Showing posts with label Frozen Resolles. Show all posts
Showing posts with label Frozen Resolles. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Jawapan kepada soalan Syana =)


Hehehe..rajin la sangat aku ni syana ooiii...Aku dapat laki yang jenis makan kat umah memang ler kena masak semedang!! =)

Ok..Sebenarnya Frozen Resolles ni memang saya jual. Tapi kebanyakkannya kat ofismate je..jual kecil2an je.

Sebungkus tu saya jual RM5. Ada 5 biji (ke keping?)

Tapi kan Syana, ko terima aritu tak rosak kan? Takut la jugak terbasi ke apa. Kalau ok boleh je aku courier. Tapi nanti aku cek balik rege courier tu berapa. Pastu aku update ko balik.

Sesiapa yang nak order dan rasa Resolles ni pun janganla segan2 order. =)

Kalau nak tengok review dari yang penah rasa klik kat bawah ni..tQ







*Tq kepada semua yg tolong review, Deqdeq pun sama dan Ummi yang sanggup call lepas terima Resolles tu..Tq so much..=)



Tuesday, September 7, 2010

~ Rezeki Penghujung Ramadhan ~


Saat2 akhir masih ada yang mengorder frozen resolles ni. Niatnya semalam hanya nak buat untuk mertua, alih2 ada permintaan. Rezeki jangan di tolak..ye tak? Alhamdulillah..Tapi semalam terpaksa kerah tenaga suami sekali. 40 biji resolles nak kena buat. 30 biji kawan2 order, lagi 10 biji nak bawa balik kampung. Kalau pulun buat sorang2, mau pukul 3 pagi pun x siap..

Dan semalam saya dapat duit raya. RM50!!! Saya menang kontes.Pemenang utama Kontes Jom ke Terengganu. Hepinya saya!!! Senyum sampai ke telinga. Patutla ramai yang suka join kontes, menang kecik ke besar ke, itu semua rezki. Seronok x ingat..=)


Terima kasih kepada tuan penganjur. Moga makin murah rezeki. Kalau ada kontes lain, InsyaAllah saya join lagi...

nota kaki: baju2+barang2 x pack lagi, esok sebelum sahur dah nak gerak balik kampung...:(


Monday, August 30, 2010

~ Rezeki Ramadhan...Alhamdulillah ~

Minggu lepas saya agihkan Frozen Resolles untuk teman2 ofis mencuba. Alhamdulillah, sudah ada yang mengorder. Saya jual 1 bekas ada 10 biji Resolles berharga RM10.00. Mahal ke?? Tapi proses membuatnya pun agak renyah, memakan masa. Walaupun bahan2 nampak ringkas, tapi berpeluh2 la juga saya didapur..=)

Bahan2 yang saya guna juga segar dari supermarket. Semuanya saya buat sendiri..Cincang ayam, dadu kentang & lobak. Membuat kulit Resolles pun memakan masa. Masih terkial2 lagi menebar kulit Resolles dalam kuali. Ada tebal ada nipis..InsyaAllah sedikit hari lagi mungkin saya lebih mahir..=)

Paling sesuai dimakan tatkala bersahur. Mudah. Sebelum tidur keluarkan dari freezer, bangun sahur cuma goreng sahaja. Hari2 biasa boleh dijadikan juadah minum pagi @ petang. Boleh juga buat bekal anak2 ke sekolah. Pendek kata, boleh di makan bila2 masa...=)

Moga2 ramai kengkawan yang ulang order...Moga2 murah rezeki saya...Amin

nota kaki : Tanpa pengawet, tanpa pewarna tiruan tapi ada bahan perasa (pati ayam Knorr@ Cukup Rasa)


Thursday, August 26, 2010

~ Frozen Resolles: Free Sample~


Hari ini saya agihkan sample frozen Resolles kepada ofismates...Semalam batch pertama saya berikan kepada penggemar hardcore Resolles. Alhamdulillah..review darinya amat menyenangkan hati saya..Cuma saiz mungkin kena lebih besar sedikit, packaging juga kena lebih menawan. Itu akan saya cuba usahakan..

Balik ni kena buat marketing strategy. Kena kira kos, tengok boleh untung ke tak..Saya bukan nak kejar profit margin yang tinggi pun...Cuma nak cari side income je..Alang2 saya ada masa...=)

nota kaki: Bos kat ofis saya pun ada jual frozen murtabak...sendiri bikin..itu yang jadi sumber inspirasi...