Majlis Perpisahan Bukan Untuk Berpisah

Hari ini (9 Mac 2007) Utusan Karya Sdn Bhd mengadakan majlis perpisahan untuk saya di restoran Tupai-Tupai dekat Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain rakan-rakan di Utusan Karya, Pengerusi Esekutif Utusan Melayu, Tan Sri Hashim Makarudin dan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Datuk Khalid Mohamad turut hadir. Saya sebenarnya kurang suka majlis perpisahan kerana walaupun sudah meninggal Utusan untuk buat kerja sendiri, tetapi hubungan dengan Utusan atau rakan-rakan tetap kekal. Amat bodoh rasanya tempat yang pernah kita cari makan dan rakan-rakan yang pernah bekerja bersama ditinggalkan lantaran perpisahan itu.

Ulasan