Showing posts with label Cup cake. Show all posts
Showing posts with label Cup cake. Show all posts

Sunday, December 26, 2010

Simple N Easy

Hari ni aura rajin aku meluap-luap tahap gunung merapi.... hehe... tapi tidak la serajin manapun kalau takat nak membuat cupcakes yg paling sempoi mempoi ni. Dalam sejarah pembikinan cupcake, resepi ini yg paling sempoi, mudah dan semua orang mesti bleh buat punya... jom2 kita tengok cara menyediakan "no fuss cuppies" ni...

Putar mentega bersama gula hingga kembang - kaler lebih pucat berbanding sebelom diputar

masukkan telor sebiji demi sebiji dengan kelajuan rendah

turn tepung pulang untuk digauli, sedikit demi sedikittttt
putar kelajuan rendah hingga sebati

untuk memeriah adunan plain vanilla ni, aku letak choc & coffee chips... nyumm nyumm

kata orang lebih ramai lagi meriah, so aku tambah lagi dengan kismis....lg pun ianya baik utk minda gak... huhu
campuran ni tak payah guna mixer ye, gaul rata sudahh

masukkan kedalam cup paper dan siap untuk dibakar



TARAAAAA.... siap sudah...

post signature

Monday, July 6, 2009

First Cuppies in July

Tempahan cuppies chocolate butter cake with buttercream yg pertama dalam bulan Julai. 30pc cuppies ditempah oleh Pn Aizan dari RHB untuk anak saudaranya meraikan birthday di Tadika. Moga2 budak2 tu sume enjoy the cakes.



post signature

Sunday, June 7, 2009

Menabung Lagi

Alhamdulillah, dapat lagi tempahan untuk hari Ahad dari Kak Minah, akak cleaner kat ofis Mr HB. Choc Moist Cake dengan 10pc Cup Cakes. Kak Minah ni dah byk kali jugak membuat tempahan dari aku...kira macam regular customer gitu...huhu...tq kak Minah.




post signature

Monday, April 20, 2009

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Tempahan choc moist cake dr officemate abang utk besday

Cupcakes order dari officemate aku..Lina
Apa sinonimnya tajuk posting aku ni..hahaha..saje buat gimik..
Kebetulan mood cuti blog melanda, tiba2 aku disunting dengan tempahan2 kek. So kira, aku tak blogging, tp aku baking...hehe....Sekurang2nya dapat jugak mengisi kesuraman mood, ye lah, aku ni kan suka buat kek. Walaupun mood berangin kencang, tp buat kek inshallah ok jer...tapi penah gak ter'welldone' dan 'premature'...hahaha..tu kira asam garam alam membaking la.

Satu perkara yang aku perasan, walaupun berkali2 aku buat kek, tapi aku tak penah jemu2 nak makan kek ni...bukan masalah makan jadi masalah, tapi penaikkan berat badan yang menjadi masalah diatas habit yg aku yg tak brape mesra alam ni.....sesungguhnya aku sentiasa berusaha memujuk anak tekak ku utk SAY "NO THANKS", BUT NEVER SUCCEED...huhu..

post signature

Thursday, April 2, 2009

Last Minute Order


Semalam aku mc sebab sakit kepala yg berterusan dari minggu lepas. Then, ada call nak tempah untuk 10pc medium cupcakes. Ikutkan kepala aku yang sakit, memang tak kuasa nak amik, tapi bila kenangkan "REZEKI JGN DITOLAK" aku gagahi jugaklah. Lagipun bukanlah banyak mana pun...Selepas dapat rest tido lepas makan ubat, malamnya aku start buat tempahan cupcake ni. Macam biasa aku mmg suka buat cupcake...
it's kind of part of life...the way it's been decorated,the perfectness and the imperfection





post signature

Wednesday, April 1, 2009

Rezeki Jangan DiTolak


Macam biasa, skema betul bila aku kata takmoh amik last minute order. Tapi tak penahnya aku nak menolak bila ada last minute order. Sanggup berjaga nak menyiapkan tempahan....walaupun hanya takat 10 bijik jerk..Kalau yg pro takat 10 bijik ni kira renjis je...mcm amatur cam aku ni kira berhempas pulas lah gak..lebih2 lagi dengan keadaan aku yang tak bape sihat...
anyway pepatah dok bilang "rezeki jangan ditolak" ye tak? Thank you Shasha from RHB Pelangi.

Monday, March 30, 2009

Perjalanan dari JB ke Terengganu

Dapat tempahan dari office mate hubby utk 20 pc medium cupcakes . Tini Dia dah selalu nampak aku dok tayang kek ni kat blog, so ni 1st time dia nk try. Dengan berbesar hati, aku nak habaq yang cupcakes aku ni akan ditransitkan dari Johor Bahru ke Trengganu malam ni dengan bas express...hehe...dasyat kek aku ni merantau jauh buat kali pertamanya.
Macam tak percaya si TINI ni sanggup nak melayan cupcakes ni dengan hati2 semasa perjalanan yg agak lama nanti. Seronok la si cupkek ni dapat bermanja sokmo di pangkuan TINI dan kakaknya Lynna selama lebih kurang 8 jam gitu. Jangan cair meleleh dek kehangantan di riba anak2 dara ni dah ler .... hehehe



Ini lah dia si TINI...comey sokmo


Yang ni pulak sample cupkek mini, medium and Large yang di minta oleh Pn Ros dari RHB Pelangi




TESTIMONI DARI TINI
Dapat sms pada 2 April "Lupa nk habaq..cc 2 sampai tganu dgn selamatnya semlm..hehe..tak letak dlm bekas lain pn, masuk dlm beg dgn bks2 dia mcm 2 je wat naik ats bas...pandai kek2 tu behave..hehe..sdp..! Tynie"

Sunday, March 15, 2009

Cup Cakes Pertunangan


Cupcakes untuk hantaran pertunangan adik ipar aku. Kaler yg diminta ialah pucat lesi, light orange, light yellow and light green. Tp bila sesekali layan kaler camni rasa mcm terapi pulak....very cooling...tak caya? Cuba clik pic to enlarge...then tell me about it k.



Saturday, March 14, 2009

Terima Kasih Daun Keladi....





Tempahan untuk Shahrinn

**********
Tempahan untuk Guru Mengaji



Tempahan 12pc cupcake dari Shahrinn lagi, kali yang ke 5 dah dia order ni.
Lagi 12pc tu ditempah oleh guru mengaji anak bongsu aku.

Terima kasih Daun Keladi, Kalau Suka Tempah Lah Lagi..hehe




~ GUEST BOOK ANA ~

FEEL FREE TO SIGN MY GUEST BOOK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...