kata-kata hikmah..

Pesan Luqman Hakim pada anaknya, Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun, biarkanlah dia yang mengharap sesuatu darimu
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sahabat. Papar semua catatan

Selasa, 9 Disember 2008

sahabat dan cinta

ALLAH swt berfirman di dalam surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud:
"maka ALLAH akan mendatangkan satu kaum yang ALLAH mencintai mereka dan merekapun mencintai ALLAH."


Ya ALLAH...,
Berikanlah cintaMU padaku
Jadikanlah orang yang mencintaiMU itu mencintaiku..
Dan..
Jadikanlah aku seorang yang mencintai segala sesuatu yang dapat membawa aku kepada kecintaaanMU,
Ya ALLAH....

sekiranya tidak dapat bagiku, maka...

Ya ALLAH...,
Jadikanlah aku seorang pencinta MU
Kalau aku tidak mencintai orang yang mencintai MU
atau...
Mencintai amalan yang mendekatkan diriku kepadaMU
Moga itu yang dapat mengantar aku
biar sampai kepadaMu, Ya ALLAH...

digarap dari kata2 ust.Abdullah Afandi [SMS jun2008] dan dipetik dari kata2 Imam Nawawi..

********************************************************************

sebenarnya apakah makna dari kata-kata di atas?!

kata-kata hikmah dari Sheikh Ahmad ibn Athaillah: Janganlah berkawan dengan orang yang tingkah lakunya tidak membangkitkan keghairahan untuk mengerjakan ibadahmu dan ucapannya tidak menunjukkan kamu kepada Allah. Kemungkinan kamu berbuat kesalahan atau dosa, maka ditunjukkan kepadamu sebagai kebaikan, kerana persahabatanmu dengan orang yang lebih buruk tingkahlakunya daripada kamu."

Hadist Rasulullah SAW:-
"Barangsiapa berkeliling di sekitar barang yang dilarang, maka kelak ia akan jatuh kepada barang larangan itu." [InsyaALLAH, nanti ada kelapangan saya hurai lebih lanjut tentang ayat ini]

ada orang mengatakan, kawan dengan orang yang suka masuk disko tak semestinya kita ikut ke disko. Malah kalau ke disko pun, bukan kita ikut minum arak. Lupa bahawa secara tak sedar, kita juga dikatakan ahli maksiat hanya kerana bergaul dengan ahli maksiat.
ada juga, mengatakan dia minum arak, tapi solat tak tinggal. (kita tentu ingat kisah S.Umar RA yang juga solat dan minum arak (ketika arak belum diharamkan). Natijahnya semua pun tahu...)
ada juga yang mengatakan mereka meski tidak menutup aurat, solat dan akhlak terjaga. Tapi, sayang sekali ramai tidak sedar amalan kebaikan yang dilakukan mungkin jadi sia-sia kerana hal fardhu ain, perkara wajib yang paling utama diabaikan. Solat dan kebaikan apa yang dilakukan untuk siapa dan khusyuk bagaimana?! fikirkanlah..

Telah saya perhatikan, meski kita mengatakan kita telah berakhlak dan tetap menjalankan perkara fardhu, tidak tinggal solat, puasa di bulan ramadhan, bahkan ada yg suka berpuasa sunat, bersedekah dan berzakat serta berqurban dan sebagainya, malah ada yang senang melakukan perkara2 yang lebih dari orang2 yang mengaku alim lagi warak (mengikut penilaian mata kasar masing2), sedar atau tidak, perkara itu bolehjadi sia-sia apabila kita tidak menjaga "cinta" kita kepada ALLAH dengan mendekatkan diri kepada orang2 dan perkara2 yang mendatangkan kecintaan kepada ALLAH.. Sedar atau tidak, ada di antara kalangan kita secara tak disedari telah terikut-ikut fikrah dan perlakuan orang2 yang menjadi sahabat kita itu, lebih2 lagi apabila sahabat itu dari kalangan beberapa orang yang dikatakan "sekepala".
Maka yang menutup aurat, bertudung hilang dah tudung dan aurat entah ke mana. Maka terbuka dan terserlah segala urat. Yang masih bertudung, dahulunya ingin menutup aurat dengan sempurna, kini semakin menyerlah rambut dan segala kulit yang boleh diserlah..
Yang mengatakan tidak mahu lagi meninggalkan solat jumaat, telah mula bersolat di pasaraya2 semula. Meski telah mula rajin solat, namun telah pandai mencuri tulang dengan pelbagai alasan dan keuzuran.

Saya mengatakan ini berdasarkan pengalaman diri sendiri, di mana suatu waktu dahulu saya juga leka dan berfikiran seperti itu buat seketika. Menyangka meskipun berkawan dengan orang2 seperti ini tidak samasekali menjejaskan aqidah dan perlakuan saya dan bahkan mendakwa mereka ini lebih baik dari mereka yang menutup aurat dan tunggang tunggik sembahyang tapi akhlak macam syaitan. Selain itu, saya berharap dapat menarik mereka untuk mendekati ALLAH [tapi jalan saya juga salah!]. MasyaALLAH.. saya sangat malu betapa sombongnya saya ketika itu. [Ya ALLAH... aku bertaubat darinya kejahilan dan kesombongan diri]
Namun natijahnya amat mencelakakan apabila saya mula terikut-ikut fikrah mereka yang telah lama lalai dari perintah ALLAH..
Syukurlah saya tidak pernah ditimpa musibah atas perbuatan ini. ALLAH hukum saya dengan kasihsayang dan rahmatNYA. Hukuman ini sebenarnya lebih memalukan dan mengaibkan dari ditimpa musibah atau "rotan" yang menyakitkan dari ALLAH SWT.

Kepada sahabat-sahabat tercinta yang membaca tulisan saya ini, marilah kita sama-sama menyelami diri sendiri dan kembali kepada ALLAH. Melakukan perkara wajib saja sudah memadai kerana Islam itu sememangnya mudah. Tidak perlu mendekati orang2 yang alim, warak atau ulamak dengan tujuan untuk nampak seperti mereka (carilah mereka untuk dapatkan ilmu dan pengetahuan), tetapi cukup dengan menjauhi orang2 yang melakukan maksiat dan mendekati orang2 yang meninggalkan maksiat meskipun tak warak atau alim. Selain itu memanglah perlu adanya guru agama yang mursyid sebagai pembimbing. Cukuplah juga kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku ke atas mereka tanpa mencampuri urusan mereka.
Ini lebih baik daripada memandang dan mencela keburukan orang2 yang kita dengarkan, artis2 yang berkelakuan buruk. Apakah kita lebih baik dari mereka?!
maupun orang2 yang ditimpa malapetaka yang dengan pelbagai ragam.
Apakah pula ragam kita apabila malapetaka itu menimpa kita?!
Kita tidak tahu bila pula giliran kita akan tiba.
Nauzubillah minzaliq.


wallahualam..

ikhlas,
aryna

Selasa, 21 Oktober 2008

CINTA.. SAHABAT.. kerana ALLAH..

kita sering mendengar ungkapan bahawa cintaku kepadamu kerana ALLAH..
kasihku kepada nya kerana ALLAH..
maka, apakah makna pengertian sebenar dari ungkapan ini?!
selain daripada sebab berlaku adalah samada untuk menyelamat atau membimbing sidia ke jalan yang diredhai ALLAH, atau semata-mata kerana tuntutan sunnah Rasulullah untuk berpasangan atau menyambung silaturahmi..
sebahagian lagi seperti saya adalah kerana agar termasuk dari 7 golongan yang mendapat perlindungan di akhirat sepertimana hadith RASULULLAH SAW bersabda yang antara maksudnya: “... Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain naungan Allah; di antaranya ialah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah... ” (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
dan... Hadith Rasulullah SAW berkata,
Demi yang diriku ada di Tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu disebutkan beriman sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri."(Diriwayatkan AL-bukhary dan Muslim)

saya senang ungkapkan seperti syair saya berikut:-

Maka perangilah emosimu
Telah keterlaluan Melangkaui akalmu
Tak habis-habis mendesak dan memaksa
Sedangkan cintamu haruslah
Merayu dan membimbing dia untuk cintakan Maha Pencipta,
Bukan merayu dia ‘tuk dirimu sendiri
Itu tamak artinya…
Seharusnya kau meminta dia ‘tuk memuji Yang Khaliq,
Bukan meminta dia memuji dirimu
Itu riak artinya…
Haruslah kau ‘tuk memimpin dia berjalan di titian hidup menuju Yang Hakiki
Bukan memimpin dia ‘tuk berjalan denganmu di titian awangan
Itu angan-angan artinya…
Seharusnya kau ‘tuk memahami dia, Bukan dia ‘tuk memahamimu
Itu pentingkan diri artinya…
Seharusnya kau menghiburkan dia,
Bukan mengharap dia menghiburkanmu
Itu mengundang kebencian artinya..
Seharusnya kau ‘tuk menjadikan dia
Sahabatmu yang tak kau harap suatupun dari kebaikanmu terhadapnya
Bukan menjadikan dia sahabat yang tidak mengharapkan sesuatupun darimu
Itu kehancuran dalam perhubungan akhirnya..
Maka kembalikan akalmu di tempatnya
Kurunglah emosimu hingga jaya telah di tanganmu
Baru lah kau datang kembali katakan padaku
Cintamu ini adalah kerana ALLAH!
Maka pasti DIA takkan sia-siakanmu


apabila bersahabat, menyintai seseorang, hendaklah kita tidak mengharapkan balasan atau apa2 kebaikan dibalas oleh sahabat kita itu atas apa yang kita berikan walau sedikitpun darinya apabila telah terlalu banyak yang kita berikan sekalipun, kecuali mengharapkan doa, nasihat dan keikhlasannya terhadap kita
hendaklah kita mengambil berat dan bertolak ansur serta mengutamakan dia seperti kita utamakan kepentingan diri kita.. tetapi bukanlah dengan paksaan atau berlebihan hingga dia lemas atau hingga kita meninggalkan kepentingan terhadap urusan kepada ALLAH (termasuk hal2 peribadi dan keluarga)
hendaklah menghormati adab dan tatasusila bersahabat atau bercinta agar diberkati
ALLAH akan hubungan tersebut..
hendaklah segala kata-kata dan perbuatan kita untuk manfaat bersama selagi tidak memberikan bebanan kepada mana-mana pihak antara keduanya
hendaklah juga mengambilkira perasaan pihak-pihak ketiga yang terlibat sama, seperti ibu, bapa, adik beradik, suami/isteri, dan rakan-rakan yang lain

wallahu'alam...