..drop ur link here..

DROP UR LINK HERE.. SENANG NANTI NAK MELAWAT
tengs~ sudi singgah..

THEM

27 November 2011

my list of vlogger

assalammualaikum

vlogger maksudnya mereka yang meluahkan rasa pemikiran, pendapat or apa-apa je lah dalam bentuk video..  kalau dalam bentuk diari seharian, macam buat blog ni hah.. jadi blogger
kalau bentuk video; jadi la vlogger~

sehingga 27 Nov 2011
youtuber ~  subscribed

1) MatLuthfi
blog dan facebook dan twitter : tiada atau tidak dapat dikesan

video yang mempopularkan MatLuthfi; Typical Local Film/Drama Scenes
lebih 530,000 viewer sejak di upload 8 Feb 2011
vidiyo lain yang best; Serta Paksa, Nama pun sampah dan byk lg.
semua video die best-best sampai masuk RemajaTV3 lah.. Dia ni baru berusia 21thn, orang kedah, study kt aussie course architecture


2) IniAnwarHadi
youtube channel : http://www.youtube.com/user/IniAnwarHadi
blog : http://anakazman.blogspot.com/

video yang mempopularkan AnwarHadi sampai menang trofi dari Digi Award; EwWwW
lebih 570,000 viewer sejak di upload 29 Jan 2011
video lain yang menarik; Negaraku, Facebook ends Ana Raffali
tak pasti plak umur die berapa.. rasenye dalm 20/21 tahun.. org kedah jg, study kt aussie course TesoL kot..


3) AmanWan

vidiyo yang mempopularkan dia; iKLan Gangster
lebih 900,000 viewer sejak diupload 2 Ogos 2011
antara vidiyo yang menarik jg - Salah Faham Berchatting
Dia ni juga seorang pelukis komik =D


vidiyo yang mempopularkan dia ni; Putus di Twitter (ending lagu Cinta Muka Buku)
lebih 270,000 viewer sejak diupload 13 Oct 2011
antara vidiyo lain yang menarik; Parody Price Tag
En.Mimpi ni suka buat lagu parody2 bersama petikan gitar.. suara gemersik gitu..
nak tahu lebih lanjut tentang semua video dia, leh baca kt blog dia..


5) AimanAzlan
youtube : http://www.youtube.com/user/aimanazlan90
blog : http://www.aimanazlan.com/

21 tahun, sedang belajar di Uni Toronto, Canada..



6) ShahrinCool
youtube : http://www.youtube.com/user/shahrincool
blog : http://batmantakpower.blogspot.com/

lebih 59,000 viewer dalam video Cermin Diri Dulu
baru habis Form4, 16 tahun. muka nak macam chinese da kan..


sekian; 


terima kasih kepada blogger-blogger lain yang mempromotekan vlogger2 di atas..
seperti beautifulnara, oh media dll~
tanpa mereka ni, saya tak dapat la nak jumpa mereka yang petah berbicara ni kan..
dan memberikan kecerian di kala kesunyian dan kesedihan..
peace (^_~)

*kthnkbye*


p/s : if u find any other interesting blogger/vlogger, pls recommend to me~ tqvm

25 November 2011

HBTY~

assalammualaikum..

HBTY atau panjangnye; Happy Birthday To You~
atau kalau nak manja sikit; Hepy BestDay..

hepy bestday to you, my old friend..
the special one..
25 November every year..

alhamdulillah,
syukur kepada Allah kerana memberikan sehari lagi untuk bernafas
dan berterima kasih kepada emak kamu kerana melahirkan kamu dan menjaga kamu sampai sekarang..

semoga kamu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur
May Allah bless u always~

homemade card with small and cute button~

homemade cake.. kek batik ajer.. 1st tyme saya buat sendiri berkat tunjuk ajar roomate~ tenkiu mate..
lupekan comot-comot itu yer.. 
and lastly, the gift..

 sekian, dari empunya belog..

thank for the wonderful day~

" The best and most beautiful things in the world cannot be seen or even touched. They must be felt with the heart." - Helen Keller~

*kthnkbye*

p/s : terima kasih kpd dia untuk segalanya~

21 November 2011

MondayCouple

Monday Couple in Running Man
| cute and funny couple |
variety show from Korea =)

i just love them..
kalau lah mereka ni masuk dalam variety show We Got Married (WGM), pasti mendapat rating yang tinggi..
tapi dimaklumkan, Running Man (RM) - Monday Couple ini dilahirkan dalam keluarga SBS dan bukan dari terbitan MBC.. macam mustahil je ntuk disenaraikan.. alaa.. fan die smua nk mereka dimasukkan dlm WGM kan kan....

Song Ji Hyo (Blank JiHyo)
- 15 Aug 1981 | Actress -

Kang Gary (Peaceful Gary)
- 24 Feb 1978 | Artist Rapper - 




source :  fanpage FB 
akan terus menunggu menunggu mereka dalam next episode~


p/s : next couple dalam WGM after KhunToria yang akan dilayan?? hum.. Leeteuk dan Kang Sora?? we will see..

20 November 2011

20112011

today is 20 Nov 2011 or 20112011 =)

tapi nak cite kesah semalam..

19 Nov 2011
Panggung Bandaraya DBKL
Teater : Bangsawan Merong Mahawangsa

1. MERONG MAHAWANGSA – Raja Azrey
2. EMBOK –Syarita Karai
3. PUTERA MARCUS –Thye Mentor
4. PAK KESOM –Dato’ Jalaluddin Hasan
5. TAJI – Adie Ariffin
6. KEMAWAS –DJ Pool
7. TELANI –Nazila Mat Safian
8. DON SIGAR – Haniff Ariffin
9. DON SIRA – Along Zainureen
10. LAKSAMANA LIU YUN – Azhar Sharmal
11. PUTERI LIU LIN – Marina Bhai


SINOPSIS – Merong Mahawangsa
   Kisah tertumpu kepada 2 pasangan berkasih iaitu Merong Mahawangsa dan juga embok gadis kg di tanah langkasuka. Impian cinta mereka di gambarkan sungguh indah, namun tidak terlalu jelas seperti percintaan pasangan kekasih lain oleh kerana kehidupan penuh dengan pergolakan latar belakang diri. Konflik bermula bila Embok di larikan oleh tentera Taji dalam satu pertempuran yang tidak di sangka.

   Kehilangan Embok di ratapi sedih oleh ayah angkatnya Pak Kesom, dan dari situ terbongkarlah segala kisah di sebalik kejadian menimpa. Taji dan orang-orangnya menyimpan dendam terhadap Kesom di atas ketidakpuasan hati sejak berguru suatu ketika dulu. Merong berjanji akan menjejak Embok dan menyelamatkannya seterusnya memusnahkan kuasa taji dan gerudanya. Namun begitu kelemahan tenaga serta kekuatan membuatkan usaha Merong sedikit terjejas.

   Di kala inilah datangnya Seorang pahlawan tentera dari cina iaitu Laksamana Liu Yun menawar diri membantu tetapi bersyarat, Merong mesti membantunya menyelamatkan adiknya iaitu puteri cina yang juga di larikan oleh kuasa Taji. Merong setuju dan mereka bersatu, akhirnya kuasa Taji dan gerudanya dapat di tewaskan dek kebijaksanaan Merong, namun terjadi sesuatu tragedi yang tidak di sangka. Merong serta yang lain terperangkap dengan tipu muslihat Taji.

source : Sensasi Selebriti

pas masuk adalah percuma..
setelah diberikan secara khas oleh wakil ibu saya..
tehee.. tengs ibu..

sempena majlis penangguhan bulan bahasa kebangsaan 2011, peringkat Kuala Lumpur
teater ini adalah acara kemuncak nye..
ibu saya selalu je dapat invitation menyaksikan teater, tapi tak pernah nak pi tengok sbb timing nye yang kurang cantek..
jadi bila ada peluang ini, ibu memberikan kpd saya.. tenkiu =)
jadi saya mengajak romate saya, Gloria dan Wani.

so far,
overall cerita menarik.. heroin nye tak macam heroin.. sbb tak berapa banyak sangat dialog..
yang lelain ok la.. suka susunan muziknye jg.. 
dan kami suka tengok gelagat seorang lelaki ni.. menarik tertarik..
setiap kali die keluar, setiap kali die bercakap, dialog nye hanya lah
"kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai.. HAHA.."
menjadi plak tu watak lembut die.. kelass..

antara scene ke scena, akan dihiburkan dgn persembahan dari
No Entry (Maharaja Lawak) dan penyanyi Qalesyah dan penyanyi Thye dari Mentor

gud jobs u'ols..


soseh soseh..
berbeza sedikit dengan cara penukaran babak antara Panggung DBKL dan Istana Budaya..
di IB tidak dhiburkan dengan selingan-selingan seperti menyanyi ke, lawak kampus ke ape2 lah.. saya rase sbb di IB, pentas die besar dan canggih.. props die boleh turun naik kiri dan ke kanan la.. so tak makan byk masa nk menukar dari satu babak ke satu babak.. 
tolak ke belakang, tolak ke kiri, tolak ke kanan, naik atas dan bawa turun bawah jer..
huhu. saya memang terpaku cara mereka menukar props.. ohsem~
patutla harga tiket die pun mahal kan.. value for money gitu..

ape-ape pun.. saya suke tengok teater..
yeah..

*kthnkbye*

19 November 2011

Badai Semalam

18 Nov 2011
teater ke2 selepas Lat The Musical
Badai Semalam | Istana Budaya
Cinta, Cita-cita dan Pengorbanan

teater yang diadaptasi dari novel kesusasteraan melayu, buku teks untuk tingkatan6 pd tahun 1970an..
ni zaman mak ayah saya dulu ini.. patutla penah dengar tajuk tapi tak tahu isipati nya..
penulis : Khatijah Hashim
dipentaskan di IB sempena bulan bahasa kebangsaan~

 sinopsis
  Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ. 

  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.



  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?


actor and actress
Erra Fazira (Mazni) | Aaron Aziz (Karim) | Fizz Fairuz (Zaki) | Umie Aida (Pn.Rohana) | Ziela Jalil (Mak Mazni) | Emelda (Mahani) | Jasmin Hamid (Dora)

terima kasih kepada peneman saya yang sudi meneman.. hahax
Teaterbadai semalam 1 TEATER BADAI SEMALAM|AKSI GHAIRAH JASMIN HAMID DAN AARON AZIZ?
aaron aziz dgn jasmin hamid.. euw euw.. hahax.. 
terperanjat kami semua la dgn aksi mengoda jasmin hamid ni.. sampai duk atas aaron~ erk.. 


overall.. ok.. tak rugi tengok pun.. sbb ade pelakon superb best.. crowd pn superb best.. dan probs superb  best.. =)



p/s : tonite.. teater lagi.. Bangsawan Merong Mahawangsa @Panggung DBKL..

17 November 2011

header blog

assalammualaikum..

my new blog header
17 Nov 2011 onwards~
100% menggunakan adobe photoshop 7..
berjaya jugak mentransparentkan background~

susur galur header di atas;
bila keyboard di tekan - nama blog
http://aqueqin.blogspot.com - URL blog
gambar kartun - versi MondayCouple dalam variety show RunningMan
gambar jejari menekan keyboard - menaip entry mnggunakan keyboard laptop~
bentuk love - love my blog larh.. =)
color biru - warna kegemaran saya~
gambar - empunya belog Shiqin Ghazali (bergambar di PD 24 Sept 2011)

pheww~ letih o.o..

seyes, saya tak penah rajin nak godek2 adobe ni, nk gigihkan diri mengedit menggunakannya..
selalu gune photoscape jerk..
macam ketinggalan zaman kan..
orang lain semua dah terer gune adobe,
saya baru nak merangkak2.. alahai..
mengambil masa yang lama, dan memerlukan sifat kesabaran yang tinggi.

terima kasih kepada 'dia' yang memberikan tunjuk ajar dari jauh
hahax..
terima kasih kepada google yang memberikan search yang menarik untuk diskodeng
terima kasih kepada blogger2 di alam maya ini kerana tutorial2 yang menarik utk diikut

dan
masih ada banyak lagi untuk dibaiki..
dan 
akan merajinkan diri dari semasa ke semasa

bubye old blog header.
setelah 17 bulan memberikan jasa kepada belog ini.
terima kasih.. hee~


p/s : masih tidak mahu menukar template belog.. haha. tak rajin lg..

14 November 2011

#GreysonChance

tengs AIM (Anugerah Industri Muzik) coz bring Greyson Chance live in Malaysia~


pertama kali mendengar dan menonton secara live, die perform.. terus terpaku depan tv..
wah.. amazing.. awesome..
16 August 1997, baru berumur 14 tahun.. dari Oklahoma
tp npe suara kamu tak sama dgn justin bieber mse umur 14 jgk?
haha.. suara lg matang la dr JB.. thumbs up~
terus jatuh hati.. erk.. (^_~)


GreysonChance - Waiting Outside The Lines
and featuring 
NajwaLatiff - Papparazi



Greyson Chance – Waiting Outside The Lines Lyrics
You never enjoy your life
Livin' inside the box
You're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?

Rules and regulations
Force you to play it safe
Get rid of all the hesitation
It's time for you to seize the day


Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now


I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines


Try to have no regrets
Even if it's just tonight
How you gonna walk ahead
If you keep living blind


Stuck in the same position
You deserve so much more
There's a whole world around us
Just waiting to be explored


Instead of just sitting around
And looking down on tomorrow
You gotta get your feet off the ground
The time is now, just let it go


I don't want to have to force you to smile
I'm here to help you notice the rainbow
'Cause I know what's in you is out there


I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines


I'm trying to be patient
Each step is the hardest
I know you can make it
Go ahead and take it


I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting
I'm waiting, waiting, just waiting
I'm waiting, waiting outside the lines


Waiting outside the lines
Waiting outside the lines


You never enjoy your life
Livin' inside the box
You're so afraid of taking chances
How are you going to reach the top?
| Official Music Video |

cekidout~
Website - http://www.greyson-official.com
YouTube - greyson97
twitter - @greysonchance

Greyson Michael Chance

*kthnkbye*

11 November 2011

new born baby

ADAM MIKAIL | 29 October 2011
ahli keluarga baru saya dan kami..
say Hi to him..
ops.. bagi salam dulu kat Adam yer..

Assalammualaikum
Adam Mikail
Adam - nama Nabi, ikutan, tauladan
Mikail - Mikhail, nama malaikat

maksud panjangnyee? kurang arif la bab2 ni... minta maaf ye..

Adam,
adik bongsu kami..
anak ibu kami jugak

terima kasih Ya Allah
Alhamdulillah diatas kurniaanMu ini..

today 11.11.11 - Adam berumur 13 hari. .

Si Minah penjaga sementara Adam..
haha..
nak halang lipas masuk kacau Adam yer..
kelakar la Si Minah ni..
ibu pegi dapur, die folo
ibu masuk bilik, die pn nk folo jugak
ibu tido sebelah Adam, die pun nak sibuk tidur sebelah ibu
Minah ni kenapa eh?
pelik sungguh..
terasa terkurang kasih sayang ke?
hehe.. 

*kthnkbye*


p/s : jemput la kengkawan dtg rumah jenguk baby boy baru kami.. jgn lupe bawa hadiah ntuk Adam yer.. tenkiu  =)

08 November 2011

pertama kali

assalammualaikum..

pertama kali menyewa rumah.. yea yeah..

akhirnya menyewa jugak.. jika tidak, sebelum ini rajin menduduki asrama sahaja atau pun mengaktifkan diri duduk di kolej atau pun memalaskan diri duduk di rumah mak ayah aje kan.. dari 2004 till 2011.. 8.5 tahun tu..
bile akhirnya diri melangkah ke alam lebih dewasa sikit, memberanikan diri menduduki rumah sewa..
macam tak percaya..

pada mulanya hanya pikirkan ketidak sukaan menduduki rumah sewa..
pasai apa?

  1. setiap bulan kena kuarkan duit sewa
  2. setiap bulan kena kuarkan duit api, air, maintenance lagi..
  3. kena beli katil ker?tilam sah sah kena ada. 
  4. kipas tu tersedia ada ke? ke kena beli kipas berdiri itu?
  5. baju-baju nak letak kat mana? kena beli almari ke? kalau malas sgt, letak dlm beg je kan..
  6. rak-rak buku? rak-rak makanan? omo... kalo kat asrama semua tempat dah tersedia.. tinggal nak letak je kan.. 
  7. setiap hari duk pikir, nak masak apa hari ini? tu kalau rajin masak la dan yang berjimat. kalau duk asrama turun bawah, pegi beli makanan je.. tak payah nak bazir masa masak atas dapur gas kan..
  8. hujung-hujung minggu kena kemas rumah.. bukan kemas bilik dan tempat kite je macam duk asrama dulu kan.. bilik air dah takde cleaner nk cuci.. cuci sendiri jer la nampak nye.

oklah tuh.. cukup la ketidaksukaan itu ye..
sekarang kembali kepada pertama kali nya.

usha gambar di bawa..
 pertama kali nya membeli barang keperluan rumah dan mengemas umah..
huhuhu.. hongeh~
pertama kalinya sesi mengemas rumah - 1st day
pertama kalinya sesi ke2 mengemas rumah 
memindahkan barang2 dr bilik B ke bilik A
dan dari bilik A ke Ipoh~ hahax
bilik A yang memuatkan kami bertiga
pertama kalinya sesi mencari barang keperluan dapur
pertama kalinya memasak di rumah sewa


gambar atas : breakfast (roti telur) dan teatime (cekodok tepung)
 gambar atas : menu pertama
nasi puteh + telur dadar + sayur campur + sup ayam
= hidup membujang.. ok la tu kan..
menu-menu makan tengahari dan makan malam yang seterusnya
sambal ikan bilis + sambal telur campur kentang + kacang + begedil + spagheti + etc etc
 
gambar atas : pencuci mulut
~ kek batik dibuat khas sempena birthday wani (26 oct 2011)
~ cheese cake dibuat khas atas permintaan Nurul..
credit to Wakie =)

ooohh.. pertama kalinya..
hahax
dan pertama kalinya merasa
kesukaan menduduki rumah sewa...
pasai apa?...
  1. boleh balik rumah pukul berapa pun yang disukai.. dah tiada curfew.. hihik
  2. boleh memasak makanan kesukaan yang tidak didapati di restoran bila-bila masa sahaja
  3. boleh tengak sesuka hati tv tanpa berebut2 dengan ramai orang
  4. tidak perlu berebut bilik air dengan ramai orang jugak
  5. boleh membawa barang-barang haram yang tidak boleh ke asrama dulu.
  6. dan kengkawan boleh menumpang rumah kami bila-bila masa shj..

ooo ape lagi?? hum..

cukuplah tuh..
jumpe lagi..
RooMate punye
kekura ini bernama CoCo, kembar nye CiCi.. housemate punye~


*kthnkbye*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...