Pendidikan Percuma adakah sekadar impian kosong yang tidak menjejak ataupun suatu realiti yang berpaksi, secara khususnya di Malaysia?. Ramai menyatakan bahawa isu Pendidikan Percuma ini hanyalah semata-mata isu politik kosong bagi memancing undi mahasiswa atau anak muda umumnya. Malahan, desakan demi desakan, tuntutan demi tuntutan dibuat supaya hak rakyat untuk menikmati kebajikan negara dapat dirasai. Apakah yang dimaksudkan dengan Pendidikan Percuma? Adakah pemansuhan yuran pengajian semata? Mengapakah isu ini tertumpu kepada pusat pengajian tinggi? Pelbagai persoalan yang berkaitan dengan pendidikan ditimbulkan kerana masyarakat darsawarsa kini semakin prihatin terhadap perkembangan dan tuntutan nilai keilmuan. Education is not for sale. Education must free from any political influence. Pendidikan bukan untuk diperdagangkan . Pendidikan mesti bebas dari pengaruh politik yang berkepentingan.
Isu ini diperhangatkan lagi dengan tuntutan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat liputan pelbagai pihak sama ada pelajar, bakal pelajar pengajian tinggi, ibu bapa yang mempunyai anak di IPTA/S pegawai kerajaan hatta di parlimen sekalipun kerana ia melibatkan cycle of society atau kitaran masyarakat. Dan ianya lebih-lebih lagi, sangat dekat dengan kehidupan mahasiswa di pengajian tinggi sama ada IPTA.
Hakikatnya, pelbagai sudut perlu dikaji bagi menjayakan pendidikan percuma. Dari sudut pendapatan dan perbelanjaan negara, syarikat-syarikat GLC, sistem pengajian awam dan swasta, kadar nilai cukai rakyat dan pelbagai sektor di dalam negara. Andai kata, negara mengamalkan good governess atau pentadbiran yang baik, berkebajikan dan telus, maka ianya tidak mustahil dapat dilaksanakan.
Oleh itu. Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS) melalui platform INSPIRASI mengambil langkah proaktif bagi membincangkan isu ini secara mendalam secara berfakta dan rasional akan kerelevanan pelaksanaan Pendidikan Percuma di Malaysia. Ayuh kita lihat secara rasional bagaimana dan faktor apakah yang perlu dikaji dalam isu menjayakan dasar Pendidikan Percuma. Mengapa perlu memfokuskan isu Pendidikan Percuma hanya kepada pemansuhan PTPTN ataupun ada lagi isu lain yang perlu diambil kira dan ditimbal-balik?
Oleh itu, Sembang Santai Anak Muda kali ke-4 kini akan mengupas isu ini secara lebih mendalam dengan mengambil sisi pandang beberapa golongan akademik dan professional. Antaranya melibatkan ahli panel daripada Pusat kajian Strategik Ekonomi PKR saudara Mohd Rafizi Ramli, Prof Dr. Hj Anuar Hj Ahmad sebagai golongan pengurusan akademik UNISEL merangkap Pemangku NC UNISEL dan Dr Zuhdi Marzuki selaku Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS. Kehadiran saudara Rafizi Ramli ini diharap dapat menambahkan suntikan para golongan intelekual yang turut menantikan debat Rafizi dan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO yang telah tertunda.
Program ini akan berlangsung pada 6 Mei 2012 iaitu hari Ahad bertempat di Dewan Bunga Kertas, TTDI Jaya, MBSA, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor pada 8-11 malam. Maklumat lanjut boleh layari http://www.mygamis.com.
SEMUA DIJEMPUT HADIR.
Fatmawati Abdin
Pengarah,
Sembang Santai Anak Muda ke-4
Sembang Santai Anak Muda ke-4
“Pendidikan Percuma. Realiti atau Retorik?”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan