Tajuk : Dunia Yang Satu
Penulis : M. Hafiz
BAB 1
Hari baru cara pun yang baru, Faresh akhirnya sampai di pejabat dengan berbaju merah jambu. Dengan sepantas kilat Faresh membuka suis komputernya. Dalam fikiranya tidak lain dan bukan hanyalah laman sesawang facebook yang telah membuatkan malam tidurnya tidak begitu lena. Laman tersebut dibuka, jari jemari pantas menekan papan kekuncinya. Diterokai lagi laman social ini, dalam hati sambil berkata-kata. Kuntuman senyuman tidak pernah lekang dibibirnya oleh kerana terlalu suka.
BAB 1
Hari baru cara pun yang baru, Faresh akhirnya sampai di pejabat dengan berbaju merah jambu. Dengan sepantas kilat Faresh membuka suis komputernya. Dalam fikiranya tidak lain dan bukan hanyalah laman sesawang facebook yang telah membuatkan malam tidurnya tidak begitu lena. Laman tersebut dibuka, jari jemari pantas menekan papan kekuncinya. Diterokai lagi laman social ini, dalam hati sambil berkata-kata. Kuntuman senyuman tidak pernah lekang dibibirnya oleh kerana terlalu suka.
“Awal kau sampai Faresh” sapa Liza yang mejanya bersebelah sahaja dengan Faresh.
“Awal ke kak Liza, macam biasa ajelah.” balas Faresh dengan senyuman yang terukir dibibir.
Kerja yang tengah menanti Faresh untuk disiapkan hari ini, dibiarkan sebegitu sahaja. Leka benar Faresh dengan facebook. Kenalannya kini sudah hamper 50 orang, bertambahlah gembira dihati beliau. Hari demi hari facebook tetap menjadi tumpuan untuk memulakan kerja baginya. Dirasakan tanpa facebook hilang satu nyawa dalam dirinya. Ketika leka dengan alam mayanya, telefon bimbit berbunyi tanda pesanan ringkas diterima. Dibuka dengan segera pesanan ringkas itu. Beliau tidak menyangka salah seorang kenalan beliau dari facebook telah menghantar pesanan khabar. Keseronokkan tidak tergambar dari wajahnya diatas penerimaan pesanan ringkas tersebut.
“Assalamualaikum.. Awak sehat? Macamane dengan kerja hari ini? Lunch ke belum ni? “ pesanan ringkas dari Matt.
“Waalaikummussalam.. Saya sehat saja, biasalah nama pun kerja. Pasti sibuk sedikit. Tengahari ini kurang berselera hendak makan. Diet kononnya” dibalas pesanan itu dan berjalan meninggalkan tempatnya mennuju ke bilik air sambil melepaskan gian merokok.
.....................................................................................
Along bila berada diperantauan, jagalah tatatertib diri. Jangan tinggal sembahyang, banyak-banyak kan berdoa. Agar segala yang kita lakukan akan sentiasa diberkati oleh Allah.” pesan mama faresh kepadanya.
“Mama along akan sentiasa ingat akan pesanan mama itu dalam perjalanan seharian along disana nanti. Jika berkesempatan along akan sentiasa hubungi mama. Along cuma mengharapkan doa restu mama dan keluarga sahaja. Agar perjalanan hidup along nanti semuanya berjalan dengan lancar. Amin.” Faresh membalas.
Selesai bersalaman dengan semua sahabat handai, Faresh menuju ke dalam perot bus Transnasional yang berwarna merah. Berlalulah Faresh ke Kuala Lumpur dengan harapan menggunung.
....................................................................................
“Woit!!!” sergah Rosdi.
“Bengong kau” terperanjat beruk si Fares dengan sergahan si kawan yang dirasakan sengal itu.
Faresh beredar dan meninggalkan Rosdi bersendirian disitu setelah semua lamunan tadi hilang begitu sahaja disebabkan oleh sergahan si Rosdi tadi. Sambil berjalan didalam ingatanya masih terbayangkan wajah mama yang berada di kampung. Detik demi detik, hari demi hari faresh sentiasa mendoakan kebahagian keluarga serta kesihatan mereka. Agar dia tidak akan merasakan dirinya begitu jauh dari mereka semua.
6 comments:
hasil karya sendiri ke...? huhu!~
hye Nieza.. Ini diatas pengalaman seseorg.. Jadi saya ingin mengadaptasikan.. utk tatapan pd semua yang open minded.
ouh... ok... sye akan follow kisah nih... hehehe!~:)
thanks Nieza... apezs harap awak akan ikut cer ini.. cuma jangan terkejut dgn cerita ini... kerana inilah dunia yg sekarang.. DUNIA YG SATU.
hehe... saye xkan terkejut rasenye... saye faham... huhu!~
aits Faham katanya.. anyway chaiyok3..;)
Post a Comment