Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label intern. Show all posts
Showing posts with label intern. Show all posts

Friday, June 24, 2011

Kisah Intern

Salam all,

Dah seminggu habis LI baru lah hegeh2 nak cerita kan he2 tapi sebenarnya da lame gambar2 ni jadi pekasam dalam draft. Tunggu masa je nak menulis. Baru sekarang la terasa rajin sikit nak update hu2. Tapi entry ni pun cam bangsa pemalas jugak kot sebab lebih banyak gambar je dari ayat. Ok meh2 introducing my opis mate,

cik hidayah; senpai n cikgu saya kat UMPGT


auzi n kak dayah lagi


err apesal asek muka kak dayah je ni?


girls at farewell party. eh ada 2 boys la, anak kak ida. comel tapi lasak betul he2


family potrait kah3.

Ok entry ni tah pape lah. Sory cam da takde hati da nak update pape hmmm

Thursday, March 24, 2011

Entry makanan mungkin

Salam semua!

First of all, Happy Birthday to myself. He2 even tanpa keluarga disisi tapi still ada yang tersayang dan kawan2 yang meraikan. Tapi family tetap ingat nak wish walaupun adik yang sorang tu konon2 nak jadi orang terakhir ha sekali da lepas date. Fadan muke hi2. Papepun terima kasih semua! Terharu betul.

Rasa saya, 4 tahun kat UMP ni, mesti ada nya lah orang yang belanja kek. Dulu2 roomate, TKD's family and of course my BFF hajar yang akan sponsor. Now, officemate pulak. Inilah kek yang dibelanja oleh Pengerusi Badan Kebajikan UMPGT he2. Afiq yang da 2 bulan expired birthday nya pun di celebrate kan sekali. Fair la kan. Sama2 dapat makan kek lewat dari tarikh birthday. Aha kejadian ni on 24th March ye rakan2.



Oh ye, malam birthday saya jugak saya telah berjaya masak ayam bakar you! Syabas betti! Rasa dia ala2 ayam kat Rasamas gitu. Harus lah share resepi jap lagi ni kan he2.


He2 duduk rumah sorang2 je tapi sampai 5 ketul saya bakar tau. Satu malam je saya dah balun sampai 3 ketul wakakaka lapo weh sejam nak tunggu dapat makan dinner.

Dan ini yang paling best. Marble Cheese Cake. Cheese cake sodap tapi muak sikit lah makan banyak2 kan. So kita beli satu je. Eh bukan kita. Awaklah! he2 kamsahamida! :)

Monday, March 14, 2011

Cerita LI

Okay rakan2 lain da lama da cite kat blog diorang pasal LI ni and saya baru nak hegeh2. Orang lain siap ada monthly update tapi saya pulak dah bulan ketiga baru nak start story ha2. Bukan apa, saja je nak dapat feel tu lama sikit ^^!

As a few members yang dah maklum saya LI dekat UMP je. Specifically, UMP Green Technology Sdn Bhd, a wholly subsidiary of Universiti Malaysia Pahang (eheh curi kata2 kat letterhead). First week saya just stay kat umah and hari2 adalah ulang alik ke Gambang. Fuh masa ni pukul 7 da kena keluar rumah, if tak masak la kau nak duduk dalam jam kat Jaya Gading tuh. Biasanya saya lah orang yang terawal sampai kat opis. Tukang bukak lampu pun ye jugak hi3. And tepat je pukul 5 memang saya da ready da nak balik. Ha2 tujuan yang sama tak nak stuck in traffic congestion.

Lepas tu, one day ada mamat nama Saufi tu kan dah menghasut saya untuk duduk kat hostel je. Bila pikir2 balik betul jugak. Satu tak payah bangun pagi2 sangat (keh2). Lepas tu yang paling penting bole lah jugak jimat minyak kan. Mak saya pun sokong jugak sebab kesian tengok saya balik penat kot hi2 bajet anak manja. Dah siap2 urusan apply asrama semua, 3rd week baru la saya pindah kat Kolej Kediaman 4 (KK4). Okeh terpaksa berlagak dengan member sebab 4 tahun kat UMP KK2 je yang saya tak pernah jejak he2 nasib baik KK2 tempat siswa je if tak mesti pecah rekod da merasa duduk kat semua kolej kediaman UMP ha3.

Eh2 tiba2 da macam lari topik kan. Cite pasal keje pulak, Alhamdulillah saya tak buat kerja2 seperti menyapu sampah dan mencuci toilet hi2. Keje saya banyak hadap laptop je. Nak jumpa bos pun ym ok. Ko ade? he2 ye la bos jauh kat Gebeng so terpaksa la guna medium lain untuk communicate. Actually my bos is my SV and also my sis, mama ida. Jangan lupa visit her blog ok. Semua pasal her heroes awwww.

Oh lupa, this company tempat saya keje ni sebenarnya still new and staff pun tak ramai mana. So, experience yang berguna sangat saya dapat kat sini is saya bersama dengan company when it start from zero. Well, tak zero sangat lah because before saya, dah ada 1st batch LI kat sini and my batch is the 2nd one. Untuk mereka2 yang LI or keje kat company yang da besar, maybe da selesa dengan satu specific job kan (specific kat sini maksud saya, u just stay in your department and not doing other department's job) . Tapi tak kat kitorang. We have to sama2 cari projek untuk company, then doing the job and finally write the report.

Cakap pasal report, bestnya kat sini, I learn so many new things. People might say, "u keje kat sini? buat malu je." (ye ada orang pernah cakap macam ni kat saya ok). Saya pun tak paham apa la yang nak dimalukan? Bukannya saya buat keje cut and paste pun. At least saya belajar pasal environmental monitoring. This job ada pasal OSH jugak la. Mechi kita belajar OSHA kan? Itulah application nya. (Tapi sebenarnya biasa kat kilang2, department yang handle menda ni is known as SHE which tambah lagi satu iaitu Environment). Exciting ok sebab mechi tak belajar pasal environment.

Okay maybe ada orang akan kondem, mana part mechanical nya kan? Alhamdulillah, I got a chance to do the mechanical drawing last week. Rakan2, ini bukan kena lukis kipas macam masa kita belajar CAD dulu tau. Tapi ini adalah vessel kat plant yang lengkap dengan flange segala. Kira complete drawing la nih. At first, memang excited gila. Tapi lepas tengok drawing yang asal, OMG banyak sangat yang saya kena belajar lagi dengan seniors ni hu3.

Apa2 pun doakan saya semoga dapat habiskan LI dengan jayanya dan cemerlang masa present depan En Nik nanti. Tsk cuak sungguh nak present nih ^^!


Daisypath Anniversary tickers