Friday, August 3, 2007

PROJEK STRAWBERI TIPU

Dibawah ini adalah keratan berita 14hb Februari, 2007, dengan bangganya Dato Rahin berkata, Terengganu akan keluarkan Strawberi akhir tahun ini.

Terengganu keluar strawberi akhir tahun
oleh Shaarani Ismail
14 Feb 2007

Kuala Terengganu: Terengganu dijangka mengeluarkan strawberi pertamanya selepas projek perintis penanaman strawberi dengan kaedah fertigasi di tanah rendah mengeluarkan hasil selewat-lewatnya akhir tahun ini. Projek itu yang pertama di Malaysia dan Terengganu menjadi negeri pertama melaksanakan tanaman strawberi tanah rendah secara bioteknologi melalui fertigasi biohidrotronik.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Peniaga Kecil negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata pembangunan untuk pelaksanaan projek itu yang dikenali sebagai Rumah Hijau Terengganu dibangunkan pereka tempatan, Zulkifli Harun daripada Zull Design Autotronik Sdn Bhd.

"Projek perintis dijangka berupaya mengeluarkan hasil sekitar tiga hingga empat bulan lagi serta mampu bertahan selama lima tahun bagi setiap pokok dan selepas itu pembangunan projek ini akan dikembangkan kepada usahawan tani yang berminat di seluruh negeri.
"Sistem ini dikawal secara elektronik dan memerlukan perisian dan perkakasan khas daripada Zul Design," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan seluas 0.4 hektar di Kampung Bukit Jong, dekat sini semalam. Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Mustafar Khalid.

"Kos keseluruhan bagi membangunkan projek ini sekitar RM200,000 dan kerajaan menyediakan peruntukan bagi melaksanakannya menerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Holtikultur, Jabatan Pertanian Negeri, Abdul Rahim Mohamad, berkata teknik fertigasi bagi tanaman strawberi menggunakan medium hampas batang pelepah nipah yang lebih menyerap air berbanding sabut kelapa.
Katanya, teknologi diperkenalkan Zulkifli menggunakan kawalan elektronik sepenuhnya menerusi Pembangunan Indikator Frekuensi Radio (RFID) dan lazim digunakan dalam sektor pertanian hawa sederhana di Eropah.

"Teknologi ini pertama kali digunakan di Malaysia untuk tanaman hawa sederhana tanah rendah dan kami berharap ia berjaya menjadikan Terengganu sebagai pengeluar strawberi tanah rendah pertama di Malaysia," katanya.

Begitu hebat sekali penulisan akhbar media perdana mewar-warkan propagandanya. Lalu saya pun pergilah ke tempat yang dimaksudkan, untuk meninjau aktiviti terbaru, terhebat, taraf dunia yang berlaku di Terengganu. Gambar ini saya rakamkan beberapa bulan yang lalu. Memang jelaslah ada aktiviti penananam Strawberi.


Kemudian apabila lalu lalang dijalan itu terasa kelainan. Lanskap yang ada disitu berubah, saya tak sedar apa yang berlaku. Kebetulan saya memberhentikan kereta untuk menjawab telefon ditapak "Penanaman Strawberi Yang Menjadi Sejarah" itu.

Memang benar ia telah menjadi sejarah, inilah gambar yang telah saya rakamkan;

Bukannya RM 200,000 seperti yang dilaporkan akhbar, carian saya telah mengesan, kerangka dan peralatan sahaja telah mencapai kos RM 180,000.00. Yang lain-lain sebanyak RM 40,000. Sejunlah RM 220,000.00 membazir begitu sahaja ! Atau sengaja dibazirkan begitu sahaja ? Atau RM hampir suku juta itu sengaja dilaburkan kedalam projek yang memang pasti akan gagal, kerana apabila ia gagal tidak siapa yang akan mempersoalkannya. Yang empunya kawasan itu adalah sebenarnya kroni Dato Rahin.

Luarbiasa ! Biasanya projek pertanian akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian dan akan letak dibawah bidang kuasa Exco Pertanian, maknanya bawah Mat Jidin lah. Tapi projek pertanian yang hebat " Penananam Strawberi" ini tak lalu ikut Mat Jidin, tapi dibawah Pembangunan Ushawan. Bukankah ia luarbiasa !

Dan siapa yang persoalkan RM 220,000.00 Projek yang sengaja dibuat untuk gagal, kerana semua para alguturis/ pakar pertanian, pegawai pertanian dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan kerja-kerja pertanian, awal-awal lagi menyatakan, BAHAWA STRAWBERI TIDAK BOLEH HIDUP DITANAH RENDAH. Kalau pun hidup bukanlah sesuatu yang ekonomik sekiranya sebutir strawberi tanah rendah berharga RM 50.00 !