Sunday, July 21, 2013

binatang kegemaran.

Assalamualaikum :)

Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi membela atau pelihara apa-apa haiwan. Tak pernah. Kenkadang tu jeles jugak orang duk bela kucing yang comel-comel, tapi diri ini masih belum ada keberanian yang cukup untuk membela binatang yang bergigi dan berkuku tajam seperti bayangan harimau. Ahaaa gitu kauuu. Aku ni sebenarnya tak takut pun kucing. Aku masih lagi mampu nak pegang, nak belai, tapi pegang gitu-gitu jela. Takde lah takut bebenau. Tapi kalau nak suruh aku bawak bermain bergurau berkejar-kejar dengan haiwan tu hah memang tak la sebab aku ni takutkan kuku dia je. Eee ngilu pulak pikirkan kiki.

Sekarang dah 20 tahun, *belum masuk lagi baru 19, bulan 12 ni baru masuk 20* barulaaaaaah diberi kesempatan dan peluang untuk pelihara seekor haiwan. Tapi bukan kucing ye. Ini :


Ha amik kau sebesar alam aku tepek. *Harap dapat spot sesuatu di tepi kepala tu*

Jadi officiallynya aku adalah penjaga tetap sugar glider yang bernama LILO. Jaga Lilo takdelah aku takut sangat macam nak jaga kucing. Yang ini gigi tumpul. Kuku dia takdelah rasa sakit sangat kalau kena cakar hikhik. Terima kasih ayah kerana sudi melayan kerenah anakmu ini yang mengada-ngada kat kedai haiwan sambil hentak-hentak kaki nak bela ini binatang. 


Umur dia adalah, aku pon tak tahu berapa umur dia kahkah. Tapi dari bulan 4 tak silap aku beli dia ni. Sebenarnya beli sepasang tapi....yang jantan tu dah mati sebab jantan tu kecik sikit dari betina ni masa beli mula-mula dulu. Jadi si betina ni asyik lenyek-lenyek dia sampai tak bermaya  and then terus mati. Sob sob.


Sejak itu, Lilo jadi janda pada usia yang sangat muda. Eh janda ke balu? k whatever. Takde teman nak bermain, gurau-gurau, gigit-gigit dan memekak di tengah malam saat orang semua diulit mimpi. Waaaaaaah ayat. Jadi bila yang jantan tu dah mati, kasih sayang pada Lilo ni lebih sikit la sebab taknak dia mati jugak. Taknakkkkk. Dan Alhamdulillah sekarang Lilo dah makin berisi sebab kerja dia makan tidur makan tidur. Kalau keluarkan dari sangkar, tak lengah terus dia kencing dan berak kat aku, Soooooooo nice of you baby, puih.


Pedulikan tuan kepada Lilo yang overrrrrrr nak mampus tu. Time ni lah dia kencing atas shawl half moon kesayang ku sob sob.

Time ni aku bersahur, dia pon nak bersahur jugak.

So korang kalau ada haiwan peliharaan mai lah share! Itu jelah post kali ni. Esok lepas subuh dah kena gerak kolej. Dah kena tidur sekarang. Kugagahkan juga update blog semata demi cinta, ew.

Tilll then, assalamualaikum :)

3 comments:

combi said...

comei...tp tkt nk pgg...active sgt..huhu

Atiqah Yusoff said...

cute nyer sugar glider tu.. Ika pon ada bela haiwan kesayangan nama dia benz.. Nak tahu apakah sebenarnya benz?? Tunggu balas post untuk amy syahirah di nurulatiqahmy.blogspot.com ^_^

syasya said...

Assalammualaikum amy! sis pon ade bela sugar glider ^^ nama milo n misu.dua dua betina and now sis tengah mating kan mereka dengan kawan sis punya suggies. rajin rajin la update about suggies ok.. sis suka bace ^^