3 Perkara Yang Harus Disegerakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, terbaca lagi satu entry menarik di Facebook. Memang sekarang makin ramai orang post benda berilmiah ni. So, best laa. Takyah pi library nak cari kitab-kitab tebal (walaupun memang perlu). So sumber kali ni memang Facebook la.

Tapi sebagai permulaan hari ini, jom kita baca post ni pula. Walaupun dah pernah baca, sekadar peringatan.

Sabda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."

3 Perkara Yang Harus Disegerakan



Sabda Rasulullah saw,

Maksud Hadis: "Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.

1) Apabila telah masuk solat, maka bersegeralah menunaikannya.

Dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Mas'ud r.a, seorang sahabat telah bertanya Nabi saw :-

Maksudnya : "Amalan manakah yang paling utama? Nabi saw menjawab : Bersolatlah pada waktunya. Aku berkata : kemudian apa? Nabi bersabda : berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa. Aku berkata : kemudian apa lagi?. Nabi bersabda : berjihad dijalan Allah" ( HR Bukhari)

2) Nabi saw menyuruh kita agar segera mengkebumikan jenazah iaitu apabila jenazah itu telah selesai dimandi, dikafan dan di sembahyangkan. Sabda Rasulullah saw, 

Maksudnya : "Hendaklah kamu segera mengkebumikan jenazah(mayat), jika jenazah itu baik kamu mendekatkan dia kepada kebajikan, dan jika jenazah itu tidak baik bererti kamu melepaskan kejahatan daripada tengkok kamu". (Muttafaqun Alaihi)

3) Nabi saw menyuruh agar ibu bapa yang mempunyai anak gadis supaya menyegerakan pernikahannya jika sudah ada orang yang sekufu meminangnya. Ia bertujuan untuk mememilhara dirinya dari maksiat dan fitnah.

Kalau hendak diikat dengan tali pertunangan, janganlah memakan masa yang lama sehingga dua, tiga atau empat tahun kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak elok seperti maksiat dan sebagainya. Paling baik ikatan pertunangan hanya memakan masa enam bulan atau setahun.

Ibu bapa perlu ingat, bertunang bukan lesen untuk membenarkan anak-anak gadis keluar dengan lelaki tunangannya. Pasangan yang sudah bertunang dan ingin mendirikan rumahtangga hendaklah memelihara tingkah laku mereka kerana aman damainya rumahtangga bergantung kepada apa yang telah mereka lakukan sebelum berkahwin.

Hari tu ada juga share pasal Tips Cari Jodoh Bagi Golongan Wanita. So, manfaatkan dengan sebaiknya. InsyaALLAH. :)

************************************************

Pasal yang ketiga tu, banyak kali dah buat post pasal COUPLE, pasal CINTA, dan pasal WANITA.

Memang banyak dah post kot. Ek? Belum cukup lagi. Mesti tambah lagi! Yeeehaaa!! So, wanita, sekali lagi, Bagaimana Nak Tahu Lelaki Tu Serius Dengan Anda?! Baca SINI. Promote lagi. Huhu!

Jika dibandingkan dengan entry NASIHAT dengan entry BENGONG kat dalam blog ni, Alhamdulillah, lebih ramai yang prefer entry NASIHAT. Hehe! :)

Akhir kalam, sebarkan, free dapat pahala. Ye ke? InsyaALLAH kalau dengan ikhlas. Hanya Allah yang berhak bagi ganjaran.

Wassalam! :)

36 comments:

  1. bagus entri ni..thanks for sharing (",)

    ReplyDelete
  2. tq for sharing..yang ketiga tu KKO baru tau hari ni

    ReplyDelete
  3. betul tu...terima kasih kerana mengingati kami

    ReplyDelete
  4. entry nasihat la besttt

    ReplyDelete
  5. yeah..yg nom 3 syafiq kene cr juga..eh lapor la nak makan nasi minyak..hehe

    eh baru la lawo header..tp kalau header tu ilang pen ke..atau buat tangan silang lagi cun woo

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang