salam tazkir

" tidak ada yang bahaya bagi iman melainkan cinta kepada dunia dan tidak ada bahaya bagi hati melainkan tertarik kepada hiasan dunia. Maka, apabila hati telah hancur, apalagi yang akan dibanggakan oleh seseorang di hadapan Allah kelak?" -Imam Ahmad Bin Hanbal-

Wednesday, August 5, 2015

Seruan kejayaan

Setiap hari aku berhenti depan tandas, menoleh ke arah pintu depan pintu peti ais gabak dua tingkat itu.

Biasanya lebih dua kali sehari, atau setiap kali aku mahu ke tandas, akan ku tolehkan pandangan ke pintu pintu ais itu.

Bukan sebab perut yang lapar.
Atau mudah gastrik, atau kehausan yang seringkali menjengah tekak.

Tapi untuk mebuat pengesahan.
Jam berapa sebenarnya masuk waktu solat.

Lalu, sebab itu tanpa jemu aku menoleh ke pintu peti ais itu.
Angah lah sebagai tuan rumah, dia memang rajin print waktu solat bagi kawasan Aston setiap bulan.

Dan biasanya, takwim solat yang angah print untuk bilik atas, berbeza sedikit waktu solatnya dengan takwim yang di depan pintu peti ais di bawah.

Sebab?
Yang bawah merujuk kepada masjid yang berdekatan.
Manakala takwim yang di atas merujuk Masjid Utama di Birmingham. 
Di kawasan Aston ini sahaja ada lebih dua buah masjid, dan kebanyakan waktu solatnya adalah berbeda.

Keliru?
Ya, itulah yang aku alami pada mulanya, lalu aku mengambil keputusan untuk mengambil minit di tengah-tengah.

Remeh?
Tak,ia tak remeh bagi aku.
Kerana bagaimana aku mahu menentukan waktu sahur dan berbuka?

Ramadhan dah habis?
Mengapa jadi hamba Ramadhan?

Hampir masuk dua bulan aku tidak mendengar azan dari mana-mana masjid. 
Di sini bukan Malaysia untuk kau hayati laungan-laungan azan yang berkumandang sehingga terkadang, di suatu kawasan, kau boleh mendengar 2-3 azan.

Begitulah sewaktu di Jordan. Rumahku benar-benar berhadapan dengan masjid. Sehingga aku boleh melihat siapa yang sering ke masjid itu.

Harus, mahu atau tidak, perlu aku membiasakan diri bagaimana mahu mengamalkan Islam tanpa kebiasaan yang aku lalui.

Tanpa persekitaran Islam yang bisa menjadi wasilah untuk menguatkan,

Lalu, haruskan aku menjadikan alasan, jauh dari persekitaran Islam untuk aku tidak mengamalkan syariat Islam...??

Bayt Aflah, Masjid Umar, Mu'tah, Jordan.
Tanya pada diri.
Kau pasti kenal Asia isteri Firaun. (Jangan kata yang kau tak tahu siapa firaun)
Kau pasti juga kenal Isteri Nabi Nuh dan Lut.

Mahu menjadi seperti Aishah Ummahtul Mukmin?
atau Fatimah Binti Muhammad s.a.w?

Kau bisa.

Sebab Tuhan sentiasa ada di mana-mana pun kau berada.

فَقَدَرۡنَا فَنِعۡمَ ٱلۡقَـٰدِرُونَ
And We determined [it], and excellent [are We] to determine.
(Surah Al-Mursalat : Ayat 23)

Maka serulah dia pada saat kau butuh, Susah dan senang.

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِ‌ۖ فَلۡيَسۡتَجِيبُواْ لِى وَلۡيُؤۡمِنُواْ بِى لَعَلَّهُمۡ يَرۡشُدُونَ 
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah Al-baqarah: ayat 186)

Selamat meneruskan kembara wahai hamba-hamba Tuhan!

No comments: