Monday, March 31, 2008

The New Episode for You Mad Said

Do you think you're capable to be a leader?
Do you remember ?
Do you remember ?
Do you stil remember about the two girls?
That you've molested ??



What world is reading about Terengganu crisis

KUALA LUMPUR, March 23 -- The palace of Sultan Mizan Zainal Abidin in northeastern Terengganu state stunned politicians late Saturday by appointing a different state chief minister than the candidate favoured by Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Lawmakers representing Abdullah's United Malays National Organisation, or Umno, submitted a formal protest and threatened to resign unless the palace backed down.
The royal row is the latest headache for Abdullah, who is struggling to assert his authority after the March 8 general elections in which his governing coalition held on to power but suffered stinging setbacks.

The conflict is particularly sensitive because Mizan is also currently serving his turn as Malaysia's widely respected national king.


Nine of Malaysia's states are headed by hereditary sultans and rajas, who take turns serving as the country's constitutional monarch for five-year terms. The sultans' role is largely ceremonial and they generally stay out of politics. However, one of their constitutional duties is to appoint chief ministers and other officials in their states.


Usually, the state rulers appoint the choice of the party with a majority in the state legislature.

But although UMNO retained its majority in Terengganu in the recent elections, the sultan's palace announced Saturday it was not appointing Idris Jusoh, who has headed Terengganu's administration since 2004 and was UMNO's choice to keep the job.

Instead, the palace's Regency Advisory Council named another UMNO lawmaker, Ahmad Said, as chief minister and said he would be sworn in Sunday "in accordance" with the constitution. According to state laws, the chief minister must be a legislator whom the palace believes commands majority support.


Palace officials handed Ahmad an appointment letter Sunday but postponed the swearing-in ceremony after Terengganu lawmakers warned that Ahmad could be stripped of his party membership because he disobeyed UMNO by accepting the post.


Because he is serving as king, Mizan did not personally make the controversial appointment, leaving the job to his advisory council led by his brother. Nevertheless, political observers say the conflict seems to be fueled by a personal fallout between Mizan and Idris.


UMNO representative Rosol Wahid denied their opposition to the appointment was an "act of revolt," but warned that his colleagues would seek a no-confidence vote against any chief minister apart from Idris.

"We won't support any other candidate," Rosol told reporters in Terengganu.

Fears of a similar crisis surfaced in northern Perlis state when its raja last week rejected Abdullah's nomination for chief minister. But the palace's choice was sworn in with support from lawmakers.


The royal spats indicate Malaysia's nobility may be testing its own clout amid suspicions that Abdullah's hold on power has declined after his ruling coalition lost its parliamentary two-thirds majority.


The National Front coalition kept control of only eight of Malaysia's 13 states amid public frustration over rising prices, corruption and racial and religious tensions.


Top coalition leaders have publicly pledged support for Abdullah, but some members insist he should resign. Among them is another royal: Razaleigh Hamzah, who is a prince in northeastern Kelantan state, has said he is willing to challenge Abdullah for the UMNO presidency in party polls in August. -- AP

Wednesday, March 19, 2008

Hak lantik MB Terengganu terletak pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja

KUALA LUMPUR 18 Mac – Jabatan Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa urusan pelantikan Menteri Besar Terengganu terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja negeri itu.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin sedar tentang peruntukan tersebut yang baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Ujarnya, berdasarkan kepada Perkara 34 (1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka tidak boleh menjalankan fungsi sebagai Raja Negeri Terengganu melainkan sebagai Ketua Agama Islam.

``Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai calon sendiri bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Baginda menyedari hakikat bahawa urusan pelantikan Menteri Besar terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

``Justeru, Baginda tidak mempunyai apa-apa peranan di bawah undang-undang dalam pelantikan tersebut,’’ kata Abdul Gani dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini malam ini.

Terengganu merupakan satu-satu negeri yang masih belum mempunyai Menteri Besar dan sehingga hari ini tiada petunjuk majlis angkat sumpah Menteri Besar Terengganu akan diadakan.

Dalam pada itu Abdul Gani berkata, dalam usaha memilih Menteri Besar, Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja terikat dengan Perkara 14 (2) Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

``Calon yang layak dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan peruntukan itu hendaklah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu (ADUN) yang pada fikiran Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja mendapat kepercayaan kebanyakan ahli Dewan tersebut.

``Oleh itu mana-mana orang yang dilantik sebagai Menteri Besar bukanlah calon Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Pemangku Raja atau sesiapa jua tetapi seseorang yang dilantik menurut Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu,’’ katanya.

Beliau menegaskan, proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh undang-undang sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu.

``Dalam hal ini (pelantikan Menteri Besar) tidak berbangkit isu perebutan antara Pemangku Raja dan Majlis Penasihat Raja pada satu pihak dengan kerajaan negeri pada satu pihak yang lain,’’ kata Abdul Gani lagi. - Utusan



Ahli politik Umno kena ubah sikap

TERLEBIH dahulu saya mohon maaf bukan niat saya di sini untuk mengajar Umno, tetapi saya sebagai seorang berbangsa Melayu saya juga 'terasa' bila melihat sesuatu yang sedang berlaku kepada Umno pada saat ini. Oleh itu izinkan saya menyatakan sesuatu dengan untuk perhatian semua Pemimpin-Pemimpin Umno khasnya dan pengikut-pengikut Umno amnya.

Mulai hari ini saya minta semua Pemimpin Umno agar berubahlah sikap bila berpolitik. Belajarlah menerima kekalahan dan jangan hanya tahu menerima kemenangan sahaja. Ingat, tidak ada apa yang kekal dalam hidup ini. Jika kalah terima dengan hati terbuka, jangan menyalahkan sesiapa.

Saya amat malu bila saya lihat pemimpin politik kaum lain yang lebih matang berpolitik. Mereka lebih matang sama ada mereka kalah mahu pun menang. Disebaliknya pemimpin Umno tak habis-habis dengan sikap suka menyalahkan orang lain.

Kenapa kita harus takut menerima kekalahan. Kerana dalam politik ia tidak ada batas sempadan dan waktu. Hari ini kita kalah mungkin suatu hari nanti kita menang semula. Hari ini kita terkeluar mungkin suatu hari nanti kita terpilih semula. Hari ini kita dipecat mungkin suatu hari kita diterima semula. Hari ini kita dipenjara mungkin suatu hari kita dimahkotakan juga. Jadi matanglah sikit bila berpolitik.

Isu di Pulau Pinang. Sepatutnya pemimpin dan ahli-ahli Umno tidak perlu berkumpul dengan membuat berbagai kecaman dan tuduhan kepada kerajaan negeri sekarang. Sebenarnya rakyat amat meluat melihat gelagat pemimpin dan penyokong Umno ini.

Biarkan rakyat keseluruhan menilai sendiri sama ada apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sekarang itu merugikan rakyat atau disebaliknya. Jika rakyat tidak setuju, maka saya yakin tanpa tuntutan dari pemimpin Umno pun kerajaan ini akan jatuh ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 nanti.

Bagi saya, Pemimpin-pemimpin Umno sekarang tidak perlu untuk melakukan pemantauan ke atas parti pembangkang, biarlah rakyat sendiri yang memantau. Begitu juga Pemimpin Umno sekarang tidak perlu lagi memberitahu kepada rakyat bahawa yang ini salah pembangkang, yang itu salah pembangkang.

Biarkan rakyat yang menilainya sendiri kerana mata rakyat kini lebih tajam dari mata pemimpin. Disebaliknya pemimpin-pemimpin Umno mulai hari ini hendaklah mencari idea-idea yang bernas bagaimana untuk mendekati rakyat dan apa perkara yang perlu dipersembahkan kepada rakyat agar pemimpin Umno boleh diterima semula oleh semua rakyat. Kini bukan tugas utama pemimpin Umno untuk menjaga ditepi kain pembangkang.

Isu perlantikan Menteri Besar. Saya rujuk kepada negeri Perlis dan Terengganu. Dalam hal ini kita perlu faham siapa yang melantik siapa. Bagi fahaman saya, rakyat hanya memilih wakil rakyat tetapi rakyat tidak berkuasa memilih Menteri Besar. Perdana Menteri hanya boleh mengeluarkan surat sokongan atau disebut 'watikah'. Faham tak apa itu erti 'surat sokongan'?

Ia bukan satu surat perintah tetapi hanya surat sokongan sahaja. Yang berkuasa mutlak(Final Say) ialah Raja atau Sultan sesebuah negeri untuk melantik Menteri Besar selaras dengan akta tubuh negeri masing-masing. Walaupun dalam pilihan raya seseorang pemimpin itu menang besar dan mendapat sokongan PM tetapi ingat dan kena fahamlah Menteri Besar dilantik oleh Raja atau Sultan bukan oleh rakyat mahupun PM.

Kita mengata bahawa pemimpin DAP biadap kepada Sultan tetapi kini siapa yang lebih biadap? Cukuplah kerana sudah banyak perkara yang dilemparkan oleh Umno akhirnya menikam diri sendiri.

Antaranya, tahun merawat Kelantan, kini siapa kena rawat siapa? Kita kata pembangkang tak boleh buat yang itu dan yang ini. Kini mereka membuktikan mereka boleh?Kita kata akan memporak perandakan pembangkang. Kini siapa yang berporak peranda?

Kini saya cadangkan sudah tiba masanya untuk pucuk pimpinan Umno mengkaji dan melaksanakan supaya jawatan dalam parti dan kerajaan 'Dihadkan' untuk sesuatu tempoh tertentu sahaja.

Mungkin setiap wakil rakyat hanya boleh untuk 2 penggal sahaja. Begitu juga jawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin jawatan Perdana Menteri boleh dilanjut sehingga 3 penggal sahaja. Semoga ini akan menyedarkan semua pihak pemimpin-pemimpin Umno agar mereka sedar dan tahu siapa mereka dan apa tujuan dan tanggong jawab mereka yang sebenar. Sama ada nak kumpul harta atau nak bekerja untuk rakyat bila nak jadi wakil rakyat.

Kini ramai anak-anak bangsa kita yang cerdik pandai. Baru-baru ini dah ada yang dapat 21A dalam SPM 2007. Janganlah ingat jika kita letak jawatan, turun jawatan atau tak dipilih lagi sebagai Wakil Rakyat ka, Menteri ka atau Perdana Menteri ka maka akan lenyaplah negara ini dan tak boleh 'survive' lagi.

Buanglah pemikiran dan tanggapan seperti itu. Yang bertungkus lumus bekerja ialah kaki tangan kerajaan dari peringkat tertinggi hingga ke bawah. Yang bekerja adalah organisasi bukan individu. Menteri atau Perdana Menteri hanya memberi kata putus atau membuat keputusan terakhir sahaja.

Itu pun belum pasti sama ada keputusan yang dibuat itu betul atau tepat. Silap keputusan, silap haribulan, silap langkah - kelam kabut jadinya!

Mulai hari ini, saya juga cadangkan agar hentikanlah budaya 'mencium tangan' dikalangan pemimpin dan ahli Umno itu. Bagi saya ia adalah ciuman yang tidak ikhlas. Malah yang penting sekali rakyat meluat dan merasa geli bila melihat budaya itu, kerana mereka tahu itu adalah niat 'bodek' yang amat kuat diamalkan dikalangan pemimpin Umno sekarang.

Malah tidak salah jika saya katakan ada ahli Umno yang tak pernah mencium tangan ibu bapa mereka sendiri tetapi boleh mencium tangan pemimpin Umno. Jika ada pun mungkin mereka mencium tangan ibubapa hanya setahun sekali atau dua kali sahaja bila hari raya. Tetapi mencium tangan pemimpin mungkin 5 atau 6 kali setahun.

Saya minta selepas ini semua ahli-ahli dan pemimpin Umno dapat mengubah sikap sebagai ahli politik. Kita tidak perlu ganas, kita tidak perlu memfitnah, kita tidak perlu menuduh lawan, kita tidak perlu berlakon tetapi lakukan dan persembahkan apa perkara-perkara yang diingini rakyat dan kebaikan-kebaikan untuk rakyat dari masa ke semasa.

Setakat ini saya belum jumpa lagi blog-blog yang dipunyai oleh para pemimpin Umno. Sedangkan pemimpin-pemimpin pembangkang ramai yang telah ada. Malah 'Mat Sabu' pun ada blog? Mana blog pemimpin kanan Umno? Jika ada pun rakyat tak tahu. Kenapa tidak iklankan dalam akhbar-akhbar utama seperti Utusan Malaysia, B.Harian, Star dan lain-lain. Kini zaman internet. Rakyat lebih mudah berinteraksi dengan pemimpin melalui internet. Maka lebih mudah bagi rakyat meluahkan apa-apa masalah yang dihadapi oleh mereka.

Akhir sekali saya memohon maaf sekali lagi jika apa yang saya telah tulis ini telah menyinggung perasaan sesetengah pemimpin dan ahli Umno. Niat saya ikhlas . Terima kasih.

SAAD J

Tuesday, March 18, 2008

Apa pembangunan yang dah siap?

Stadium tak siap, atap stadium mungkin tak sempat apabila sampai SUKMA.

Lapangan terbang pun takkan siap dalam jangkamasa terdekat, dikhabarkan landasan akan dipanjangkan lagi kedalam laut.

Lebuhraya Pantai Timur pun belum siap, semuanya delay 25% - 35%, kontraktor nak VO, pasal harga barang dah mahal.


Pembangunan Pulau Duyong pun tak siap, Pulau Wan Man jauh sekali. Asyik tambah monumen, bagi kaya Patrick Badawi.


Kuala Terengganu jadi bandar penuh dengan bangunan tak siap. Empat, lima buah hotel, tak sempat nak kejar SUKma, tahun melawat Terengganu dah masuk first quarter.



Perlantikan Deris pun tak selesai...... sama dengan pembangunan Jerteh Souq, Masjid Hadhari,

Taman Ilmu. Itu semua bangunan. Apa jadi pulak jalanraya. banyak berlubang-lubang, selalu berlaku kemalangan, motosikal takut bimbang lalu ikut birai, masuk lubang, tekan brek, kereta belakang langgar.

Polis sibuk dengan politik, motosikal rakyat kena curi di Kuala Terengganu 10 buah sehari, diBesut lebih lagi. Jenayah meningkat, dadah bertambah,


rogol hari-hari sampai ada anak luar nikah,


tohok kat UiTM Cendering, konok Ulul Al Bab, Apa nak jadi ni?

Ni masuk episod kedua, nak tunggu empat tahun lagi. Biar rakyat semua tunggu empat tahun lagi. Kenapa??


Biar semua projek infrastruktur mega siap semua. Biar LPT siap dulu, biar Lapangan Terbang siap dulu, biar Stadium siap dulu, biar semua hotel-hotel siap dan boleh digunakan.
Lepas tu 2013/2014 barulah semua rakyat akan ubah undi, ikut 5 negeri pantai barat!


Empat tahun lagi Deris pun fah berkulat. Le ni pun dah puti semua, rambut putih, misau putih, bulu kat dalam pun putih. Empat tahun lagi taksihat lah dia, pasal tubuh dia masuk setan, setan hok duduk Pulau Wan Man, le ni menjelma kat masjid kristal.

Pasal tu semua ADUN hantu UMNO/BN takut ngan dia. Belakang berani belaka, bila berdepan semua takut.... semua tak da batu