Nak tahu la..

Alaa.. guna Softlan jek! huhu...
Cerita 1
Ternampak buku ni kat satu website tu. Baru end of 2006 released. Tajuk dia buat aku tersenyum la. Bukan.. bukan header atas tu.. tapi tu yg tulisan kecik kat gambar bunga-bunga tu. Kerana budi kita jatuh hati.. Perghh!! Tang budi tu.. memang aku takut sikit. Termakan budi tergadai body! Tapi tak tau la kan.. orang selalu kata.. Aku tak kata.. aku taip je! Muahahaha... :)
Kadang-kadang kan.. aku fikir, apa yang aku paling ingin dan mahu dalam hidup. Ah, besar sangat tu. Ok, cari skop yang lebih kecil macam relation yang skarang ini. Katalah hubungan cinta. Apa yang aku mahu.. Security? Hmm... Itu semua orang mahu. Tapi adakah rasa secure itu dapat membahagiakan kedua-dua pihak? Aku takut kalau-kalau terlalu asyik untuk mendapatkan rasa secure itu.. tidakkah nanti dia akan rasa seperti aku cuba melilit lehernya dengan 'tali' visible dan mengikatnya seperti anjing? Sedangkan apa yang mungkin aku lakukan itu hanya sekadar luahan.. sifat kewanitaan dan keibuan yang dizahir melalui kata-kata. Hanya kata-kata.. cukuplah. Mahu lebih? Hukum tak membenarkan. Belum masanya lagi. Maka adakah hanya dengan cara 'kahwin' ianya jadi tiket untuk menakluk rasa secure itu sendiri? Aku mahukan sesuatu pandangan yang liberal dan dapat diterima pakai dengan situasi zaman sekarang. Aku cuma mahu tahu. Tiada apa yang berkaitan. Itu saja.. :)
Cerita 2
Apa maksudnya eh bila orang kata hidup itu satu perjudian? Bukan ke berjudi itu berdosa? Jadi untuk apa hidup = berjudi.. baik mati je.. tak berdosa sebab berjudi! *cubit tangan gatal menaip ayat kontroversi tu* Aduhh!! ;P
Cerita 3
Semalam aku balik ke rumah selepas hampir seminggu tak pulang.
Status perasaan <---- tak lah rindu sangat dengan orang kat rumah sebab selama ni pun.. masing-masing sibuk dan kami memang jarang-jarang sangat berbual... Aku hanya nak tengok muka mak abah je. Dapat tengok kelibat pun jadilah.. terus tenang hati yang tengah bergelodak. Aku akui aku agak keras sedikit perangai dan perasaan tapi hati di dalam sangatlah fragile. Susah hati pun tak semua yang tahu.. simpan di dalam. Kalau cerita pun, tak habis. Bila terasa hati susah sangat... selalunya aku melihat, mendengar, memeluk *jika boleh..* orang-orang yang aku sayang. Lepas tu lega la.. Mudah je!
Tapi dikutuk dek sidia.. "Minah jiwang.." katanya.
Takpelah.. jiwang-jiwang aku pun.. jiwang berisi! Bukan jiwang kosong, tin kosong. Kalau ketuk, dengar bunyinya 'Dong! Dong' bukan 'Tong! Tong!'
"Ha, tengok tu.. melawan.. melawan" Mcm terngiang-ngiang je kata-kata tu di telinga. Hahaha..
Comments
yg penting, ikhlas dan faham
err, cerita 4?
P/S :- Kahwin bukan tiket utk rasa secure, sebaliknya sentiasa berusaha dan terus berusaha memelihara hubungan yg telah dijalinkan sesama pasangan. Nak secure, gi mintak tolong security guard kat bawah tu.. :Þ
kena belajar ilmu ikhlas la ni..
hehe..
achik,
kalau dah baca.. mesti suka semuanya! :)
kak masy,
lagu jiwang tu eh... ;p
orochi,
klorox bole lembut ke??? first taim dgr ni.. ko biau betul
lindosh,
apa kata awk baca pastu buat entri psl buku tu.. haha!
ad3ck,
mana hang tau daku jiwang?? rasa2nya kita tak penah ada scandalous pun!! huhu ;p
kes tak ikhlas la tu kan..
p/s: amboi..amboiii.. sempat pekenakan kita blk. cehhh!!
kwn mu
'Hidup itu satu perjudian'. Itu mungkin cuma analogi, dari satu perspektif yang pesimistik barangkali. Barangkali.
haha.. if hati kering pun susah jugak sis.
acai,
lain macam je maksud tuuu.. wat promo ke acai?? hihiks
bp,
tulah sy pun tak sangka ada buku bagai..
kebarangkalian yang berkemungkinan.. :)
Semoga ceria-ceria selalu.
:D
salam..
same goes to u :)
matlamat hidup ialah membuat persiapan utk mati.hidup cuma sementara jadi cinta manusia juga sementara. oleh kerana ia sementara, pk kan saja utk mengisinya dengan kebahagiaan bukan tangisan. :) tak tahu sampai bila kita dapat hidup dan melengkapkan kehidupan kita ni.
p/s:bila chenta..sekeliling nmpak kabur...yg jelas hanya DIA..