Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Video : Kereta Keluar Dari Celah Kemalangan 2 Bas?

Mula-mula aku memang pelik? Mana datangnya kereta yang keluar dari celah-celah kemalangan 2 bas ini? Entah-entah memang dia ada disitu cuma bernasib baik,Apa-apa pun, aku memang repek penumpang bas yang terjun tingkap tu,hahaha...naik free...layankan...






Thursday, June 30, 2011

Dituduh Gigit Kemaluan Isteri : Apa Punya Kes Ni? Memalukan Kaum Jer

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu. Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Sumber : KOSMO

Amz CamPro berkata:

Menggigil lutut aku bila baca kesah ini. Benda dalam kain pun masuk mahkamah,pastu masuk dalam akhbar pulak. Buat malu kaum jer. patutnya setelah dulu elok-elok. Bukan main lagi hukumannye, 5 tahun penjara tu kalau sabit kesalahan. Yang si suaminya pun,pesal ganas sangat,kot yer pun mungkin si isteri ade sebab kukuhnya. Ishk...musykil gak aku, dalam marah-marah tu,bleh plak menggigit? hahaha...lu pikrlah sendiri jawapnye,hahaha





Tuesday, June 14, 2011

Manusia Hijau Berkeliaran di Bukit Bintang?

Inilah manusia hijau itu

Petikan dari Harian Kosmo :


"Keadaan berbeza pula buat tiga manusia hijau yang tidak putus-putus mengedar risalah kepada orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Sambil memegang papan tanda bertulis Bertindak hijau! Menjadi vegan!, ketiga-tiga mereka yang mewarnakan tubuh badan dengan cat hijau turut melaung-laungkan slogan tersebut dalam bahasa Inggeris sambil melayan permintaan pengunjung untuk bergambar bersama.

Inisiatif Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) itu merupakan antara usaha mereka bagi menggalakkan manusia menjadi vegetarian dengan mengelakkan pengambilan daging haiwan sebagai juadah harian.

Pemimpin kempen tersebut, Ashley Fruno menjelaskan, selain daripada perubahan iklim, penggunaan tanah berlebihan serta pencemaran air dan udara, memakan daging haiwan juga mengundang malapetaka kepada bumi.

“Saya menjadi vegetarian sejak usia 13 tahun dan saya berharap lebih ramai orang memilih untuk menjadi vegetarian."

Selanjutnya di Harian Kosmo

Amz Campro berkata :

Aku sangat bersetuju dengan kempen-kempen seperti ini daripada kempen-kempen yang serabut macam BERSIH yang dipukul canang oleh pihak pembangkang yang aku rasa dah macam pihak pemberontak @ penghasut. Sekurang-kurangnya mereka menyedarkan rakyat tentang bahagianya dan bagusnya mengamalkan pemakanan sihat seperti memperbanyakkan makanan berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kita terlalu dimomokkan dengan cerita pelajar kita yang obesiti dan last-last yang jadi mangsa adalah Nasi Lemak...kahkahkah...lawak pun ada. Ia berbalik kepada pendidikan asas kita yang lemah tentang perkara-perkara seperti ini terutamanya melibatkan kesan jangka panjang. Memang payah nak makan benda-benda sihat ini sebab ketidaksedapan makanan berasaskan kesihatan ini tetapi itu lah hakikatnya. Yang tak sedap itulah sihat.

Mereka bertiga ini sebenarnya wajar di contohi cuma tang tak berbaju tu jer yang kurang seronok sikit (walaupun seronok bagi kebanyakan orang) hahaha...sensitiviti patut juga di jaga,tak salah jugak pakai baju hijau ke cume warna kan pada muka,kaki,atau tangan dari mendedahkan tubuh badan,betul tak? Anyway,aku sokong apa yang mereka buat...heheh





Friday, January 8, 2010

Apabila 'Berhala Bergerak' Terbalik...

NIZAR diusung masuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (gambar kecil) selepas kereta yang dipandunya terbalik di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh semalam. (KOSMO)

Sebelum aku mengulas serba sedikit hal ini,ingin aku menjelaskan sedikit istilah BERHALA BERGERAK yang aku gunakan ini.Ia adalah istilah dari sahabatku yang aku rasa sesuai digunakan untuk orang-orang yang memiliki kenderaan berskala besar atau bernilai RM100k keatas dan menjadi dambaan pilu untuk dimiliki seperti lagu Khai AF2...kahkahkah...Kita teruskan dengan hal kita tadi.Kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri bekas MB Perak Ir. Nizar yang terlibat dalam kemalangan jalanraya semalam di Perak. 'Berhala bergerak'nya terbalik tertonggeng.Nasib baiklah beliau tak pakai Proton Perdana,tentu lebih parah mangsanya di dalam.

Berhala bergerak Toyota Camry ini cukup kukuh dan telah diuji oleh Jurutera Profesional Ir. Nizar kita. Alhamdulillah beliau selamat dan sempat melambaikan tangan ketika diusung diatas pembaringan untuk dimasukkan ke wad hospital.Aku risau jer die kuar lilitan dan lilit kat kepala dia 'CAMRY AKU KUAT'. Harap-harap ini 'bukan' Camry yang dia beli zaman dia memerintah sekejap dulu.huhuhu...Apa-apa pun,syukur Alhamdulilah beliau selamat,kalau tak,tak meriah persada politik negara ini.Sekian

Tuesday, December 1, 2009

Perbandingan Antara Proton Exora dan Perodua Alza

Aku tahu,tentu orang sekarang sedang memikir-mikir dan mungkin sedang cuba mencari perbandingan yang mana lebih berbaloi diantara dua MPV keluaran Malaysia ini iaitu Exora dan Alza. Kalau mahu dibandingkan dengan kapasiti enjin,ia boleh dikatakan tidak mengukur kemampuan sebenar kedua-dua MPV ini kerana ia tentu nampak lebih dimenangi oleh Exora dengan kapasiti enjin 1600cc dibandingkan dengan 1500cc Alza. So disini aku bagi maklumat perbandingan yang boleh dijadikan rujukan tambahan. Itu pun aku cuma link kan melalui kedua-dua web rasmi MPV ini.






Spesifikasi Proton Exora

Diharapkan anda semua mendapat sedikit maklumat tentang pemilihan. Tapi kalau dari pandangan aku,Exora jauh lebih berbaloi dan selesa termasuk dari segi pemanduan dan penumpangnya. Selamat beramal!

Tuesday, August 25, 2009

RM44.3billion untuk Jambatan Malaysia-Indonesia


Aku tidak tahu kebenaran kisah ini. Jika ia betul-betul terjadi,ia adalah projek 2 negara antara yang terbesar dan ekstrim dalam kejuruteraan. Apa-apa pun aku rasa jika ia betul-betul mahu dijadikan realiti,aku rasa ia belum masanya lagi ia rasanya betul boleh menjamin apa-apa kelebihan samada oleh Malaysia atau Indonesia sendiri. Berikut adalah kisahnya :

Straits of Malacca Partners Sdn Bhd (SOMP) telah menghantar cadangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia yang bernilai US$12.5 billion (RM44.3 billion).

Jambatan tersebut adalah 4 kali lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang melintasi Selat Melaka antara Melaka dan Dumai,Sumatera, Indonesia.

Pengerusi SOMP, Tan Sri Ibrahim Zain telah menghantar proposalnya kepada kedua kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Adakah cadangan ini diluluskan dan setakat mana pembinaannya dapat meningkatkan ekonomi Malaysia dan Indonesia tidak dinyatakan.

Thursday, July 9, 2009

Hubungan Diplomatik dengan Singapura,FIC & Ekuinas dan PPSMI

Tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib dan kuncu-kuncunya yang hampir mencecah 100hari sabtu ini. Sepanjang 100hari kepimpinan Najib dan kuncu-kuncunya,apa yang aku nampak adalah perubahan yang dikatakan sebilangan orang sebagai perubahan yang seolah-olah memakan diri sendiri dan terlalu mengikut kehendak hati. Pakatan Rakyat a.k.a Pakatan Pembangkang sepatutnya memeluk cium kerajaan pimpinan Najib ini kerana semua hasrat yang dikehendakinya boleh dikatakan tertunai. Ini pandangan aku yang jahil dan hanya berpandukan apa yang aku baca dan lihat di kaca televisyen. Tidak semestinya siaran -siaran yang bias kepada kerajaan semata-mata tetapi juga yang berhaluan bertentangan. Aku akan memberi pandangan dan mengulas setiap usul,kes atau kemahuan yang pada asalnya tuntutan PR :

  1. Isu FIC=DEB Seolah-olah dimansuhkan
  • Asalnya 49% tetapi syer dinaikkan ke 70% untuk pegangan saham dari luar kecuali syarikat tempatan yang dilindungi.
  • Tubuhnya ekuinas untuk jaminan Bumiputera kononnya.
  • Betapa sukanya negara luar melabur disini dan akan menjadi bos besar di negara ini.
  • Ambil contoh Singapura yang akan menggunakan peluang ini bagi meneruskan pembesaran tanah jajahannya ( tak perlu korek pasir lagi).
  • Hmmm,hampir seolah-olah DEB dijadikan 'kambing hitam' sahaja. Bukankah ini permintaan pakatan pembangkang sebelum ini? Nah! sekarang ia sudah hampir ditunaikan.
  • "Kalau kita sudah tahu bahawa dasar dan pendekatan itu tidak memberikan manfaat kepada rakyat, takkan kita mahu teruskan walhal kita tahu rakyat memerlukan perubahan dari segi pendekatan supaya sasaran itu dapat dicapai," katanya. Ayat-ayat Shafie Afdal yang berubah pendapat dan pendirian.

2. Diplomatik dengan Singapura
  • Janganlah terlalu manja dan terlalu baik dengan mereka.
  • Lawatan Lee Kuan Yew baru-baru ini ke Malaysia agak memberikan tanda tanya.
  • Apa kejadahnya nak buat jambatan baru lagi? Bila tukar PM nak satu jambatan,kalau 10 PM bertukar ada 10 jambatanlah kat Selat Tebrau tu agaknya.
  • Orang-orang Johor dan Sultan Johor sendiri sangat berhati-hati dengan mereka. Aku ingat lagi ketika Sultan Johor ada merasmikan satu majlis di Johor Bahru yang dihadiri PM ketika itu Pak Lah. Sound direct jer Tuanku mengatakan ketidakpuashatinya kepada Pak Lah yang tidak bersetuju pembatalan Jambatan Bengkok yang lebih menguntungkan Singapura.
  • Nah! sekarang ia hampir menunaikan kemahuan Pakatan Rakyat iaitu terlalu berbaik-baik dengan PAP iaitu abang kepada DAP di Malaysia. Ini lah kesukaaan PKR kepada DAP. So,ia seolah-olah menunaikan harapan Pakatan Rakyat lagi.

3. PPSMI
  • Naik muak,jelak dengan isu ini yang tiada kesudahannya. Bagi aku,aku sangat bersetuju dengan PPSMI ini cuma diubahkan sedikit pendekatannya dari yang asal.
  • Sasterawan-sasterawan negara terus di suap dengan agenda politik melampau PR. Ceramah politik,perarakan di jalan raya dan macam-macam lagi.
  • Dan semalam diumumkan pemansuhan PPSMI bermula 2012 kerana nak habiskan sisa-sisa ujikaji orang-orang yang berkuasa bermusim ini. Silap-silap tukar menteri,buat balik PPSMI. Benda boleh berubah mengikut nafsu siapa yang berkuasa.
  • Hasil keputusan ini adalah hasil daripada analisis yang dikatakan berjaya dan tiba-tiba sahaja tidak berjaya. Apakah lagi fakta yang boleh diubah?
  • Apa yang penting sekarang adalah,Nah! PR telah dapat apa yang dimahukannya!

Kita tunggu dan lihat sahaja apa lagi selepas ini. Jika ini baik kepada rakyat,baiklah dan dapatlah sokongan dari rakyat dan jika tidak,ia akan terus didesak dan diharapkan diubah oleh rakyat. Apa-apa pun boleh dikatakan semua permintaan PR sudah hampir ditunaikan so diharapkan PR sedar semua ini dan ucapkanlah terima kasih....hahahaha..."Bukannya kena bayar kalau angkat tangan?!" hahahaha...politik...politik...

Wednesday, June 3, 2009

Analisis Struktur, Makan Duit Haram dan Ajal Maut Di Tangan Tuhan

Beginilah rupa bumbung Stadium Setahun Jagung Yang Gugur 60%

Sedih,pilu,bengong dan sebak melihatkan apa yang terjadi di stadium Gong Badak yang dikatakan berharga RM300juta ini. Baru setahun jagung usianya tapi keadaannya yang telah gugur seolah-olah ia lebih teruk dari reban ayam atok aku di Gelang Patah dan Pulai Chondong. Dahlah penah di panaskan dengan isu software untuk kegunaan stadium sempena SUKMA yang berharga RM10juta itu dibongkarkan sehingga SUKMA habis,benda yang berharga berjuta itu tidak digunakan dan hilang entah kemana. Ko makan duit haram lagi kan?

Ini pulak,kegagalan struktur pembinaan bumbung stadium. Difahamkan kontraktor yang di anjingkan ini berasal dari Korea Selatan dan telah diberi kepercayaan membangunkannya. Overseas punya company pun macam tak sekolah,macam mana pulak kalau company local? Aku percaya,ini semuanya berpunca dari manusia-manusia yang memang suka makan duit-duit haram,jilat lahar-lahar neraka jahanam. RM300juta,mustahil tidak mencukupi untuk menghasilkan satu struktur bangunan yang kukuh. Ini bukan bangunan 100tingkat,baru bumbung. Manusia celaka ini lah gamaknya yang telah menyedut sebahagian dari RM300juta ini untuk kegunaan hati perut sendiri. Jurutera belajar tinggi-tinggi pun boleh mati dek kerana manusia yang suka makan duit haram.

Elok-elok kena pakai 10kampit,dah kena pakai 3kampit simen jer,yang lain pasir pantai. Elok-elok pakai besi konkrit 10tan,dah kena pakai besi konkrit 3tan tak pun beli kat kedai besi buruk. Elok-elok consultant kata begini,ko nak buat begitu. Aku percaya,company ini cukup persekolahannya cuma manusia yang mengawal bajet kewangan ini yang tak sekolah. Bukak balik buku analisis struktur,statik, mekanik pepejal dan sebagainya.Stadi balik. Bagi yang hidupnya makan duit haram,bawak-bawak bertaubat dan banyak baca buku agama. Bayangkanlah,atas kesilapan dan kepentingan peribadi,nyawa manusia yang dikatakan hampir 1000orang yang akan menggunakan stadium ini hari ini sempena Kejohanan Staf Institusi Pengajian Awam ke-34 akan melayang.

Monday, April 13, 2009

Perbandingan Terakhir Sebelum Pelancaran 15 April


Terima kasih kepada isuhangat.blogspot untuk gambar perbandingan antara dari kiri Avanza, Lavina dan Exora yang dilihat dari pandangan sisi. Kapasiti enjin sahaja yang berbeza iaitu dari kiri 1.5 untuk Avanza,1.5 Lavina dan 1.6 CPS untuk exora. Kita tengok sendiri dan uji pandu sendiri selepas pelancaran.

Friday, April 10, 2009

Azilah dan Sirul Sudah Dihukum Mati,Inikah Wajah Mereka?

Inikah wajah mereka? Setelah sekian lama dibicarakan sehingga hukuman dah dijatuhkan,batang hidung mereka memang tak penah dilihat. Inilah yang menjadi kemusykilan dan menimbulkan curiga kepada rakyat. Hanya Allah yang tahu dan membalasnya siapa yang benar dan siapa yang salah.



Wednesday, April 1, 2009

60 Earth Hour : TNB Rugi 550 MWatt? Berapa tu?




Earth Hour: TNB catat kerugian 550 MWatt

KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen ‘Earth Hour’ bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.

Lampu kalimantang

“Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam-9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi.


Amz CamPro berkata :

Berita di atas adalah dari Harian KOSMO (31/3/2009) berkaitan dengan kerugian yang dicatatkan oleh Syarikat Tenaga Negara TNB yang kita memang dah tahu tentang kerugian yang sering di alaminya sebelum dari kempen lagi. Itu tak kisahlah sebab diaorang punya hal cuma kita nak cerita pasal kerugian yang dialami TNB hanya untuk 1 jam ataupun 60 minit ataupun 3600 saat ataupun 360,000 detik sempena 60 Earth Hour. Mari kita kira berapa mereka rugi dari segi kewangan pula.

Aku kira mengikut blok atau kadar kiraan penggunaan isi rumah yang biasa dan secara kasar sahaja.

BLOK 1, 500 UNIT PERTAMA = RM 0.300/kWatt
BLOK 2 DAN SETERUSNYA = RM 0.390/kWatt
( 1 unit = 1kW)


Ambil blok pertama sebagai anggaran

550 MWatt = 550 000 kWatt = 550 000 unit
550 000 unit X RM 0.300 = RM 165 000

Maknanya, TNB rugi lebih kurang RM 165,000 atau RM 0.165 juta selama 60 minit kita berkempen.Anggaran sebijik rumah teres 1 tingkat kos sederhana 20”x70”. Ala,berapa sangat ruginya tu,ye tak? Itu belum lagi seluruh dunia. Tapi sekurang-kurangnya ia berbaloi untuk menyelamatkan bumi kan?

So,sekarang ini,mari pula kita kira berapa suhu dunia turun akibat daripada kempen 60 minit ini.Hmmm,korang kira sendirilah,aku takde satelit atau member kat NASA, ada maklumat bagi tahu…hahaha…Salam BPN!

Monday, March 30, 2009

2 Bukit, 1 Batang Menjadi Tumpuan Sekarang

UMNO dah bersatu?

Semua sedia maklum tentang PRK yang akan berlangsung di DUN (N25) Bukit Selambau,Parlimen (P59) Bukit Gantang dan DUN (N29) Batang Ai akan datang ini. Antara PRK yang paling mendapat tempat adalah di Parlimen Bukit Gantang kerana Nizar sendiri akan bertanding walaupun tidak mendapat restu Mursyidul Amnya dan DUN Bukit Selambau yang melibat saingan 15 penjuru yang juga boleh dikatakan antara pencalonan terbanyak PR setakat ini aku rasa.

Untuk mendapatkan maklumat tentang calon-calon yang bertanding di 2 Bukit dan 1 Batang ini,sila klik dibawah untuk makluman lanjut lebih-lebih lagi 13 pencalonan bebas di Bukit Selambau yang entah siapa entah aku pun tak kenal.

MAKLUMAT CALON-CALON (KLIK PADA GAMBAR)


So hayati lah dan kenalai calon anda sebelum membuat pilihan. Selamat mengundi nanti...berkempen ingat Tuhan dan pakai otak yer? heheh...


Monday, March 23, 2009

60 Earth Hour : Kempen Tutup Lampu Seluruh Dunia,Tips dan Kesannya

Earth Hour.Org

Projek yang dikatakan global ini akan dijalankan dan akan berlaku pada 28 Mac 2009 ini selama 1jam atau 60minit dari jam 8:30pm-9:30pm. Apa yang akan berlaku? Ketika ini rakyat jelata dikehendaki menutup lampu dan semua perkakasan elektrik bagi memberi sokongan keatas kempen menyelamatkan bumi ini selama 1 jam.

For Households:
1. Switch off unused lights 2. Switch unused appliances off standby 3. Switch to energy efficient light globes 4. Reduce use of hot water 5. Switch to GreenPower

Bukan sahaja rakyat jelata yang biasa-biasa,malah badan-badan besar kerajaan dan negara turut serta sama,antaranya :
Untuk makluman lanjut,boleh layari web rasmi kempen ini di Earth Hour.Org dan Andiza.Net.

Aku hanya ingin menyatakan pendirian,tips,pandangan dan apa yang sepatutnya kita ketahui pada hari kempen. Aku harap boleh dijadikan renungan dan buah fikiran kepada yang akan join sama kempen ini.

  1. PASTIKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA DIJAGA DAHULU.
  2. KEMPEN 60MINIT INI MUNGKIN AKAN DIJADIKAN TEMPOH BERHARGA KEPADA PENJENAYAH UNTUK MEROMPAK,MENYAMUN,DAN SEBAGAINYA.
  3. PASTIKAN JANGAN TERLALU BERSUNGGUH MENGIKUTI KEMPEN INI,KALAU BERSUNGGUH PUN,AT LEAST PASANG LILIN KE APA,JANGAN LAH GELAP SANGAT.
  4. PIHAK BERKUASA PERLU MEMBUAT RONDAAN KESELURUHAN KAWASAN YANG BERISIKO TINGGI DALAM JENAYAH.
  5. PIHAK BERKUASA AGAMA TURUT SAMA TERLIBAT MEMBUAT RONDAAN,SEMESTINYA PELUANG YANG ADA DALAM 60MINIT DIJADIKAN PELUANG MELEPASKAN NAFSU BINATANG BUDAK-BUDAK SOSIAL.
  6. KEMPEN INI JUGA WAJAR DISAHUT KERANA IA MUNGKIN AKAN MEMBERIKAN STATISTIK YANG BERGUNA KEPADA ORANG-ORANG PENTING DALAM MENJAGA BUMI INI.
  7. DAN DIHARAPKAN STATISTIK NEGATIF JANGAN PULA NAIK KETIKA KEMPEN INI BERJALAN.SILAP-SILAPA RAMAI YANG DAPAT ZURIAT PADA TARIKH YANG SAMA..HEHEHE
Itulah serba sedikit pandangan yang terlintas difikiran aku. Aku cuma nak kongsi dengan semua yang mungkin tidak tahu pasal kempen ini dan mungkin yang tak tahu apa nak buat. huhu..Salam kempen 60 Earth Hour.


Friday, March 20, 2009

Konflik di Perak : Ada Kaitan Dengan Isu Ini Tak?


60 peratus penduduk Perak gemuk


TAIPING 19 Mac - Hampir 60 peratus atau kira-kira 1.3 juta penduduk di negeri ini mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, antara penyebab kepada masalah kegemukan tersebut ialah berikutan kurang melakukan senaman atau aktiviti fizikal selain tabiat pemakanan yang tidak sihat.

''Statistik menunjukkan 59.5 peratus rakyat Perak mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti

''Ini bermakna seramai 1,309,000 daripada 2,200,000 penduduk negeri ini termasuk dalam kategori mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan masalah obesiti," katanya.

Beliau berucap sempena melakukan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Changkat Jering di sini, hari ini.

Tiong Lai berkata, rakyat wajar mengamalkan budaya hidup sihat bagi menggelakkan mereka dihidapi pelbagai penyakit berbahaya.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu mencari ruang untuk melakukan senaman atau aktiviti fizikal lain kerana selain dapat menyihatkan badan, ia juga berupaya mengurangkan tekanan.


Sumber : UtusanMalaysia


AmzCampro berkata :

Adakah isu politik di Perak berkaitan dengan kajian kesihatan yang dilakukan di Perak ini berkaitan dengan obesiti? hahaha...manalah tau kan,bila tekanan tinggi,semua jadi tak betul.Terburu-buru ikut nafsu. Nafsu makan dah tentu dah,tu yang jadi gemuk tu,kemudian nafsu terus menular ke bahagian politik pulak.hahaha...tepuk dada tanya seleralah eh? Just renungan dan gurauan...huhu

Wednesday, March 18, 2009

Politik Wang + Rasuah + Korupsi + Makan Suap = Tak Selamat Dunia Akhirat

Malaysia tak sunyi daripada hal-hal berkaitan dengan masalah-masalah yang jelas-jelas telah termaktub di dalam Al-Quran tentang HARAM nya sesuatu aktiviti atau perkara itu yang masih dilakukan. Sehinggakan aku rasa ia akan berkekalan sampai Kiamat selagai manusia mempunyai NAFSU syaitan.Isu politik wang atau rasuah ini selalu menjadi mainan dibibir dan hati orang-orang politik jika ingin terus menjadi orang yang berwibawa dalam kepimpinan.Tapi hakikatnya ia seolah-olah dibibir sahaja.

Tak kiralah parti apa pun,haluan apa pun,sokong apa pun. Ia masih menjadi trend orang-orang politik dan orang-orang besar yang terus mengaut keuntungan peribadi sehingga memberi kesan kepada masyarakat. Itu belum lagi kes RIBA' atau skandal-skandal lain yang hampeh lagi memburukkan? RASUAH ada banyak bentuk dan definasinya. Berikut adalah maksudnya :

Perkataan “rasuah” berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi “al-risywah”. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. “rasuah” ataupun “corruption” dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi di dalam undang-undang Malaysia.

Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi “bribery and corruption” sebagai perbuatan “giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward” John B. saunders pula dalam kamus Mozley and Whiteley’s Law Dictionary memberi definisi “the Taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty”.

Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:- “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Aku rasa diaorang buat-buat tak faham atau tak tahu apa itu rasuah secara lebih terang dan jelas. Ataupun diaorang dah tahu cuma buat-buat tahu atau dalam kata lain menempah ke TIKET NERAKA lah. Nak jadi pemimpin bukan senang. Hidup kena betul-betul sempurna dari segi fizikal,mental,ilmu duniawi,ilmu akhirat dan semua yang memerlukan jati diri yang kuat. Kalau dah dalam meeting pun tido,ape ke hallnye yeop?

Korang klik lah link kat bawah ini untuk DEFINASI RASUAH yang lebih jelas. Walaupun ia sedikit tapi ia mudah difahami dan dihayati :

DEFINASI RASUAH


Politik Meletihkan : Sudahkah Anda Mendaftar Sebagai Jurutera Siswazah?

Sebenarnya,aku sekarang agak letih membicarakan hal-hal politik negara sekarang. Kira agak bosan gak lah...hehehe..tapi ia tetap menjadi bahan rujukan dan pengetahuan am terkini untuk diri sendiri. BPN tetap BPN..heheheh...Hidup mesti diteruskan,cita-cita mesti diteruskan. Surat diatas mengesahkan status JURUTERA SISWAZAH aku sebelum mencecah tahap JURUTERA PROFESIONAL (boleh ke?) Takpelah,letakkan target dulu,mana tau ada usaha dan rezeki yang berjalan lancar dan telah ditentukan NYA siapa tahu? heheheh...

Siapa yang bergraduat dari bidang Kejuruteraan,daftarlah dengan Lembaga Jurutera Malaysia ini,sekurang-kurangnya ia menjadi sesuatu yang di sahkan statusnya sebagai seorang Jurutera (walaupun aku bukan dalam industrial field) oleh badan-badan utama Kejuruteraan selain IEM.
Daftar jangan tak daftar?!

Tuesday, March 17, 2009

Ranking Badminton Dunia : Chong Wei Jauh Di Depan

Ranking perseorangan dunia

Ranking Beregu dunia


Monday, March 16, 2009

Terbuka Switzerland : Menang Juga Chong Wei dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong

Lee Chong Wei mempamerkan aksi tenang, sabar tetapi bertenaga ketika menentang Lin Dan pada perlawanan akhir Terbuka Switzerland di Arena St. JacobShalle, Basel, semalam. Kali terakhir dia menewaskan Lin Dan ialah pada 15 September, 2007 di separuh akhir Terbuka Jepun. – AP


DATUK Lee Chong Wei akhirnya menamatkan badi kekalahannya kepada Lin Dan apabila menewaskan pemain China itu 21-16, 21-16 untuk menjuarai Terbuka Switzerland, semalam.

Kejayaan manis pemain nombor satu dunia itu bukan sahaja berjaya menebus kekalahannya kepada pemain nombor dua dunia itu pada perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 malah Terbuka China 2008 dan Seluruh England 2009 minggu lalu. Turut muncul juara semalam adalah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan beregu Denmark, Martias Boe-Carsten Mogensen 21-14, 21-18 untuk mengungguli acara beregu lelaki.

Amz Campro berkata:
Akhirnya menang juga Chong Wei dan beregu utama kita pada terbuka Switzerland semalam kan? Sebenarnya mereka boleh buat cuma mungkin nasib tak menyebelahi mereka. Tahniah kepada mereka. Aku rasa Chong Wei antara pemain no 1 dunia negara yang akan pegang rekod paling lama duduk no 1 dunia perseorangan. Harap-harap begitulah...Tahniah!

Friday, March 13, 2009

Keputusan SPM 2008 : Mengharapkan Kualiti Bukannya Kuantiti

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 19 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2.

Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu.

"Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual.

"Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya.

Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik.

Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Sumber : KOSMO

AmzCamPro berkata :

Tahniah aku ucapkan kepada semua pelajar-pelajar yang telah berjaya mengambil keputusan SPM 2008 dengan memperolehi keputusan yang membanggakan. Di khabarkan keputusan SPM 2008 kali ini mencatatkan kenaikan keputusan yang membanggakan iaitu 10,080 daripada 442,936 pelajar mendapat 10A atau lebih dalam matapelajaran yang diambil. Antara pelajar terbaiknya adalah kisah petikan dari KOSMO diatas iaitu memperolehi 19A1 DAN 1A2

Banyak orang mengatakan proses dan hasil keputusan peperiksaan besar sejak kebelakangan ini (atau pun dah lame berlaku) adalah mengikut keadaan dan taraf pembelajaran sesuatu sesi itu. Di mana gred tahap pencapaian minimum (lulus) diubah-ubah mengikut kehendak statistik yang takut-takut lebih untuk kepentingan politik atau membuktikan kesahihan sesuatu projek yang dijalankan itu berjaya.

Contohnya,tahap lulus subjek Matematik untuk sesi ini adalah 15% maka tahap perolehan A1 sudah tentu lebih rendah dari kebiasaan (A1 biasanya 85% keatas sekurang-kurangnya). Maka dapat dilihat disini,pencapaian pelajar boleh berubah-ubah tahun demi tahun mengikut apa yang dikehendaki apabila gred standard sesuatu subjek boleh berubah-ubah. KUALITI sudah tentu akan hilang dek kerana mengejar agenda sendiri. Tak guna KUANTITI bertambah tapi KUALITI menjadi persoalan.

DIHARAPKAN IANYA TIDAK BERLAKU LAH YER? BUKAN NAK TUDUH-TUDUH TAPI INI BOLEH BERLAKU DAN MUNGKIN SUDAH BERLAKU APABILA CERITA-CERITA INI SENTIASA BERMAIN DI MINDA PENDIDIK.

P/S : Aku musykil kerana setiap kali ditemuramah dan minta tips dari pelajar-pelajar yang berjaya kebelakangan ini biasanya akan menjawab mereka terkejut dengan keputusan yang mereka dapat, belajar mengikut mood, tiada kelas tambahan dan sebagainya. Adakah rakyat kita semakin bijak? Kalau begitu baguslah...Jangan kerana nak PPSMI kata berjaya semua turunkan gred...Adus!

Monday, March 2, 2009

Pandangan Dr. Asri Tentang Isu Semasa di Perak

Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak;

1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?

2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.

3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?

4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.

Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

Sumber : MindaTajdid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...