Assalamualaikum....
Pssssttttt rasanya ni entry terakhir utk hari ni......esok tak tau lagi hahahaha
Kali ni cikgu nak share tentang hotel paling mewah di Brunei. Entry ni nampak mcm pjg tapi tak pun sebenarnya. Ada byk gambar tu pasal nampak cam pjg. Sape tak layan entry ni mmg rugi hehehe.
Hotel ni bukan setakat mewah tapi sangat la besar dan luas.Kalau tak silap ada lebih kurang 9 buah kolam kat sini. selain tu kat sini jugak ada kelab golf, mini cinema, tempat main bowling, gym,gelanggang badminton,tenis dan macam2 lagilah
Hotel ni letaknya kat tepi laut, kalau naik flight nak balik ke Malaysia, selalunya boleh nampak kat cermin kapal terbang. Cantik sangat!
Kalau sape2 nak datang Brunei, kalau tak nak duduk sini pun tak pe, tp jgn lepaskan peluang datang tengok hotel mewah ni. Jangan malu jgn segan, masuk jer. Cakap jer cikgu anis yang suruh datang tengok2 hahahahaha
Nanti kalau diaorang tanya sape cikgu anis, pepandai la korang jawab kah kah kah....
Jom tengok betul ke hotel ni mewah......
Pintu masuk utama.
Hotel ni letaknya di Jerudong. Kalau sape2 pernah baca entry cikgu tentang restoran malaysia di Brunei, hotel ni letaknya memang tak jauh dari restoran tu.
Ini ler mini cinemanya. Keluarga kerabat selalu jugak datang tengok wayang kat sini. Kalau tetiba ada kete mewah park depan2 panggung ni, haaa sah sah la tu ada kaum kerabat yg datang tengok wayang.
sebelum jumpa panggung wayang ni, korang akan jumpa bangunan kelab di sebelah kiri. Agak ke dalam jugakla. Sesapa yg nak main gym ke badminton ke golf ke bleh ler ke sini.Cikgu suka sangat mandi kat bilik persalinan kelab ni. Ada jakuzi dan sauna lagi hehehe.....
Water Fountain kesukaan firas. Mama dia pun suka. Bila dengar air fountain ni kan, terus rasa macam nak tido hehehe. Fountain ni letaknya opposite dengan pintu masuk hotel.
Ini la pintu masuknya. Otomatik dengan kuasa tangan manusia hehehe.
Jeng jeng jeng...... ini antara gambar di sekitar lobby. Ni gambar yg cikgu amik masa 2011.
Sekarang depa dah tukar dengan sofa lain yg nampak lagi mewah. Lobi ni luas sangat. Kat sini ada kedai kek yang famous dengan kek batik brunei ....
kek batik yg kaler hijau dan coklat ni hanya ada dihotel empire ni. Kalau tak stay kat hotel ni pun korang boleh pi beli kat situ. Memang glamer abis la kek batik ni hehehe. Kalau ada event apa2, mmg orang selalu order kek batik tu. Rugi sape tak rasa hehehe
Chandelier dengan batu swarovski (errr main hentam jer ejaan, malas nak google, sori la yer kalau silap)
Ni level paling bawah.
Ni tempat breakfast. Makanan boleh tahan sedap dan macam2 ada. Tiles marmar yg digunakan kat hotel ni memang high class punya.
Haaaa ada gak terselit gambar anak raja yg tengah mogok tak puas hati tak dapat main 'kakalam' (kolam) hehehe
Ni view sebahagian kawasan hotel. Nampak tak laut yg terbentang luas tu? Kalau malam memang boleh nampak lampu dari atas pelantar minyak. Siang hari pun boleh nampak tau.......sayup2 mata memandang gitu.
view hotel dari luar
gempak tak bangunan hotel ni......memang macam istana kan
ni antara bangunan bilik hotel yg mengadap view taman dan laut
Bilik hotel. Tilam dia bestttt. Empuk gitu.Bantal plak ala2 tenggelam bila letak kepala hehehe
Dalam toilet pun guna marmar mahal tau. Siap boleh mengintai lagi time nak jadi badak berendam hihihi
Jom tengok view kat luar hotel plak......
salah satu kolam yg selalu jadi tumpuan mat dan minah salleh. Kolam menngadap laut. Sambil berenang, teropong la ikan duyung brunei keh keh keh
tak jauh dari kolam tadi tu, ada kolam khas utk budak2 mandi sambil berjimba2.
kolam ni plak bersambung dengan kolam yg memula tadi. kat sini korang bleh berkayak.
ni view kolam dari pandangan atas
Kalau korang nak stay sini, sila jgn amik yang bangunan sea view. Sangat tak cantik biliknya. viewnya pun sekadar lagun jer. tak menarik langsung. cikgu lupa dah apa nama bangunan hotel yg siap ada kolam tu. yg tu
siap ada kolam cetek utk budak dan kolam dalam utk dewasa. Memang dekat dengan bilik. Tu yg cikgu suka tu. Cumanya jauh skit dari lobby dan harga pun mahal la skit.
Haaa duk gebang2 tentang hotel ni, tak nak tau ke berapa reganya? hehehe
kalau tak silap cikgu harga penginapan untuk satu malam bagi bilik paling murah ialah $180-$200 ++ (brunei dollar.....utk RM sila darabkan dengan 2 . 4 hehehe)
Tapi kalau nak tau harga lebih tepat boleh check
SINI