Arnab Manja (AM) terus meneroka dunia penternakan arnab komersial. Anjakan paradigma terus berlaku. Kali ini dengan kerjasama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ( PSMZA ), Dungun, Terengganu satu projek usahasama bakal diadakan.
Bertolak dari Desa Bayu Rabbit Farm (DBRF), Besut, jam 8.00 pagi 23/11/2010 dengan perjalanan hampir 200 km, jam 12 tgh AM selamat tiba ke destinasi. Jangkaan AM boleh sampai paling lewat pun jam 11 pagi. Oleh kerana aliran trafik agak sesak, AM terlewat 1 jam.
Dengan sabar, Ketua Jabatan, Jabatan Kejututeraan Elektrik, Tuan Haji Abdul Ghafar b. Zakaria sedia menunggu. AM dibawa terus ke Unit Latihan dan Pendidikan PSMZA. Disini AM diperkenalkan kepada Ketua unit iaitu Puan Yusma binti Mohd Yusof yang bertanggungjawab kepada projek ini.
Seterusnya AM bersama-sama Ketua Jabatan dan Ketua Unit dan 2 orang rakan, dibawa ke tapak projek untuk meninjau persekitaran dan menilai keperluan dari pelbagai aspek.
Berikut adalah penilaian asas yang diperolehi.
1. Kedudukan Tapak.
Geografinya agak strategik iaitu di atas bukit yang telah diteres memberikan kelebihan bahawa kawasan ini tidak akan berlaku takungan air atau banjir kilat yang boleh memberi impak pada arnab.
2. Keselamatan pencerobohan
Keadaan persekitaran tapak adalah berhampiran hutan, kemungkinan haiwan liar boleh menceroboh pada bila-bila masa. Oleh itu pagar keselamatan sedia ada harus ditingkatkan. Jaring keselamatan pada bangsal harus bina meliputi ke seluruhan ruang yang dikenalpasti akan berlaku penerobosan.
Pencerobohan manusia amat minimum.Kawasan ini terletak dalam kawasan kampus berpagar lengkap dengan ciri keselamatan seperti pengawal keselamatan dan lampu limpah serta di kelilingi oleh parit besar
3. Sistem elektrik dan air.
Semua sistem ini sudah tersedia berdekatan tapak.
4. Sistem pembuangan sisa.
Sisa boleh dialirkan dengan mudah menggunakan longkang sedia ada. Bagaimanapun, satu perangkap sisa perlu dibina untuk meminimumkan kadar pelepasan sisa ke kawasan bebas dan juga untuk memudahkan pengumpulan sisa sebagai baja organik.
5. Gangguan bunyi kenderaan.
Dengan jarak lebih kurang 200 meter dari jalan utama dan kedudukan tapak lebih tinggi, bunyi bising kenderaan tidak dapat dikawal dan dielak. Bagaimana pun, keadaan ini bersifat sementara dan arnab akan berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Proses ini mengambil masa antara 1 hingga 2 minggu sebelum kembali normal.
6. Pencemaran pelepasan sisa kilang atau industri.
Tiada kegiatan industri dan perkilangan di kawasan ini
Gambar sekitar lawat tapak
|
Memberi penerangan kepada Ketua Jabatan dan Ketua Unit |
 |
Kerja-kerja tapak |