Instagram

Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, April 30, 2016

Resepi Sosej Gulung Cheese :)

Assalamualaikum semua :)

Harap semua sihat walafiat lah ye.. Harini Asya mood rajin sebab kononnya cuti 3 hari sempena Hari Pekerja ni kan..jadinya mood menulis blog kembali menyinggah selepas berbulan bulan tak menaip kat sini..hihihi

So, harini Asya nak share satu resepi paling mudah,senang nak buat tak payah masuk kelas memasak pun jadi ye..hehe..Suami request nak makan ni..so cilok resepi kat fb..pastu try buat dan share la kat sini..boleh dibuat sarapan pagi ataupun juadah minum petang.. semoga bermanfaat :)



Resepi Sosej Gulung Cheese :)

Anggaran : 2 orang

Bahan -Bahan :


Roti (beberapa keping je ikut kehendak perut)
Sosej (ikut la nak banyak ke sikit haha)
Cheese Slices (ikut berapa keping roti)
Biskut Cream Cracker ( dlm 2-3 keping)
Sebiji telur (utk buat gam uhu hihi )



Cara -caranya mudah aje..tiru je hehehe

Pertama sekali, rebus dulu sosej tu ye..so sementara tunggu sosej tu direbus, 
bolehla kita sediakan bahan untuk roti..


Ambil beberapa keping roti..


Leperkan roti tu..macam dalam gambar tu asya penyek guna mug kaca tu..hehe
mudah kan? haha


buat sampai roti tu leper camni..


Lepas tu, sosej yang dah siap direbus kita susun dlm bekas..letak semua bahan tu sekali..
senang nak buat keja nanti..hihi


ambil roti..letak kepingan cheese tu dan ambil sosej yang dah direbus, 
gulung gulungkan dia..


dah siap jadi macam ni..


kita hancurkan biskut Cream Cracker tu halus-halus dan 
celupkan bersama telur dan biskut..


buat sampai macam tu..hihi..pastu panaskan minyak dan gorengkan saja..Siap! hihi

Oh ye..api jangan terlalu besar..sederhana saja..dan tak perlu terlalu lama..
nanti rentung pulak..hehehe

meh layan gambar yang dah siap hihi



Jemput makan hehe

Bye.. :D

Monday, August 27, 2012

Resepi : Mihun Sup Perut yang sangat Yummmehhh!

Assalamualaikum..
korang mesti baru balik open house kan kan kan? elelelele..tahu sangat..lagi lagi yang keje GOV..
Jemputan ke Jamuan Raya berdentum dentum ngajak kan..hihihi..bestla orang..kite kene masuk perarakan merdeka tahun ni..pagi tadi start training..tengah tengah panas you ollll..hangus kulit i.. =.=
lepas training pergi berlari sorang sorang lepak kat Old Town White Coffee lagi..sabtu pun lepak situ jugak dengan kawan..macam dah takde tempat lain.. =.=

pastu bosan bosan pegi beli majalah DARA pulaks..lepak lepak sambil minum ayaq..sebenarnye nak sejukkan badan je..berpanas kat tengah padang tu..hihi..tunggu mama dtg dengan adik,pekena Mihun Sup Perut sekali..perghhhhhh! ini adalah kegemaran saya! kalau teringat je mesti kecur ayaq lioq nak makan..haha..kalah ibu mengandung..

meh nak kongsi resepi kat sini sikit :)

Resepi Mihun Sup Perut 



Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
  • 1/2 kilo perut
  • 1 kulit kayu manis 1 bunga lawang 3 bunga cengkih 4 buah pelaga
  • 3 biji ubi kentang...potong kecil
  • 3 batang akar daun sup...ambik bhgn akar daun sup tadi dan cuci bersih..
  • 3 bawang putih diketuk
  • 2 hiris halia diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1-2 sudu besar rempah sup
  • 1/2 paket bihun
  • daun sup dan daun bawang dihiris
  • sayur sawi atau taugeh
  • garam dan gula
  • bawang goreng - kalau rajin buat la ye..
  • bahan blend - bahan ini hendaklah diblend lumat
  • 1 bawang besar 4 bawang putih 1 inci halia
  • 1/2 sudu besar ketumbar biji
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam putih biji
  • 1 sudu teh lada hitam biji
  • 1/3 sudu kecil halba

Cara-caranya : 

  1. mula2 basuh perut bersih2 dan rendam dgn sedikit kapur bercampur air...biar hapus air tu.....lepas 1/2 jam cam tu...cuci bersih2 perut tadi..dan masukkan kedalam periuk....isi air dan ketuk sedikit halia dan masukkan kedalam periuk tadi....masak perut tadi hingga lembut...dah masak...toskan perut tadi dan hiris2 nipis....tepikan...(tips masukkan halia tu dari z..thanks ye z)
  2. panaskan minyak sedikit didalam periuk.....kemudian tumis bahan2 blend...bila dah naik bau masukkan rempah 4 sekawan...bila nampak macam dah kering tumisan....masukkan rempah sup yg dibancuh dgn skit air....dah terbit minyak or rempah dah masak.....masukkan air....masukkan byk skit air nya....sebab nanti nak cedok skit air ni tuk masak dgn perut nanti....masukkan jugak kentang dan kiub ayam....masak hingga kentang empuk...tambah air lagi jika kurang...
  3. bila dah masak kentangnya....ambik 1/3 sup tadi dan masukkan kedalam periuk lain....dlm periuk ni..isi perut....batang daun sup....2 hiris halia..dan 3 bawang putih yg diketuk tadi...masak hingga perut tadi bila kita makan dah rasa lembut....kemudian boleh la isikan garam skit sebagai perasa...
  4. baki sup yg asal tadi..perasakan jugak dgn garam dan sedikit gula....kiranya kita masak sup tu asing dgn perut...saya buat cam ni sebab takut perut tu berbau....tapi sebenarnya tak pun...hehehhe..tapi tak pe...jalan selamat baik buat cam ni..:)
  5. bihun direndam dgn air....panaskan skit air dalam periuk dan celor bihun tadi bila air dah didih....toskan...
  6. ambik skit bihun dan isi dlm mangkok...letak taugeh...sawi yg dicelor, daun sup dan bawang yg dihiris...bawang goreng...dan kemudian cedok sup berisi perut dan sup yg lagi satu sebagai penambah kuah...
  7. sup sedap dimakan dgn sambal kicap....ambik 10 cili padi...2 bawang putih...blend bahan ni...or tumbuk guna lesung..kemudian campurkan dgn kicap pekat manis
  8. (nota: untuk sup ni boleh letak 1 sudu besar rempah kurma jika suka....tak ingat la masa hari tu masak sup ni saya letak ke tak...hehhehe...boleh jugak kalau nak tambah tulang or daging cincang kat dlm sup ni...tapi kena la rebus dulu tulang dan daging cincang tu...rebus je sekali dgn perut...kalau nak guna sup bunjut yg segera tu pun boleh..lepas tumis sup bunjut tu..dah masukkan air semua...bila dah didih....kuarkan sup tu..lepas tu bukak kain dia dan ambik isi kandungan sup dan blend dgn sedikit air dan tapiskan air rempah tadi kedalam periuk...boleh blend 2-3x...)

Om Nom Nommmm!
dapnya dapnya! hahahahhaa
ok bai.

Sunday, April 22, 2012

Resepi Fussili Chicken Tom Yam..super sedap! :)

skang mood memasak adelah sangat highest ye..mencapai tahap maksima..jadi,setiap weekends,otak adelah berlegar legar mencari resipi baru..tadi baru siap buat Fussili Chicken Tom Yam inspired by Black Canyon Restaurant.. Alhamdulilahhh! Yahoooooo! menjadi ! yeayyyyyyyy! rase nak menari poco poco versi dangdut okeh! sangat teruja kata kau! haha



ni yang Original dari Black Canyon :D

sesape yang nak try,bolehla cuba resepi ni :)

Fussili Chicken Tom Yam

resepi utk 3/4 org

1. fusilli yg di lembutkan
2. 3/4 ayam yg di potong sederhana kecil - direbus sekejap. jgn terlalu lama
3. 2 btg serai (diketuk)
4. 3 inci lengkuas (dihiris)
5. seinci halia (dihiris halus)
6. sebiji bwg besar (dihiris)
7. 3 biji bwg putih (dihiris)
8. 2 keping asam keping
9. 3 ketul kiub tomyam (hahah)
10. cili padi (ikut tahap kepedasan korang)
11. daun limau
12. garam gula secukup rasa
13. sepeket cendawan tiram (dicarik2)
14. 1/2 kotak santan ( pakai santan kotak je)

cara-cara:
campo je semua sekali kecuali ayam & cendawan...

bila dah menggelegak, baru masukkan ayam & cendawan & santan

masukkan garam/gula secukup rasa

itu je...senang jeee...pejam mata pun boleh buat...ahaks...

sumber eden mencekau resepi : HERE!


selamat mencuba! :)


Saturday, March 10, 2012

Resipi Trifle yang comel :)

ini sangat membuatkan saya TERUJA! 
marilah belajar untuk menjadi wanita..HAHA

jom try buat ni ! :)













Trifle's Recipe ----------> HERE :)



Monday, August 15, 2011

ramai beno yang tanya.."How to make macaron?"..meh nak habaq.



Salam..Hye.. :)
nak update sikit je..
pelik sebab ini bukan belog masakan bahkan bukan juga belog si chef.
tapi ramai yang search dekat belog ni camne nak buat makaron..
amboi..mentang mentang tuan belog suke makan,perli la tuh..haha

tapi takpe,bulan puase bagus tolong orang.
makanya,anda tak perlu la nak search lagi tiap tiap hari.
harini saya postkan ye..
trime kasih encik tiub awak.
sekian.

*selamat membuat makaron..kalau jadi,sile anta kat rumah saya sekali.ok,bye*

percubaan pertama.



kalau tak jadi boleh cuba yg ini pulak..agak agak tak paham,pause sekejap,salin ke cari kamus ke hape ke..korang kan pandai.. :)




boleh kan? good luck semua.. :)




yang ni comel kan? tapi ini hiasan..bukan makanan :D




bye semua.


*15 hari lagi nak raya..yeayy :) *

Sunday, July 10, 2011

Resepi Apam Polka Dot yang comel :)

hye semua..hujung minggu anda ok? saya tak ok..huhu
makanya,untuk menjadikan ia ok,mari update tentang makanan..teehehe
mesti semua sukakan warna warni kan? begitu juga saya..suka sangat benda benda yang colourful..comel je tengok..geram je..rase nak geget geget je..hehehe

kali ni saya mahu update tentang Apam Polka Dot pulak..
sebelum ni macarons kan..comel comel je sume.. :) pada sesiapa yang belum familiar lagi dengan kueh yang comey comey ni,meh nak tunjuk meh..comel sangat.. :)rasanya mcm kueh apam biasa je..cume ada inti pelbagai perisa dan ia berwarna warni plus comel :)





dah tengok? comel kan? comel kan? :)

meh nak bagi resepi pulak meh.. 

RESEPI APAM POLKA DOT
credit to : Anjung Norry 

     bahan bahan :

3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus(boleh kurangkan sikit sebab ni manis sikit)
150gm susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya 
Pewarna 

cara cara :

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana. Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah/mekar. Balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.

kalau rase payah nak paham,tengok jela resepi bergambar kat bawah ni haa..
selamat mencuba.. :)

credit to : Teratak Dhia 

 gambar lain ehsan dari pihak pakcik Google..sekian,terima kasih..

:)

Monday, May 2, 2011

Resepi Macaron Malaysia..jom cuba jom :)

hai kawan kawan! 
*skema*

arini mau update tentang makanan comel je..
korang mesti cepat tertarik juga pada bahan yang berwarna warni bukan? 
mari kita berperasaan seperti kanak kanak riang..riang ye..bukan terencat..
sile bertepuk tampar dengan kawan sebelah menyebelah sambil melihat gambar..

ini namanya MACARON MALAYSIA :)


comel bukan? sile angguk


wahhhhh! macam macam perise..OMG! 

ni lagi ! cokelat flavour :)


seeeee..ini yang membuatkan nafsu makan ni membuak buak ni! ahahaahaa

oh ye..ini MACARON ye..bukan MACARONI tahuk?

RESEPI MACARON MALAYSIA :) 

Bahan bahan :

35g telur putih (biarkan 12 jam pada suhu bilik)
40g serbuk badam
65g gula icing
15g  gula caster
Secubit cream of tar tar 
Pewarna (optional)


cara penyediaan :


1. Ayak gula icing dan serbuk badam bersama. Ketepikan.

2. Masukkan cream of tar tar dalam telur dan kacau sekejap dengan whisk tangan. 
Biarkan selama 1 minit.

3. Kemudian mula pukul telur dengan speed 1 sehingga menjadi seperti buih sabun halus.

4. Pada peringkat ini, mula masukkan gula caster sedikit2 (3 kali masuk).

5. Selepas selesai masukkan gula caster, naikkan kepada speed tinggi. Pukul telur sehingga terhasilnya bentuk hard beak pada pemukul mixer dan telur pada mangkuk tidak jatuh apabila mangkuk diterbalikkan.

6. Masukkan pewarna dan guna speed 1 untuk sebatikan.

7. Campurkan mixture gula dan badam ke dalam telur secara berperingkat (4 kali masuk).Kacau secara perlahan dengan rima pusaran. Kacau sehingga mendapat adunan seperti kelikatan adunan kek. Proses mengacau ini dipanggil Macarronage.

8. Paipkan adunan pada talam berlapik kertas kek. Saiz bulatan 3.5 cm,boleh dapat 7-8 biji macaron.




9. Biarkan kering 40-45 mint.

10. Selepas 30 minit dari masa pengeringan, mula buka oven dan bakar pada suhu 150 celsius selama 10 minit-15minit (masa pembakaran mungkin berbeza krn sebenarnya bergantung kepada model oven).  

11. Biarkan macaron sejuk dan baru asingkan daripada talam. Kalau tidak pecah nanti. Ok sedia untuk dihiaskan dengan filling kegemaran.



haaaa...dah siap..comel x? :)


asya cume share resepi je..bagi korang korang yg suke sangat nak try la kan,leh la cube cube resepi ni..pastu share share la lagi.. xsalah kan kongsi kongsi ilmu ? :)

kalau ada sesiapa mahu tempah kek comel comel,cupcakes yang gempak gempak,macaron yg cun cun lehla tempah kat sini..sure puas hati :)


kOrang penah tak buat health personality ?

kalau belom,mehla cube kat sini..

untung kan dapat tahu tahap kesihatan korang? jomla try..gud luck :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...