Pages

Showing posts with label jannati. Show all posts
Showing posts with label jannati. Show all posts

Monday, December 5, 2011

pada sinar mata Mama

pada sinar mata Mama
terbit cinta
setia mendidik apakah makna
sebalik kasih tanpa balasan
budi tanpa sanjungan
senyum tanpa kata
umpama seni dalam mimpi.

pada sinar mata Mama
harapan terbias
melentur cita ilmuwan
acuan kisah sunah dan quran
agar agama pedoman amal
tutur hikmah sukma bicara.

pada sinar mata Mama
naluri menduga
ranjau pengalaman lalu
mengajar insan erti dewasa
pangkal pautan iman dan akal
usah layu usah dangkal.

pada sinar mata Mama
teduh kesabaran
acapkali terguris hati kecilmu
doa dikau panjatkan
kerana bahagia itu pasti
kan kita miliki.

pada sinar mata itu,
anak ini rindu
mohon menatapnya,
sampai syurga.

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA!
05.12.2011

sayu..menerima ucap balas melalui FB daripada mama tercinta;
(T_T)


Syukran sayang.Itu sebab biar beribu batu permata ini tetap di hati mama.
Sayup syahdu, lantas tiupan gemalai meniupi alun-alun rindu yg menerjah emosi, 
mengusapi tetes-tetes manik jernih yang entah ke berapa kali,
ria punya generasi yg kian kali jadi realiti. 
Sayang, terasa sejuk 9 purnama rahim ini melitupi.
Namun izinkan mama membimbingimu hingga ke akhirnya
kerna amanah ini terasa tiada putusnya biar kau telah dewasa.





Sunday, November 20, 2011

dalam dakapan abah

dalam dakapan Abah
anak ini terasa kecil
merengek sambil manja
merajuk berganti tawa
ditimang halus dibelai tulus.
"moga dikau nak,puteri solehah"

dalam dakapan Abah
anak ini teristimewa
sekuntum bunga di taman keluarga
kasih nyawa semaian seri.
"inilah anak perempuan Abah seorang"

dalam dakapan Abah
anak ini penggalas tabah
tenang sabarnya menitip pesan
agar teguh jiwaku bergadai cabaran.
"kini,tidak semua dapat kita berkongsi rasa"

dalam dakapan Abah
anak ini kenal bahagia
punya insan tinggi harapan
setia di sisi andai kecundang
senyuman Abah penawar kelam.
"ada hikmah,di balik semua itu"

dalam dakapan Abah
anak ini memendam sayu
tenggelam desah nafas
saat Abah ikhlas bicara.
"kakak,maafkan Abah"

Abah,
sedang khilafku pasiran alam
sedang baktiku masih kejauhan
sedang segalanya untukku
terindah darimu.

maka
moga dalam dakapan Abah,
hingga ke syurga.

SELAMAT HARI LAHIR,ABAH!
20.11.2011



Friday, June 24, 2011

yummy!

semalam.
bagai meraikan pelepasan dua exam paper
saya,Dina dan Aisyah merancang baik punya
turn masak dah tiba lah katakan.

setelah selesai shopping,
sampai terpaksa balik naik teksi..

agak kelam kelibut sebab nak kejar waktu iftar
tapi berkat air tangan 'anak tauke restoran'
hmm.bukan calang-calang chief chef taw
saya ni pulak budak baru belajar je..
fuuh..menjadi!
macam makan kat kenduri kampung kot..
(mood rindu Malaysia)

NASI MINYAK first round..
ni orang yang bagi nama.

-dua talam untuk dua rumah-


-selamat dimakan-

untuk abang,
saja nak buat abang jeles jugak
ingat kat rumah kita je boleh makan sedap?..
hihi.

untuk you girls,
we had so much fun last night.
thanks for eating.
=p

untuk chief chef,
you are simply the best.
we can't even imagine..
how's 'the real event' gonna be
hehe.

Thursday, June 9, 2011

Abah

Tika hati ini disapa rindu,saya mencapai sepucuk surat berlipat tiga yang tersisip kemas antara helaian diari 2010 milik saya.meski sudah hampir berpuluh puluh kali saya menghadam isinya,namun tiap kali itulah saya merasakan pertama kali saya menerimanya,membacanya,juga menangis kerananya..
Maka saya abadikan di ruangan ini.

18.09.2010
Bismillahirrohmanirroheem.

Hanis anakku,
Di mana jua kita berada,kita tetap di bumi Allah yang luas ini. asalkan kita rajin berusaha, kejayaan akan mengiringi jua. Tabahkan hati mengharungi liku-liku kehidupan yang pelbagai ragam. kadang-kadang suka,kadang-kadang duka. Jangan terlalu gembira ketika suka dan jangan terlalu gundah gulana ketika duka. Bergantung harap dan pertolongan 100% hanya pada Allah jua. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.


Selamat di perantauan,pulang dengan ilmu untuk masa depan,agama,dan tanah air Malaysia tercinta. Enjoy dalam perjalanan bersama pensyarah-pensyarah,rakan seperjuangan dan masyarakat Mesir bumi para anbia,syuhada',solehin dan tabi'en.

Abah sentiasa mendoakan dan berusaha yang termampu untuk memastikan yang terbaik buat Hanis yang tersayang. Perjuangan masih jauh dan panjang. Teruskan perjuangan sehingga mencapai apa yang dicita,kejayaan dan kebahagiaan di dunia,syurga di akhirat bersama para solehin dan solehat.

Amin ya Robbil'alamin!
Allah dan Rasulullah bersama kita.

Salam sayang yang teramat sayang buat Hanis serta peluk cium dari abah. Selamat di perantauan.
Senyum selalu dan tabahkan hati!

3.05 ptg.
18.09.10
(sehari sebelum fly)

###

Allah!aduh!terkesan.mata saya pejamkan erat-erat..masa berputar seakan terhenti. Selagi hayat dikandung badan,surat ini akan setia saya simpan sebagai azimat penguat semangat.
Insya Allah..

Abah,
Hanis saaayaaang Abah.
Terima kasih,Abah.
Abahlah Abah Hanis dunia akhirat.
(^_^)

Di sebalik lagu ini,ditujukan khas buat abah..
Juga mama,abang dan adik...
Maaf,Hanis tak berpeluang bersama kalian sekarang.
Tunggu ya..



YOU ARE THE WIND BENEATH MY WINGS!!


Monday, May 30, 2011

29th May

hari itu officially saya berumur 19 tahun,
yakni angka satu yang terakhir~

I
terima kasih sangat pada ahli beytz,geng jiran tersayang..
semangat masak-masak,beli belah,untuk zikri seorang ni.
menu kalian memang superb! (realiti taw)

II
seperti yang dijanjikan,sajak mama selamat sampai di handset saya

Hanis,menjangkau lagi usiamu kini
bagai kuntum-kuntum melati
indah mekar mewangi
dik siraman embun pagi
ku kutipi buat hiasan mata hati
tika tibanya dinihari
ku susuni jemari
buat tadahan sinar mentari
biar bahang membakari
ku percaya kulitmu telah tercerap
rona-rona rasa perjalanan hidup ini

mama yakin sayang,
tiap jejak yang kau langkahi
telah kau galur susuri resipi famili
untuk nantinya kita hidangi generasi
suatu ramuan berinti
pasrahan Ya Robbi.

mama ratu hatiku,alangkah bertuahnya anak ini ~

III
saya juga terharu menerima private massage di facebook,
daripada guru tersayang, Teacher Norasidah Marjom.

Assalamualaikum,selamat hari lahir. semoga berbahagia,berjaya dalam bidang yang diceburi. bertambah amal ibadah dan hidup dalam limpahan rahmat dan sentiasa mendapat keredhaan Allah Taala.Ameen.

IV
syukran jazilan pada mereka yang mengirim ucapan dan doa.
apa yang penting,
kalau kita mahu rasa gembira,berikanlah kegembiraan kepada orang lain.
ingat juga pesanan ulamak, "Anakku,tika engkau lahir,engkau menangis dan orang tersenyum, maka berjuanglah sehingga saat engkau meninggal dunia,orang menangis dan engkau tersenyum.

V
tarikh keramat ini, 29 MEI 1453
Sultan Muhammad Al Fateh serta pasukan tenteranya berjaya menawan Kota Konstantinopel~
soroti kegemilangan Islam pada waktu itu.





Friday, April 29, 2011

29 April 2011

hari ini hari membahagiakan.
untuk mama,abah,saya,abang,adek.
kebetulan pulak hari ini.
dua-dua pakwe saya ada kegembiraan tersendiri.

mama and abah,
tahniah.
abang,hanis,adek
dah besar-besar
(kekadang masih budak-budak nakal)
maafkanlah.
kami anak-anak.
baru mengenal dunia.
terima kasih.
membenarkan kami tuju kehidupan
bersama kalian berdua.


-dahla kita tak boleh nak berbuka sama tahun ni,
so imbau kenangan ramadhan tahun lepas
pun jadilah...kan bang.-

abang,
sanah helwa!!
selamat hari lahir ke-20!
(dah ada angka 2 kat depan)
hari ini abang ada event besar an,
Allah yusahhil.
cop.tuan director,
lain kali kita kena attend
event penting hamim pulak taw.
siyan dia...




-terpaksa pakai gambar lama sebab rasanya
nilah the real you,tanpa bergaya lebih-


adek,
ambik hadiah PMR hari ni.
sorry sangat-sangat.
kakak tak dapat datang
nak bergambar sebelah adek
sebabnya kan
tiap kali HAC kakak,
adek mesti ada.
hmmm,
so make sure ada lagi.
supaya kakak dapat datang.
hehe.

empunya diri,
esok bermula imtihan.
jadikan gembira ini
azimat hari mendatang.
bittawfiq.

(^_^)

senyum dan sabar.
itu mungkin jawapan
pada 1001 soalan...

Monday, April 18, 2011

akak..

bismillah.
dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
yang membenarkan rasa nikmat kasih sesama manusia.

dear akak,
kite dah cakap nak bagi love letter sempena akak fly an.
so kite compose kat sini jelah ye.
supaya orang tahu betapa berertinya akak dalam hidup kite.
akak lah.

akak,
masih ingat lagi tak kita mula-mula kenal
dalam bilik kebajikan masa zaman tingkatan di sekolah islami dulu-dulu.
tak sangka boleh hilang sakit terus bila dah jumpa penawar yang menggembirakan.
akak lah.

akak,
mesti rasa nak tersenyum atau tergelak sorang-sorang
kalau recall balik borak-borak kita
pasal cinta tujuh segi lah,novels,family,second child,manusia,perasaan.
bla...bla..bla...
hah.tangga,koridor,musolla,taman anggur jadi saksi kita.
lagi satu,telefon rumah.kalau dah bergayut.
sampai rasa tak sah kalau tak bercerita.
akak lah.

akak,
seriously,takde orang boleh ganti tempat akak.
boleh dikatakan,situasi hidup kite berdua selalu sama.
mungkin lain watak,tapi jalan cerita lebih kurang.
sebab tulah akak antara individu yang paling memahami selok belok diri ini.
akak lah.

akak,
akak menangis kan masa kite pergi tinggalkan Malaysia,
mungkin sekarang giliran kite rasa.
bukan sedih apa.
air mata syukur,harap,dan doa.
isyhh...
akak lah.

akak,
kite dah semakin besar kan.
kenangan dulu tak pernah kite berani lupakan.
terima kasih akak.
melihat kite menjadi lebih dewasa.
sama-sama fikir bila berdepan dengan pilihan.
dengar luahan hati ini.
akak lah.

akak,
jaga diri ye.
duduk negara orang.
ada rezeki,kite datang.
apa-apa keputusan akak,
kite akan hormati.
lagipun yang penting kebahagiaan.
akak lah.

Allah,
rahmatilah perjalanannya,
berkatilah kecerdikannya,
peliharalah keimanannya,
ubatilah kerinduannya.
You knows BEST.
ameen ya robb.

seikhlasnya,
i love you...and will be always missing you.

dedicated to ukhtie,
Nurul Khaliesah Kamal Azhari.
a biomedic engineer to be.
kini di France.
moga selamat semuanya.

*andai kata akak terbaca, sekali kan lah...
SELAMAT HARI LAHIR KE-20
happy becoming birthday, 20 April 2011.
adakah kite orang pertama yang wish?
atau orang lain..ok.dah.




Wednesday, April 13, 2011

balik Palestine!!!!

di sini saya.
dan mereka...


-mama bersama 'aura'nya-


-abah masa berbuka-


-nak masakan ibu.....-

di atas ialah antara perkara yang saya rindu amat.
baiklah,ada cerita hari ini..

ok.habis kelas Biochem..biasalah.ada gap masa,kitorang pun duk berborak kejap.
kira satu kelompok tu,hanya saya, Dina dan Aisyah saja student Melayu.yang lain, of course lah kawan-kawan Arab saya yang sangat sporting.

"hey,do you want to know the exam schedule?"-tanya Lamees dengan semangatnya.

"sure."-saya.sambil menghulurkan buku nota kepada Lamees.

flashback.
"come on,we gonna be friends for another six years".wajahnya yang sentiasa tersenyum.itulah ayat pertama Lamees tika kami berkenalan dulu.ingat lagi,dalam makmal Anatomy,dialah yang membawa saya dari satu mayat ke mayat untuk mengajar tiap inci organ thorax.kalau saya tak berapa faham,dia akan sabar mengulang.dia memang sangat suka membantu.yelah,saya kan warga asing di bumi Mesir.

now.back to lecture hall.
di hujung tulisannya,dia menyebut tiap patah perkataan perlahan-lahan sampai bucu muka surat.

-nampak hanya sekeping kertas-

tulisan orang-orang Arab memang semuanya hampir serupa. ada style dan lekukan huruf tersendiri.
beginilah.gambar bawah ni lebih jelas.

-cintaku bukan di atas kertas-

"and the last exam is English Exam in 9.7.2011. and..then..go..home..to..Malisia.. and..

HEBROUT..GAZA..PALIESTAIN!!!yeaaaayyyh!!!!"-kami bersorak girang.

saya seakan terkedu sebenarnya.

"you all,we love Palestin,you know that."-Dina.jujur.

"masya Allah.we really love Malaysia too..wallahi.-Lamees.tenang.

**********
saya baru tersedar.rupanya rindu yang saya rasa biasa-biasa saja.
ada sahabat saya yang tiap detik merasakan rindu luar biasa.
pastinya bukan calang-calang apa yang dirindui.
PALESTIN-bumi Intifadha'-daratan penuh mengalir darah para Syuhada' dan Auliya'...
segan.serta tidak mahu bicara panjang lagi.

bersyukurlah.berjuanglah.berdoalah.ditetapkan iman ini.













Monday, March 14, 2011

sinergi

esok saya dijadualkan telah berada di Mesir kembali.
syukur Alhamdulillah untuk itu.
juga saya sedang menghabiskan jam-jam terakhir di bumi Malaysia.
syukur Alhamdulillah untuk itu juga.

kali ini a bit emotional..
yelah,hari ini saya didatangi kekasih lama.
setelah lama tak jumpa.
juga teman sekepala semasa zaman tingkatan dulu.

dah juzuk sebelas katanya.hebat.
banyak borak pasal realiti hidup remaja..dan spesifiknya mahasiswa mahasiswi.
macam-macam ada.
membuka topik,mendengar hujah,memahami isi.
bertukar-tukar interview pasal DQ dan Egypt.
yup.kagum dan berdoa...



Hanum,sahabat dunia akhirat.

Subhanallah.saya diberi kesempatan untuk menghabiskan hampir sehari suntuk dengan dia.
dan ini perbualan kami yang sangat terkesan di hati saya.
lebih lagi dengan wajahnya yang seakan merayu.
dan matanya yang juga bersinar,berharap.
usai solat berimam-makmum....

"zik,aku nak sangat kau baca buku Sinergi tu.entahlah,aku rasakan itulah apa yang aku nak sampaikan pada kau."

"hmm,baik hanum.demi kau,nanti ada kelapangan aku try baca."

sinergi.memang pernah nampak buku tu bertahun lepas.
tapi tak ada zouq lagi masa tu.
lepas ni,perhaps.tunggu bila ada waktu sesuai ye.

pada sesiapa yang pernah baca,boleh bagi intro sikit tak?
dapatkan bayangan.



-teman; cermin pada diri kita.
dia sentiasa ada.
menemani perjalanan.
hadapan atau belakang.
dulu atau sekarang.
kita melihatnya.
sebagaimana dia melihat kita.
kesetiaan;ia menjernihkan
mata hati.-

and now.saya perlu berhijrah.
roh dan jasad.
roh mencari zon iman.
jasad mencari medan perjuangan.
meninggalkan insan tersayang sementara ini.
bila pulang nanti,
mahu jadi muhajir yang ansar...
ameen.


-masa cemburu pada cinta kita,kalian.-

p/s-chekpoint III-istiqomah.saya sambung kemudian.insya Allah..

selamat malam,Malaysia ku.
sayonara.

sleep well.
eat well.
study well.










Friday, March 11, 2011

II & markisa

bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakan.
Allah.

route map II menuju TAQWA

II-berAMAL dengan ilmu


ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah.
untuk bertaqwa tidak cukup sekadar mengetahui tetapi perlu merasai hakikat ilmu itu.
untuk merasai perlu mengamalkan apa yang kita tahu.

ilmu umpama pedang.masakan pedang itu berguna jika tidak dihanyunkan apabila berdepan dengan musuh.begitulah perumpamaan oleh Imam al Ghazali.

Allah mengingatkan kepentingan beramal menerusi firmanNya:
[at Tawbah:105]- dan beramallah nescaya Allah,rasulNya dan orang beriman akan menilai amalan kamu.

jadi jangan ghairah menuntut ilmu tetapi iringilah langkah susulan yakni mengamalkan ilmu.
belajar tentang solat misalnya,adalah untuk diamalkan.
praktikkan solat untuk mengingati Allah sepertimana tujuan solat itu diwajibkan.

*yup.iman juga dibuktikan dengan prasyarat; amal...

-=-=-=-=-=-=-=-=-

now for encik Abang.

abang,tak pernah tengok pohon markisa depan rumah kita berbuah an?
apatah lagi rasa jus asli markisa buatan sendiri. heehee.
nah..tengoklah..dah banyak dah.sampai tak terpetik..


-meet markisa fruit-

one more thing.
ada gambar spesel untuk abang.

tadaa...... Adek Yaya..


-the gedik+cute smile-

ada cerita di sebalik pic ni.
sebenarnya dah ada video dirakam khas untuk abang.
dengan nyanyian 'enjit enjit semut' pengaruh 'hantu kak limah balik rumah'.
tapi bila sampai part Hanis suruh dia sebut.........

H: okay adek ya,cakap "bye abang anep...."

Z: bye abang amem....

H:eh.abang ANEP laaa..cakap lagi sekali. adek ya kan comel..

Z:bye abang AMEM..(dengan slumbernya)

H:abang ANEP!

Z: ..............hmmm....adek ya tak boweh (boleh) laaaa..

H:(apa lagi,tergelak dibuatnya)


-arrrghhh...-

so.sorilah bang.tak dapek den nak nolong eh.
dah banyak kali practice tak menjadi juga.
agaknya tunggu abang depan mata kot baru dia boleh sebut.
haha.

salam dari kampung halaman...

p/s-saya akan flight pada 15hb mac tengah malam 16hb.. doakan selamat ye.





Monday, January 17, 2011

singkat

Alhamdulillah paper physio dah selesai..

kitab fisio-ilmu yang saya cinta.

kini nak kisahkan tentang semalam (jarang saya bercerita panjang)
untuk makluman,abang saya sedang kembara serata tapak sejarah kegemilangan Islam di Sepanyol dan Itali...

pagi-pagi:
abang telefon dan beritahu flight delayed. kena transit di Cairo satu malam.
"kalau ada rezeki,kita jumpalah ye.."

siang-siang:
abang selamat tiba di Cairo.saya balas teks mesej..
"kalau menyusahkan,tak payah jumpalah bang."

petang-petang:
study mode...
berdoa dan terus berharap dalam hati.
lain kali je lah..

malam-malam:
sedang duduk menghadam ilmu...telefon berdering.
"Hanis,abang kat medan Abu Risy nih!!"..
saya separuh menjerit.gembira+terkejut.

rupanya abang dan kawan naik teksi dari airport sampai sini,perjalanan hampir satu jam. mereka dengan loghat ammi urduniyah vs ammi mesriyyah.. bagaimanakah?

makan firah rubu'.
turut ada Hasif,penuntut Ain Syams
a.k.a pak cik kami.
kita saudara..

tengah malam:
menikmati setengah jam kesejukan di atas bot layar merentasi sungai Nil..diiringi sahabat-sahabat lama abang,dan housemate berbakti,Suhailah Abdullah. thanx dearie..makan, sembang sembang,terasa tenang....

tak tahan, sejuk sangat nih..

sebelum pisah,saya sempat bagi ole-ole pada abang yakni my favourite pair of dark brown glove..at least orangnya tak sampai lagi,glove nye dah jelajah dunia dulu pun jadilah.
(padahal..kenapalah abang tak bawak sendiri haa?)

masa memang cemburu.
"sorri ambik masa adek.."
"eh bang,tak pe..berbaloi.."

melihat abang berlalu pergi..
tanpa sedar..ada air mata yang tumpah.(*: __:*)
dalam hati ini,
"abang,take me away with you.nak ikut..."

kelepappp..oit,esok periksa daa.

tengah pagi:
belek buku,tidur dan sahur.

dalam masa yang cukup singkat, kita sudah merasa sangat bahagia berkongsi ukhuwah sesama manusia..

Dari Qatadah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Tidak beriman salah seorang diantara kalian, hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.’ (HR. Bukhari)

tapi bagaimana dengan kasih sayang Allah yang acap kali kita lupakan dan salah gunakan?

Dari Abu Hurairah ra dari Nabi saw beliau bersabda: “Setelah Tuhan menciptakan makhlukNya, dituliskanNya satu tulisan untuk diriNya dan diletakkan di sisiNya di atas Arasy, yaitu: “Sesungguhnya sayang-Ku melebihi marah-Ku.”

pada cinta Rasulullah kepada umatnya...

Dari Anas ra. katanya Rasulullah bersabda:
“Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapaknya, anaknya dan manusia umumnya.”

ketahuilah..

Dari Abu Hurairah ra, katanya: saya mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu seratus bagian. Sembilan puluh sembilan daripadanya disimpan-Nya di sisi-Nya. Satu bagian saja yang diturunkan-Nya ke atas dunia. Dengan kasih sayang itulah para makhluk saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya karena takut anaknya terinjak.

ya Allah,izinkanlah ana merasakan limpahan baki kasih sayangMu yang agung itu..
biar abadi. ameen ya Robb.





Friday, January 7, 2011

maaf

bismillah..

saya di sini nak buat public apology...

"kepada encik abang,adek hanis minta maaf.sori sangat2, sebab mengalami masalah teknikal yang tidak disengajakan..(-_-')

hmm.
-tiap kesilapan perlukan pembetulan, dan kesalahan perlukan hukuman-
(saya dah terima kedua-duanya sekali)


ala..mak pandang tempat lain pulak.
'limo kebanggaan' kami
beridentitikan BDQ 604.
yang terbaru..ehem ehem.

so,dedicated to mak,abah,abang,amem...

saya sebagai hanis,adek,dan kakak(3 in 1) nak minta ampun jika ada terbelit kata,tersimpul lidah, terlajak laku,terkurang bahasa.....

kemaafan bukan disinonimkan dengan hari raya saja kan?

nak kongsi sikit,bila duk jauh-jauh ni...
mesti rasa rindu itulah racun dan penawar...
tapi yang buat saya bahagia...
bila phone berdering menayangkan..
"dr abang", "abah", "adek amem"...(nset mama tak dapat akses)
hati ini...
subhanallah.....
berbunga...
rasa nak bagitahu satu dunia....
saya sayang kamu semua......
kadang kadang...
bila ada ketidaksempatan untuk angkat phone...
rasa terkilan..
sedih pun ada...
apalagi, pasang tekad...
nanti,online,skype puas puas..
tunggulah...

heehee(" ,)!

bercita-cita..

{surah Al-Insyiqoq:6-9}
(6)Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

(7)Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya,

(8)Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

(9)Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

dalam doa robitoh;kita bacakan ayat-ayat cinta ini...........ayuh!
biar bergema hati ini dengan tambahnya iman,
bersama insan-insan tersayang..





Friday, December 24, 2010

akhie

ALHAMDULILLAH...

syukur yang teramat sangat...terima berita gembira..skype mama dan abah..
diberitahu adek amem berjaya dapat 8A..satu lagi je kurang..

Alhamdulillah sekali lagi..

tahniah adek! kat sini orang arab wish,"BRAVO 'ALAIK!!"
tapi adek tengah tak boleh baca post akak ek..sebab ada misi besar diselesaikan yakni kursus tahfiz..teruskan ye.

nak ikutkan hati,teringin sangat cakap dengan adek..tengok muka adek akak yang bahagia tu.
tapi tak apa,tengok wajah-wajah kesyukuran mak dan abah pun buat akak puas! yup.
dalam masa yang sama, merancang masa depan...buatlah pilihan yang bijaksana.

amem dan 'geneman'.
saya rindu dua-dua.


what i believe the most, adek dah usaha yang terbaik dan inilah yang terbaik untuk adek.
moga Allah redho...ameen.


sorang sparepart, sorang lagi bodyguard.haks.

akhie muhammad khamim zikri,
terima kasih dari kami sekeluarga..

p/s-solat sunat syukur...

---------------------------------------------

untuk iklan,promo juga,mungkin selingan...


Bahasa Arab;bahasa syurga;bahasa para Anbiyak..
untung bagi yang memahaminya.
saya cemburu pada sahabat2 berbangsa arab..
kerana mereka hafaz Al Quran tammam..mcm mana kita hafaz teks novel Melayu.

pentingnya,penghayatan dan aplikasi kita-sebagai bekalan..
perbaiki yang kurang,tambah yang sedia ada.

Allahu a'lam.



Wednesday, August 18, 2010

bahagia

hai...lps kena 'sound' dgn encik abang..sy pun rethink,revise,n reset.
yelah..sy bknlah blogger tegar mcm yg lain.
dgn kerendahan iman,ilmu yg cetek..hmm jgn pendek akal udahlah.sy berkongsi..



baru2 ni sy tonton citer hindustan..ok pendekkan ceghite.
ada 4 shbt yg menafsirkan erti kebahagiaan masing2 n berani m'pertaruhknnya.
1.kekayaan wang n harta
2.kemasyhuran ikon msykt
3.kekuasaan politik
4.kejayaan bidang diceburi

at the end,mrk lupa yg kebahagiaan ialah 'ketidak sedihan'

(2:38)
.....maka brgsiapa m'ikuti petunjukKu,tidak ada rasa takut pd mrk dan mrk tidak b'sedih hati.

(2:62)
....siapa saja antara mrk yg beriman kpd ALLAH dan hari akhir,melakukn kebajikan, mrk mndpt pahala dr Tuhannya,tidak ada rasa takut pd mrk dan mrk tidak b'sedih hati.

(Kitab La Tahzan) m'gariskn 10 kaedah2 bahagia
1.buat kerja yg kita suka slgi tak mlampaui batas
2.jaga kesihatan dan pemakanan
3.jelas tujuan hidup,sentiasa b'semangat
4.berlapang dada dgn susah dan senang
5.hayati kehidupan yg kita jalani
6.berfikir betul dan buat keputusan bijak
7.pandang org lebih malang drpd kita
8.bantu org lain bahagia
9.senyum,riang, b'teman dgn org optimis
10.gunakan kesempatan yg cerah.

sy juga bahagia punyai org yg sudi tegur,nasihat,berpesan-pesan.antara dlm kalangan antaranya...

hanum,bakal al hafizah,
"zik,bykknlah baca buku..tambah thaqofah dlm diri,biar matang dgn iman."

kak khaliesah,
"hanis,kekalkan amalan yg beri kekuatan pd kita,klu kita tinggalkn,no wonder kita dah tak kuat lagi."

cg rizal,cikgu yg agak kaya,
"niat yg baik disusuli dgn sikap yg terpuji & dibuktikan dgn amalan dan tindakan mulia... segalanya telah dijanjikan oleh-Nya.semoga hanis terus cemerlang."

Alhamdulillah..hmm teringat..Hitung kesyukuranmu bukan kesukaranmu..

petang tunggu buka,
zikrie.