Showing posts with label release jap. Show all posts
Showing posts with label release jap. Show all posts

Monday, May 23, 2011

بسم الله الرّحمن الرّحيم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

duk jalan2 kat blog sahabat2 ikhwah wa akhawat, terasa sesuatu;
~~ rindu blogging ~~
dlm keadaan mood belum panas nak study, nak ambil kesempatan update jap
moga ada manfaatnya, insyaAllah

kalau ikutkan entry kali ni cuma nak informkan pada pembaca n pengikut teratak anah,
alhamdulillah bancikku hasan adnan da selamat sampai Malaysia dari India, sabtu pagi lpas n n0w at hometown jd baby sitter (muhsein n haziq).
syukur, walaupun belum berkesempatan nak bercakap dgn bancik,
dapat tahu bancikku sihat cuma sedikit penat.

tp alhamdulillah sambil2 dengar ikim ni, nak share sesuatu;
asif, x pasti kata2 atau hadis tp nama imam hassan al-basri disebut
nasihat mengenai "Punca Rosaknya Hati"
insyaAllah sama2 beringat dan muhasabah

1) sengaja berbuat dosa yg diketahui
2) belajar ilmu tapi tidak mengamalkan ilmu tersebut
3) mengerjakan suatu amalan tapi tidak ikhlas
4) makan rezeki yg dikurniakan Allah tp tidak bersyukur
5) sentiasa tidak berpuas hati dgn pemberian yg diberikan Allah
6) terlibat mengebumikan jenazah tapi tidak ambil iktibar dan pengajaran


akhiral kalam, doakan anah dan sahabat2 lain (exam week lagi) dan doakan mudah2an nahnu kulluhum sentiasa dipilih Allah utk mendapat petunjukNya..

"Allahu rabbi, jangan Kau biarkan urusan2 kami ditentukan oleh diri kami sendiri"
insyaAllah esok akan berdepan kurikulum pendidikan Islam PIM 3101


~ sekian utk kali ini, wassalam ~


~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Wednesday, May 11, 2011

~ doakan dia ~

assalamu'alaikum wbt.
bismillahi 'ala barakatillah..

sebelum melangkah lebih jauh ke dunia berita dan artikel spt mana hari2 biasa, nak jugak post utk mlm ni insyaAllah..
da lama cadang nak post memandangkan jadual kuliyah dah makin ringan (lumrah IPG se-Malaysia da dekat nak exam tp mlm kne recover klas)
alhamdulillah mlm ni berkesempatan..
dah2, back to topic ^_^
~ doakan dia ~

sape dia???
hua akhi habibi..
al-akh hasan bin adnan

nape?
alhamdulillah 1 mei 2011 baru2 ni abgku brlepas ke nepal, india tmpat terletaknya banjaran himalaya dan Gunung Everest sebagai tarikan utamanya kat sne..
abg ke sana bersama misi mendaki gunung everest (layak ke manusia 'tawan' makhluk lain??)
alhamdulillah, berkesempatan jumpa abg w/pun x hantar sampai KLIA (anah bersama adik dgn misi lain pulak, balik ganu insyaAllah utk teruskan pengajian isnin tu -pagi abg berlepas padahal bas terkandas, selasa baru adikku dpt masuk klas..) apa pun, perencanaan Allah adalah yg terbaik, ditakdirkan bas terkandas ada la sbbnye tu.

syukur, lepas juga rindu da sbulan lbih x jumpe abg n adik-beradik lain (sume ada kecuali kakak 2nd yg kje kat sabah ngan kembarku yg wktu tu tgh final exam UiTM).. paling best dpt jumpe anak2 buah w/pun jumpe nuha n waeil kejap je, x sampai stengah jam pun sbb kakak dgn anak2nye baru sampai pgi anah ngan adik nak balik. apa pun, alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.
makasih mak n ayah sbb sanggup jemput anah ke KL (on da way sbenarnye sbb mak ayah g meeting PIBG aniesah, pastu lawat kwn ayah di dungun n sepupu di kemaman. jumaat pagi baru kuar t'ganu)

alhamdulillah selamat sampai KL, jumpe abg n kak ipar wif anak2; muhsein, haziq n iman ^_^..
mlm tu g amik kakak no4..
esoknye da siap2 sume petang baru kuar nak ke rumah makcik utk jumpe abgku hasan.
malam tu sambil2 kemas beg mendakinya, x henti jugak cerita pengalaman daki bukit goh tong a.k.a genting highlands sebagai persediaan naik everest..
alhamdulillah sumenye ok w/pun katanya dlm suhu yg belum pun sampai satu angka dan negatif, dlm belas2 gitu; hidung da berair, bibir pun da crammed.
Allahu akbar!
kuasa Dia yg menyelamatkan dan memberi kekuatan serta semangat kpd hambaNya yg Dia mahu..
tp x boleh nafi la, yg mendengar pun da terase semacam.
camne la ye keadaan dia kat sne skarang, dlm keadaan suhu yg da negatif..
khabar berita x dapat langsung.
bayangkan nak send satu mesej pun da 5 ringgit..
"la haula wala quwata illa billahil 'aliyyil 'azim"..
padaNya diletakkan pengharapan, moga abg terpelihara..

malam tu, seronok dengar cerita ttg macam2nya jenis manusia yg dicipta..
subhanallah..!!
abg cter, dari ketua pendakinya yg da pernah naik 5 kali,
kat sne nanti ada org yg tolong angkut2 barang 'hepa' kalau x silap namanya.
orangnye mcm kita, kecil tapi Maha Hebatnya Dia, 
hepa tu mampu angkut 6 tong gas dan ditambah beberapa barang lain dlm satu2 masa.
dan hepa2 ni juga la yg tolong angkut kayu2 utk binaan mcm nak buat hotel kat atas.
serius, x pernah terlintas camtu.
betul kata pepatah, 'jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengalaman' < mcm da terubah ^_^

selain hepa, ada juga satu haiwan ni (x ingat namanya) tp haiwan ni mcm kerbau tapi besar lagi dgn tanduk yg lebih tajam dan panjang, mengancam gitu.
dari satu aspek, binatang ni sangat membantu tp pada aspek lain, ia sangat berbahaya utk para pendaki!
sebab??
binatang ni akan langgar je kalau ada org berhenti depannya.
bayangkan tepi2 tu dah la jurang..
teringat kata2 lecturer anah, da ramai yg meninggal waktu mendaki..
Allahu akbar!
moga bancik dan rombongannya seramai 8 orang termasuk dia (abgku yg termuda, 25) selamat walau dlm keadaan apa pun dia..

.......... to be continue.........
tunggu abgku bancik balik, "doakan dia" selamat
dan doakan buat kami para guru pelatih IPG seluruh Malaysia nak berdepan minggu exam,
buat student U, it's time to doa, doa, doa n doa..!
"la taknatu min rahmatillah"

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~ 

Thursday, April 7, 2011

~ indahnya hidup..? ~

السلام عليكم ورحمة الله..

بسم الله والحمد لله على كلّ حال..
"la yukallifullahu nafsan ILLA WUS'AHA.."
berkali-kali, dan mungkin dah berjuta kali anah dan antum yang lain dengar bukan petikan ayat dari surah al-baqarah ayat 286 ni..?
malah dalam minggu ni je pun dah banyak kali diulang-ulang dlm kalangan MT BADAM selain nota kecil buat diri yg hina ini (Allah paling tahu)..
Allahu akbar!

syukur, masih diberi kesempatan hidup dan syukur masih diberi peluang utk dengar ayat2 peringatan tersebut..
namun, sejauh mana penghayatan kita hanya diri kita tahu dan Allah Maha Tahu..

sekian lama x menulis, dah mula ada yg bertanya;
'kenapa membisu? kenapa dibiar tidak terisi? kenapa itu dan ini..??'
dlm erti kata lain, nape biar tak terupdate??
atau mungkin juga nape nampak berubah????

nak bawa satu luahan dari seorang teman utk entry kali ni
(mintak izin ye temanku kalau bace entry ni, mudah2an ada manfaat bersama insya Allah)

"Allahu akbar!
adakala diri ingin meluahkan,
tapi bila fikir2 layak ke aku, layak ke kita nak persoalkan??
itu dan ini?
sedangkan ia ditentukan Tuhan Rabbul 'Izzati..?
lantas,
tersemat mungkin 'diam itu boleh jadi emas berbanding bersuara'..

maafkan aku teman..
ampunkan hambaMu Allah al-Jalalah.
saban hari, terasa diri terlalu kecik
tapi perubahan positif??
hmmm..
bukan menafikan betapa indahnya hidup bersama antunna..
tapi,
hati ini terlalu hina,
diri ini terlalu keji utk bersama antunna saban waktu..
asif kathir.

bukan juga menyoalkan kenikmatan yg diberi,
tapi..
salah diri sendiri
tak pandai susun atur semua yg diberi..
asif kathir.

cuma ku pinta,
yakinkan aku!
"la yukallifullahu nafsan ILLA WUS'AHA"
dan yakinkan aku!
penatku akan berbayar nanti..
walau sekarang langsung tak ternilai pada pandangan orang,
walau saat kita sangat memerlukan dia buat2 tak tahu.
kerana perjuangan itu panjang!
moga diriku juga dirimu temanku..
dalam redha Allah selalu."

panjang untaian kata atau mungkin jugak puisi luahan dari satu blog seorang zamilati wa hiya sahibati yg anah ikut, tapi yg ter'copy-paste' banyak ni je kot.. selanjutnya kami banyak berbual je, isi bualan? it's her secrets! jangan ditanya-tanya deh ^_^
~ suka bait2 kata tu, syahdu je.. ada kena pada diri sendiri jgk sebenarnye..

~ ok lah, need to rest walau da x larat ter'rest'..
lepas satu blog ke satu blog, tak sentuh jugak asgments malam ni.. tup2 dah pukul 5.30..
ingat nak buat sikit, tapi memandangkan esok insyaAllah nak drive g jumpe adik kesayanganku yg sorang tu, kena jgk la lelap..
mudah2an selamat sampai kat dia dan selamat sampai balik maktab..
* pernah anah menulis tentang adikku aniesah, perkembangan terkini alhamdulillah dia antara best student kat mrsm kube(kuala berang) tu walau baru2 ni exam kioq tapi insyaAllah dia boleh. > doakan ye semua, adikku insyaAllah spm tahun ni, amik 11 A..
adik syu haritu dapat straight 10 A, nak jugak adikku dapat straights.. selaku dia orang terakhir dlm family yg ambil SPM.. yg seterusnya nanti tunggu nuha, muhsein, waeil, haziq, iman sofia n becoming anak2 buah la pulak.. (waaaaaaa rindu!!!)

~ sekian untuk kali ini, doakan kesejahteraan semua deh; dunia akhirat.
akhir kalam, maaf salah silap sepanjang menulis dan sepanjang teman2 dan yg kenal mengenali anah..
sebelum tu, nak share.. =)
anak2 buah ^_^

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Tuesday, December 28, 2010

~ untungnya wanita itu ~

Untung Nya Wanita Itu....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu! , sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuska! n zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan mal! am, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi ya! ng teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

~ sumber: halaqah.net

Monday, October 11, 2010

~ maafkan teman ~

assalamu'alaikum warahmatullah..

saat diri duk terfikir.. dengar nasyid syahdu rasanya..
~ maafkan teman ~


Maafkan Teman
Album : Far East
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com

Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Sela cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
kurindu sahabatku..

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati
Oh teman....

~ oh assignments!!
~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

Monday, September 20, 2010

~ petiklah bunga itu ~

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
yuh baca, hayati, fahami dan ambil ibrah drpd puisi kat bawah ni,
~ i'm just copying from iluvislam ~
Petiklah Bunga Itu Wahai Kumbang Sakti
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : Ain Farhana
Editor: Isyrak



Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
Kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu,
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

Bukan aku memaksa.
Tapi aku terpaksa
Sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
Dia perlukan jawapan.
Petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
Andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
Andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

Andai kamulah kumbang sakti itu..
Buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanyang dikehendakiNya."
[At-Talaq:2-3]

~ moga daku diberikan kekuatan..
kenapa mesti sang kumbang yg gagah memilih si bunga yg cantik2 je?? 
~ fikir, fikir, danteruskan berfikir!!! ~

Sunday, May 23, 2010

~ BERAPA BESAR NILAI WANG RM50 ~

السلام عليكم ورحمة الله

selawat dan salam dihadiahkan khas buat baginda Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga serta sahabat2 baginda.. juga disertakan sekalung Al-Fatihah buat ahli keluarga dan semua sama ada yang masih hidup atau sudah tiada.. Al-Fatihah (tadi balai Islam Al-Muttaqin ada mengadakan bacaan Yaasin utk bonda kpd senior anah, "اللهمّ اغفرلها وعاففها واعف عنها", moga Allah ampunkan dosa beliau dan golongkan beliau bersama hamba2Nya yg solehah, amiin)

hmmm tak lengkap rasanya andai satu hari xjenguk blog.. alhamdulillah hari ni anah dapat ag satu cerita dari s0rg teman, (Allahu rabbi kuatkan ikatan persahabatan kami hingga ke akhirnya), syukran teman, anah sayang kamu ^_^.. bila baca kirimannya terasa hati nak share dgn teman2 bloggers juga pembaca tersayang.. uhibbukum jiddan!!!

jom layan.. sebar2kan deh, insyaAllah

Cerita 1:

Azman (hanya nama panggilan) mempunyai wang RM50 yang diniatkannya untuk diagih-agihkannya untuk beberapa buah keluarga di kampong asalnya. Azman bukanlah pegawai tinggi tetapi hanya dari pegawai kumpulan sokongan yang mempunyai niat untuk menyumbang kepada masyarakatnya setelah dia mempunyai pekerjaan.

Suatu hari, dia bertandang ke sebuah rumah yang agak daif, memang telah dia ketahui keluarga itu agak miskin. Ketika dia hampir di rumah tersebut, seorang wanita tua duduk di tangga dan berhampirannya ada beberapa orang anaknya memandang Azman.

Azman mengucap salam dan dijawab wanita tua itu. Azman menerangkan hajat kedatangannya. “Saya berhajat memberi sedikit saguhati untuk makcik” kata Azman tertib. Wanita tua tersebut mengangguk-anggukkan kepalanya. Azman tidak boleh duduk lama di rumah tersebut kerana ada beberapa buah rumah lagi yang perlu dikunjunginya. Azman mengeluarkan sampul dan menghulurkannya kepada makcik tersebut. Orang tua tersebut memandang Azman dan matanya digenangi air mata. Dia membuka sampul dan dilihatnya wang RM50. Diciumnya sampul wang tersebut tanda senang hati. “Terima kasih banyak Nak, terima kasih banyak Nak…dapatlah kami makan malam ini” Matanya masih bergenang air mata dan dia memandang anak-anak yang turut memerhatikan aksinya. Besarnya nilai RM50 pada makcik ini. Azman senyum dan berasa gembira kerana pemberiannya ini member keceriaan kepada makcik tua ini.

Cerita 2:

Azwa (hanya nama panggilan) mempunyai saudara sepupu yang masih belajar. Dia mengirim sms memohon Azwa memasukkan sejumlah wang untuknya. Azwa ketika itu mempunyai wang tetapi cukup-cukup untuk belanja hariannya. Dia berkira-kira semula dan mengurangkan perbelanjaan hariannya agar dapat memberi RM50 kepada saudara sepupunya ini. Mereka hanya berjumpa sebentar di satu tempat. Azwa menyerahkan sampul kepada saudara sepupunya dengan senyuman. Mereka tidak berbual panjang kerana saudara sepupunya ini ingin cepat pulang kerana masih banyak pekerjaannya lagi. Sekembalinya Azwa ke rumah, dia mendapat sms dari saudara sepupunya. “Sikitnya bagi, mana cukup” Azwa tersentak menerima sms tersebut. Sewaktu menyerahkan wang tersebut tiada pun sepatah perkataan terima kasih tetapi Azwa hanya mengabaikan kerana barangkali dia terlupa. Namun, apabila dia menerima sms tersebut hatinya sedikit terkilan. Rupanya kecil benar nilai RM50 pada diri saudaranya ini, walhal pada Azwa ia nilai yang besar kerana dia sendiri perlu mengurangkan perbelanjaannya semata-mata untuk memberi kepada saudara sepupunya ini.

Nilai mata wang adalah sama iaitu RM50 tetapi mempunyai makna berbeza bagi kedua-dua yang mendapat wang RM50 ini. Kehendak dan pengharapan yang berbeza menjadikan mereka gembira atau tidak gembira walau mendapat RM50 ini. Makcik tua ini barangkali sangat bersyukur kerana dengan wang ini banyak perkara yang boleh dibelinya terutama makanan untuk anak-anaknya. Tetapi boleh jadi saudara sepupu Azwa ini pula mempunyai keperluan lebih besar daripada makcik tadi. Apapun, yang boleh diambil pengajarannya, mengurangkan kehendak serta pengharapan yang tinggi boleh membantu untuk diri bersyukur. Sekiranya ia lebih tinggi daripada yang kita terima menyebabkan kita terlupa untuk mengucapkan “Aku amat beryukur atas pemberianMu Tuhanku” atas semua nikmat yang diterima.

Ucapkan syukur atas setiap sedutan dan hembusan nafas dan atas setiap sesuatu nikmat yang telah kita terima selama ini. Selagi masih ada ruang waktu untuk kita menyatakan betapa bersyukurnya kita terhadap kurniaan tuhan.

~ sekali lagi, ucapan syukur dirafa'kan ke hadrat Ilahi atas segala kurniaNya, xterhitung sungguh..

~ syukur Ya Allah, Kau temukan aku dgn teman2 juga sahabat2 yg sokmo mengingatkanku, yg sokmo berada di sampingku saat susah dan senang.. huuu kawan2 insan terapat dgn kita slpas family, syukran kabir teman.. luv u coz of Allah.. buat my ro0mate, Ukhti Husna Yusof, tabahkan hati (gambar sebelah ni utk husna..), kuatkan diri deh, moga terus kuat ye teman!!! maaf salah silap anah sepanjang hidup sebumbung, hehe.. lots of thanx and luv juga buat sorang teman yg sudi share dgn anah emel yg beliau dpt ni.. ^_^.. peace in Allah's love, amiin

p/s: exam tinggal 2 paper lagi, doakan anah dan teman2 ye....

~ fikir, fikir, dan teruskan berfikir!!! ~

(= dAMba reDHaMu =)

اللّهمتختم لنا بحسن الخاتمة ولا تختم علينا بسوء الخاتمة, يا أرحم الراحمين

!!! RuHuL MuJahAdaH !!!


. : baca juga jom : .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khairul kalam

* Ya Allah, jangan Kau pesongkan hatiku selepas Kau berikanku petunjukMu *

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers