cerita
ini adalah sebuah cerita... tentang suami isteri... boleh dijadikan pengajaran
dan pengiktibaran... ..(terharu dan tersentuh bila baca sampai abeh!!!...
uuwwaaaa... syahdu sunggoh!!!).
Nura
memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh ... dia lambat
lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam
ini.
2.00
pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan
isterinya.
"Eh!
abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"
"Tak
per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup
mengecewakan Nura.
"Arrggh
rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak
tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah
Nura dalam hati.
"Abang
naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju
ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung
tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua
keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar,
tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas
sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke
bilik tidur.
Sekali
lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah
terlelap.
"Sampai
hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa
belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh
rindunya Nura pada abang.
"
Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu
abang".
Selesai
solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan
jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang
dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala
badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas
menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam
dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng
mee.
"Assalamualaikum",
sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam,
sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura
tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada
'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga
hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami
hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup
dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura
pada abang.
------------------------------
------------------------------
"Mi,
semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat
pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow
dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini
kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa
nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan
borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur.
"Balas Hilmi.
"Sorrylah
aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung
minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura
ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah
menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja
sebumbung.
"Entahlah
Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan
aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang
Hilmi.
"Well,
aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi
bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul
Zikri.
"Ok."
Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang
sedang direkanya.
---------------------------------------------------------
Nura
membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia
bila
melihatkan
saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri
sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur
sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat
kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya
pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.
5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat
dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura
sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya
mengalir.
"Abang
sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang
akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,".
Janji Hilmi.
"Walaupun
kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura
lagi.
"Syyy...
doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin
sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan
Nura.
Nura
masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh
mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan.
Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu
memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu,
selepas
5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan
kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai
menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan
rahimnya
dan
mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada
abang.
------------------------------------------------------------
"Aku
tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia
tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak
dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi terhenti
disitu.
"Tetapi
kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.
"Bukan
macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak
akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia,
tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang
Hilmi.
"Maksudnya
kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
"Entahlah
Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni
akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa
sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan
kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati
aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas
Hilmi.
"Dan
kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan
menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak
angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat
sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku
pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati
dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
----------------------------------------------------------
Nura
masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi
berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara
mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka
tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam
saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang
seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
Sebolehnya
setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah
tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang
selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang
cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga
dia
akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya.
Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh
rindunya Nura pada abang.
Nura
tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing,
dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya
kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba
memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura
takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya
Nura pada abang.
------------------------------------------------------------
"So
you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah
kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu
lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman
makan tengaharinya, malah kadang teman makan
malamnya.
"I
ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you".
Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?
------------------------------------------------------------
"Abang,Nura
tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum
Hilmi ke pejabat.
"Ye
ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak
boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura
mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi
sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada
abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak
mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus
berbaring.
Sehingga
ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya
berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.
Malam
tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi
kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan
segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung
rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada di depan mata setiap
hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
Apabila
Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin
diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung
sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat
sarat.
"Abang,
Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
kelazimannya.
"Nura,
dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah
Hilmi.
"Tapi
esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat,
Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.
"Eh..dah
pandai menjawab,"perli Hilmi.
Meleleh
air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak
bincangkan.
"Kenapa
abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya
Nura.
"Nura,
abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah,
duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi
beralasan.
Nura
agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia
terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi
sekarang?" Ujar Nura.
"Sudahlah
Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada",
bantah Hilmi lagi.
"Sampai
hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat
untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis
anak-anak bukan? " dan Nura terus bercakap dengan sedu
sedan.
"Sudahlah
Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul...
"
Pagi
tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun.
Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian
menjadi-jadi.
Malam
tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit
dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf
dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru
Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi
Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi
pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar
mengangguk.
Tetapi
malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin
teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan
lagi.
------------------------------------------------------------
Abang
pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang,
doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak
sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh
Zikri.
"Syukurlah
Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya
Zikri.
"Eh
tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,
berdosa tau", tolak Nura.
Pilunya
hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik
hatinya.
"Oklah
kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta
Zikri.
"Ok,
kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa
konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
------------------------------------------------------------
"Eh
kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan
membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia
sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia
lakukan.
Segera
Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba
salah.
"Nura,
aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap
kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu,
dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga
korang musnah macam ni, kau tanyalah
dengan
Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang
Zikri.
Nura
menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan
penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima
pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun
dia masih gagal.
Dua
hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan
masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya,
betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan
lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah
asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura
kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat,
abang janji takkan abaikan Nura." Janji
Hilmi.
Nura
sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala
perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu
kecewa.
------------------------------------------------------------
Hilmi
masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi
Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami
pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
resah.
"Insya-Allah
En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada
Hilmi.
"Dua-dua
apa maksud doktor? tanya Hilmi.
"Dua-dua
ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya
tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku
keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan
jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang
doktor.
"Ya
Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu
rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa
Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal
Hilmi.
"Nura
memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan
berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang
malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura
sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan
sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak
teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji
Hilmi.
Kesal
kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya
pitam di halaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan
mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat
orang.
------------------------------------------------------------
"Mama,
kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura
cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya
Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan
doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak
kuat.
"Ala
Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah." balas Nura. Itulah panggilan manja
mereka sekarang ni.
Dengan
pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan,
dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya
berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan
andainya
apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi
yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia,
ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti,
sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat,
sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan
sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja
bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan.
Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan
akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami
pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah
dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik
sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu,
apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian
doktor keluar.
Hilmi
meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus
bertanya.
"Sabar,
kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak
perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk
selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa
maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini,
dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya
menggantikan
darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan
kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi
menyelamatkan
nyawanya."
jelas doktor.
"Buatlah
doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."
------------------------------------------------------------
"Ermmm...
lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur
Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya
tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat
kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
semangat
demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel
anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti
terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya,
datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan
akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia
rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada
Hilmi.
"Mungkin
mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan
Nura.
"Abang...
tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya
Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong
mak...
makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya
didapur.
"Cepat,
bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak
Zaharah.
------------------------------------------------------------
"Maaf
dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak
sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang
doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah
selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah
ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah
payah, bersabung nyawa demi untuk melihat
kelahirannya.
Demi
membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis
seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk
sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar
tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan
memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan
papanya.
------------------------------------------------------------
Abang
yang Nura rindui,
Abang,
maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat
abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang,
Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi
akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih
ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat
buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura
menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang.
Saat
Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital
ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap
tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura
rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya
ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha
bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu
abang.
Cukup
bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan
zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha
sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah
memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita
Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.
Syukurlah
sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi
seorang ibu walau cuma seketika.
Andai
apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat
diselamatkan
Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan
biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat
seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim
dengan
baik
dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah
meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini
akan mendapat seorang ibu yang penyayang.
Abang
yang Nura rindui...
Dulu
sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata
ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi,
tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura
rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan abang... ..rindu bang... rindu
sangat... .
Sekian,
Ikhlas
dari nurani isterimu
Nura
Ain Bt. Abdullah