Showing posts with label panduan. Show all posts
Showing posts with label panduan. Show all posts

Friday, 19 June 2015

Breastpump:: AC to DC Converter

Hari  nie Jasmin nak share terutamanya yang selalu travel atau selalu kerja jauh-Jauh macam Jasmin nie hah....
Selalunyer Jasmin memang akan pakai brestpump sectra M1 sebab die dah build in battery kan...
so memudahkan Jasmin mengepam sambil driving kereta....
memang dah menjadi kebiasaan Jasmin memandu ssmbil mengepam....
Biasalah....seorang ibu untuk memastikan setiap keperluan anak sentiasa mencukupi....
dan yang paling penting "JANGAN SKIP PUMP"

Dan satu jer yang Jasmin paling tak suke kalau skip pump nie....
kene bengkak susu!
fuhhh...betapa sakitnyer 
Macam kat gambar bawah nie, 
tada...nie lah AC to DC Converter tue...
Selalunyer orang pasang untuk buka laptop kan...
Tapi Jasmin beli untuk breastpump...
Nie lah cara pasang untuk Breastpump Spectra M1
Nampak tak wayar hitam ngan merah tue..
tue korang cucuk lah kat tempat yang charge hand phone atsu tempat bakar rokok tue..(eh beul ker? tetibe macam was-was)

Tengok gambar kat bawah lak...

Cara pasang plug pump dari AC to DC Converter
Gambar kat atas lak, korang tgok sambungan plug untuk ke pump lak...
Jasmin drive still cover ngan pusmina yang Jasmin jahit sendiri leh jadi Nursing Cover dan Ring Sling Firzana....
hahahha...
senang...
3 IN 1..

Opsss lupe, Jasmin beli nie mase PC Fair k...dengar-dengar kat kedai yang jual segala breastpump p on ade jual....online pon Jasmin pernah jumpe...

oklah..kalau tak faham..tanye k....

Tuesday, 23 April 2013

Menghindari Kata ‘Jangan’, ‘Tidak’, dan‘Tidak Boleh’ Pada Anak

salam 1 MALAYSIA..
(dan-dan jer)
Jasmin nak kongsikan satu ceramah yang pernah Jasmin hadiri
Ceramah mengenai "education for your kids"
Ceramah nie memang mengajar banyak ilmu di mana Jasmin tak pernah tahu dan selalu amik mudah dan tak terfikir pon...
Antara sub-topic yang menarik perhatian Jasmin adalah
"CARA BAGAIMANA KATA 'JANGAN', 'TIDAK' DAN 'TIDAK BOLEH' PADA ANAK"
Wow..memang mencabar tau...
katakan lah anak tengan berlari main kejar-kejar..
mesti kita akan cakap : "Jangan lari nanti jatuh"
betul tak?
tapi sebenarnya..kanak-kanak nie mempunyai kefahaman yang berbeza....
sebab tue kalau kita perhatikan...
kanak-kanak nie akan terus berlari sampaikan kita sendiri yang akan sakit hati dan akhirnya kita akan marah pada kanak-kanak tersebut...
Salah satu faktor yang mendorong kanak-kanak itu adalah kata-kata negatif daripada perkataan JANGAN itu sendiri...
Kanak-kanak akan mencuba dan terus berexploitasi dengan kata-kata yang dilontarkan kepada mereka...
Jadi, sebagai ibu bapa hendaklah memberi kata-kata yang positif dan dengan kata lain adalah percakapan yang tulus...
contoh: 
jangan lari nanti jatuh
ubah kepada:
jalan jom!!!

sekarang pon Jasmin masih lagi dalam dalam pembelajaran...
wow..memang berpeluh....
mengajar dan belajar adalah bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan tau!!!
so...semoga jasmin dapat biasakan diri dalam mendidik anak-anak ke arah yang lebih positif...ameen...

Tuesday, 28 August 2012

TIPS ANAK PINTAR



1)pemakanan
Pemakanan sangat memainkan peranan penting dalam proses melahirkan anak yang pintar.ibubapa perlu memberikan makanan yang berkhasiat dan cukup dari segala protien
,mineral,vitamin,kalsium dan lain-lain lagi.makanan yang baik dapat membentuk tumbesaran otak dengan sempurna.untuk tumbesaran anak beri kalsium secukupnya seperti susu yang penuh dengan kalsium.selain itu beri anak anda makan ikan kerana ikan mempunyai sumber protien yang banyak yang diperlukan oleh anak-anak anda.pati minyak ikan kod juga membekalkan banyak vitamin.jadi boleh berikan anak anda pati minyak ikan kod.

2) keadaan sekeliling
kawasan persekitaran anak-anak anda juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan anak yang bijak.rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda.dengan memberikan permainan yang sesuai anak anda akan mendapat rangsangan awal apabila bermain.anak anda sebenarnaya sedang mempelajari sesuatu dari setiap aktiviti hariannya.jadi jangan sekat apa kemahuannya.biarkan dia kreatif melakukan apa sahaj.ini dapat merangsang otak anak anda.

3) Pengalaman luar
sediakan peruntukan khas untuk membawa anak-anak pergi ke tempat lain untuk menimba ilmu.suasana yang berlainan dari yang biasa mereka lalui pasti akan merangsang mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru.bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" luas pemandangan bererti semakin banyak pengalaman yang bakal anak anda perolehi.inilah yang akan mendorong anak anda menjadi lebih pintar.

4) Beri peluang
dalam melatih anak anda menjadi pintar apa yang penting ialah melibatkan anak anda dalam sesuatu situasi.jangan pinggirkan mereka hanya dengan alasan anak anda masih kecil lagi.itu adalah kesilapan yang sangat BESAR!.contohnya jika anda ingin mengecat rumah cuba libatkan anak anda dalam membuat keoutusan bersama dalam memilih warna yang ingin dipilih.ini dapat merangsang anak anda untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak anda yang dia juga penting dalam keluarga dan diri rasa diberi penghargaan.

5) Beri penghargaan
anak-anak suka jika apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan mendapat pujian terutama dari ibubapa mereka.contohnya apabila anada meyuruh mereka membuat sesuatu kerja apabila anak anda berjaya melakukan cuba beri satu penghargaan seperti memberi hadiah.cara ini pasti akan menggembirakan anak anda.dengan rangsanagn sedemikian anak anda akan menjadi lebih rajin dan taat kepada anda.selain dapat melatih anak anda menjadi lebih kreatif apabila diberi sesuatu tugasan.