Bagi saya penduduk Putrajaya yang pernah terlibat secara langsung mentadbir bandaraya ini selama 7 tahun saya rasa pertembungan kali ini adalah paling sengit.
Sengit sebab kali ini Ku Nan (Tengku Adnan Mansor) dapat saingan yang besar juga. Sungguhpun saingan ini. Husam Musa, diimport dari Kelantan dan bermasalah dari segi lambakan projek tak berjalan di negeri kelahirannya, namun ia tak boleh dipandang enteng.
Hampir 3 dekad politik indokrinasi Syiah dilaksanakan di Kelantan, telah melahirkan pengikut politik zombie- saya katakan zombie kerana mereka telah membuang segala aqal dan logik untuk berfikir. Malah sifat assobiyah mereka tersangat kuat . Waima bagi pengikut PAS bukan calon yang mereka pilih tapi jenama party. Malah kalau diletak seekor kambing Janmapari yang tak boleh berfikir tapi bercop PAS pon mereka sanggup undi sebagai wakil rakyat mereka ;p.
Namun pada hemat saya Barisan Nasional tetap mempunyai kelebihan kerana mempunyai insight tentang pemikiran dan gaya mengundi Penduduk Putrajaya.
PAS melancarkan perang saraf mereka dari Desa Pinggiran Putra yang terletak di dalam Majlis Perbandaran KAJANG, Selangor. Alangkan anehnya juga bilamana satu satunya jalan shortcut dari Putrajaya ke Desa Pinggiran Putra perlu melalui Presint 20 atau Taman Selatan. Husam yang terkenal dengan projek Batu Asasnya di Kelantan kali ini terkedu kerana Taman Selatan juga adalah kawasan perkuburan. Seolah petunjuk memberitahu bahawa Batu Asas politik yang bakal diletakkan di Putrajaya ialah Batu Nisan!
 |
Siapa Husam? |
Mari kita lihat perang saraf yang dilakukan oleh kedua dua belah pihak.
Cara PAS meletakkan perang saraf ialah dengan menebarkan makalah di atas kereta di satu satunya Pasar Awam di Presint 8. Mungkin pengarah strategik PAS yang berada di luar Putrajaya juga mensasarkan orang luar !
 |
Pendedahan dari sumber dalaman PAS! |
UMNO Putrajaya pula menebarkan bendera Barisan Nasional di semua projek Perumahan Awam dan ada satu lagi kejutan. .....Siapa Husam Musa yang sebenarnya dari sumber dalaman PAS!
Persoalan kini timbul apakah Husam Musa diletakkan di Putrajaya kerana dia adalah LIABILITI kepada PAS Kelantan kerana perbuatan silamnya yang angkuh terhadap KDYMM Sultan Kelantan dan juga kerana dia penghulu Anwarinas dalam PAS!
Umum mengetahui Husamlah batu penghalang perpaduan umat Islam yang diterajui Hadi Awang dan Ustaz Nasya. Apakah kali ini penduduk Putrajaya akan dapat korban kambing janmapari?
Nak baca lagi pendedahan panas ini kena jadi PENDUDUK PUTRAJAYA bukan sekadar duduk di Pinggiran Putrajaya.....
P/S hanya penduduk yang beralamat di Putrajaya dan berdaftar dengan SPR boleh mengundi.....kita saksikan episod ni seterusnya