Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Saiful. Show all posts
Showing posts with label Saiful. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Saiful: Najib terkejut dengan pendedahan saya - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.

Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata pertemuan dengan Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa pula, adalah ‘watak utama’ semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Musa ada menghubungi beliau, Saiful menjawab beliau yang menghubungi Musa.

Karpal: Kenapa telefon dia?

Saiful: Nak mengadu masalah saya.

Karpal: Banyak masalah bukan?

Saiful: Memang saya banyak masalah.

Karpal: Ada jumpa dia?

Saiful: Contact (hubungi) sahaja.

Karpal: Bila?

Saiful: Pada 25 Jun 2008, sebelah pagi.

Karpal: Kamu contact dia untuk ceritakan masalah kamu bukan?

Saiful: Ya, tapi saya hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh KPN kerana mungkin dia ingat panggilan main-main dan beliau meletakkan telefon. Beliau juga mengingatkan saya untuk tidak menelefonnya lagi.

Disoal-siasat lagi oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.

“Najib (kiri) terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.

Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.

Malaysiakini

Tuesday, May 11, 2010

Kewibawaan Saiful dicabar, mahkamah ditangguhkan - Malaysiakini

Perbicaraan kes liwat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan peguambela , Karpal Singh menyoal balas pengadu, Saiful Bukhari Azlan.

Karpal berhujah oleh kerana Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

"Memang pasti ada kesilapan berhubung dakwaan, dan perlu untuk melihat semula kenyataan yang dirakamkan.

"Di Malaysia, kita ketahui hubungan seks antara lelaki dengan lelaki walaupun dengan kerelaan adalah satu kesalahan. Bagaiamanapun, saksi telah berulangkali berkata dan menegaskan bahawa perhubungan seks itu tanpa kerelaaanya,” kata Karpal.

Katanya lagi, penyiasatan sepatutnya dijalankan mengikut seksyen 377c.

Karpal kemudiannya berkata Saiful menipu dan cuba mencabar keboleh-percayaan atau kewibawaannya sebagai saksi.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata ini kali pertama perkara seumpama itu timbul - tertuduh didakwa dengan hubungan seks (liwat) secara rela sedangkan bukti yang dikemukakan menunjukkan ia dilakukan tanpa rela.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga esok dan akan memutuskan sama ada membenarkan pemohonan peguam bela untuk mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Sebelum itu, Saiful memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira adalah anggota polis tunggal yang mengambil kenyataanya. Dia tidak dapat mengingat jumlah kenyataan yang diberikan kepada polis.

"Setiap kali, kenyataan itu dirakamkan di balai polis Brickfield dan juga tempat lain.

"Kenyataan pertama dirakamkan pada 29 Jun 2008,” kata Saiful dengan menekankan bahawa dalam kenyataan itu, dia memaklumkan bahawa dia diliwat tanpa kerelaan.

Ditanya oleh peguam, Karpal Singh sama ada dia membuat kenyataan itu di luar mahkamah, saksi itu berkata dia tidak ingat.

Awal pagi tadi, keadaan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kecoh apabila beberapa pemyokong Anwar cuba meloloskan diri untuk memasuki dewan perbicaraan walaupun tidak mempunyai pas masuk

Turut mengiringi Anwar adalah isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum 20 tahun penjara - hukuman yang sekaligus akan menamatkan karier politik ketua pembangkang ini yang telah berjaya menyatukan pembangkang untuk menafikan BN penguasaan dua pertiga BN di parlimen selepas pilihan raya umum 2008.

Anwar telah disabitkan dengan kesalahan liwat pada 2000, di samping hukuman atas kesalahan salahguna kuasa sebelumnya - selepas beliau dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada 1998.

Sabitan bagi tuduhan liwat itu dikecam secara meluas kerana didakwa tidak adil dan ia kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Berikutan itu, Anwar layak bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi terburuk BN, termasuk hilang kuasa di lima negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Manakala PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dengan tambahan kerusi.

Malaysiakini

Wednesday, May 5, 2010

Karpal: Bukti Mungkin Diletakkan Pihak Tertentu - TVS

Sampel air mani yang diperoleh dari dubur Saiful Bukhari Azlan berkemungkinan besar telah diletakkan pihak tertentu untuk menganiaya Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, tegas peguam Karpal Singh beberapa ketika sebelum Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar.

Ini kerana laporan dari tiga doktor kerajaan di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada kesan tusukan pada dubur penuduh.

"Jika tiada tusukan, bagaimana mungkin adanya kesalahan?" soal Karpal di hadapan Hakim Besar Malaya Arifiin Zakaria, Hakim James Foong dan Hakim Mahkamah Rayuan Suriyadi Halim Omar.

"Kehadiran air mani seraya mencadangkan bahawa bukti ini telah diletakkan di situ. Logik akal mengatasi segala syak kerana para doktor sendiri mengesahkan tidak ada tusukan. Lantas, dari mana datangnya sperma ini?" tegas beliau.

Sebelum itu, Peguamcara II Mohd Yusof Zainal Abiden yang mengepalai pasukan pendakwaraya terhadap Anwar Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa calitan empat putik kapas membuktikan kehadiran air mani.

Yusof berkata penemuan spermatozoa pada putik kapas ini diperoleh dari calitan keatas dubur penuduh, seraya menunjukkan adanya perlakuan sodomi.

Selepas mendengar hujah dari kedua-dua belah pihak, panel tiga hakim di Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar Ibrahim menggugurkan pertuduhan fitnah liwat.

Hakim Besar Malaya Arifin Zakaria berkata hujah kedua-dua pihak sewajarnya dibuktikan dalam perbicaraan penuh.

TVS

Mahkamah Tolak Rayuan Anwar - TVS

Usaha Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk mengugurkan pertuduhan fitnah liwat gagal selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya hari ini.

Mahkamah menolak rayuan Anwar supaya pertuduhan fitnah digugurkan atas alasan laporan perubatan yang mengesahkan penuduh, Saiful Bukhari Azlan, tidak 'dibaca' secara keseluruhan.

Laporan ini digunakan pasukan peguambela Anwar untuk membuktikan bahawa pertuduhan Saiful adalah berniat jahat.

TVS

Thursday, March 25, 2010

Liwat II: Saiful disoal balas pada 10 Mei - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 14 Mei depan untuk perbicaraan kes liwat membabitkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kemudiannya akan disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos.

Jumlah hari yang ditetapkan untuk perbicaraan itu adalah 39 hari.

Pada perbicaraan yang akan bersambung pada 10 Mei nanti, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu akan disoal balas oleh pihak pembelaan.

Mohd Saiful sepatutnya disoal balas pada 8 Feb setelah pihak pendakwaan selesai membuat pemeriksaan utama pada 5 Feb tetapi kes itu tertangguh kerana Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri kerana didakwanya berat sebelah tetapi hakim itu membuat keputusan untuk tidak menarik
diri.

Dalam prosiding pada 18 Feb, mahkamah menetapkan hari ini untuk sebutan sehingga menunggu selesainya rayuan Anwar berhubung keputusan Hakim Mohamad Zabidin untuk tidak menarik diri.

Bagaimanapun, pada 16 Mac, Anwar menarik balik rayuannya itu dengan alasan mahu supaya kes itu dipercepatkan.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah apartmen di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Apabila mahkamah bersidang hari ini, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, meminta mahkamah menetapkan tarikh seawal minggu depan bagi meneruskan perbicaraan kes itu.

Bagaimanapun, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dan Anwar perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Anwar ialah Anggota Parlimen Permatang Pauh manakala Karpal ialah Anggota Parlimen Bukit Gelugor daripada DAP.

Mohamed Yusof berkata bahawa itu tidak boleh dijadikan alasan tetapi Karpal menjawab bahawa beliau dan Anwar mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Karpal mencadangkan Julai sebagai tarikh yang sesuai kerana beliau boleh hadir sekiranya kes itu ditetapkan sepanjang bulan itu.

Bagaimanapun Hakim Mohamad Zabidin berkata tarikh itu terlalu lewat dan mencadangkan pula ia dijalankan pada Mei, dan selepas pihak-pihak terlibat berbincang dalam kamar hakim kemudiannya, tarikh-tarikh itu dipersetujui.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Malaysiakini

Friday, February 19, 2010

Kes Anwar: Hakim Enggan Undur, Karpal Dedah PM-Rosmah Sebagai Dalang - TVS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini secara rasmi diberitahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful ,pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul. Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan sekarang,”katanya.

TVS

Anwar Dalam Bicara 6 - PerakExpress

Saya difahamkan Anwar Ibrahim sedang memenuhi beberapa syarat sebelum meneruskan usaha menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Saya tidak pasti sama ada Saiful Bukhari tahu akan syarat-syarat ini. Saya sendiri tidak arif tentang syarat-syarat ini jika ada, cuma tentu saja sebahagian daripada caranya ialah dengan Anwar sendiri bertanding, menang dan masuk semula ke Parlimen untuk melakukannya.

Saiful tahu Anwar sudah punya cukup orang untuk tujuan ini. Meskipun Saiful tidak menguruskan semua nama-nama Ahli Parlimen yang akan bersama Anwar, beliau dapat mengagak melalui pelbagai maklumat yang dibualkan.

Usaha menghalang Anwar ini sampai masuk ke peringkat beliau sanggup mengangkat sumpah beberapa waktu sebelum Anwar bertanding dalam Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.

Saiful cuba membayangkan kepada orang ramai bahawa kejadian tersebut memang berlaku. Inilah permainan minda (mind game) yang cuba dibawa oleh Saiful agar rakyat perlahan-lahan boleh mempercayainya.

Ya, tentu saja keadilan kepada Saiful patut diberikan sama seperti keadilan kepada Anwar. Saiful mempunyai ruang seluas-luasnya diberikan media massa, dan ruang ini tidak untuk Anwar Ibrahim. Sebab itu saya katakan ini ialah perhitungan politik.

Penyokong Saiful berkeras mahu keadilan diberikan kepada Saiful dengan mendengar kes-nya di mahkamah. Untuk saya ini mereka ini bahalul yang memekakkan telinga, membutakan mata serta mengabaikan dhamir mereka untuk mengerti.

Tidaklah Anwar dan para pendokongnya menafikan bahawa Saiful berhak membawa kes ini ke mahkamah, namun mahkamah yang bagaimana boleh diharapkan?

Ada pula yang mengatakan bahawa Anwar telah menanam rasa tidak percaya dalam diri rakyat kepada mahkamah bagi menjustifikasikan bahawa beliau dizalimi jika mahkamah mensabitkan beliau bersalah. Hakikatnya mereka memang mahu mahkamah mensabitkan Anwar bersalah bagi membolehkan mereka terus wewenang berbuat negara ini seperti mak bapa mereka yang punya.

Mereka lupa bahawa jika rakyat tidak dapat mempercayai mahkamah, itu merupakan silap mahkamah sendiri yang gagal menunjukkan kebebasan mereka sebagai institusi.

Kita tidak perlu pergi jauh, cukup dengan melihat latar belakang Ketua Hakim Negara dan kaitannya dengan UMNO. Ya, ia mungkin dulu, tapi bukankah prinsip keadilan itu antara lain mesti dilihat adil? Kenapa bicara keadilan yang mereka katakan bersifat selektif?

Dengan kata-kata mereka itu cukup untuk menunjukkan biadapnya mereka meremehkan kemampuan rakyat berfikir.

Satu lagi peristiwa memalukan institusi negara ialah apabila laporan polis Saiful pada 28 Jun 2008 itu amat sukar untuk diserahkan kepada Anwar dan pasukan peguam bela-nya sedangkan ia adalah prosedur biasa yang tidak sukar. Tindakan ini juga adalah satu lagi bukti menjawab siapa yang melambatkan kes dan kenapa teori permainan minda (mind game) itu relevan untuk difikirkan.

Kenapa ia sukar diserahkan?

Kita boleh merujuk kes 1998 bila bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar mengaku di mahkamah bahawa beliau bukan saja tidak diliwat tetapi juga ‘mengikut arahan’ Musa Hassan dalam keterangannya.

Jadi, tidak mustahil kita katakan bahawa salinan laporan polis ini begitu sukar diberikan kepada Anwar, waima sekitar sebulan laporan telah dibuat! Ini tidak lain dan tidak bukan satu usaha untuk menyiapkan ‘skrip’!

Laporan polis Saiful akhirnya diketahu umum berbunyi begini:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
Perhatikan laporannya:

Perkara tersebut dikatakan tanpa kerelaan Saiful, namun pertuduhan yang datang kemudian ialah dalam Seksyen 377B yang merujuk kepada perhubungan luar tabii secara sukarela.

Beliau menulis kali terakhir, membayangkan perbuatan tersebut pernah berlaku sebelumnya. Hakikatnya, pertuduhan yang dibincangkan di mahkamah hanya merujuk satu tarikh sahaja dan jika benar beberapa kali, dan tanpa rela, ia berbunyi sangat aneh.
Jika ia berlaku hanya sekali iaitu pada 26hb Jun sebagaimana didakwa, bagaimana isu ini boleh dibincangkan dengan DS Najib beberapa hari sebelumnya? Dan lebih aneh, selepas bincang dengan DS Najib dalam keadaan yang disebut ‘trauma’, boleh datang jumpa Anwar dan hadir dalam majlis Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pada 27hb Jun?
Kes ini untuk saya pincang sejak mula. Namun mahkamah tetap mahu membicarakannya. Dalam realiti ini, kita konon diajak menunggu keputusan mahkamah oleh mereka yang takut mengambil sikap.

Mereka jauh lebih berpolitik berbanding kita!

PerakExpress

Anwar Dalam Bicara 5 - PerakExpress

Oleh: Amin Ahmad

Saya ulang: teori saya kenapa Saiful Bukhari tergesa membuat pertuduhan jijik kepada Anwar adalah berpunca daripada terdesaknya kerajaan menghalang kemaraan arus reformasi. Ia ditandai dengan beberapa perkara iaitu:

1. Pengisytiharan agenda 16 September 2008.
2. Anwar Ibrahim memutuskan untuk bertanding.
3. Laporan polis berkaitan pemalsuan bukti oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Saya tidak terkejut jika maklumat ini diketahui oleh sebilangan politikus kerajaan, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tapi saya percaya kita wajar terkejut jika sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat ini ialah dari Saiful Bukhari.

Sebolehnya mereka mahu menghalang Anwar dari muncul terus dalam arena politik negara. Sebab itu kemarahan Dr. Mahathir kepada Pak Lah cukup besar (meskipun kejatuhan Pak Lah lebih didorong oleh faktor kelemahan kepimpinan beliau).

Berlindungnya Anwar dalam Kedutaan Turki bukanlah tanpa maklumat sokongan. Selain daripada mengelak ditangkap atas tuduhan jahat ini, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman terhadap nyawanya. Umum maklum bagaimana beliau dibelasah, ditelanjangkan, dibiarkan terlantar tidak berubat atau dirawat, malah lebih dahsyat lagi zalimnya Dr. Mahathir membuat pertuduhan bahawa Anwar menumbuk matanya sendiri. Kenyataan ini sebenarnya amat memalukan dan menunjukkan akhlak sebenar Dr. Mahathir sebagai pemimpin.

Bukan itu saja, memang ada beberapa kes termasuk terhempasnya helikopter yang membawa arwah Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri di mana ia sepatutnya dinaiki Anwar. Juga dalam isu Arsenik.

Ternyata mereka merancang Allah s.w.t. juga merancang. Jelaslah perancangan Allah s.w.t. adalah yang lebih baik. Balasan Allah s.w.t. sentiasa menanti bagi tiap amal baik dan buruk kita – termasuk saya! Ia akan dijelaskan segera, dilambatkan atau ditangguhkan di akhirat. Dan Dia tidak lalai serta telah menegaskan bahawa hamba-Nya tidak akan diuji setimpal dengan kesanggupan mereka.

Melihat mood 16 September terus marak dan orang tidak mempedulikan langsung malah memperlekehkan tuduhan jahat Saiful kepada Anwar, tiba-tiba muncul tindakan lebih berani yang dibuat beliau: bersumpah.

Sama seperti kes 1998, ada yang menuntut Anwar bersumpah. Saya terasa aneh dan menolak pandangan mufti Perlis pada waktu itu yang turut berpendapat Anwar perlu bersumpah mubahalah. Sejak 1998, Anwar bukanlah tidak pernah dinasihati oleh bijak pandai agama agar tidak termakan dengan tuntutan ini. Pun begitu, akibat tekanan memuncak, terlepas juga beliau bersumpah semasa di Selatan tanah air jika ingatan saya tidak silap.

Kenapa saya mengatakan tidak perlu bersumpah?

1. Dalam kaedah Islam, tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar jelas tertera. Ia masuk dalam kategori jenayah di mana ia menuntut proses pembuktian.

2. Sumpah tidak boleh diambil sebagai hujah membuat keputusan di bawah undang-undang jenayah, meskipun benar. Sebab itu dalam hal ketidakadilan, iman kepada Hari Kiamat itu penting – di mana manusia akan dibangkitkan dan berdepan dengan pengadilan Allah s.w.t. untuk setiap zarah kebaikan keburukan kita.

3. Katakan Saiful bersumpah, Anwar juga bersumpah. Ia tidak menyelesaikan keadaan malah tetap perlu kepada beban pembuktian. Peliknya mahkamah kita dalam beberapa kes ialah yang tertuduh perlu membuktikan bahawa mereka tak bersalah tanpa si penuduh perlu membuktikan tuduhan mereka sahih. Ini terkeluar dari semangat Islam. Alasan menyerahkan kepada Allah s.w.t. selepas kedua-dua bersumpah untuk saya tidak memberi keadilan kepada si penuduh dan tertuduh selaras dengan kaedah Islam.

4. Ramai yang lupa dan perlu saya ingatkan semula bahawa segala keterangan di mahkamah dibuat selepas angkat sumpah. Jadi tidak timbul soal Anwar berani atau tidak bersumpah kerana sumpah itu tetap berlangsung di mahkamah jenayah. Untuk rekod, terdapat keterangan polis semasa kes 1998 bahawa mereka sanggup bersumpah di mahkamah! Ini adalah satu kecelakaan dan keangkuhan yang perlu dibendung dari mengambil tempat.

5. Jika sumpah mahu diambil kira sekalipun, ia hanya untuk diri sendiri, bukan kepada pihak lain yang terlibat dalam tuduhan atau pembelaan. Maksud saya, beban sumpah Saiful adalah kepada dirinya, bukan kepada Anwar.

Maka apa?

Saya mengatakan bahawa sumpah Saiful tidak lebih daripada satu permainan minda (mind game) untuk memberi gambaran bahawa beliau di pihak yang benar dan Anwar di pihak yang salah.

Begitu juga kemunculan beliau di mahkamah dengan imej dahi hitam seolah-olah beliau warak. Saya tidak bermaksud mempertikai amalan individu, tapi terlanjur hal ini dipolitikkan beliau sebegitu rupa, maka beliau harus terima bila orang ramai melihat beliau dalam neraca politik.

Ini semua adalah falasi berfikir! Dan menguatkan teori politik di belakang kerja ini ialah pendedahan Ustaz Ramlang Porigi bahawa pegawai Perdana Menteri terlibat mengaturkannya serta pemilihan waktu ketika Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Orang Melayu khususnya, dan rakyat umumnya bukan bodoh untuk tahu bahawa memang ada sejumlah manusia yang sedia bersumpah ketika terdesak untuk mempertahankan diri. Semoga Allah s.w.t. melaknat mereka yang bersumpah palsu!

PerakExpress

Anwar Dalam Bicara 4 - PerakExpress

Oleh: Amin Ahmad

Ada komentar yang mengatakan bahawa siri tulisan ini menyerang peribadi Saiful. Ia nampak macam betul kerana itulah perspektif yang mahu diambil mereka dan itulah yang mereka buat pada Anwar Ibrahim. Tapi satu perkara yang berbeza ialah mereka beria-ia mempertahankan bahawa Anwar Ibrahim pesalah sedangkan siri artikel ini menyatakan beberapa fakta dan juga cadangan agar peguam dan sesiapa juga bersikap kritis kepada Saiful Bukhari.

Ramai menganggap Anwar tidak memberi keadilan kepada Saiful Bukhari berikutan acapkali kes yang ada tertangguh. Hakikatnya, peguam Saiful dan Saiful sendiri yang tidak serius mengendalikan kes ini kerana tidak mematuhi undang-undang misalnya dalam penyerahan bukti kes untuk disemak dan disediakan hujah balas.

Sebab itu saya katakan bahawa mereka sedang menggunakan taktik ‘mind game’ untuk menanam keraguan demi keraguan kepada Anwar Ibrahim. Di samping itu, jika kita membaca dan mendengar penjelasan di mahkamah, Saiful ternyata mengulang naratif 1998 iaitu cukup dengan memalitkan imej negatif kepada Anwar untuk dipanjangkan media kepada massa.

Percayalah, jika mereka sudah cukup puas dan mati hujah dalam pengendalian kes ini, mereka akan cuba menunjukkan mereka kalah dari segi teknikal. Dalam kes 1998, mereka cuba menggambarkan melalui hakim kononnya hakim percaya kes memang berlaku tapi tak ada bukti kukuh. Saya tidak tahu ke mana para hakim mahu meletakkan imej institusi kehakiman dengan komentar demikian. Apa hak hakim untuk membuat ulasan bersifat peribadi. Jika hakim ada asas untuk percaya, tentu saja kes itu tidak habis sebegitu sebaliknya para Pendakwa Raya kes 1998 akan cuba menterjemahkan keyakinan hakim.

Begitulah rakyat mahu dibodohkan oleh mereka. Dan saya tidak hairan dengan segelintir rakyat yang memilih untuk diperbodohkan.

Dalam tulisan lepas, saya mengatakan bahawa maklumat dari pejabat Anwar keluar bukan saja kepada Saiful, tetapi dipanjangkan kepada pihak ketiga. Saya tidak tahu secara pasti, tapi saya percaya peguam boleh menyoal tentang ini. Jangan terkejut kerana hujah konspirasi akan dijawab hakim sebagaimana Augustine Paul (kini mendiang) – tidak relevan.

Saya percaya kerana khabarnya Saiful ada bertemu Rodwan, pegawai polis yang turut sama terlibat dengan kes 1998 di satu bilik sebuah hotel. Setakat ini belum ada kenyataan penafian daripada Rodwan dan Saiful sendiri meskipun maklumat ini telah disebarkan berbulan lamanya.

Tentu saja mereka tertanya bagaimana Raja Petra atau Anwar mendapat maklumat ini? Saya tidak tahu, tapi jujurnya ia menambahkan rasa yakin orang ramai kepada sumber maklumat melalui jaringan mereka. Ya, pendekatan jurnalis penyiasatan memang tidak popular di Malaysia, dan Raja Petra dilihat agak ke hadapan.

Anwar pernah membuat makluman bahawa tuduhan Saiful kepadanya ada bersabit dengan laporan polis yang mahu dibuat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara berkaitan kes 1998. Mungkin maklumat ini berguna untuk ditunjukkan sama ada berlaku hubungan antara Saiful dengan kedua penjawat awam ini.

Sebetulnya semasa hari Saiful membuat laporan polis, saya sedang membantu Institut Kajian Dasar (IKD) menjalankan Seminar Kebijakan (baca: dasar) untuk aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Quality. Saya tidak tahu waktu sebenar Saiful membuat laporan, tapi saya menyedari bahawa Anwar mendapat maklumat ini sekitar waktu Maghrib.

Hotel Quality mulai dipenuhi orang ramai kemudian – ia mungkin kerana maklumat melalui Berita TV.

Seminar kami hampir tergendala kerana peserta tinggal separuh bila yang lain mulai mengawal keadaan dan juga berbincang dengan Anwar. Saya tidak tahu bila dan bagaimana Anwar dibawa keluar dari hotel tetapi kemudian saya difahamkan beliau berlindung di Kedutaan Turki.

Ramai yang mempertikai kononnya Anwar penakut. Hakikatnya, Anwar dinasihat ke sana berikutan isu keselamatan dan juga kebarangkalian beliau ditangkap atas tuduhan jenayah (meskipun belum dibuktikan!).

Kehilangan Saiful memang tiba-tiba. Saiful mendakwa 26hb kejadian berlaku, 27hb di majlis AIC dan beliau sempat singgah ke pejabat PKR di Tropicana dan selepas itu gagal dihubungi. Tiba-tiba difahamkan Saiful ada mengirim e-mel ‘letak jawatan’ kerana alasan disiplin. Wow, letak jawatan tanpa surat lantikan!

Kita wajib berasa aneh bila Najib bertukar alasan tentang dakwaan Saiful berjumpanya. Najib memang tidak ada pilihan. Beliau tidak dapat menafikan pertemuan ini kerana tentu saja beban besar akan ditanggungnya jika pertemuan ini dapat dibuktikan terjadi. Maka alasan yang diberi ialah urusan biasiswa. Di situ ia mengundang tawa. Wah, hebatnya Saiful!

Dan akhirnya Najib mengakui bahawa Saiful datang kepadanya ‘mengadu’ dan ‘kelihatan trauma’. Semudah itu Saiful mendapat ruang bertemu Najib! Agaknya rakyat didahulukan itu merujuk kepada Saiful!

Memang wajar hal ini dipersoal kerana aktivis mahasiswa dan NGO misalnya, jangan harap semudah itu dapat berjumpa Perdana Menteri! Menteri pun sukar! Paling tidak pun hanya dapat bertemu pegawai khas!

Ops, jangan lupa bahawa ketika itu Najib hanya seorang Timbalan Perdana Menteri!

PerakExpress

Wednesday, February 17, 2010

Anwar gagal dalam rayuan batalkan tuduhan liwat - Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Datuk Abu Samah Nordin berkata tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.

Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

Abu Samah juga berkata, mahkamah berpandangan bahawa Anwar juga gagal membuktikan bahawa tuduhan itu merupakan satu penindasan dan menyalahguna proses mahkamah.

Oleh itu, katanya, perbicaraan kes liwat terhadap Anwar hendaklah dibenar diteruskan.

Mahkamah juga menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut, sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut dijadualkan bersambung esok, dengan Mohd Saiful menjadi saksi pertama dipanggil memberi keterangan.

Malaysiakini

Kes qazaf Anwar ditangguh hingga 10 Mac - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 10 Mac untuk mendengar hujah tiga responden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan ketua umum PKR itu untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat kerana peguam Anwar memerlukan masa untuk menjawab afidavit tiga responden tersebut.

Tiga responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Tarikh tersebut dipersetujui bersama oleh kedua belah pihak.

Kesemua responden tersebut diwakili tiga peguam, termasuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Anwar pula diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Aniah Kamaruzaman.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Anwar, 62, berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Ketiga-tiga responden tersebut dinamakan dalam permohonan Anwar kepada Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Mohd Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.

Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.

Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.

Malaysiakini

Friday, February 5, 2010

Anwar keluar kandang, Mohd. Saiful diketawakan - Utusan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari kandang tertuduh.

Bagaimanapun, tindakan Ketua Pembangkang itu keluar dari kandang tersebut adalah dengan kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Ini kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat melihat dengan jelas tayangan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan keluar masuk ke Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini.

Rakaman CCTV itu dipaparkan di dua buah skrin tv bersaiz kira-kira 50 inci yang setiap satunya diletakkan menghadap hakim dan galeri awam.

Tayangan tersebut sepatutnya merangkumi rakaman bekas pembantu peribadinya memasuki premis kondominium tersebut bermula dari pos pengawal hingga dia keluar di tingkat lima yang merupakan laluan ke unit kondominium 11-5-1 yang didakwa merupakan tempat dia diliwat.

Bagaimanapun, ekoran terdapat masalah teknikal, rakaman keluar masuk di pos pengawal tidak dapat ditayangkan dan hanya rakaman bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang itu keluar masuk lif ditunjukkan.

Ketika dibenarkan keluar dari kandang tertuduh, dilihat salah seorang anak perempuan Anwar mangambil pelapik belakang berwarna merah dari kandang tersebut dan meletakkannya di salah sebuah kerusi yang dikhaskan untuk polis mahkamah.

Pelapik tersebut kemudian diserahkan kepada Anwar untuk digunakan apabila dia duduk di sebelah salah seorang peguamnya, Marisa Regina Fernando.

Pelapik tersebut bagaimanapun dilihat tidak digunakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semalam.

Tayangan rakaman tersebut mengambil masa kira-kira 15 minit sebelum keterangan Mohd. Saiful Bukhari diteruskan.

Sementara itu, saksi pendakwa pertama itu telah diketawakan oleh beberapa orang awam dan peguam-peguam bela Anwar apabila memberi keterangan berhubung pemeriksaannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ini kerana, sewaktu diminta mengenal pasti sebatang putik kapas, Mohd. Saiful Bukhari dengan yakin menyatakan bahawa putik kapas tersebut digunakan untuk mengambil sampel daripada tubuhnya.

Bagaimanapun, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahunya bahawa putik kapas yang ditunjukkan adalah baru dan masih belum digunakan.

Utusan

Wednesday, February 3, 2010

Anwar minta dibicara, Saiful beri keterangan - Malaysiakini

Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini. Ketua umum PKR itu tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan minta dibicarakan.

Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, DPP Nordin Hassan berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Nordin berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Berikut adalah kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

4.40pm: Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar brerhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

4.30pm: Mohd Saiful berkata dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya.

4.15pm: Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

4.05pm: Mohd Saiful berkata Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.

Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut.

Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.

4.00pm: Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

3.55pm: Mohd Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.

Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.
Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Jan lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.

Malaysiakini

Tuesday, July 14, 2009

Pendakwaraya UK: Pertuduhan Tidak Boleh Atas Bukti DNA Semata-mata - TVA

Pihak pendakwaraya di United Kingdom tidak akan membawa pertuduhan terhadap seseorang semata-mata atas bukti DNA tanpa disokong oleh bukti lain yang kukuh, kata seorang pendakwaraya kanan negara itu.C Max Madurai berkata ini kerana bukti DNA mempunyai risiko tersendiri, dan jika diterima bulat-bulat tanpa bukti sokongan, boleh menyebabkan seseorang dituduh atas jenayah yang tidak dilakukan olehnya.
"Dasar Perkhidmatan Pendakwaraya Awam, CPS Britain ialah pendakwaan tidak boleh dimulakan berlandaskan padanan DNA semata-mata. Ini kerana bukti DNA itu sendiri terdedah kepada pelbagai risiko dan oleh itu harus disokong dengan bukti-bukti lain yang kukuh bagi menyokong pertuduhan," beliau memberitahu Suara Keadilan.

Madurai berkata demikian apabila diminta mengulas langkah pendakwaraya di Malaysia membawa pertuduhan liwat yang banyak berpaksi kepada bukti DNA, terhadap Anwar Ibrahim.

Pihak pendakwaraya di Malaysia ghairah membawa pertuduhan itu sungguhpun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi mendapati tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan pengadu, Saiful Bukhari Azlan kononnya beliau diliwat. Peguam-peguam Anwar dijangka mencabar bukti DNA terhadap Anwar yang menurut mereka amat dipertikaian serta tidak disokong oleh sebarang keterangan atau bukti yang kukuh.

Madurai mengaku bahawa dalam sebarang kes seksual, laporan perubatan mangsa amat penting dalam kes-kes di Britain untuk membuktikan berlakunya sesuatu jenayah.

Merujuk kepada bukti DNA, Madurai yang telah berkhidmat lebih lima tahun sebagai pendakwaraya, menjelaskan data bank DNA United Kingdom adalah antara yang termoden di dunia, namun ia tidak kalis daripada membuat padanan DNA yang tersasar kerana mengendalikan begitu banyak sampel DNA setiap tahun.

Bank DNA itu dikatakan mempunyai sampel DNA daripada lebih 5 juta individu.

Ditanya mengenai bahaya membawa pertuduhan berasaskan bukti DNA semata-mata, Madurai merujuk pada kes-kes di mana bukti DNA tidak dapat menjelaskan hakikat bahawa suspek tidak mungkin melakukan sesuatu jenayah kerana keadaan tertentu.

Beliau merujuk kepada kes seorang bernama Raymond Easton yang dikaitkan dengan kejadian pecah rumah 200km dari rumahnya. Walaupun polis mempunyai bukti DNA, namun Easton tidak mungkin melakukan jenayah itu kerana dua sebab utama: (1) beberapa ahli keluarganya mengesahkan beliau berada di rumah ketika kejadian itu dan (2) beliau mengidap penyakit Parkinson yang kronik yang tidak membenarkannya memandu, memakai baju atau berjalan lebih 10 meter tanpa bantuan.

"Walau bagaimanapun Easton telah ditahan polis selama beberapa jam. Pihak polis mengambil tiga bulan lagi untuk menggugurkan tuduhan pecah rumah terhadap beliau. Ini jelas menunjukkan jika tidak ada bukti kukuh lain yang membersihkan beliau daripada melakukan jenayah berkenaan, sudah tentu beliau telah diheret ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan yang tidak adil," kata Madurai.

Justeru, kata Madurai, amat penting untuk pendakwaraya mempunyai bukti kukuh selain bukti DNA bagi memastikan keadilan untuk seseorang dalam membawa pertuduhan terhadapnya.

TVA

Laporan 3 Pakar HKL, Bukti Muktamad Saiful Tidak Diliwat - TVA

Laporan pemeriksaan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa beliau diliwat merangkumi bukti DNA yang mencurigakan di samping mengesahkan secara rasmi bahawa tidak ada bukti klinikal menunjukkan bekas pembantu Anwar Ibrahim itu diliwat.

Pemeriksaan mendapati wujudnya dua sampel DNA lelaki berlainan pada tubuh Saiful, namun pemeriksaan klinikal tidak menyokong dakwaan Saiful bahawa beliau diliwat.

Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.

Ketiga-tiga doktor pakar berkenaan mengesahkan dalam laporan mereka bahawa pesakit yang diperiksa adalah Mohd Saiful berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, umur dan bangsa beliau serta nama pegawai polis yang menyiasat kes iaitu DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira.

"Lelaki Melayu berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh seorang tokoh masyarakat terkenal sejak tempoh dua bulan. Kejadian terbaru berlaku pada tengah hari 26 jun 2008," menurut laporan itu. Salinan laporan itu dikemukakan oleh peguam pembela Anwar dalam afidavit untuk membatalkan pertuduhan terhadap Anwar diperolehi oleh Suara Keadilan.

Laporan H-K-l menimbulkan kecurigaan terhadap bukti DNA yang dibawa oleh pendakwa dan menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik. Perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini.

Dakwaan konspirasi terhadap Ketua Pembangkang itu diperkuatkan dengan pembabitan langsung dua tokoh utama yang terlibat secara terus dalam kes 1998 dan 2009 iaitu Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail.

Laporan perubatan itu disediakan oleh tiga pakar berkenaan berasaskan pemeriksaan komprehensif terhadap Saiful merangkumi penelitian fizikal dan ujian makmal.

Pemerikasaan fizikal meliputi bahagian kepala dan tengkok, dada, belakang badan, perut, bahagian luar kemaluan, bahagian luar dan dalam dubur.

"Pemeriksaan kemaluan dan bahagian dubur: sekeliling dubur lembab, bahagian luar dubur tidak menunjukkan kesan parut, melecet atau luka baru, kelembapan normal, kemutan baik, tidak ada lendir, tidak ada kesan koyak atau luka, sedikit buasir tahap pertama pada sebelah kanan," laporan itu membuat penemuan.

Pakar-pakar HKL juga membuat ujian makmal ke atas sampel swab yang diperolehi daripada Mohd Saiful.

Ini termasuk daripada bahagian tonsil, bawah lidah, bahagian keliling dubur, bahagian atas dan bawah dubur untuk tujuan analisis air mani serta kanan dan kiri puting dan sekelilingnya, badan, kemaluan bagi analisis air liur.

Ujian juga dijalankan ke atas sampel darah bagi profil DNA, alkohol serta toksikologi.

"Semua spesimen dilabel dan ditutup rapat oleh pakar dari Jabatan Perubatan Forensik dan diberi kepada DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira pada 29 Jun 2008 pada pukul 12.35 pagi untuk analisis makmal," kata laporan itu lagi.

Hasil ujian kimia diterima oleh jabatan yang sama pada 11 Julai 2008 yang mendapati antara lain:

* keberadaan air mani pada swab B5, B7, B8 dan B9

* tidak ada sumber DNA pada swab B, B1, B2, B3, B4 dan B6

* Campuran DNA lelaki pada swab B5

* Keberadaan DNA daripada dua individu lelaki pada swab B7, B8 dan B9.

"Keberadaan DNA lelaki pada swab B5, B7, B8 dan B9 hendaklah ditafsir sebaik-baiknya dengan identifikasi sampel yang diambil daripada bahagian lokasi sampel tersebut," jelas laporan itu.

Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.

"Beliau kata kali terakhir beliau diliwat adalah pada 26 Jun tetapi sampel hanya diperolehi pihak hospital pada 29 Jun iaitu tiga hari kemudian.

"Dalam tempoh tiga hari tersebut bermacam perkara boleh berlaku. Saiful sudah tentu mandi dan membersihkan badan beliau dan tidak mustahil juga melakukan persetubuhan.

"Hanya ini sahaja boleh menjelaskan mengapa ada kesan air mani pada beberapa swab yang diambil doktor, kecualilah air mani itu diletakkan kemudian," terang pakar perubatan.

Pakar itu berkata lazimnya jika seseorang yang mengalami buasir diliwat, beliau akan menunjukkan tanda-tanda kecederaan namun HKL tidak menemui kesan luka seumpama itu pada Saiful.

Laporan berkenaan ditandatangani ketiga-tiga pakar HKL pada 13 Julai 2008.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijangka mendengar sebutan 15 Julai ini untuk tarikh bagi permohonan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen dari pihak pendakwa bagi membantu kes pembelaannya.

Mahkamah juga akan menetapkan tarikh baru bagi sebutan kes bagi satu lagi permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Menurut Hakim Mohamad Zabidin Mohamad Diah sehingga kedua-dua permohonan itu selesai, mahkamah tidak boleh memulakan perbicaraan.

TVA

Thursday, June 25, 2009

Panggilan Saiful Ke MINDEF - SK

Sebuah laman web yang didaftarkan atas nama Pahangdaily.blogspot.com melaporkan Saiful Bukhari Azlan sentiasa berhubung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sebelum membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan liwatnya.

Menurut blog itu, Saiful membuat sekurang-kurangnya enam panggilan ke Mindef sebelum laporan polis berkenaan dibuat pada Jun 2008.

Rekod panggilan tersebut turut mendedahkan Saiful berhubung secara langsung dengan pihak tertentu di Kementerian Pertahanan sejak Februari tahun lalu, iaitu sebulan sebelum beliau bekerja dengan Anwar Ibrahim, menurut blog itu.

Rekod panggilan itu turut mengesan Saiful sebagai berhubung dengan pihak tertentu di Mindef hampir setiap hari ketika beliau bekerja sebagai pembantu Anwar.

Ini menguatkan hujah bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang merencanakan ulangan konspirasi 1998 dalam satu lagi cubaan untuk menjatuhkan Anwar.

Rekod panggilan ke Mindef itu tentunya menimbulkan lebih banyak persoalan dan menguatkan teori konspirasi di peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Anwar.

Blog Pahangdaily berkata Saiful tidak harus terlalu angkuh semata-mata kerana mempercayai beliau dilindungi oleh pihak-pihak tertentu.

“Kebenaran pasti akan terserlah jua nanti. Malah sumpah yang dipermainkan oleh Saiful juga banyak dilihat telah memakan dirinya sendiri dan menambahkan kekalutan kes ini,” ujar blog berkenaan.

SK

Wednesday, September 10, 2008

Kes Anwar ditangguh kepada 24 Sept

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta menangguhkan kes terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan.

Ia diputuskan oleh Hakim SM Komathy yang mendengar sebutan kes itu pagi ini.

Sebelum itu, Anwar tiba di Mahkmah tersebut jam 9.30 untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.

Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar itu.

Sumber:
Malaysiakini

Anwar tiba di mahkamah, peguam tolak khabar angin

(Dikemas kini, 9.30 pagi) PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur sebentar tadi - pukul 9.30 pagi - dengan pasukan peguamnya menolak khabar angin bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan dibatalkan jaminan peribadi.

Peguamnya, Sankara Nair berkata, pihaknya tidak mendengar apa-apa mengenainya tetapi jika ada permintaan daripada pendakwa pihaknya akan membantah langkah sedemikian.

"Kami tidak dengar apa-apa (setakat petang semalam). Bagaimanapun pendakwa boleh meminta (untuk membatalkan jaminan).

"Jika pihak pendakwa berbuat demikian kami akan membantah. Lagipun tiada sebab untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.

Anwar tiba di mahkamah bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka.

Jelas Sankara, mengikut rekod Anwar telah hadir mahkamah dengan tepat sepanjang masa dan beliau yang ke luar negara dari semasa ke semasa juga kembali tanah air termasuk yang terbaru ke Jakarta minggu lalu.

Beliau menyatakan demikian ketika tersebarnya SMS dan emel mengatakan bon jaminan peribadi akan dibatalkan apabila mahkamah bersidang hari ini.

Minggu lalu Sankara berkata, pihaknya berharap kes liwat terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan digugurkan apabila ia disebut semula hari ini.

Kata Sankara, pihaknya telah pun menyatakan pendirian tersebut sebelum ini dan sehingga kini masih mempertahankan agar kes berkenaan digugurkan.

Ketika dihadapkan di mahkamah awal bulan lalu, Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Beliau diwakili sembilan orang peguam.

Anwar, 61, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohamad Saiful, 23, pada antara 3.01 petang dan 4.30 petang 23 Jun 2008 di unit 1151 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Anwar dibebaskan atas bon peribadi RM20,000.

Kes itu disebut semula hari ini dan kemungkinan akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Sumber: mSTAR

Kerajaan cuba batalkan ikat jamin: Anwar mungkin ditahan esok

KUALA LUMPUR, 9 SEPTEMBER (SK) -PAKATAN Rakyat menghadapi ujian paling getir di era kebangkitan rakyat apabila Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dihadapkan mahkamah pada 10 September bagi menghadapi dakwaan liwat.

Dengan tarikh tamat 16 September sekadar mengira hari, kerajaan BN dijangka akan mengembelingkan segala kekuatan berbaki dalam perbicaraan ini bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Anwar,61, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta 6 Ogos lalu untuk menghadapi bentuk tuduhan liwat dibawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, pertuduhan yang asma dihadapinya 10 tahun lalu.

Anwar mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan dibacakan Hakim S.M Komathy Suppiah dan dibebaskan dengan jaminan bon peribadi RM20,000 tanpa penjamin.

Dengan BN yang semakin gawat, pelbagai kemungkinan buruk menanti pemimpin reformasi itu pada 10 September nanti. Perbicaraan ini akan menentukan apakah kes ditetapkan ke suatu tarikh yang lain, atau apakah kes ini akan ditukarkan ke Mahlamah Tinggi.

Kemungkinan besar juga ikat jamin Anwar ditarik balik, seraya menyebabkan pemimpin reformasi itu dipencarakan.

“Pelbagai perkara boleh berlaku,” kata Tian Chua, “Mungkin kes ini akan dibawa ke Mahkamah Tinggi, atau mungkin akan ada usaha untuk membatalkan ikat jamin yang diberikan sebelum ini . Namun yang kita pasti adalah kes ini akan menjadi terlalu politikan,”tegas beliau.

Kepulangan Anwar Ibrahim ke arena politik tanahair - selepas pertuduhan liwat 1998 digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2004 - menyaksikan tiga negeri terkaya di Malaysia dan dua negeri Melayu membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.

Selain dari menafikan majoriti 2/3 parti pemerintah, Anwar turut menandakan kepulangan dengan kemenangan besar di Permatang Pauh - kerusi yang dirampas darinya selepas pemecatan 10 tahun dahulu.

Dengan tarikh tamat 16 September semakin hampir, BN semakin terdesak. Perbicaraan kali ini juga meresahkan Pakatan Rakyat yang menggerakan sumber yang ada bagi mempertahankan Anwar, melemahkan kes pendakwaraya, termasuk membuktikan tuduhan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu bermotifkan politik.

Jurucakap utama pasukan peguambela dan Naib Presiden KeADILan Sivarasa Rasiah berkaya kerajaan turun sehabis mungkin bagi menghalang penghijrahan besar-besaran, dan tarikh 16 September mungkin tersasar.

“Sukar untuk memberikan tarikh yang spesifik, kerana situasinya boleh berubah bila-bila masa sahaja. Kita tidak terlalu tertumpu kepada 16 September sebagai tarikh muktamad, namun kita tetap komited kepada jumlah-jumlah yang akan menyertai kita,” jelas Sivarasa.

Mengulas mengenai perbicaraan 10 September, Sivarasa Rasiah berkata kes ini sebagai ’sandiwara’, bahkan beliau optimis penubuhan kerajaan baru tidak dapat dielakkan walaupun tersasar dari tarikh 16 September nanti.

“Kita sedar BN meletakkan pelbagai halangan, namun peralihan kuasa ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Tidak ada apa yang dapat menghalangnya,” jelas Sivarasa.

Abdullah sebelum itu berikrar untuk menghancurkan sebarang usaha menjatuhkan pemerintahannya, dan sebagai langkah berjaga-jaga 16 September, kesemua Ahli Parlimen BN dibawa keluar dan disorokkan di Taiwan dari September 7 hingga 19.

Anwar dan Abdullah berulang-alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak yang dilihat berpontensi berhijrah ke Pakatan Rakyat. Disebalik rundingan-rundingan yang diadakan, Anwar dan pasukan peguambelanya menghadapi ancaman dari tuduhan liwat itu - yang sekiranya disabitkan kesalahan, menghadapi 20 tahun penjara.

Mengulas hal tersebut, peguam Sankara Nair dalam satu temubual tidak menafikan pasukan peguambela akan berhadapan dengan tekanan yang hebat dalam perbicaraan kali ini.

“Banyak kerja persiapan perlu dilakukan. Umumnya, harapan terhadap kes ini adalah sangat tinggi,” jawapan beliau.

Memimpin pasukan peguambela adalah Sulaiman Abdullah, bersama-sama Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Leela Jeyamani Jesuthasan, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Raszlan Jalaluddin.

Sepuluh tahun lalu, selain dari Sankara, pasukan peguam Anwar diketuai oleh Raja Aziz Addruse bersama-sama Christopher Fernando, Karpal Singh, Zainur Zakaria, Sulaiman Abdullah, Gurbachan Singh, Zulkifli Nordin, Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamarulzaman.

“Kami sentiasa mengambil kes ini dengan serius. Beban mengendalikan kes ini sentiasa berat walaupun pernah mengendalikannya 10 tahun lalu. Apa yang penting ialah kami perlu melakukan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi, dan secara berterusan sehingga kes selesai,”katanya.

Sumber: Suara Keadilan

Friday, September 5, 2008

Dr Osman: Pemeriksaan saya berkaitan liwat

Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.

Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.

Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.

Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.

Dr Osman kemudiannya membuat akuan berkanun yang mempertahankan keputusan laporan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman, yang ditemani peguamnya - M Puravalen dan Yusri Kamarudin - menegaskan sekali lagi perkara itu dalam satu sidang akhbar semalam.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.

Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.


Sumber: Malaysiakini