Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel wad nicu

Wad NICU Putrajaya

Imej
Sambungan dari  post yang lepas (klik sini) . Selepas jumpa wife, aku pun nak pergi tengok anak, sampai kat NICU.. Maaf Encik... tak boleh masuk lagi, doktor tengah buat prosedur... haduih... lama lagi ke? Maybe lepas maghrib baru boleh... Sedih aku... risau pun ada.... doktor ni buat apa? yelah aku mana tau benda apa doktor-doktor ni buat kat anak aku... dalam hati aku berdoa agar dipermudahkan segalanya... Tunggu punya tunggu... maghrib pun tak boleh masuk lagi... hadoi... aku dah risau nih... yelah... lahir tak cukup bulan... lagi 2 hari nak cukup 8 bulan... sebelum bersalin lagi, Doktor dah beritahu dan pesan macam-macam pasal kelahiran kembar tak cukup bulan ni... risau bangat nih!! Masa Aqil dulu tak macam ni... Aku berdoa pada Allah agar permudahkan segalanya, beri aku kekuatan untuk hadapi dugaan ni... macam-macam aku fikir, kritikal ke ok ke?!! hadoi... tak tenang jiwa selagi tak dapat tengok... Setelah menunggu agak lama, barulah aku dibenarkan masuk... rasanya ...