----

----
----

Monday, July 07, 2014

Alhamdulilah.


Alhamdulillah.

Senyum sampai telinga. 
Usaha aku selama 2 tahun berakhir dengan keputusan yang membanggakan. Walau pun tak sehebat mana, tapi sekurangnya, aku terharu sebab dengan macam-macam dugaan dan alasan, selesai juga program Master in Comp Science (Software Engineering) di UPM.

Bukan senang taww nak sudahkan master ni.
Part time. Kerja KL.
Faktor usia. Now dah 30 tahun. Sobs.
Anak kecik.
Malas.

Sepanjang aku pergi kelas, memang hari hari aku berperang dengan emosi. Tipu lah kalau ada yang seronok sangat pegi kelas sampai tak pernah ponteng. Eh. Ada ke? haha.

Sebenarnya kan, masa sem 2 aku dah start malas, sem 3 dah start menyesal. Sem 4 dah over emosional emosi. Orang lain nampak aku macam smooth je proses kan. Pergi kelas malam, amik exam, ponteng kelas, presentaion bla bla bla. Ramai yg kagum konon nya boleh amik master, tapi korang semua tak tau macam mana struggle nya nak berperang dengan emosi. Sampai pernah bergaduh dengan En Temmon sebab dia tak tolong buat assignment. HAHA. Punya lah emosi.

Masa belum beranak kan Amni dulu, selalu jugak lah aku bawa Alia masuk kelas kalau En Temmon sibuk. 
Belajar sekali.
Aku sediakan laptop, tab, air, makanan. Diam lah dia sampai kelas habis, hehe

Kadang-kadang ada kelas malam lah, kelas ganti hari Sabtu lah, discussion lah. En Temmon dan anak-anak tak pernah komplen kalau mama sibuk. 
Terima kasih.

Special thanks untuk bos kesayangan Puan Ferry sebab izinkan aku balik awal dari office (4.30 pm) semata-mata nak pergi kelas jam 6.30 pm. Kalau balik ikut waktu (5.30 pm), memang kul 8 lah baru sampai UPM. Beliau dah mudahkan hidup aku, moga hidup beliau dimudahkan.
Terima kasih.

Pada kawan-kawan yang selalu bagi tiru assignment, selalu buat kelas sebab nak mengajar makcik tua yang tak paham paham ni, selalu bg updated info sebab makcik tua ni selalu terlepas tren, terima kasih. 

Pada lecturers yang sempoi dan tak sempoi, yang garang dan yang selamber, pun terima kasih. Terima kasih sebab tak gagalkan aku. 

Banyak betul pengalaman. Dan banyak kawan. Terima kasih semua.

Untuk kawan-kawan yg teringin nak ambil master, tak payah lah berfikir 2,3 kali. Teruskan aje. Lagi fikir, lagi lambat jadinya. Buat macam aku, belasah je. Kalau ada masalah datang nanti, kita redah je. InsyaAllah ada jalan. 

Orang kata, ada master pun takde la tinggi sangat value. Orang tak pandang master. Orang pandang PHD. Yes. Betul. Tapi, macam mana nak ada phd kalau tak ada master? Kan? Tak payah fikir cakap orang, yang penting, you are 1 step ahead in front orang yang selalu selalu dok kutuk, tapi takde hasil. 

Banyak benda sebenarnya nak luahkan pasal proses ambil master ni. Tapi izinkan lah aku tenggelam dalam emosi aku hari ni. Rasa terharu sesangat. Sebab perasaan dia lain dari masa nak dapat degree dulu. Betul. 

Mak! Anak mak boleh konvo dah!!

Note: Sedang berkira-kira nak apply PHD, tapi kena resign. Tak termampu rasanya kalau buat part time juga. 

2 comments:

khafifah jalany said...

Alhamdulillah..Tahniah mama..

walaupun aku belum@taknak ambil master..sedikit-sebanyak aku tahu apa yg ko rasa, sebab husband pun baru je habes master mcm ko, keje opis banyak, kerja sekolah banyak..alhamdulillah, dpt juga habiskan..

tp ko still lagi hebat la sbb anak2 mesti lebih perlukan perhatian mak, kena breastfeed, mengandung, bersalin..besar dugaan tu.

sama macam situasi ko jugak, pernah juga bergaduh dgn husband sbb aku tak dpt tolong buat assignment..sendu tau, kena marah.

tahniah ana..nnt aku bg hadiah inner spt yg dijanjikan. eh?

@naBest said...

Pah. HAHA

Sila la sambung. Kome kalo study leave, dpt gaji. Syiokkkk!!