salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Tuesday, October 20, 2015

Dan kita, bagaimana?

Tahun-tahun akhir di sekolah menengah sebelum SPM (2007),ada beberapa orang sahabat yang meminta disemakkan dan dibetulkan bacaan Alqurannya.

Saban hari selepas maghrib, kami duduk bersama di tepi musolla perempuan.

Setahun kemudian selepas selesai SPM dan saya telah pun memulakan pengajian di peringkat Diploma ,sebelum waktu subuh hari itu saya menerima mesej tentang kematian salah seorang sahabat yang sering meminta saya menyemak bacaan Alqurannya. Pagi itu juga saya merayu dengan warden asrama untuk pulang menziarahi jenazah sahabat tersebut.

Di usia 18 tahun,dia terlebih dahulu dipanggil pulang bertemu dengan kekasih teragung. Pemergiannya buat saya teringat-teringat akan usahanya untuk memperbaiki bacaan Alquran walaupun ketika itu sudah berada di tahun akhir sekolah menengah.

Tidak, tidak ada ungkapan terlewat dalam memperbaiki diri demi menjadi sebaik-baik hamba Tuhan.

Semoga Allahyarham Hafizah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

الله اغفرلها وارحمها

Dan kita, pengakhirannya bagaimana?

اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
ولا تختم علينا بسوء الخاتمة.

No comments: