Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Sebutan akhir kes 'senjata AMK' 28 Julai - Malaysiakini

Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memutuskan 28 Julai depan sebagai tarikh sebutan akhir terhadap lima petugas PKR yang dituduh memiliki senjata dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Kelima-lima yang dituduh termasuklah timbalan Ketua Pemuda PKR (AMK) Fariz Musa.

Peguam Mohd Razlan Jalaludin berkata kesemua mereka didakwa mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun yang sama kerana didakwa "mendatangkan perbuatan khianat" dengan menurunkan kain rentang yang berunsur provokasi.

Bagi pertuduhan berasingan, dua individu dituduh mengikut seksyen 8 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Merbahaya kerana "memiliki sebilah pisau".

Tiga lagi individu - termasuk Fariz - dituduh mengikut seksyen 6 akta yang sama kerana "mendampingi orang yang mempunyai senjata", tambahnya.

Pada 22 April lalu, Fariz Musa dan empat lagi dilaporkan ditahan polis kerana dituduh menurunkan poster BN semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Razlan berkata keputusan Hakim Zuraidah Zakaria dibuat setelah mendapati pihak pendakwaan menjelaskan "kertas siasatan tidak ada bersama beliau, sebaliknya berada di unit pendakwaan Selangor".

Malaysiakini

Tuesday, May 25, 2010

Zaid fail petisyen isytihar keputusan Hulu S'gor tak sah - Malaysiakini

Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam menerusi Tetuan Thomas Philip itu, menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan.

Pada sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.


Malaysiakini

Friday, April 30, 2010

Zaid Akan Lancar Kempen "Kenali Pemimpin" - TVS

Kempen ‘Kenali Pemimpin Anda’ akan dilancarkan bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim bagi menanam kesedaran awam kepada prestasi dan latar-belakang pemimpin mereka.

Melihat kepada serangan peribadi yang dihadapnya dalam pilihanraya hulu Selangor lalu, Datuk Zaid berkata antara matlamat kempen ini adalah memberi gambaran sebenar pemimpin-pemimpin setempat kepada masyarakat, baik dari Pakatan Rakyat, mahupun Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian di satu sidang akhbar di kediamannya semalam. Zaid berkata kempen ini adalah respon kepada kempen terancang Umno-BN yang bukan sahaja mencemar maruahnya, tetapi juga memfitnah pemimpin-pemimpin PAkatan Rakyat lain.

"Saya merayu kepada rakyat, memandangkan mereka mengenali saya dengan jelas sekarang melalui pendedahan ini, saya harap kita juga akan kenal pemimpin kita" rayu Zaid.

"Mari kita kenali menteri kita dengan lebih baik, saya akan lancarkan kempen bagi mengetahui menteri kita dengan jelas," jelas Zaid lagi.

Kempen ini juga antara lain akan bertujuan menafikan peluang kepada Utusan Malaysia untuk memfitnah mana-mana pemimpin pembangkang.

Beliau berharap kempen ini dapat membantu masyarakat menilai sikap sebenar pemimpin mereka, khususnya pimpinan Umno-BN.

Kata Zaid, "Saya dicap ‘kaki botol’, diletakkan poster di seluruh Hulu Selangor dan tiada sesiapapun bertindak, jadi saya kena saman mereka"

TVS

Thursday, April 29, 2010

Kekalahan Kuatkan Semangat Juang - SK

PETALING JAYA 28 Apr - Datin Suliana Shamsudin Alias menyifatkan kekalahan suaminya, Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil Hulu Selangor bukan faktor untuk melemahkan semangatnya dalam usaha memberi khidmat kebajikan kepada penduduk kawasan itu.

Suliana yang aktif membantu suaminya berkempen di Hulu Selangor walau bagaimanapun tidak hampa dengan kekalahan yang dialami kerana ini akan menguatkan lagi semaangat beliau untuk berjuang.

"Kita berusaha meyakinkan rakyat supaya memilih Datuk sebagai wakil rakyat. Nampaknya itu tidak begitu berjaya tetapi ini tidak sesekali mematahkan semangat kami," katanya kepada media di kediaman beliau pagi tadi.

Beliau juga akan kembali aktif mengendalikan Yayasan Orang Kurang Upaya di Kelantan yang memerlukan dana sebanyak RM300,000 setahun.

Beliau juga mengalu-alukan sekiranya ada sumbangan dan bantuan dari mana-mana badan korporat.

"Kami mensasarkan untuk mengutip sebanyak RM25,000 tapi jumlah ini tak cukup sehingga bulan depan," katanya lagi.

Hanya 3,500 saja OKU yang berdaftar dan Suliana berharap lebih ramai golongan tersebut tampil untuk mendaftar dengan yayasannya.

"Mengikut fakta dari WHO, di sesebuah populasi tercatat sepuluh peratus daripadanya adalah OKU. Mereka ini akan kami bantu dengan sebaiknya," katanya lagi.

SK

Wednesday, April 28, 2010

Zaid akan fail petisyen pilihan raya - Malaysiakini

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

Malaysiakini

Tuesday, April 27, 2010

Kemenangan yang tak perlu dibanggakan - Malaysiakini

Sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.

Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.

Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.

'Undi pecah'

Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.

Antara fakt
or yang mempengaruhi trend pengundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008.

Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.

Tindakan itu menyaksikan BN kali ini meletakkan muka baru dengan mengetengahkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan.

Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan.

Dua yang paling ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK (C) Rasa dan RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.

Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.

Majoriti yang dimenangi BN hanya mewakili 3.5 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan dianggap antara yang paling rendah. Lazimnya majoriti BN berlegar melebihi paras 8,000 undi sejak 1990.

Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN.

Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan wartawan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.

Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan

Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.


Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.

Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.

Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu.

Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia.

Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.

MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.

Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.

Apa seterusnya?

Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.

Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah.

Malaysiakini

Monday, April 26, 2010

ANALISIS KAJIAN MIKRO PREDIKSI PERSEPSI KEPERCAYAAN POLITIK PRK P094 HULU SELANGOR - Zentrum


PREDIKSI PERIOD MENGUNDI

DATA YANG DISIARKAN LANGSUNG
(rujuk Older Post)

Peratus Prediksi:
Jam 10.30 PR 51.3 BN 48.7

Jam 11.00 BN 55.2 PR 44.8
Jam 11.30 BN 52.4 PR 47.6

Jam 14.00 PR 54.5 BN 45.4
Jam 15.00 PR 50.4 BN 49.6

Jam 15.30 BN 57.7 PR 43.3

Jam 16.30 PR 56.2 BN 43.8
Jam 17.00 PR 52.3 BN 47.7

Jumlah dan Purata Keseluruhan
BN 401.5 = 50.06

PR 401.3 = 50.05

beza 0.01 [kemenangan BN]
----------------------

Bandingan dengan keputusan:

Majoriti 1735
Mengundi 48935

Peratus kemenangan: 0.03
--------------------

PERBEZAAN ANALISIS ZENTRUM / KEPUTUSAN

Zentrum 0.01
Keputusan 0.03


Zentrum

BN menang tapi hilang sokongan Cina - Malaysiakini

Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor semalam, sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kanan, berbaju kelabu) pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G Palanivel (bawah, berbaju perang) yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya.

- Bernama

Malaysiakini

Friday, April 23, 2010

Kalaulah ini gambar Zaid.... - Kopitiam Bang Nan



Mampuih satu Malaysia kata Zaid kaki betina pulak..

Kopitiam Bang Nan

Jadual Program PR 23/04/10 - 24/04/10 PRK P94 Hulu S'gor

Sabtu, 24/4/2010

7.30 am: Pasar Pagi Ulu Kali
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Radzali 012-3778022

8 am: Pasar Pagi Ulu Kali
Program: Pentas Wanita
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Salmiah Ismail 019-2436573

8.30 am:
Program: Hari Keluarga
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Aishah 019-4570460

9 am: Felda Sungai Tengi
Program: Pelancaran Konvensyen Anak Felda
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Suhaimi

10 am:
Program: Gerak Gempur (Konvoi)
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Salleh 019-3849059

10 am:
Program: Gerak Gempur (Konvoi)
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Salleh 019-3849059

2 pm:
Program: Gerak Gempur Kawasan Melayu (Konvoi)
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Hashim 019-3778804

7 pm:
Program: Solat Maghrib & Gerak Gempur
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Othman 013-2658418

10 pm: Stadium Kuala Kubu Baru
Program: Ceramah Grand Finale
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Samsudin 012-3247319

***

Jumaat, 23/4/2010

6 am: Masjid Al-Hidayah, Kampung Kerandang
Program: Solat Subuh

7 am: Kampung Kerandang, DUN Hulu Bernam
Program: Sarapan/Mesra Pengundi
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Mustafa 012-3226596

8 am: Kalumpang, Kampung Gamut, DUN Hulu Bernam
Program: Program Masyarakat Rawa
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Mej (B) Abdullah Zawawi 017-3933046

11 am: Pusat Media Keadilan, Kuala Kubu Bharu
Program: Sidang Media
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, Latheefa Koya

12 pm: Masjid Bandar Utama Batang Kali
Program: Solat Jumaat/Edaran Bubur Lampuk
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Romizee 016-6551480

3 pm: Bilik Gerakan Wanita — 7, Jalan Taman Jati 3, Pekan Baru Batang Kali
Program: Ceramah Kelompok
Pemimpin: Datin Suliana (Isteri Calon)

4 pm: Taman Sungai Buaya, Bandar Baru Sungai Buaya, Kampung Sungai Buaya
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

7 pm: Masjid Kampung Rasa
Program: Solat Maghrib
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Hubungi: Anaf 019-2146363

8 pm: Gelanggang Bola Keranjang, Pekan Rasa
Program: Majlis Makan Malam
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim (8 pm), Tian Chua
Hubungi: Segaran 016-2188745

9 pm: Apartment Teratai
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim (9 pm)

9 pm: Sungai Tengi, DUN Hulu Bernam
Program: Ceramah Umum
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zaid Ibrahim

9 pm: Padang Jalan Kantan Sari, Bandar Baru Sungai Buaya, DUN Batang Kali
Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Tok Guru Nik Aziz, Datuk Zaid Ibrahim

10 pm: Stadium Kuala Kubu Baru
Program: Pentas Srikandi & Malam “Tangisan Gaza” (nyanyian dan ceramah)
Pemimpin: YB Nurul Izzah, Chegubard, YB Gan Pei Nei
Hubungi: Aishah 019-4570460

11 pm: Hulu Rening, Batang Kali
Program: Sembang-sembang
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Ragunathan 012-5408119

11.30 pm: Kampung Melayu Rasa Tambahan, Bukit Rasa, Batang Kali
Program: Sembang-sembang
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim
Hubungi: Arif 019-3414083

PRK P094 HULU SELANGOR (HUSEL) 2010 Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik (23/04/10)
















Demografi Kaum:
Melayu BN 63% PR 36%
Cina BN 28% PR 72%
India BN 42% PR 58%

Demografi Gender:
Lelaki BN 47% PR 53%
Wanita BN 66% PR 34%

Demografi Umur:
21-30 BN 35% PR 65%
31-40 BN 47% PR 53%
41-50 BN 52% PR 48%
60 +atas BN 76% PR 24%

Demografi Listra Daerah:
Batang Kali
BN 63 PR 37

Hulu Yam
BN 67 PR 33

Serendah
BN 53 PR 47

Sungai Tinggi
BN 58 PR 42

Hulu Bernam
BN 67 PR 33

Kuala Kalumpang
BN 52 PR 48

Kalumpang
BN 47 PR 53

Sungai Gamut
BN 87 PR 13

Kerling
BN 58 PR 42

Ampang Pecah
BN 46 PR 54

Peretak
BN 41 PR 59

Buluh Telor
BN 56 PR 44

Rasa
BN 35 PR 65

Sumber: Zentrum Future Studies Malaysia

*Ayuh Jentera Pakatan Rakyat kita terus berusaha dan bekerja seterusnya menang PRK P094 Hulu Selangor!

P. Kamalanathan Pengundi Hantu?


Dr Xavier memberitahu bahawa Kamalanathan merupakan pengundi Hantu di P62 Sungai Siput? (Twitter dari simtzetzin)

Sila periksa disini http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

No IC: 651018-10-6495

Selanjutnya

Thursday, April 22, 2010

Tanah 80 Hektar Untuk Penternak Lembu Hulu Selangor - TVS

SHAH ALAM 22 APR: Kerajaan Selangor memperuntuk tanah seluas 80 hektar di Rasa, Hulu Selangor bagi mengatasi masalah lembu berkeliaran di kawasan perindustrian dan perumahan berdekatan.

Keputusan yang dicapai pada mesyuarat Exco itu akan memudahkan penternak lembu yang rata-ratanya terdiri dari golongan miksin

Exco Permodenan Pertanian,Pengurusan Sumber Alam Dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata tindakan itu dibuat berikutan perternak di Hulu Selangor memohon kawasan khas untuk menempatkan ternakan mereka.

"Saya dapati banyak ternakan berkeliaran khususnya di kawasan industri dan perumahan di Rasa. Penternak juga memohon supaya haiwan itu diletakkan di satu tempat.

"Dan kerajaan negeri bersetuju dan sudah mengenal pasti kawasan untuk ternakan berkelompok di sekitar Hulu Selangor khususnya di Rasa dan kawasan lain di Selangor," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan satu kawasan di Hulu Selangor untuk menempatkan ternakan lembu yang melibatkan penternak di daerah berkenaan.

Kata Yaacob, tanah berkenaan akan diurus Jabatan Veterinar yang sebelum mengagihkan tapak penternakan secara berkelompok kepada peternak lembu.

Untuk tujuan ini, penternak akan mengadakan perjanjian dengan jabatan berkenaan.

"Dengan ini, kita dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah penternakan lembu yang berkeliaran di kawasan kilang dan perumahan," katanya.

TVS

PRK HULU SELANGOR : ZAID IBRAHIM MENDAHULUI SEHINGGA 12 TENGAHARI TADI - Sofi Wahab

Maklumat risikan dalaman parti-parti politik mendapati bahawa sehingga tengahari tadi calon PKR masih mendahului calon BN dengan undi yang amat tipis.

Mengikut survey yang dijalankan secara rambang, PKR memperolehi kira-kira 65 % undi Kaum Cina, 45 % Melayu dan 45 % India. PKR pula hanya memperolehi 5 % undi POS.

Jika diandaikan 80% pengundi akan keluar mengundi pada 25 April ini PKR akan memperolehi 12,339 undi Melayu, 8,829 undi dari Kaum Cina dan 4,349 undi dari kaum India. Manakala PKR dijangka hanya memperolehi 101 undi dari pengundi Pos. Dengan itu jumlah keseluruhan undi yang diperolehi oleh PKR ialah 25,618 undi berbanding 25,256 undi BN.Bermakna PKR hanya mendahului dengan 352 undi sahaja.

Congakan dan ramalan ini adalah dibuat berdasarkan andaian bahawa tiada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak perlu saya sebutkan di sini (orang kampung semua sudah tahu!!!!!).

Adalah dijangkakan 'mood' pengundi boleh berubah samada menyebelahi PR atau BN berdasarkan kepada perkembangan terkini kempen yang dijalankan oleh kedua-dua pihak.

BN sudah pasti akan menggunakan senjata akhir mereka iaitu wang, ugutan, sogokan dan sebagainya.

Manakala PR dilihat melipatgandakan kempen mereka dengan menurunkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan mengadakan Seminar Peneroka Felda peringkat kebangsaan secara besar-besaran di Felda Sungai Tengi pada 23 dan 24 April ini.

Sofi Wahab

Kedua-dua Calon Ligat Turun Padang - TVS

Populariti calon P Kamalanathan teruji apabila calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim turun berkempen bersebelahan

markas BN di Ladang Nigel Gardner semalam. Sebaik sahaja Zaid tiba, kira-kira 100 orang pengundi estet berpusu menemui calon Pakatan Rakyat ini, berbanding beberapa kerat di markas BN yang tidak dapat tidak mencuri pandang kearah bekas Menteri Undang-Undang ini.

Apa yang membezakan Zaid, dari pimpinan BN lain, adalah beliau mahu melihat sendiri kesempitan hidup warga estet Nigel Gardner.

Beliau juga diiring penduduk menemui seorang warga emas yang tenat kerana sakit tua.
Harapan mereka adalah Zaid mampu menterbalikkan sumpahan BN yang membelit mereka dalam kesusahan dan tekanan hidup.

“dia cakap, kasi saya orang menang la, panivelu mari, 18 tahun ini estate la, dia cakap bikin rumah kasi saya orang sampai pun tak ada, dia menang pun kalah dia tak ada mari sini tengok”kata Ahchoon, 48(Penduduk Ladang Nigel Gardner)

Rata-rata penduduk di ladang ini adalah pemotong getah dan buruh kasar berpendapatan kira-kira 500 sebulan.

Bukan simpati yang mereka minta, sebaliknya seorang pemimpin yang benar-benar peduli pada nasib buruh dan orangmiskin.

“PKR sudah 2 tahun, banyak sudah bikin, sekolah punya wang bagi, lagi rumah-rumah susah punya orang, sakit punya

orang semua dia pergi tengok, dia kasi hospital punya wang” kata Ganesan A/L Munisamy, 54 (Penduduk Ladang Nigel Gardner)

Seusai pertemuan ini, Zaid mengimbau kembali zaman susahnya ketika di kampung.
Beliau memahami bagaimana sukarnya hidup kais pagi makan pagi, dan kepada TVSelangor, Zaid membulatkan tekad

mengangkat keluhan warga ladang dan rakyat termiskin seluruhnya. “bantuan satunya, bantuan bentuk yang segera, tapi selepas saya jadi wakil rakyat la ya, dia kebanyakan keluarga-

keluarga yang terlalu miskin ni mcam dia tadi, dapat 90 ringgit daripada kebajikan masyarakat misalnya, dia tak ada

kerja, keluarga ramai, tak boleh kerja, jadi orang-orang macam ni kalau saya di kota bahru dulu saya ada satu

yayasan nama yayasan orang kurang upaya, melalui yayasan tu la saya tambah la sikit, peruntukan, kalau dia dapat 90

ringgit saya tambah lagi sikit” kata Datuk Zaid Ibrahim

TVS

Jadual Program PR 22/04/10 PRK P94 Hulu S'gor

Khamis, 22/4/2010

8 am: Pasar Pagi Kuala Kubu Bharu
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

10 am: Pasar Pagi Batang Kali
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

11 am: Pusat Media Keadilan, Kuala Kubu Bharu
Program: Sidang Media
Pemimpin: Latheefa Koya, Aktivis Orang Asli Serendah

5 pm: Ladang 15 dan SKC Bernam
Program: Walkabout
Pemimpin: Datuk Zaid Ibrahim

8 pm: Padang Perumahan Taman Teratai, DUN Kuala Kubu Bharu
Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim (10 pm), Datuk Zaid Ibrahim (10 pm)

8 pm: Padang Gedangsa, Felda Gedangsa, DUN Hulu Bernam
Program: Ceramah Perdana
Pemimpin: Datuk Seri Anwar Ibrahim (11 pm), Datuk Zaid Ibrahim (11 pm)
Hubungi: Mat Rahat 012-2114355

Pemilik Premis Hulu Selangor Tidak Berpenghuni Dikecuali Dari Cukai Pintu - TVS

SHAH ALAM 22 APR: Kerajaan Selangor bersetuju memberi pengecualian bayaran cukai pintu kepada penyewa dan pemilik kediaman mahupun premis perniagaan yang tidak diduduki di Hulu Selangor.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Exco, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pemilik atau penyewa bangunan hanya perlu buat permohonan pengecualian, bermula Mei ini.

"Pemilik rumah kedai dan premis perniagaan yang tidak mendapat sewa serta tidak diduduki, boleh membuat permohonan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tidak dapat pengecualian cukai pintu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil tindakan itu berikutan banyak kediaman dan premis perniagaan di Hulu Selangor didapati terbiar dan tidak diduduki.

"Banyak kedai dan premis perniagaan yang dimiliki pelabur tidak mendapat hasil kerana tiada penyewa. Mereka yang dalam keadaan itu boleh memohon untuk tidak membayar cukai pintu kerana tiada pendapatan atau tidak menggunakan tempat itu," katanya.

Menegaskan tindakan itu bertujuan meringankan beban pemilik premis, Khalid berkata, permohonan pengecualian berkenaan juga dibuat di PBT kawasan masing-masing.

"Ini diharap mengurangkan beban mereka yang sudah memiliki premis perniagaan dan rumah kedai dari terbeban membayar cukai pintu itu berkuat kuasa 1 Mei ini," katanya.

TVS

Polis Bina 16 Pondok Polis Di Kampung Orang Asal Tanpa Sebab - TVS

HULU SELANGOR 21 APR: Menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, banyak perkara yang tidak masuk akal dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

Terbaru, pondok polis dibina di 16 kampung orang Asal di seluruh Hulu Selangor.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Datin Paduka Tan Yee Kew hari ini mempertikai mengapa kawasan seharmoni perkampungan orang Asal perlu didirikan pondok polis.

Yee Kew berkata, tindakan membina pondok polis berkenaan cuma menimbulkan rasa takut di kalangan penduduk.

Sehubungan itu, beliau menambah pihaknya akan berjumpa pihak berkuasa untuk mendapatkan penjelasan berhubung isu itu.

TVS

A lie to cover a lie - Malaysia Today

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan niversity and was awarded a Bachelor of Mass Communication. The Australian university, however, has no records of him ever going there.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


The Barisan Nasional (BN) candidate was asked to comment about his over-dependence on Umno leaders to win the by-election race and how he was seemingly willing to sacrifice the community’s struggles by kowtowing to his Muslim leaders.

This, Kamalanathan was told, was illustrated once when he kissed the hand of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and when he promised to deliver Hulu Selangor as a “gift” to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Since being named as a candidate, he has also defended Malay rights group Perkasa, a move that earned him plenty of criticism.

A shocked-looking Kamalanathan immediately replaced his smile with a frown and quickly defended his move.

“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,” he exclaimed, looking miffed when asked at an unplanned press conference in Ladang Kerling near here. (READ MORE HERE)

It looks like he lied about not kissing the hand of the Deputy Prime Minister. What else did he lie about?

P. Kamalanathan’s CV says he received an overseas education at the Edith Cowan University and was awarded a Bachelor of Mass Communication (http://www.malaysianmirror.com/nationaldetail/6-national/37008-kamalanathan-takes-on-zaid). The Australian university, however, has no records of him ever going there. (http://www.ecu.edu.au/)

A phone call was made to the university and they confirmed that they have no records of Kamalanathan.

It appears like Kamalanathan never studied there so he needs to clarify and prove his educational background.

Is this yet another lie?

Malaysia Today

Kamalanathan True Color... - Malaysia Today

The Barisan Nasional (BN) candidate was asked to comment about his overdependence on Umno leaders to win the by-election race and how he was seemingly willing to sacrifice the community’s struggles by kowtowing to his Muslim leaders.

By Anak Sungai Derhaka


This, Kamalanathan was told, was illustrated once when he kissed the hand of Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and when he promised to deliver Hulu Selangor as a “gift” to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Since being named as a candidate, he has also defended Malay rights group Perkasa, a move that earned him plenty of criticism.

A shocked-looking Kamalanathan immediately replaced his smile with a frown and quickly defended his move.

“Kiss his hand? When did I kiss his hand? Show me where I did that,” he exclaimed, looking miffed when asked at an unplanned press conference in Ladang Kerling near here.

Well.. looks you are learning something from Muhyiddin so fast Kamalanathan..

Even you are not an MP yet, you already showed us yours true color.. err I mean yours attitude.. you are denying something that’s you had already done, same as whats always done by UMNO warlords..

Are you trying to denied that’s you had already kiss Muhyiddin hand? If that’s true.. so who is the guys shown below?? The guys thats bend down and kiss Muhyiddin hand?

Read more at: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/04/kamalanathan-true-color.html


Malaysia Today