Support US!

Search This Blog

18 November 2010

Ulasan pertanyaan saudara mohamed raphil shariff tentang kalimah syahadah

http://asdarulsunnah.blogspot.com/2010/03/pengertian-akidah.html

Apabila kita dah bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah, & Rasulullah S.A.W itu.. pesuruh Allah (Allah dah menjadi saksi) serta apabila kita mengerjakan apa yang disuruh (perihtah) Allah, meninggalkan segala larangan, kita adalah umat islam yang beriman, soal penyoal di atas tu.. pada siapakah umat Islam pada msa ini itu hanya bagi orang bukan islam yang ingin memeluk islam saja yang diperlukan kerana dia mungkin tidak tahu mengucap kalimah syahadah dengan betul, jadi dia perlukan rujukan dari org islam yang beriman.

31 Mac 2010

Habis Hujah, Guna Fitnah

Print This Post Email This Post


Sumber : http://drmaza.com/home/?p=79
Disiarkan pada Nov 08, 2009 dalam kategori Akidah, Isu Semasa

Oleh : Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya malu apabila ‘orang agama’ bertindak secara terbuka ‘seakan’ menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk ‘memerangi’ golongan agama.

Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. Saya berfikir betapa sukar hendak menunaikan arahan Nabi s.a.w:

“Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Bukhari).

Nampaknya hadis ini tidaklah dapat ditunaikan oleh kebanyakan orang jika seseorang tidak boleh memberikan nasihat agama melainkan selepas mendapat tauliah. Saya sedang berfikir apa akan jadi jika perkara ini dikuatkuasakan kepada guru-guru yang mengajar dalam kelas di sekolah-sekolah, pensyarah-pensyarah universiti, penceramah-penceramah motivasi yang ingin memasukkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran mereka.

Bahkan sukarelawan-sukarelawan yang ingin menyampaikan nasihat agama seperti jamaah tabligh juga akan terkena tempiasnya. Di kala yang sama, kita bising jika ada gerakan missionary agama lain, tetapi sesama muslimlah jua yang membelenggu tangan pendakwah mereka dengan berbagai peraturan yang memberikan mudarat lebih banyak daripada maslahat.

Saya tidak menafikan kemungkinan perkara tauliah ini boleh dikuatkuasakan di bawah siyasah syar’iyyah (politik islami) yang bertujuan untuk kemaslahatan umat. Namun apabila ia dikuatkuasakan untuk kepentingan kelompok tertentu, maka tujuannya menjadi rosak.

Bahaya Hujah Dibayar Darah

Sumber : http://drmaza.com/home/?p=835

Disiarkan pada Nov 22, 2009 dalam kategori Akidah

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Suka mengkafir dan menyesatkan orang lain bukan akhlak muslim. Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang kepada asas tidak mengkafirkan individu muslim yang lain melainkan terdapat bukti yang yakin tanpa syak dan tidak keuzuran lagi yang boleh diberikan kepadanya.

Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sikap suka menuduh orang lain kafir atau sesat sewenang-wenangnya merupakan penyakit jiwa yang terpendam dalam dada si penuduh yang berpunca dari keegoan, sikap pantang berbeza pendapat, suka monopoli kuasa dan suka menyalahgunakan agama.

Lebih bahaya daripada itu, sikap suka mengkafir ini akan membawa kepada perbalahan yang meruncing dalam masyarakat Islam, bahkan sering membawa kepada tumpah darah yang banyak terjadi dalam sejarah umat ini. Kebelakangan ini kita dapati ada pihak yang tidak menerima beberapa pandangan pembaharuan atau tajdid dalam masyarakat kita.

Tidak dapat menerima itu tidak menjadi masalah, kerana memang adat kehidupan untuk manusia berbeza pendapat. Tetapi apabila mereka yang enggan menerima pandangan yang dianggap berbeza dengan tradisi yang mereka pertahankan itu mula menggunakan pendekatan kafir mengkafir dan sesat menyesat, ini amatlah merbahaya.


Takut Hantu Wahabi!

Disiarkan pada Nov 15, 2009 dalam kategori Isu Semasa

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Ada beberapa orang mencadangkan agar saya menyentuh sedikit apa yang disebut minggu lepas oleh seorang akvitis tarekat yang menulis mengenai penangkapan saya dalam kolum di bawah saya ini.


Bagi saya, adalah perkara biasa untuk ahli tarekat tidak selesa dengan saya kerana beberapa artikel saya sebelum ini turut mengkritik budaya meminggirkan rasional atau budaya taklid buta yang sering berlaku dalam banyak tarekat sehingga pengikut melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh ‘syeikh’ mereka tanpa bertanya lagi dalilnya.


Namun persoalan yang besar yang sering ditimbulkan ‘siapakah Ahlus Sunnah wal Jama’ah?”. Oleh kerana jenama ini begitu laku, bahkan ia juga sering dijadikan senjata, maka banyak pihak mengistiharkan jenama ini milik mutlak mereka dan sesiapa yang menentang mereka bererti terkeluar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka ini mengingatkan kita kepada Napoleon Banaparte yang berkata: “I am France and France is me”.


Maka ramailah orang mendakwa Ahlus Sunnah wal Jama’ah, walaupun jika ditanya mereka apakah itu Ahlus Sunnah wal Jama’ah mereka meraba dan terpinga mencari jawapannya. Atau jika diberikan jawapan, ia mempunyai kepentingan yang tersendiri.

Pengertian Akidah

Bahasa; simpulan Iman atau pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat

Istilah;kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.


AKIDAH ISLAM

Kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya. Patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjukNya.

Juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat serta Qada’ dan Qadar.


BERIMAN KEPADA ALLAH.

1.Saluran/alasan membuktikan kewujudan Allah.

Melalui logik akal, setiap perkara yang wujud di alam ini ada penciptanya.maka siapakah yang menciptakan alam ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan, tentulah Allah.

Melalui dahlil wahyu, iaitu hujah dimana Allah memberitahu menerusi RasulNya bahawa Dia adalah Rabbul Alamin(pencita, penguasa, pemerintah dll).

Firman Allah S.W.T.;

Ertinya:

Atau sesiapa yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air

Dari langit lalu kami tumbuhkan kebun-kebun…

(al-naml: 60)

Memahami Sunnah Rasulullah S.A.W

Pendahuluan.

Rasulullah s.a.w adalah seorang manusia yang dipilih oleh ALLAH untuk menyampaikan risalah-Nya kepada manusia sezaman dengan-Nya dan menjadi warisan kepada generasi-generasi kemudian-Nya hingga ke akhir zaman.Untuk menjadikan risalah yang disampaikan olehnya itu lebih bermakna dan berkesan,maka Rasulullah s.a.w sendiri dijadikan manusia contoh dalam mengamalkan kehendak risalah yang dibawa olehnya.Kehidupan Rasulullah s.a.w sendiri menepati kehendak berkenaan.Sejak dari mudanya lagi sikap dan cara hidup Rasulullah telah memperlihatkan keserasiannya dengan keperluan untuk berperanan sebagai manusia pilihan,menjadi contoh dalam menjalani kehidupan di bumi ALAH ini.

Sunnah atau cara hidup Rasullah s.a.w sepanjang hayatnya menjadi piawai hidup yang mesti dicontohi oleh manusia muslim.Tidak ada siapa lagi yang dapat dijadikan contoh terbaik oleh orang Islam selain Rasulullah s.a.w.Namun kerana Baginda seorang manusia istemewa,cara hidupnya bukan bukan sahaja dapat dicontoh dan dimanfaati oleh orang-orang Islam tetapi sebahagiannya,khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan kehidupan boleh diambil manfaat oleh orang-orang bukan Islam juga.Kertas ini akan membicarakan tenteng pengertian sunnah iatu tata kelakuan atau cara hidup Rasulullah s.a.w mesti diikuti;dalil-dalil dari Al-Quran,hadith dan ijma’ yang menghendaki umat islam mengambil sunnah sebagai hujja atau sumber ajaran islam;kepentingan sunnah dari sudut perundangan islam serta pembahagian sunnah kepada wajib dan tidak wajib diikuti oleh orang islam.