allah yang empunyai blok ini. yeay..mak & en ATB saya pun sgt sukakan tart nenas.

Tapi mesti nak tart nenas yg gulung. Kalau tak digulung tak minat!! Banyak ragam sungguh. Kali terakhir membuat tart nenas adalah bertahun-tahun yg lalu. Lapan tahun yg lalu kot..waahh..sungguh lama.

Bermaksud selama 8 tahun la makan tart nenas tunjuk, tart nenas-raya-umah-org, tart nenas tak sedap etc etc. Macamla sendiri buat gerenti sedap.hohoho

Chop! Bukan malas atau tak nak buat tapi oven kat rumah tue sudah rosak. Bila nak beli baru mak selalu kata 'tak payah la..macam la rajin sangat nak buat kuih'.

Atau pun mak keluar ayat ' Tak kuasa nak buat kuih dah, pergi terawikh lagi bagus'.


Kemudian aku dan cousin2 yg kunun rajin nie balas.
' Takpe, kitorang ada..biar kitorang yg buat'.

Terus mak aku gelak besar.
'Iye sangat nak buat kuih tue..nanti sampai pagi tak selesai. Siap ada yg tertido kat dapur'.

Aiseehhh...mak tersayang dah mula ungkit kes tahun berapa aku tak ingat. Masa tue aku dgn cousin2 yg kunun rajin gigih buat kuih almond london. Since kitorang ingat nak buat utk dua family maka, bahan2 & doh semua pun jadik double la. Start dari lepas isyak sampai pukul 2-3 pagi tak abes bakar lagi semua kuih tue. Cousin aku sampai2 tertido2 kat dapur. hahahha....


Nak tak nak mak aku terpaksa la tolong take over bahagian jaga oven. Thanks mak. mmmmuaaah. Buat almond london memang leceh sket. Lepas dah bakar, cookies tue kena la plak celup dlm choc yg dicairkan.

Ampes sungguh sape yg jaga oven ketika tue. Boleh plak meroloh kat dapur. Tapi akhirnya, berbalang2 almond london kitorang dapat. Siap bagi kat jiran lg sebab dah banyak sangat.

Mak aku macam biasa keluar ayat power ranger.
' Buat kuih mengalahkan orang nak buat jual'.

Aku sengih jela. Tak baik lawan cakap mak.hehehe


Nota kaki 1: Aku & cousin2 'macam' berniat nak beli oven baru & buat kuih raya tahun nie.
Nota kaki 2: *meroloh = tidur (bahasa perak)

September 12, 2009

The CLIMB


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith

September 11, 2009

Memori 11092001


1. Pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 merempuh Menara Utara (North Tower) World Trade Center (WTC) tepat pukul 8.46 pagi pada 11 September 2001

2.15 minit kemudian, pesawat United Airlines Flight 175 pula menghentam Menara Selatan bangunan berkembar tersebut

3. Pesawat ketiga yang dirampas (American Airlines Flight 77) menuju ke sasarannya, bangunan Pentagon di Arlington County, Virginia.

Masih ingat pada peristiwa yang menggemparkan dunia ini? Tragedi yang telah menyebabkan Amerika kerugian berbillion dolar dan mencalar imej mereka hingga serta merta melancarkan 'Perang Menentang Keganasan'.

Lantas, Afghanistan yang diperintah oleh puak Taliban diceroboh atas alasan mahu menghancurkan rangkaian pengganas digelar al-Qaeda. Benarkah? Atau itu hanya alasan semata-mata demi menguasai negara tersebut?

Pelbagai teori konspirasi ditimbulkan. Serangan Al-Qaeda, Konspirasi yahudi dan macam-macam lagii. Namun, cerita sebenar masih lagi menjadi tanda tanya.

***
Tragedi nie berlaku masa aku berumur 17 tahun. Masa tue sedang sibuk dengan peperiksaan percubaan SPM. Kejadian tersebut menyebabkan US mengenakan sekatan & ada dengar2 berita penerbangan di negara2 Arab & negara2 lain terpaksa ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

Punya la kecut perut aku dengar berita tue. Sebabnya bonda tersayang aku ketika tue berada di Mekah menunaikan umrah. Dahla aku tak dapat hantar mak aku g airport sebab warden tak bagi balik. Ada peperiksaan percubaan SPM. Hati siapalah tak risau. Tiap waktu aku berdoa semoga mak aku & rombongannya selamat pulang ke tanah air. sape tak sayang mak beb..

Alhamdulillah, mak aku & rombongannya selamat tiba di Tanah air. Syukur sangat2. Tapi yang aku rasa sedikit lucu adalah mak aku boleh tak tahu pasal kes pengeboman tue. Kes tue berlaku 2-3 hari sebelum mak aku balik. Maksudnya, ketika kejadian mak aku masih di Mekah.

Nak tau kenapa?? Sebab mak aku tak faham tengok tv kat negara arab tue. Semua cakap arab jer..kalau ada orang atau kawan2 boleh tolong terjemah tak pe jugak.

Mak aku memang ada tengok gambar pengeboman tue kat tv tapi malangnya tak ada subtitles. So, mak aku tak pasti yang tue berita sebenar atau pun cerita /drama. My mom assumed tue cerita perang2...hehehe

Masa kat airport sebelum naik flight, ada la seorang mak aji nie cerita pasal kes pengeboman tue. Haaa..masa tue baru mak aku rasa kecut perut nak naik kapal terbang.Pape pun, alhamdulillah mak aku selamat tiba ke Malaysia.


nota kaki 1: my mom's birthday is just around the corner (27 september)
nota kaki 2: Birthday si dia juga (18 september)..
tak mengapa. sudah belanja makan Nando's
nota kaki 3: Happy birthday to my friend, Cikgu Razi (11 september)
nota kaki 4: Happy birthdaY to my dearest fren Siti Zuraini @KechiK (24 september)
nota kaki 5: Happy birthdaY to my dear fren Sh.Husna..(20 september)
nota kaki 6: Happy birthday juga kepada semua kawan2 saya yg sambut birthday bulan september..



September 10, 2009

Dedicated to fida..

Memandangkan aku telah rajin mencari maksud disebalik perkataan hawt, maka sekarang nak menunaikan tanggungjawab menjawab tag yg diberi oleh afida.

1)
Anda rasa anda HAWT?
yes..cuaca hari ini agak panas..err..sebenarnya saya memang org yg selalu panas walaupun minum berkoyan2 air.

2) Upload gambar kesayangan anda.


3) Kenapa anda suka gambar ini ?
orang yg paling disayangi..my most important+lovable person..besdaY my beloved mom is just around the corner..

4) Bila kali terakhir makan pizza
Tahun lepas..bulan berapa tak ingat. Apakah relevannya soalan nie dgn tag & gambar di atas??

5) Apa yg anda buat sambil menyelesaikan tag ini?
Collect result EI, RMSE drpd matlab sheet kemudian arrange dlm table. Jari jemari kembali lenguh. Perlukah ke klinik & minta ubat otot lagi??

6) Selain dari nama anda sendiri, anda suke dipanggil dgn name ape?
wana?yg comel huhuhu ---> sila abaikan versi perasan comel ini

7) Tag lagi 6 orang tanpe rasa kekesalan..
tapi saya rasa kesal. niat asal nak tulis no one tapi nanti tak blh jwab soalan seterusnya.
hehe

1. him -->?? he's in the middle of creating his own blog..just wait & see..
2. cik mars
3. aimi
4. mama iris
5. Shaadah
6. mune

pssttt: those yg kena tag, tak mau jawab pon xper..

8) Siapa no 1 kepada anda ?
important person

9) Bagaimana pula dengan no 5 ?
good fren of mine...member kamceng sejak zmn degree tapi dh lama tak jumpa

10) Pendapat anda pada no 4 !
hostelmate & schoolmate zmn kat smks18.. tag die sebab die sudah ada blog skrg + die sudah kawin & ada baby girl yg cute miut..

11) Katakan sesuatu terhadap orang ke - 2 !
suka berpuisi & berpuitis, funny sometimes .......... ffufufufu ---> tiru cara die gelak

12) Anda juga mungkin meminati
melancong .. skrg bnyk motif blum dapat dicapai

Anda rasa anda HAWT?

Glitter Words

Someone has been tagging me with this phrase. First time baca perkataan nie 'HAWT' jenuh, ligat otak berfikir maksudnya. Singkatan dari perkataan apa nie? Siap bukak kamus dwibahasa Oxford Fajar lagi. Pelik. Dalam kamus pun takde. Next step, google. Bila bukak urban dictionary baru la tau HAWT tue maksudnya apa.

1.In the late 1940's and early 1950's "hawt" was an acronym for "having a wonderful time." It was eventually stolen by scenester fucks to mean,"sexy" or "attractive" because of the downfall of american youth.

How are you doing today?
I'm HAWT, darling, thank you.


2.
Internet slang for something really hot.

Girl: You were so hawt last night at the show.
Boy: I know


3.Sarcastic/Nerd talk for "Hot"

0mg she\'s HAWT lololol!!!


4.How annoying 13-year old teenyboppers spell 'hot'

omg, lyk, josh is so hawt!


5.Another spelling of Hot used in instant messaging.

Luk at her she's hawt!


6. Horizontal-axis wind turbines; they have the main rotor shaft and electrical generator at the top of a tower, and must be pointed into the wind. Small turbines are pointed by a simple wind vane, while large turbines generally use a wind sensor coupled with a servo motor.

Modern day wind turbines are used to generate wind power are HAWT.



Nota kaki 1: guna bahasa & ejaan standard kan lagi senang. nak jugak guna bahasa budak 13 tahun.
Nota kaki 2: hawsome =hot+awesome






Related Posts with Thumbnails