Showing posts with label raja azahar coperation. Show all posts
Showing posts with label raja azahar coperation. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Majlis perundingan belia negeri perak






satu persidangan majlis perundangan belia telah di adakan di pangkalan hulu. banyak perkara telah dikatakan didalam majlis perundingan ini. salah satunya adalah tentang bajet yang ada.dalam majlis ini wakil dari ROS telah datang untuk menerang kan status dan cara pendaftaran penubuhan belia. selain dari pada ROS juga wakil kementerian belia dan sukan telah menerangkan penilaian star ranting.majlis ini tamat pada pukul 2 petang.
selepas tamat majlis perundingan melia peringkat negeri, wakil MBD tg malim slim river telah meninjau dan mengenali kehidupan umat islam si selatan thailand. saya dan wakil MBD yag lain banyak membincangkan kihidupan umat islam di selatan thai. kebanyakan umat islam di selatan thai menampung hidup dengan berniaga ditepi-tepi jalan.di sana juga didapati kehidupan umat islam amat sukar dan mejoriti umat islam disan menjana ekonomi dengan berniaga sahaja. Akhir kata Terima kasih kepada MBD tg malim slim river dan abg halaim yang banyak membawa kami meninjau kehidupan umat islam disana. sekian

Saturday, December 5, 2009

hari konvo aku lah....





Bersyukur kepada ALLAH akhirnya saya dan rakan dapat menamat kan pengajian dalam bidang MEKANIKAL AUTOMOTIF.saya amat gembira pada hari itu.hanya tuhan lah tahu gembira aku pada hari itu.ramai kawan2 datang untuk meraikan majlis ini.sya sungguh terharu. pada masa hadapan saya dapat menyambung pengajian saya tahap yang lebih tinggi amin...........terima kasih kepada semua pensyarah politeknik sultan azlan shah tg.malim kerana mengajar kami tanpa mengira penat dan lelah.terima kasih sekali lagi..

Program professionalisme pertubuhan belia peringkat daerah tanjong malim/slim river




5-6 Disember satu program professionalisma petubuhan belia telah di adakan di hotel sri malaysia genting highland.pada hari pertama sampai kami semua diberi taklimat dan pembahagian hotel...aku dapat satu bilik gan ferd dan uzir.selama dua hari berbagai aktiviti telah dijalan kan .antaranya modul kesukarelaan dalam konsep satu belia dan satu malaysia.dalam modul ini kita dapat menyokong serta menjayakan konsep satu malaysia diantara semua belia yang ada di daerah tanjong malim/slim river. selain dari pada itu juga, kami semua diaberi peluang untuk mencerita masalah belia kita dan cadangan yang untuk mengatasinya...saya berharab pejabat belia dapat memperbanyakan aktiviti yang dapat membangunkan belia ditempat kita...selain itu saya berterima kasih kepada majlis belia juga jang dapat menjayakan program ini.sekian

Sunday, January 4, 2009

KurSus DaPuR BeRgEraK

ini adalah kenangan saya mengikuti kursus dapur bergerak yang dianjurkan oleh cawangan perak....anatara mengikuti kursus ini adalah cikgu helmi, fard, azri@bomba dan madzir.dalam program ini kami dapat banyak memepelajari banyak cara2 memask dan mengendalikan dapur bergerak ini dengan profisional...sekararang adalah tugas kami bg mengajar adik2 kami yang ada diperingkat sekolah pula.harap2 semua ilmu yang kita pelajai x disiasiakan...amin





KeNaNgAn Ke HoT sPrIngG



assalamualaikum....Ini adalah perkelahan yang di adakan pada 15hb DISEMBER 2008 di sungai kelah....huuuu.abatara anggota mengikuti perkelahan ini adalah VAd 55 dan VAD 49.Dengan adanya aktiviti sebegini, dapat merapatkan hubungan siraturahim antara anggota...sekian




Saturday, November 29, 2008

muslimah Bantulah Muslimin

Wahai MUSLIMAH.... Bantu lah kaum MUSLIMIN!!!!



يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Terjemahan:-
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya[1232] ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Jaga lah kehormatan dirimu agar kaum lelaki ini dapat menundukkan pandangannya dan menjauhi segala bentuk zina termasuk zina mata, hati dan lain-lain...

Friday, November 28, 2008

Kenapa orang melayu mengunakan tangan


Jenaka
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.


Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya..... !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan "

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.... ........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...

"

langkah untukmenjadi anak yang soleh



Anak yang soleh


Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.
Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.
Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..
Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.
Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.