Showing posts with label AIA. Show all posts
Showing posts with label AIA. Show all posts

Friday, March 08, 2019

CARA MEMBELI RUMAH BAGI MEREKA YANG BERPENDAPATAN 'COMMISSION BASED'


Alhamdulillah.. Perkongsian daripada pengalaman sendiri lagi seronok kan? Selalu saya baca perkongsian rakan-rakan yang ada pengalaman beli rumah menggunakan Agent Commission Statement. Tapi hari ini, biar saya pula berkongsi pengalaman saya sendiri membeli rumah menggunakan penyata komisyen dari AIA.




 Alhamdulillah.. Allah lancarkan urusan saya..

Saya menjadi Perunding Takaful (baca "agent") sejak Jun 2017, jadinya baru lebih kurang 2 tahun lah menjadi agent. Keinginan membeli rumah tu dah lama, sejak saya bekerja di Sektor Perbankan lagi, tetapi memandangkan perlu menyediakan deposit sejumlah wang yang agak besar, jadinya saya simpan dulu impian tersebut.

Namun, keinginan saya muncul semula bila terbaca perkongsian sahabat saya, Khairulfikri yang mana beliau berjaya membeli rumah walaupun baru setahun menjadi agent! Wow.. Ini menarik. 

Jadi, saya pun mengatur strategi macam mana nak menjadikan impian satu kenyataan. Mungkin perkongsian saya ini akan sedikit sebanyak membantu rakan-rakan agent di luar sana yang mana pendapatan adalah berdasarkan komisyen.


#1. KENALPASTI PENDAPATAN BERSIH DAN DSR ANDA

Kenalpasti dulu Cashflow anda. Berapakan pendapatan bersih setelah ditolak dengan segala komitmen dengan Bank. Contoh, Kad Kredit, Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Kereta dan lain-lain lagi.

#2. KENALPASTI BERAPA RANGE UNTUK KOMITMEN BARU

Saya memang telah terbiasa menyediakan Akaun Cashflow Peribadi sejak saya mula bekerja 10 tahun lalu. Jadi tidak menjadi masalah untuk saya tetapkan apakah kekuatan kewangan saya. Contoh, anda boleh letakkan target, RM1,500 - RM2,500 sebulan untuk instalment rumah kelak. 

#3. WAJIB ADA KOMITMEN DAN ANDA MESTILAH SEORANG GOOD PAYMASTER

Buat at least satu atau dua komitmen dan pastikan anda bayar komitmen mengikut tarikh yang ditetapkan. Sebab Bank akan semak dalam CCRIS. Penting untuk tunjukkan yang anda ni seorang Good Paymaster! Nak kira DSR pun ambil kira yang appear dalam CCRIS saja tau. Hutang kawan, hutang adik, belanja bagi parents setiap bulan tu tak termasuk dalam kiraan ni. So, dah kira DSR semasa korang, kira pulak DSR selepas pinjaman.. Contoh, DSR sebelum pinjaman 35.7%, lepas pinjaman (anggaran berapa bulanan nak kena bayar), total DSR terkini adalah 60%%. DSR yang bank akan luluskan setiap bulan adalah kurang daripada 70%. Tapi tertakluk juga kepada Bank yang korang nak apply tu. So penting untuk korang tahu, jadinya korang pun boleh agak jenis rumah yang macam mana sesuai dengan kekuatan DSR korang tu.


#4. WAJIB DECLARE INCOME 

Declare je income anda, dan kalau kena bayar Tax pun, memang itu adalah kewajipan kita sebagai Rakyat Malaysia kan??. Jangan mengelak ye daripada declare income walaupun pendapatan di bawah RM36,000 setahun. Declare je lah pun tak perlu bayar apa-apa.

#5. KIRA PENDAPATAN BERSIH (KOMISYEN) SELAMA 6 BULAN

Contoh pengiraan pro-rate komisyen selama 6 bulan:

Bulan 1 = RM4,000
Bulan 2 = RM13,000
Bulan 3 = RM6,000
Bulan 4 = RM5,000
Bulan 5 = RM3,000
Bulan 6 = RM7,000

Untuk dapatkan prorate pendapatan : RM38,000 / 6 = RM6,333
Untuk dapatkan pendapatan bersih : RM6,333 - RM600 (kereta) = RM5,733 PENDAPATAN BERSIH

Dibawah ni adalah harga rumah dan gaji bersih yang kita layak untuk ambil & pembiayaan untuk first house is 90% tapi depend pada bank & developer juga. So 10% perlu cari dari sumber lain. 

Harga RM200K = RM3,000 gaji bersih
Harga RM300K = RM4,000 gaji bersih
Harga RM400K = RM5,000 gaji bersih 
Harga RM500K = RM6,000 gaji bersih 
Harga RM600K = RM7,000 gaji bersih 
Harga RM700K = RM8,000 gaji bersih 
Harga RM800K = RM9,000 gaji bersih 

Alhamdulillah, case saya pula, 10% adalah rebate daripada developer, dan pembiayaan perumahan saya diluluskan sebanyak 90% daripada harga rumah. Jadinya saya tidak perlu menyediakan 10% untuk pembayaran harga rumah tersebut. SPA Fee juga free, saya hanya keluarkan RM1K sahaja untuk booking unit.

Setelah bank approved, sila semak kembali ada fees lain lagi yang dikenakan? dan bagi rumah saya tu, Lawyer Fee dimasukkan ke dalam pembiayaan sebagai tambahan daripada 90% tadi.

#6. SEDIAKAN DOKUMEN LENGKAP

Dokumen yang diperlukan adalah;
1) Penyata Komisyen 6 bulan terkini
2) Penyata Bank 6 bulan (bank yang dikreditkan komisyen anda) terkini
3) CP58 - 2 tahun terkini 
4) Borang BE (Penyata Cukai) - 2 tahun terkini 

Bagi memudahkan Banker, korang susun elok-elok dalam folder. Kalau boleh buat summary bagi komisyen anda sekali. InsyaAllah, kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan rezeki kita pula.

Saya buat 3 sub-folder

Folder 1: Bank Statement

Folder 2: Penyata Komisyen dan Borang CP58

Folder 3: Borang BE dan Penyata Cukai Pendapatan

#7. MRTT ATAU MLTT? 

Nak ambil protection takaful MRTT or MLTT? 

Di sini terpulang pada kekuatan kewangan, protection ni akan dimasukkan sekali dalam pinjaman, pandangan saya MRTT ni tak mahal tapi ada beberapa kekurangan. 

1) MRTT takkan bagi apa-apa return pada pemegang polisi. Pembayaran hanya diserahkan kepada Bank sekiranya pemilik rumah meninggal. Berbeza dengan MLTT, jumlah dilindungi maintain, dan ada fungsi saving. 

2) MRTT hanya untuk selesaikan baki pembiayaan. Contoh, if saya ambil MRTT saya perlu bayar RM16,000, andai hidup sampai tempoh pembiayaan habis RM16,000 ni BURN gitu je. Jadi dalam kes saya, saya ambil MLTT dan masukkan sekali di dalam pembiayaan perumahan tu. Bukan hanya kerana fungsinya tetapi kerana penambahan MLTT ni akan membuatkan BRI lebih rendah. Bila kira balik tanpa MLTT, bayaran bulanan lagi mahal sebab rate yang tinggi. Berbincang dengan Banker anda, dapatkan nasihat yang terbaik.

3) Saya sebenarnya telah sediakan perlindungan takaful dari awal untuk melindungi komitmen saya. Dua tahun sebelum beli rumah, saya telah miliki perlindungan RM500K. Kemudian, awal tahun 2019, saya menambah lagi polisi RM500K. Semakin tinggi komitmen kita, semakin tinggilah nilai perlindungan yang kita perlukan! Serius! 




Nota tambahan dari saya:
1. Apa-apa pun bergantung kepada perancangan dan kekuatan kewangan masing-masing ye.
2. Make sure pembiayaan adalah ISLAMIC. Hukum tetap hukum, jangan dipandang ringan. Saya begitu tegas bab ni. Thanks to my agent Hartanah yang bersusah payah carikan juga agent yang boleh assist untuk Islamic Home Financing. Fuhh.. bab ni mencabar sebab nak terangkan kenapa saya nak juga Islamic Home Financing.
3. Jangan takut kalau takde EPF Stetement. Yakinlah berapa ramai agent yang Commission Based dah beli rumah dan kereta tanpa perlu EPF Statement!
4. Walaupun baru setahun lebih dalam industri takaful ni, peluang membeli rumah tu ada, cuma kena pastikan tips di atas semua korang buat lah.

Jika post ini BERMANFAAT, Jom sebarkan klik LIKE & SHARE

Special Thanks for:
- Tuan Faizal Anuar
- Tuan Khairulfikri Saad (AF Group)
- Tuan Hushaini (Banker dari Bank Rakyat)
- Mr Jay (Banker dari RHB Islamic)
- Mr KC Lim (Banker dari CIMB Islamic)
- Ms Wayne (Agent Hartanah)
- jomurusduit.com
- gilahartanah.com
Read More

Tuesday, September 18, 2018

ADILKAH FARAID: Sebuah Perkongsian Daripada Tuan Zul Ariff Ismail

Assalamualaikum..



Artikel Asal di FB Ariff Ismail

Berikut adalah tulisan asal daripada Tuan Ariff Ismail:

Assalammualaikum & Selamat Pagi,
Seperti yang saya janjikan, saya akan berbicara berkenaan soal faraid. Sebelum itu mari kita baca ayat dari surah An Nisa:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
- Surah An-Nisa :11


Cuba kita fahami ayat diatas, bagaimana penceritaan dalam Al Quran yang sangat rapi berkenaan faraid. Jom kita baca hadith di bawah berkenaan tuntutan belajar berkenaan faraid:
Sabda Rasullulah s.a.w:
“Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.”
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud


Dari sini juga kita lihat, betapa baginda Rasullullah, menekan kan pentingnya kita memahami dan menyampaikan ilmu berkaitan faraid. 
Mengapa kiraan faraid di sebut begitu, mengapa lelaki mendapat lebih dari perempuan, adakah islam menindas wanita? Adakah islam tidak mementingkan hak wanita? Jawapan untuk ini, islam sangat memartabatkan Wanita. Islam mengangkat tinggi hak hak wanita.
Mengapa lelaki mendapat lebih, sedarkah anda tanggungjawab yang harus di galas seorang lelaki? Kita adalah wali bagi setiap saudara wanita kita, keperluan dan kelangsungan hidup mereka selepas kematian suami adalah tanggungjawab kita.
Mengapa kita salahkan faraid itu tidak adil? Sedangkan kita sebagai muslim yang tidak menjalankan tanggungjawab. Kita yang tidak menunjukan indahnya islam kepada bukan islam. Sampai ada yang bukan islam salah faham dan berfikir islam itu tidak adil kepada wanita.
Sedarlah wahai saudaraku, bahawa hak yang jatuh pada kita bukan milik kita 100%, kita perlu alirkan kepada tanggungjawab yg dipikul. Sebagai contoh jika mati adik beradik lelaki kita, dan sudah mempunyai keluarga, tahukah anda kelangsungan hidup mereka adalah tanggungjawab kita. Bukan kita menggunakan hak yang kita dapat untuk kelangsungan hidup kita sendiri.
Sekiranya kita mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya:
-Memakan Harta Anak Yatim.
-Memakan Harta Saudara-Mara.
-Memakan Harta Baitulmal.

Saya sangat tidak bersetuju dengan cara cara sesetengah pihak yang menghentam faraid itu tidak adil dalam mempromosi kan product mereka sendiri. Oleh itu, lakukan kajian, sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan. 
Apa pulak peranan hibah dalam kehidupan kita? Nantikan posting seterusnya.
-az ariff-

-o-o-o-o-o-o-o-o

Adakah anda telah fahami dengan betul, apakah peranan Faraid dan Hibah bagi seorang Muslim? Jangan kerana kejahilan kita dan keegoan kita dalam memahami peranan faraid dan hibah ni, membuatkan kita menyampaikan salah faham dan kekeliruan kepada orang lain. Islam ini indah. Setiap kaedah dan cabang ilmu sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Umat Manusia. Pasti!
Read More

Sunday, September 16, 2018

Terima Kasih Allah, Terima Kasih AIA Public Takaful

"Pelan Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar. Akan tetapi, jika anda duduk dengan seorang Pakar Takaful, anda bukan sahaja yakin Takaful adalah PELAN TERBAIK, malah anda akan merasakan yang anda perlu dan wajib mewujudkan Pelan Takaful untuk melindungi diri anda, keluarga, harta, tanggungan, dan perniagaan anda..."


Alhamdulillah, setiap daripada kita Allah telah aturkan rezeki masing-masing. Begitu juga dengan latihan dan dugaan. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Selagi mana kita yakin dan percaya, yakin dan pasti Allah permudahkan semuanya. Anda dah baca tulisan saya berkaitan Memerlukan vs Diperlukan? Kita ambil takaful juga kerana dua peranan ini.

Saya teringat satu kisah tentang Rasullullah SAW dengan Arab Badwi dan Unta..

Rasullullah bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan unta tanpa ditambat, jawab Arab Badwi, "Aku tawakkal kepada Allah..". Rasullullah SAW kemudian bersabda.. "Tambat unta kamu, kamudian bertawakkal kepada Allah". (Hadis Riwayat Al-Tarmizi & Ibnu Majjah). Di sini, jelaslah sistem TAKAFUL boleh dijadikan satu ikhtiar sebelum kita berserah kepada Allah. 

Seseorang itu sentiasa terdedah kepada musibah dan malapetaka seperti kemalangan, sakit, kematian, kecurian, kebakaran dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kita menggunakan sumber kewangan kita dengan banyak dan sekaligus akan menjejaskan aliran kewangan dan simpanan kita. Sistem Takaful ini adalah sistem bantu-membantu yang mana ianya sangatlah digalakkan dalam Islam.

Jom saya kongsikan satu kisah yang saya kira boleh menjadi testimoni terbaik saya untuk tahun ini (klik pada gambar untuk besarkan):
















Apa yang anda perlukan bila sakit dan dimasukkan ke hospital? sudah tentu rawatan yang terbaik dan selesa. 

"Dengan medikal kad AIA Takaful yang saya dapatkan dari Perunding Takaful AIA Anna Suhaimi telah banyak membantu saya dan keluarga membayar banyak bil hospital tanpa ada sebarang masalah. Allhamdulillah semua bayaran yang sepatutnya telah ditanggung oleh Medikal Kad AIA Takaful. Sebagai ibu kepada pesakit, saya rekomen anda hubungi Perunding Takaful AIA Anna Suhaimi sekarang..."

Read More

Sunday, July 22, 2018

Diam-Diam

"Berniagalah sekalipun kamu telah kaya.." - Hassan Al-Banna

Tajuk entri saya pada malam ini agak unik sedikit. Ringkas tetapi ada maksud yang ingin saya sampaikan. Ada cerita penting yang ingin saya kongsikan berkaitan secebis perjalanan saya dalam 'berniaga'.

DIAM-DIAM BERNIAGA

Minat berniaga ni lahir secara semulajadi dari dalam diri saya sejak dari bangku sekolah lagi. Seingat saya, saya pernah berniaga nasi lemak semasa saya darjah dua (sekolah sesi petang). Bukan emak saya yang masak, tetapi jiran saya. Setiap hari, sebelum balik sekolah, saya akan ambil order dari rakan-rakan. Apabila balik sekolah, terus saya submit order untuk keesokkan harinya. Begitulah setiap hari.. Tetapi jangan di tanya ke mana duit untung meniaga tersebut saya belanjakan. Yang ni diam-diam saya belanjakan.

BERNIAGA TETAPI PENDIAM

Kebiasaannya trait orang yang berniaga ini mestilah peramah, mudah mesra dan mudah bergaul. Tetapi berbeza dengan saya. Saya masih ingat lagi, semasa zaman belajar Diploma di KUSZA, pertama kali saya menyertai MLM. Pernah dengar Gano Excel? Ya, itulah perniagaan MLM pertama saya. Pada mulanya, saya hanya menjadi supplier kopi dan minuman coklat kepada penghuni asrama, tetapi lama-kelamaan, ada rakan yang tertarik ingin turut sama menceburi perniagaan ini. Sedar tak sedar, setelah setahun saya telah naik ke ranking Director. Bayangkan, masa tu masih bergelar pelajar (yang pendiam), telah start menanam impian untuk ada tabungan masa depan! 

Namakan, apa yang saya tak jual? Mi segera, kerepek, burger, roti dan macam-macam lagi. Dan yang lagi best, saya pernah jual basikal kepada pelajar asrama perempuan! 

Itu cerita zaman belajar.. Saya teruskan minat berniaga saya semasa saya melanjutkan pengajian ke UTM Skudai. Sebut lah dari segi barangan kosmetik, tudung, baju, semua saya jual. Masa ni duit dalam akaun mencecah RM10K! Best kan? Bagi saya dah best sangat lah. Salah satu sebab saya nak ada duit sendiri adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar. Percayalah, kalau kita istiqamah pasti berjaya. Istiqamah itu berat, kalau ringan itu namanya istirehat.

DUNIA PEKERJAAN

Alhamdulillah, perjalanan saya mencari pekerjaan Allah mudahkan semudah-mudahnya. Dipendekkan cerita, sebelum saya tamat pengajian, saya telah bekerja sebagai konsultan bersama Wow Edutaining, setelah itu beberapa syarikat yang bagus di Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, setelah hampir 8 tahun saya di dalam dunia korporat (cewah!), diam-diam saya memasang impian untuk bebas daripada majikan, bermaksud saya ingin bekerja sendiri. 

Dari hari ke hari saya mencari 'tarikh yang sesuai'. Sehinggalah saya betul-betul bertekad untuk resign pada Mei 2017. Ini adalah hari istimewa saya. Sebenarnya semua hari adalah istimewa.. kerana apa? Kerana untuk memperbaiki diri jangan menunggu hari yang tepat untuk memulai perubahan. Kerana semua hari adalah hari yang tepat.

DIAM-DIAM BERHENTI KERJA

Keputusan berhenti kerja, bukan satu keputusan yang tergesa-gesa. Keputusan ini dibuat setelah  saya rancang dengan teliti sejak setahun yang lepas. Saya telah memulakan business part time saya selama beberapa bulan dan setelah benar-benar yakin pendapatan berniaga tersebut boleh melepasi gaji saya, barulah saya tender resignation

Emak dan ayah saya belum diberitahu. Bukan berniat tidak mahu memohon restu, tetapi saya bimbang mereka risau. Maklumlah memang sedari kecil kami ditanamkan 'belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di pejabat.' 

Namun, diam saya ini tidak mengambil masa yang lama. Alhamdulillah selepas 4 bulan saya full time, pendapatan saya telah mengatasi gaji akhir saya. Saya juga berjaya settlekan semua pinjaman pendidikan (PTPTN) saya. Masa ini baru yakin memaklumkan kepada keluarga. Alhamdulillah, setelah diterangkan dengan baik, emak dan ayah lah orang yang paling support saya! Syukur Ya Allah.

BERMAJIKANKAN ALLAH

Bekerja sendiri sepenuh masa, bermaksud kita bermajikankan Allah sepenuh masa. Tiada lagi boss untuk menilai kerja kita. Tiada lagi jaminan pendapatan secara tetap pada hujung bulan. Semuanya berserah bulat-bulat dengan rezeki dari Allah. Saya melihat ini adalah satu proses mendidik diri saya supaya menjadi orang yang lebih matang dan tenang. Yakin dan percaya, rezeki dari Allah, bukan boss, bukan syarikat.

DIAM-DIAM MEMBUAHKAN HASIL

Dulu.. saya fikir, bekerja ni sebab nak dapatkan duit sahaja. Tapi bila saya menganjak usia, baru saya tahu duit bukan segala-galanya. Kekayaan bukan sekadar duit dan harta, tetapi juga masa bersama keluarga. Ada orang, harta banyak, pangkat besar, tetapi tiada masa. Ada orang ada masa, tetapi tiada kemampuan untuk melengkapkan keperluan keluarga. Duit dan masa bukan boleh dapat sekaligus dengan mudah.

Namun, dalam bisness ini, perlahan-lahan saya seimbangkan antara menjemput rezeki dan meluangkan masa dengan keluarga. Mungkin belum sepenuhnya, namun beberapa impian saya sedikit demi sedikit telah tercapai.

Hidup ini satu pilihan...


Alhamdulillah.. dengan pilihan yang saya buat, impian saya untuk Travel The World dengan orang tersayang mula menjadi kenyataan. Dulu berimpian kumpul duit dan travel. Tetapi sekarang, sambil menjemput rezeki, travel datang secara percuma. Fully Sponsored lagi! Ya Allah... Ku bersujud kepadaMu. Engkau yang telah mengaturkan segalanya.
Read More

Saturday, July 21, 2018

Memerlukan VS Diperlukan

The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well. – Ralph Waldo Emerson



Dalam kehidupan kita, pasti tidak terlepas dari saling memerlukan dan diperlukan. Setiap yang hidup di muka bumi ini ada fitrah kehidupan masing-masing. Namun ianya tidak dapat hidup sekiranya bersendirian. Segala peraturan dan ketentuan Allah SWT itu sangat sempurna dan kita sebagai makhluk yang diciptakan olehNya tidak dapat lari dari prinsip ini sekiranya mahukan kebahagiaan dan kesejahteraan.

Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan pelbagai rupa, saiz, warna, kelebihan dan kekurangan agar mereka masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Apabila hakikat ini dilupakan, maka wujudlah sifat sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan. Sebaliknya, jika kita dapat mendalami bahawa kita semua sebenarnya saling memerlukan, maka akan aman damailah hidup manusia.

Menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengubah sikap, memperbaiki keadaan dengan masing-masing menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.



Saya terpanggil untuk menerangkan konsep MEMERLUKAN dan DIPERLUKAN dalam takaful. Ramai yang beranggapan mencarum dalam polisi Pelan Medikal adalah sesuatu yang merugikan. Sebabnya mereka beranggapan, sekiranya tidak ditimpa musibah maka tidak dapat menggunakan Kad Medikal. Di sini, jelas yang mereka membayar polisi takaful dengan niat ingin menggunakan manfaat tersebut. Tiada salahnya di sini, kerana mereka MEMERLUKAN pelan perlindungan ini.

Namun, apa yang selalu mereka tidak nampak adalah konsep DIPERLUKAN. Takaful merupakan salah satu cara menguruskan risiko dengan menabung bersama-sama di dalam tabungan tabbaru'. Contoh, sekiranya salah seorang daripada peserta takaful ditimpa musibah, kita bersama-sama membantu untuk meringankan bebanan serta menguruskan risiko yang dihadapinya. Ianya satu perbuatan yang mulia di mana peserta takaful memberi bantuan dan sedekah tanpa mengetahui siapa yang dibantu. Pahala berjalan 24/7 tanpa gagal. 

Jika diberi pilihan antara dua iaitu;

a) Berpeluang menggunakan Kad Medikal dan Pampasan Penyakit Kritikal, disebabkan ditimpa musibah, terpaksa keluar masuk hospital dan menerima rawatan berpanjangan.

b) Diberi kesihatan yang optimum dan kecergasan berpanjangan, maka memiliki Kad Medikal adalah sebagai satu langkah menghadapi risiko dengan 'peace of mind'. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Jadi, anda memilih A atau B? Sekiranya A, anda kategori MEMERLUKAN, sebaliknya sekiranya pilihan B, anda kategori DIPERLUKAN. Alangkah besarnya nilai sekiranya kita DIPERLUKAN untuk kelangsungan hidup orang lain kan? Kenapa perlu berkira untuk membantu orang? Sebagai ganjaran, Allah hadirkan kesihatan yang baik buat kita. Bersyukurlah kerana tidak perlu menggunakan Kad Medikal.

Tepuk dada tanya diri sendiri.. 

Jangan cakap saya tak payung ye... :)





Read More

Thursday, July 12, 2018

Pokok Taugeh vs Pokok Tualang

Siang tadi saya ada tulis status di FB "Saya ingat nak tulis tentang 'pokok taugeh' vs 'pokok tualang'.. ada sesiapa tahu apa maksud tersirat?".. Bagitulah status saya yang saya kira mendatangkan tanda tanya kepada rakan muka buku saya. Tak ketinggalan juga ada yang meninggalkan komen bertanyakan apakah maksud saya yang sebenarnya..

Pokok Taugeh


Pokok Tualang

Jadi, malam ini, saya cuba tuliskan sebaik mungkin. Penulisan ini adalah dari diri saya sendiri dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak ye.

Cetusan idea ini datang daripada Personal Coaching Team Sora Energy baru-baru ini. Master Sifu kami iaitu Puan Roslina ada menekankan tentang pembangunan diri. Kenapa pentingnya kita kena sentiasa bangunkan diri. Puan Roslina atau yang kami senang memanggilnya 'Kak Ina' ada menjelaskan apakah perkaitan antara membina diri dalaman dan luaran. 

Dari kiri: Mr Faizal, Mr Wan, Saya, Puan Roslina & Puan Norita

Saya kongsi sikit apa inti pati yang boleh didapati daripada sesi ini:

1. Pembangunan manusia bukan seperti Pokok Taugeh!

Ok, yang ni memang straight forward. Maksudnya untuk memajukan diri bukannya sekelip mata. Ianya satu proses yang memakan masa. Begitu juga bila kita membangunkan bisnes. Pasti ada proses. Apa yang saya belajar, untuk berjaya diri dan busines, mestilah pautkan 3 elemen ini: USAHA + DOA + AKTIVITI. Aktiviti yang dimaksudkan adalah tindakan kita yang boleh mengundang rezeki.

2. Jadilah seorang manusia yang kuat dan stabil seperti Pokok Tualang!

Berbeza dengan pokok taugeh, pertumbuhan pokok tualang memang mengambil masa yang panjang. Jika pokok taugeh hanya mengambil masa 4-7 hari sebelum boleh di'tuai', pokok tualang pula mempunyai tempoh hayat yang lebih lama. Ianya boleh tumbuh sehingga ketinggian 100 meter (300 kaki) dan mampu hidup sehingga beberapa abad dan ada yang sehingga seribu tahun. Dan yang lagi menarik, lebah juga 'minat' dengan pokok tualang ni.

Jadi sebagai kesimpulannya, membentuk diri dan peribadi bukannya instant. Ianya satu proses yang mengambil masa tertentu. Sesuai dengan U.D.A yang mana hasilnya adalah POKOK TUALANG yang kukuh, kuat, tinggi dan hidup lama. Jangan terburu-buru dan mengharapkan result yang sempurna jika based yang dibina tidak kukuh.

Baiklah, sampai sini dulu penulisan saya. Nanti saya sambungkan lagi dengan lebih terperinci.

Psst.. Char Koey Teow kalau takde taugeh pun, tak sedap kan? So semua benda yang Allah jadikan ada peranan masing-masing. Tu je. Hik!






Read More

Wednesday, July 04, 2018

Sediakan Payung Sebelum Hujan



"Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara," kata Ketua Pusat Saringan Kesihatan Kanser Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Dr Dalilah Kamaruddin kepada Bernama baru-baru ini.

Baca lebih lanjut di SINI.. 

Jangan sambil ringan dengan petanda-petanda kecil bagi penyakit merbahaya. Kami sebagai life planner, sangat2lah mengharapkan client semua jujur semasa buat declaration. Lately ni sy dapat banyak perkongsian rakan life planner yang mana banyak berlaku kes yang sukar di claim sebab penyakit telah ada di dalam tubuh badan client sebelum client ambil polisi lagi. Akibatnya, client terpaksa tanggung kos rawatan sendiri sedangkan client ada medical card. Kami seboleh-bolehnya membantu untuk memberi yang terbaik, tetapi tetap perlu follow prosedure yang telah digariskan..

Pernah dengar pepatah 'Sediakan payung sebelum hujan?' Kalau dah hujan baru sediakan payung, akibatnya basah lah. Begitu juga dengan Medical Card... Kalau dah sakit baru nak ambil, jawapannya memang tidak akan dicover. 

Alangkah bagusnya kalau kita semua faham 'KENAPA PERLU ADA MEDICAL CARD PERSONAL'...

Sekurang-kurangnya selesai masalah:
1. Terpaksa keluarkan saving yang dah bertahun simpan untuk kegunaan masa depan
2. Terpaksa berhutang dengan rakan, majikan, keluarga dan bank
3. Terpaksa cari kerja lain selepas didiagnos sakit kritikal sebab majikan dah tidak perlukan anda!
4. Terpaksa tebalkan muka untuk membuat rayuan derma
5. Berputus harap kerana tiada lagi cara untuk dapatkan wang yang banyak sekaligus

YA Allah.. janganlah sehingga kita jatuh dalam golongan yang sentiasa mengeluh dengan 'latihan' yang Allah bagi..

Cepat-cepat buat MEDICAL PROTECTION sekali dengan INCOME PROTECTION bagi mengelakkan masalah di atas berlaku kepada ANDA!

Call/Whatsapp: ANNA SUHAIMI 012-4202446

Read More

Saturday, June 09, 2018

Ada apa dengan K.O.N.S.I.S.T.E.N ?


Konsisten merupakan salah satu kunci utama dalam sesebuah kejayaan. Dan kenapa konsisten ini penting dalam pembentukan tabiat (habit) seseorang. 

Kadang-kadang ada juga saya terfikir, kenapa susah sangat nak konsisten? Teringat kata-kata DSV dalam satu temuramah dengan beliau... "Bila ada kemahuan untuk berjaya, kita akan buat apa sahaja untuk mencapai impian tersebut, tetapi jangan lupa.. Ada satu lagi perkara yang sangat penting iaitu konsisten. Bila dah berjaya, rasa mudah je, tetapi nak konsisten tu bukan mudah.."


Antara pencapaian cemerlang saya selepas 3 bulan menyertai AIA Public Takaful Berhad (APTB). Qualified as AIA Rising Star, 2nd Runner Up Top Producer dan 3rd Runner Up Top Cases.


Alhamdulillah.. Allah izinkan saya konsisten dalam pencapaian saya. Gambar pertama dan gambar kedua, saya dapat award Top 5 Top Producer bagi dua bulan berturut-turut iaitu Januari 2018 dan Februari 2018. Gambar ketiga, saya dapat award 2nd Runner Up Top Producer in Mei 2018. Manakala gambar keempat pula saya dianugerahkan sebagai Top 3 Quarterly Top Producer (Award pada bulan April 2018). Alhamdulillah..

Tetapi, seperti yang saya risaukan, konsisten..

Bulan Mac dan April 2018 tidak menempatkan saya sebagai Top 5 Top Producer. Sedih, memang sedih. Tetapi itulah hakikat yang terpaksa saya telan. Apabila saya leka, dan terus beranggapan, bisnes akan berjalan seperti biasa tanpa ada percambahan idea baru, rupanya saya silap. Tamparan yang agak besar juga bila dua bulan berturut-turut saya tidak dinobatkan sebagai Top 5 Top Producer yang mana ianya menjadi impian saya setiap bulan. Rasa macam nak menangis menyesali kealpaan diri :(

Ya Allah.. Engkau yang Maha Memudahkan.. Engkau juga yang Maha Memberi..

Aku pinjam kekuatan dari zatMu yang Maha Kuat, untuk terus kuat melangkah dalam bisnes ini. Kuatkan juga azamku dan imanku...

Sebenarnya, untuk mendapatkan kehidupan yang selesa (mungkin jauh lagi bersifat sempurna..) seharusnya bermula dengan diri sendiri.. bukan daripada orang lain waima pasangan ataupun ahli keluarga sendiri. Peluang untuk berubah, untuk berjaya, untuk menggapai impian.. itu semua datang dari diri kita dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Jadi sentiasa bersyukur jika masih ada rasa untuk memperbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih baik.. :)

Jadi, LET's BE CONSISTENT guys!!

~ Pen Off ~





Read More

Thursday, May 31, 2018

First Anniversary with AIA Public Takaful



Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan kemudahan dan kelancaran dalam perjalanan business yang serba mencabar. Sedar tak sedar dah genap setahun saya bersama AIA Public Takaful. Tempoh setahun ini boleh dikategorikan sebagai tempoh yang singkat, dan mungkin boleh juga dikatakan sebagai tempoh yang agak panjang.

Kenapa saya kata tempoh yang singkat? Kerana saya merasakan masih banyak lagi sisi perniagaan yang saya belum mahir. Apabila seseorang itu komited dengan apa yang sedang dilakukan, maka semakin dahaga dia dengan ilmu dan kemahiran. Begitu juga saya.

Tetapi, tempoh setahun juga boleh dikatakan tempoh yang agak panjang kerana selama setahun ini banyak pencapaian yang bagi saya amat baik yang telah saya perolehi. Baik dari segi kewangan mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah, pengiktirafan dan trip percutian bertaraf 5 bintang!

Oleh itu, saya rasa wajar untuk saya dedikasikan ucapan terima kasih saya buat:

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Mr Mior (UM KL Imtiyaz Ar Raudhah), Mr Zeck (UM KL KZ Empire Group), Mr Faizal (AUM KL KZ Empire Group), team Ar Rudhah dan team KZ Empire! Tanpa anda, siapalah saya di sini hari ini.

Dan yang paling penting, sekalung penghargaan buat mak dan ayah serta keluarga yang sentiasa memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi.

Tidak lupa juga dedikasi khas buat Mantan Boss sy, Puan Hanita yang banyak memberi tunjuk ajar serta membimbing saya sepanjang saya berkhidmat dengan Bank Rakyat. Ilmu tu semua dapat saya praktikkan dengan baik di dalam business ini. Kepada kawan-kawan di Bank Rakyat, anda semua awesome sebab kita still contact each other and sentiasa support saya. Thanks atas doa kalian..

Semoga kita semua terus berjaya.. 

Setiap daripada kita ada impian, dan setiap daripada kita pasti akan mengejar impian..

Namun, apa yang membezakan impian seseorang itu antara satu sama lain adalah sejauh mana keyakinan dia dalam menggapai impian, dan apakah usaha dan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai impian tersebut..

Tapi, percayalah.. selagi mana kita istiqomah, cepat atau lambat, pasti akan tercapai jua.. InsyaAllah..

Jom kongsi dengan saya, apa IMPIAN anda? :)


xoxo





Read More