dalam bulan Muharram yang penuh berkat ini, kebanyakan dari kita mengambil peluang untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar dengan berpuasa..
selain dapat melatih diri, berpuasa amat berguna sekali untuk kesihatan tubuh badan dan meringankan tubuh dan rohani untuk menjalankan ketaatan kepada ALLAH..
namun, untuk berpuasa adalah sangat berat kepada kita yang cinta kepada makanan..
berikut saya tuliskan bahan yang terdapat di dalam kitab Keajaiban Hati hasil tulisan Imam Al-Ghazali..
" Di antara pintu-pintu besar syaitan ialah makan kenyang. Meskipun makanan halal dan bersih! Sebab kenyangg itu menguatkan syahwat itu adalah senjata syaitan.
Diriwayatkan bahawa Iblis pernah menjelma kepada Nabi Yahya AS, Nabi Yahya AS melihat barang2 bergantungan pada si iblis. Bertanyalah Nabi Yahya AS kepada iblis.
"Benda2 apakah yang bergantungan itu?"
Kata Iblis, "Ini adalah syahwat2 yang kupergunakan untuk menguasai/menggoda manusia."
Bertanya Nabi Yahya AS, " Apakah yang terdapat pada syahwat itu?"
Jawab iblis, "Kadang2 dengan syahwat ini engkau kekenyangan, lantas kuberatkan engkau dari mengerjakan sholat dan zikir."
Bertanya lagi Nabi Yahya AS, "Adakah yang lain lagi?"
Jawab Iblis, "tidak!"
Kata Nabi Yahya AS, "Demi ALLAH!! saya selamanya tidak akan memenuhi perut aku dengan makan!"
Lantas Iblis berkata kepada Nabi Yahya AS," Demi ALLAH, selamanya aku tidak akan memberi nasihat kepada orang Islam!"
Dikatakan bahawa banyak makan itu menyebabkan enam perkara yang tercela:-
1. Menghilangkan rasa takut kepada ALLAH dari hati manusia
2. Menghilangkan kasih sayang kepada makhluk dari hati orang yang kenyang itu, kerana mengira orang yang kenyang seperti dia.
3. Kenyang menyebabkan berat taat dalam ibadat
4. Apabila orang kenyang perutnya dan mendengar kata-kata hikmah, maka ia tidak bisa menangkap dan merasakan kehalusannya.
5. Kalau orang yang kenyang perutnya itu memberikan nasihat dan hikmah, maka apa yang dikatakan itu tidak bisa meresap ke dalam hati orang2 yang menerima nasihat
6. Kenyang itu membangkitkan berbagai penyakit."
Penjelasan saya (aryna),
ini kerana, apabila perut kita kenyang, kita mula rasa malas, mengantuk, mula berangan-angan inginkan rehat, mula rasakan selesa, dan berat badan..
maka, waktu inilah berbagai ingatan dan angan-angan yang didatangkan oleh syaitan dengan pujukan2 khayalan yang serba malas dan leka..
maka, dengan itu kita jadi berat untuk beribadat, hatta berzikir sekalipun. Ketika ini juga, fikiran2 dan angan tadi telah menguasai diri dan jiwa hingga hilang rasa takut kepada ALLAH, terlupa bahawa ALLAH sedang memerhatikan perlakuan dan hati kita.
Biasanya, bila kenyang kita mahu bersantai dan merehatkan badan dengan tidur atau bermalas-malasan dengan menonton tv, mendengar lagu atau berbual-bual kosong.
Disebabkan fikiran dikuasai rasa malas dan otak jadi berat untuk berfikir dengan lebih teratur dan berhati-hati, serta badan menjadi berat dan malas, maka kita kadangkala hilang pertimbangan bila "diganggu" oleh suara2 emak, isteri, bos atau rakan2 yang meminta atau menyuruh kita untuk melakukan sesuatu untuk mereka terutama bilamana hal itu memerlukan kita bergerak cergas.
Fikiran yang malas dan berangan-angan juga biasanya membuat kita bercakap tidak mengikut pertimbangan akal yang sihat dan wajar. Adakala kerana sangat mengantuk buah butir ucapan juga kurang jelas. Bahkan, apabila kekenyangan kita terbiasa untuk malas bercakap dan bergerak. Apabila ditanya, kita akan lebih suka diam atau tidak mengambil perhatian. Apabila bercakap juga, ucapan biasa kurang menyenangkan.
Cuba kita fikirkan sebentar, apakah yang kita lakukan selepas kita selesai makan, terutama berakibat dari terlalu lapar, kita akan banyak makan, setelah itu apa yang kita perbuat?!
Bukan badan saja berat, mata dan otak juga jadi berat... tidur adalah perkara paling indah buat orang yang kekenyangan... hehehe...
Oleh itu, kita digalakkan makan dengan sekadar berkecukupan agar tidak lapar. Bagi diri saya, saya tidak makan banyak pada satu2 waktu, tapi akan makan kerap meski sedikit-sedikit..
Berpuasa pula adalah berlawanan sifat dengan makan kekenyangan. Sebaiknya pada bulan yang mulia ini kita dapat mendidik tubuh dan jiwa dengan berpuasa dan sekaligus bahawa berpuasa merupakan salah satu jalan untuk mentarbiyah diri dan jiwa mendekati ALLAH dengan zikir, solat sunat dan amalan2 ketaatan yang lain2nya dan antara sebabnya adalah apabila kita tidak memikirkan tentang permasalahan untuk mencari masa dan tempat dan apa yang hendak dimakan pada siang hari. Selain itu, dapat berjimat maaa.... hehe..
dan... dapat kuruskan badan... tak lar berlemak sana sini dan timbul macam2 jenis penyakit termasuk penyakit hati... (saya tak maksudkan orang2 yang bertubuh besar atau gemuk itu begini.. ramai juga yang jadi gemuk tidak bersebabkan makan terlalu banyak..)
Bila kita berpuasa, dan tidak kekenyangan di malam hari, kita akan mudah bangun malam untuk menghambakan diri kepada ALLAH SWT dan mudah untuk merasakan nikmat beribadat..
maaf.. saya kesuntukan masa. harap dapat sambung lain masa..
wallahualam...
KETIKA SUJUD KAKI DIRENGGANGKAN ATAU DIRAPATKAN ?
9 bulan yang lalu