Daripada Aisyah r.a. katanya "Nabi SAW berbaring ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda mengangkat kedua tangannya seperti berdoa, lalu meniup dan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas kemudian Baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepala dan muka dan bahagian depan daripada badannya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (At Tirmizi)
Selain daripada itu Baginda juga melakukan Solat Witir, bagi mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.