Hai engkorang semua! Moga semua sihat hendaknya. Maaf lama tenggelam di lautan dalam hehehe. Tapi nampak gaya sikit-sikit berenang-renang kembali ke daratan kehkehkeh
Semenjak dua tiga menjak ni, aku mula terjebak dengan benda ni.
Benda ni sebenarnya datangnya dari luar negara (China terutamanya sebab memang kilangnya di sana) dan dah merebak ke segenap pelosok dunia gittewww
Benda ni dikenali sebagai 'cream glue' ataupun gam krim. Dan kalau tengok video-video penghasilan seni daripada Cream Glue ni dia seakan-akan krim yang buat kek tu tapi yang ni versi tak boleh dimakan.
Dan pasangan kepada Cream Glue tu pulak adalah benda ni yang disebut sebagai 'Charms' dan charms ni jugak dia direka dengan pelbagai bentuk macam gula-gula, lollipop, botol dan pelbagai bentuk lagi menyerupai bentuk yang sebenar tapi ia juga tak boleh dimakan.
Apabila Cream Glue dan Charms tu digabungkan maka ia boleh menghasilkan pelbagai hasil seni yang cantik dan antaranya kita boleh dekorasi photo frame yang lama tu supaya naik semula serinya hehehe
Dan bila tangan semakin gatal dan datang kerajinan, maka habislah segala photo frame yang ada tu kita bersihkan dan make-up dia cantik-cantikkkkkk!
Ada banyak lagi benda lain kita boleh buat dengan Cream Glue dan juga Charms sebenarnya.
Tunggu kerajinan akan datang lagi nanti kita tengok apa benda lain yang boleh kita buat hehehe
Oh, cantiknya bila letak cream glue and charms tu kat frame. Maybe boleh letak jugak kat pensil box atau casing phone kan?
ReplyDeleteye boleh jugak hehe
DeletePertama kali dengar krim gam.
ReplyDeleteCantik-cantik dan comel hiasannya.
tgn yg kreatif mmg akan blh dpt hasil yg lagi cantik tp tgn kerasss hehehe
Deletenasib baik juga tak boleh makan...bahaya kalau makan benda yng manis banyak sangat
ReplyDeletekena kurangkan manis hehe
DeleteYa ampun comel betul. Ni kalau peminat dia memang sanggup berhabis duit
ReplyDeleteye betul peminatnya mmg sggup berhabis duit & beli utk jual semula hehe
DeleteBaharu tahu pasal cream glue ni. Alahai cutenya dak Doraemon tu hehehhee..
ReplyDeletedak doraemon mmg selalu cute di mana-mana kan Mrs A hehe
DeleteWah.. lawanya hasil dia.. kalau deko cengginie dan bagi hadiah pun cun juga nie.. Idea.. Idea..
ReplyDeleteyesss boleh deco dijadikan hadiah jugak hehehe
Deletecomelnyaaa.. rasa nk makan! haha..
ReplyDeleteboleh dibuat sepit rambut / getah rambut jugak & boleh bagi fia pakai lagi bertambah comel! tapi tapiiiii jgn makannn hahaha
Deletewahhh..comel2..
ReplyDelete