..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

Showing posts with label pulau perhentian. Show all posts
Showing posts with label pulau perhentian. Show all posts

19 January 2015

SNORKELING TRIP : PERHENTIAN-REDANG-LANG TENGAH

29 OGOS; 30 OGOS; 31 OGOS; 1 SEPTEMBER 2014
4H 3M; CHECK IN TERENGGANU

sepatutnya percutian kami ini adalah di Pulau Redang, tetapi last minute booking (2 bulan awal - END OF JUNE) tarikh yang kami pilih tu dah semua resort kt situ memang fully booked.
memang sedikit keciwa la.. yelah.. 30 & 31 Ogos kan cuti Merdeka, Public Holiday memang ramai la orang.

(tips) Pulau Redang - turun Airport Kuala Terengganu; teksi terus ke Jeti Merang (bot persendirian) (30-45minit).. kalau naik bot awam, turun kat jeti Syahbandar
(tips) Pulau Perhentian - turun Airport Kota Bahru; teksi terus ke Jeti Kuala Besut (1 jam perjalanan, Kos RM80)

disebabkan chalet/resort dah penuh di Redang, terpaksa la kami tukar plan bercuti di Pulau Perhentian pula.
Kami pilih Pulau Perhentian Kecil.. sebab more havoc havoc.. (lagipun Perhentian Besar aku dah pernah pergi dgn family tahun 2013)

kami ambil package di Mohsin Chalet di Long Beach, Perhentian Kecil
(tips) nak tengok SUNSET - pilih chalet di CORAL BAY
(tips) nak tengok SUNRISE - pilih chalet di LONG BEACH
(tips) NIGHT LIFE, PERTUNJUKAN API - LONG BEACH
(tips) ketenangan, FAMILY ORIENTED - PERHENTIAN BESAR

jujur aku cakap, nak dibandingkan dengan Perhentian Besar, pasir kt Long Beach ni dah kurang putih.. air laut dia pun tak sebiru langit.. hehe..
tapi di sebalik bukit, di Kincir Angin dia, Ya Allah.. cantek sangat pemandangan... Laut dia kebiruan.. (tips) nak jungle tracking, panjat beratus2 anak tangga naik ke Kincir Angin, pilihlah stay kt Perhentian Kecil.. pemandangan superb cantekkk



TENTATIF

DAY 1 : 29 OGOS (JUMAAT)

bergerak seawal 830 pagi ke KLIA2; flight jam 12 t/hari. sesampai je Airport K.Terengganu, terus cari teksi airport.. charge RM120/way dari Airport ke Jety Merang.. perjalanan ambil masa selama 1jam20minit.. (erk.. hari jumaat, simpati kt pemandu teksi sebab dia tak dapat turun solat jumaat. maafkan kami -_-)

telefon boatman, agak hetic sikit la.. sbb janji dengan Mohsin Chalet check in hari Sabtu.. haha.. tapi kami nak masuk sehari awal, tapi Mohsin Chalet dah penuh.. kami slumber je cari chalet lain sepanjang Long Beach tu.. sumpah penat!! lain kali booking online sesiap..

dari speedboat nak ke pantai Long Beach, kena naik water taxi, bayar je la RM2.. takde pun hantar sampai pasir, kena juga redah air.. ceh....

kami walk in mencari 2/3 chalet, akhirnya jumpa Matahari Chalet.. untuk semalam je nak tidur.. akhirnya dapat juga RM160/day with Aircond. bilik ok, toilet ok. katil ok. ok la.. cuma pemandangan nak masuk chalet ni je yang tak berjaga.. ternampak side yang kotor kat pulau ni.. huhuk..

petang tu jejalan di Long Beach.. dan dinner.. kat sini makan boleh tahan juga.. macam2 menu ada.. harganya pulak atas RM10; biasalah kat pulau kan.. sebelum balik bilik, kami sempat tengok pertunjukan api..

kat sini, penguatkuasa kurang.. orang melayu pun ada nampak jual2 arak ni.. mat saleh dah semestinya ramai.. tempat ini kurang sesuai la kalau bawa family ni, lagi2 yang bawa anak kecil kan..


DAY 2 : 30 OGOS (SABTU)

SNORKELING TRIP by MOHSIN CHALET..
patutnya kami check in Mohsin hari ini, esoknya baru boleh join pakej snorkeling..
tapi esoknya (ahad) kami nak snorkeling tempat lain.. budi bicara dgn pihak Mohsin, mereka bagi je nak snorkeling hari ini.. so jumpa la membe2 baru dalam group tu.. osem..

kat pulau ni banyak je perkhidmatan snorkeling ni boleh pilih. murah pn murah serendah RM40 half day trip.. datang sini free and easy pun boleh.. tak perlu nk package2.. mat saleh ramai nye backpackers, bertukar2 tempat penginapan..

snorkeling start jam 1030 pagi sampai 3 petang.. kami pergi ke 5 spot snorkeling.. berhenti lunch di Kg.Nelayan.. pitstop yang terakhir adalah di Kincir Angin..
di Kincir Angin ni, benda menarik nak buat adalah terjun dari platform..
semua orang kena try.. tapi aku tak sempat nak try, sebab sibuk nak naik tangga ke kincir angin..

penat weyh dari bawah panjat beratus2 anak tangga.. tak sempat gak nak kira bape anak tangga... kalau ada sesiapa yang tahu, tolong bagitahu.. huhu..
kami memang akan ke kincir angin ni.. tapi dah alang2 boatman ni nak bawa ke sini, jadi tak perlu lah kami nak jungle tracking ke sini kan.. diorang ni cakap, kalau jalan dari long beach, ada gak dalam 20-30 minit.. hongeh plak rasanya..

petang tu, kami merayap balik pulau dari long beach.. kami ke coral beach plak nk tengok sunset..
dari chalet kami, dah dekat sangat nak ke coral bay.. dari long beach, akan menyusuri tepi chalet kami, kemudian ikut je jalan yang telah sedia ada.. akan melalui chalet2 tgh2 hutan, lps tu masuk ombak chalet.. dah sampai depan pantai coral beach..
ada la gak dalam 15 minit jalan kaki.. kat sini takda lampu jalan disediakan..
maka (tips) bawa lah sesiap lampu suluh tu.. balik dri sunset, dah malam.. jalan dia agak gelap sikit.. tak bahaya pun.. ramai je orang lalu kt sini.. malam2 mmg ramai org dr coral beach ke long beach sbb lagi happening di long beach.


oo yaa.. hari tu adalah malam MERDEKA!!!
kami melepak duk depan kedai Suhaila Shop, menghirup udara pantai memalam.. dalam jam 11 kami balik bilik.. lps tu tepat jam 12 malam, dari beranda bilik, ada pertunjukan bunga api.
tapi kaki dah penat nak melangkah turun bawah, tepi pantai nak tengok dekat2 bunga api tu..
tengok dari bilik pun kira ok la kan..


DAY 3 : 31 OGOS (AHAD)
REDANG! REDANG! REDANG!.. even chalet kt sana dah penuh.. akhirnya kami dapat juga snorkeling kat Redang... ohsem sangat..

hari ahad, pepagi kami dah bangun siap2.. tak sempat nak breakfast kt chalet sbb kami nak kejar snorkeling trip ke Redang plak.. kami bergerak jam 830 pagi..
1 trip boat tu ada 18 orang.. kami duk pakat2 dengan Suhaila Shop untuk masukkan nama kami dalam trip ke Redang hari tu.. kalau tak memang dah penuh la.. hehe.. yes. kami berjaya ke Redang..
Snorkeling Trip ke Redang ni berharga RM100/person.. full day.. 830 until 4pm.. kami ke Long Beach di Redang, Marine Park dan kami juga ke Lang Tengah..
snorkeling di Redang best sangat.. ikan cantek2.. coral pun cantek.. ok.. Puas hatiii...


sebelum balik ke Perhentian Kecil, kami singgah di Lata Berani untuk jirus air bukit dia.. sejukkk..
dah macam buat Ice Bucket Challenge jer.. kekeke...

malam lak.. lepak kt Mohsin.. lepak karok la.. hehe..




DAY 4 : 1 SEPTEMBER (ISNIN)

check out day..

flight jam 9 malam.. bergerak keluar dari pulau jam 10 pagi..
Dari jeti kami cari teksi ke hentian bas untuk ke kuala terengganu..
sampai KT dah lewat petang, sempat gak singgah umah membe kat Kuala Terengganu sebelum balik semban dan beli kopok lekor kat losong ~~


TRAVEL COST
FLIGHT TICKET (KLIA2 - K.TERENGGANU) RM80
MOHSIN CHALET 3D2N FULL BOARD PACKAGE (FAN ROOM) RM420
TAXI (AIRPORT K.TERENGANU - MERANG JETTY) RM120 (share with partner)
MAKANAN ROTI RM13 (share with partner)
LUNCH and DINNER DAY 1 RM23.50
MARINE PARK RM5
WATER TAXI (SPEED BOAT - LONG BEACH) RM4 (pergi dan balik RM2/each)
MATAHARI CHALET (DAY 1) RM160/AIRCOND ROOM (share with partner)
REDANG TRIP RM100/PERSON
LUNCH @ KG. NELAYAN (DAY 2) RM9
TAXI (MERANG JETTY - BUSTOP JERTEH) RM20 (share with partner)
BUS TICKET (JERTEH - K.TERENGGANU) RM17.10
TOTAL COST = RM800 ++



sekiaannnnn.. abes cerita

** kan main lama aku tak hupdate belog ni..
***pergi jalan bulan Ogos/September 2014, tapi publish cerita bulan Jan 2015.. huhukk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...