Thursday, May 27, 2010

Happy 10th Anniversary to Us

Banyak benda nak tulis tapi tak tertulis...
Agenda cuti sekolah. This week to Kuantan (gathering x-palapes uum)
Next week to Gold Coast.. yieha...

Monday, May 03, 2010

Happy Birthday To Me...

It's 2:30 am now. Mata ni tak mo pejam la.. Happy Birthday to me...Hanya ada 2 hari yg istimewa bg aku, birthday dan anniversary.. actually sepanjang hidup aku, tak pernah pun mengharapkan birthday wish atau celebration dr sesapa. never. until ada yg tersayang. Sebenarnya aku nak something dr my partner.. mengharap sebenarnya... dr org lain aku tak kisah sgt pun...Saban tahun mengharap je aku ni...Bunga sekuntum pun jadi la...kad sekeping pun tak pe...Adeh.. dont know why this year being too sensitive..Sapa tak suka surprise/hadiah. Selalu berangan that i will get a bouquet of roses ke..(i like carnation, don't know y). Being with him almost 10 years, i dah expect no surprise, dah mcm tu jenisnya.. kena accept je la.. but still, harapan tetap harapan...(nak gak surprise tu...kekeke). Never celebrate my anniversary too. Wonder what i will get for our 10th anniv, end May ni..stop dreaming la...jgn berharap.. that's what i keep telling my self each year....Harapnya tahun depan tak megharap lagi...

Wednesday, April 28, 2010

Si Kenit demam lagi

Nampak nya demam Aryssa tak kebah2. Hari Isnin dan Selasa dah ok, rabu demam balik. Rabu petang (semalam) bawak dia ke klinik Shanaliza, Wangsa Maju. Doktor check dada, OK, telinga pun OK, apa yg trigger demam tu ye? Susah hati betul. Tok kata siang tu 2 kali muntah lepas batuk. Batuk pun nampak teruk jugak, kesian dengar batuk dia tu. Doktor cuma bg ubat titis mata (bukan antibiotik) dan ubat utk radang tekak (merah dan bengkak sikit) Kalau tak baik jugak, Jumaat kena amik antibiotik...Perlu ke amik 3rd opinion?

Malam td pukul 10.30 tak tido lagi.. Mama ngan tok dah berat mata.. Aryssa asyik nak kejutkan abg Amir yg dah belayar entah kemana sampai adik naik atas badan, guling2 atas badan, korek mata, mulut pun dia tak sedar.. bersungguh betul adik nak kejut kan dia...Tapi tetap tak sedar...penat betul Amir...

Pukul 4.45 pagi, terjaga (sebelum tu pun beberapa kali jaga, minum susu dan aku check suhu badan 37++). check suhu lagi , 38++ terus bagi ubat demam.. Berhempas pulas jugak la nak bg ubat.. Dah kena ubat terus tak mo tido.. Aku mmg dah ngantuk sgt..Abg yg tengok2kan dia.. Yg aku sedar, dia cium muka aku, abis basah dek air liur, tapi aku tido je, letih sgt. Kata abg, dia main panjat2 kerusi, nak kejut abg, panjat lampu kecemasan yg aku letak tepi dinding.. Dekat pukul 6 baru dia tido...

Aryssa ni walaupun kecik tapi tersangat ligat (aktif).. Agaknya tu la sbb badan dia tak naik2 walaupun makan quite ok..Doktor pun kata, tak padan dgn kecik, tapi kuat, abih ditendang nya doktor sbb nak check teliga dia, meraung sakan.. Keluar dr bilik doktor, semua mata tertumpu kat dia.. Adik..adik...mcm mana la nak sunat nanti.. (plan, Ahad ni tupunkalau demam dah ok)

Friday, April 23, 2010

Aryssa @ 9 mo

Ini budak kecik suda pandai berdiri tanpa berpaut..Tapi masih bersandar badan dia kat kerusi.. Ni kat Prince Court Medical Centre. Demam tak kebah. So terpaksa bawak dia kesini utk second opinion. Pagi tadi badan agak panas, tapi bila naik keta , berpeluh, dah cool balik. Dr suh monitor ja sbb dia tak ada masalah lain. makan ok. susu pun ok...Since aku guna termometer yg letak kat dahi tu, dr kata yg tu tak bagus, so demi anak aku pun tukar la ke termometer yg letak kat telinga tu brand OMRON. Terbang another RM180. Demi anak2...huaaa....Berat Aryssa cuma 6.3 kg ja.. Ni pun dr suh monitor. Aku bgtahu abg ngan kakak pun camni gak dulu...

Gambar ni jugak utk tatapan abah di Tokyo...Terkezut abah bila bgtahu anak dia dah boleh berdiri lepas tangan...Baru 10 hari tak jumpa...

Tuesday, April 20, 2010

Kematian mengejut baby

Aku tak boleh dengar/baca cerita pasal baby/kanak2 kena dera atau mati ni.. Sayu hati, teringatkan anak2 kat rumah.. Dari Amir kecik sampai besar sampai la adik2 dia besar ni pun aku masih teringat cerita2 sedih yg berlaku ke atas mana2 baby..Semalam , colleugue aku bg link ni.. http://supermom0978.blogspot.com/2010/04/dzafri-hisyam-bin-khairulanwar-22.html
Sedih sunguh. Kalau aku d tempat 'mommy' ni pun, tak tahu la aku sekuat dia ke tak.. Terus teringat kan Aryssa kat rumah..Sudden death ni sgt perit utk diterima, bayangkan semalam dia ok, sihat dan ceria, hari ni , kaku dan sejuk...

Pagi tadi aku dengar hotfm, topik pasal tali pingang keledar d seat belakang. Ada satu caller ni call, kawan dia tak pernah miss pakai seat belt kat belakang ni, then one day, dia nak menyusu baby, so bukak la seatbelt dan riba baby dia utk d susukan, tetiba ada orng langgar dr belakang , baby terlepas dr atas riba dan tercampak ke cermin depan. Baby meninggal. Masa nak kapan tu kuar air susu dr mulut baby.. Sedih nya....

Aku teringat jugak baby Che Mah (member UUM) yg meninggal d usia 3 bulan..Sedih sangat. dan che mah sgt tabah..

Jumaat (22/4) , Aryssa demam..Nila first time suhu badan dia tinggi, sebelum2 ni dedar2 saja..tak tido malam aku, kalau tido pun tido2 ayam.. Jaga utk basahkan badan dia supaya sejuk, dia pun kejap2 merengek..Sabtu, lepas basuh baju, hanta abg ke sekolah (kem bistari solat), terus ke klinik amik ubat.. Doktor check , suhu 37 lebih.. dia cuma bg ubat demam, kalau isnin tak baik jugak, kena amik antibiotik. Hari Sabtu tu panas, dan banyak keluar.. terpaksa, sbb tak de orng nak jaga dia.. Korek balik car seat Amir dlm stor dan pasang kan kat Kancil..Hantar kakak dan abg ke Art Class, balik rumah semula sbb 2 jam kelas tu..Lepas tu p amik balik...Mmg hari tu pulak panas sgt..Everytime masuk keta, Aryssa tertido (agaknya sbb malam td tak dapat tido)..dan everytime sampai, dia jaga sbb aku angkat dia (takkan nak tinggal dlm keta kot..) Malam tu, panas lagi suhu badan...Hari ahad pun sama, cuma tak setinggi hari Jumaat...Maknanya 3 malam tido aku tak menentu, mata rasa mcm bengkak (w/pun tak) , rasa mcm baru lepas nangis..Kalau ada abang boleh la bergilir berjaga malam...isk.. Abang pun susah hati sebenar nya bila tahu Aryssa demam.. itu la benda yg dia dok pk-pk everytime outstation...Walaupun aku tersangat penat berjaga, tapi bila teringat kan citer2 kehilangan baby ni,aku tak marah2 kan Aryssa (selalunya ada jugak ish nya, mcm penat la) tapi kali ni aku sabar sungguh, kalau boleh sakit Aryssa ni beralih ke mama, mama sanggup...

Hari isnin aku EL..(emergency leave), bukan nak jaga Aryssa sbb aku tgk Aryssa dah ok sikit (Siang dia ok, malam la demam tu- Aryssa rindu abah ke?) Cadang aku amik leave, kengkonon nak rehat, tapi tak de makna nya.. Basuh baju sbb Ahad tak dapat basuh, Aryssa langsung tak nak berenggang, asyik nak dokong je.. Abg ngan kakak dah merungut lapar, kesian dorang, Nasi ada, tapi lauk tak boleh nak buat, terpaksa panaskan lauk semalam dgn  microwave saja...Lepas basuh baju, pegi amik antibiotik Aryssa, then pegi beli sampul surat utk pendaftaran sekolah Aisha, lepas tu beli Stamp, dekat setengah jam gak pusing2 cari pejabat pos melawati, sbb sebelum ni penah pegi ngan abg, kedudukan tu ingat tapi row mana tu yg tak ingat..Last2 jumpa jugak, Nak beli stamp sikit ja tapi makan masa lama betul. Hantar borang daftar ke sekolah KAFA then sekolah kebangsaan. Tup tup kata kerani sek keb, kena register online. Buat penat je rushing...Balik tu baru la rehat jap...

Bye Bye Abah...

Abah Amir , Aisha dan Aryssa ke Tokyo selama 10 hari start dari 15/4 hari tu.. Tinggal la kami 4 beranak.. Abah pesan suh Amir jaga mama dan adik2 sbb Amir the only 'man' in the family now. Amir cam biasa, anggukan je.. Abah sangat kelam kabut masa nak bertolak tu..

Actually dia kena coordinate rombongan CEO Pe**on*s ke Tokyo. Dia sorang je coordinate. Dua minggu sebelum bertolak, hari2 balik pukul 10 malam...Aku akan amik dia d LRT Wangsamaju. Heret la ketiga2 kanak2 rebina tu.. Yg tensen nya kalau si Aryssa menangis,nak p kat mama..Adeh, aku tak boleh anak2 nangis masa aku tgh bawak keta.. mengganggu konsentrasi.. Time ni la, kakak nyanyikan lagu twinkle2. Abang tepuk2 masing2 bekerjasama nak bagi adik diam.. Nasib baik berjaya.. Ada jugak hari2 yg Aryssa behave.. Ada sekali tu.. hp abg(abah) dah habis bateri.. Bila aku sampai kat tepi LRT tu , bila tgk dia tak ada kat situ, aku jalan dulu, ingat nak pusing balik..kat sini mana boleh tgu, sibuk sgt..aku masuk la jln perumahan sebelah lrt tu..jln tu pun sibuk.. sesat la pulak..dekat 1/2 jam gak la... Aisha dok depan, Amir jaga Aryssa kat belakang...Org belakang senyap je, Aisha la bising2, mama dah sesat..Last2 boleh jugak keluar dan pusing balik amik abg(abah)... Sampai umah , tgk2 abg dan adik dah tido.. Sayu nengok, abg pangku adik sambil tertido...nasib baik tak terlepas, kuat di peluk adik tu...

So hari yg abah patut pegi tu pun masih sibuk lagi.. Dgn printer kat umah pun di hangkut sekali, sbb banyak printing kena buat..Lepas salam2 dan pesanan dr penaja (dr abah la tu), dia pun bertolak dgn teksi.. Rupa2 nya dia telupa baju sejuk kat atas sofa.. Dah la kat Tokyo tu sejuk.. Kesian betul.. Masa abang betolak aku nak cakap ni , tapi tak terkeluar sbb nnt banjir lak kat situ.. "Mama doakan semua urusan abah dipermudahkan..." Aku hanya luahkan bila dia telefon esoknya. masa tu dah ok dah... hehehe. Bye..bye abah..Jgn lupa ole-ole dr Tokya.. wink...

Monday, April 12, 2010

Still Breastfeeding

Alhamdulillah, sampai waktu ni Aryssa masih on BreastMilk. Target aku 6 bulan (short term) dah lepas.. Cuma harapnya boleh bertahan sampai umur dia setahun.. Lagi 3 bulan to go....Aryssa tak direct feeding, dia minum dalam botol, so aku ni kira exclusive pumping la ni...Mmg susu dah berkurang tapi aku akan terus cuba dan cuba, pump dan terus pump...Stock EBM pun dah berkurang.. Pray hard , semoga mencukupi....

Wajah2 kesayanganku

Aryssa - 8 bulan

Lama tak berblog.. Penyakit M melanda ditambah lagi dgn sibuk kerja. Tapi kalau tak malas sibuk mcm mana pun mesti update....Aryssa dah nak masuk 9 bulan.. Kejap je, pejam celik dah besar dah dia.. dan makin nakal...Geram betul...Ni la antara perkembangan dia :

1. Boleh babai. Tapi sangat malas ini budak... Lambaian dia ala2 nak halau orang, gerakkan pergelanagn tangan ja...
2. Boleh berdiri sambil berpaut.
3. Boleh melangkah tapi berpaut.
4. Kuat mengamok dah la ni , esp kalau nak tido.. tendang sana sini, nasib la sapa yg kena...
5. Makan serba serbi.. suka makan kertas...kekeke..Tapi badan tak kembang2. Petang2 kalau balik kerja, tak menyempat nak panaskan bubur dia...mengamok dah, lapar, pastu bila panas2 tu, siap kejang2 kan kaki dia, konon nya kita ni lambat la...protes la tu kira kita ni lambat sgt...Kalau lambat bunyinya..mamammm mamammm.. Macam mamam pulak dengarnya..
6. Merangkak. memang laju.
7. Pandai panggil abah...
8. Suka kacau abang dan kakak tido . Kalau dgn abang, dia akan roll belakang abang, kalau kakak, tarik rambut..ajak main..
9. Akan jaga automatically jam 6 pagi.. Tak kira tido pukul berapa..
10. Gigi belum ada lagi.
11. Kalau suka dan kita tgh dukung dia, di tampar2 nya kita, sakit jugak tu..
12. Suka kalau abang agah.. tanya soalah pun boleh tergelak.. idola dia abang tu...
13. Suka 'memunggah', selerakkan buku abang dan kakak..Suka mengoyak jugak...
14. Suka memanjat..ni mmg dr abang, kakak, kuat memanjat..
15. Dah boleh turun dari tmpt tinggi secara kaki dulu, bukan kepala dulu..
16. Kuat mengutip..Nampak je apa yg ada kat lantai..
17. Dah pandai masuk bilik air, mmg suka air, esp time mandi, nak2 kalau kakak dan abg mandi sama...
18. Suka sgt dgn telefon rumah..Dah bbrp kali mama cakap dgn tok dia putuskan line....
19. Tido sgt lasak..
20. Sgt takut dengan kucing....
21. Suka bergusti dgn spiderman. Habis digigitnya kepala spiderman tu, kdg2 dia kat atas, mata dikorek...
22. Suka sgt dgn penyapu dan penyodok.. Moga besar ni rajin tolong mama sapu sampah ye...
Ni di ambil tadi, guna camera phone, blur...Susah nak tido sekarang ni, bayangkan la dr magrib mama dodoikan, agak nak tido, mama p mandi/solat. Sudah solat elok je berdiri depan TV... Mata tu dah nak terkatup sgt dah..Ambik dia, baringkan, bg susu.. dia golek2..tepuk bontot dia, susah betul nak cari port dan kedudukan yg selesa utk tido. Mama sambung masak utk abg dan kakak, dah gaya pejam mata..Tgh dok masak, jenguk dia, rupanya dah bangun duduk..Liat sungguh mata dia nak pejam. Last2 sambil merengek, mama buat tak tahu, abg dah merungut lapar, sedar2 dah senyap.. Abg bagi tahu, "Mama tgk adik..."..Alahai anak mama.. siannya...Ni entah kali yg keberapa tah tertido d tengah jalan dalam usaha mencari mama, ni on da way nak ke dapur..
Tido atas Mr Spiderman

Wednesday, April 07, 2010

Happy Birthday Aisha

Dear Aisha..

Mama wish you Happy 6th Birthday. Mama n Abah love you so much. Be a good girl. Be good to your brother and sister as well. Be grateful of what you have. Don't ask to much..This year, mama would like you to :
1. be able to read
2. start your solat more often
3. admit your fault, don't blame others
4. stop acting like teenages, you r 6, not 16. (no more cinta2, boyfriend, kawen ...)
5. stop taking Nadia advise. (most of her advise , not a good one) ..Nadia cakap tu, nadia buat ni, nadia suruh tu... nadia cakap jgn kawan orng nih...Adeh, I'm worried.

The list will go on n on...

Regards
Mama

Sunday, March 14, 2010

Aryssa dan Aniq

Ini gambar Aryssa dan Aniq. Berpelukan  masing2 . Aryssa tu suka benar tekan kepala bulat Aniq. Geram gamaknya....

Neesya - New Niece

Ini anak sedara terbaru mak long. Neesya nama dia . Lahir 5 Mac 2010. Anak kepada maksu Aisha, Amir dan Aryssa...

Tuesday, March 02, 2010

Tuesday, February 23, 2010

Gigi Pertama tanggal...

Semalam masa makan 'kek gulung', balik dari nursery, Amir bgtahu yg gigi dia dah tanggal.. Gigi tu dah longgar 2 hari dah...So ni lah gigi pertama Amir yg tertanggal...Selalunya gigi atas dulu..Masa mula2 tumbuh gigi dulu @the age of 1 year, gigi atas yg keluar dulu, selalu baby gigi bawah keluar dulu kan? Amir pulak gigi atas yg keluar dan gigi bawah pulak yg tanggal dulu...Kata Amir, bila la gigi atas nak tanggal sbb gigi tu 'buruk'...Kata aisha, kena simpan gigi tu, nnt pari-pari gigi datang. Kekeke, mana ada pari2 gigi, banyak tgk kartun camni la....
Gambar KLCC 2 hari lepas, sebelum hujan.. Blur.. tapi kalau real nye cantik sbb background awan gelap sebelum hujan...dan arah bertentangan pulak cerah, ada matahari....

Tuesday, February 16, 2010

Wardrobe

Ni wardrobe baru yg aku beli ari tu. Lebih sebulan tgu akhirnya baru sampai. Aku pernah cerita last Jan aku ada beli wardrobe, meja makan, almari kasut dan rak telefon. 1 st time dtg anta dulu, almari ni salah spec, kaki meja pendek sebelah, rak telefon salah. Yg ok, alamri kasut saja. Aku tak nak terima, Aku bising2 jugak la kat Cina kedai tu...Lepas tu set la bila nak anta pulak. Dalam sebulan jugak la dok ding dong...Janji nak datang pukul 2pm, tak jadi kata nak pukul 7pm, then pukul 9 malam aku call kata nak hanta pukul 12 tgh malam. Punya sakit hati aku..Esok nak keje, sesuka hati mak bapak dia je.. Masa yg dia anta almari ni, rak telefon terlupa, ok la yg ni kecik, masa nak p bayar nnt kami boleh amik sekali.. Tup tup masa nak pasang meja, tetiba semua kaki meja tu bukan yg sepatutnya.. hampeh betul...Tunggu la lagi. Tapi sekali ni jela p kedai tu....No more lain kali...Oh ya almari ni, custom made, nasib baik ngam 2 dgn ketinggian ceiling aku...sepatut nya 8x8 kaki. Tapi tgi ceiling aku 94inci, lagi 3 inci nak sampai 8 kaki. Kalau kurang tak apa.. Takut terlebih, tak muat pulak nnt...

Bahagian kanan, rak dan tempat gantung, atas sekali ada ruang sepanjang 8 kaki.
Bahagian kiri, tempat gantung baju jugak.
Bahagian tengah, ada cermin dan meja solek. Belakang cermin tu ada rak lagi utk letak barang2. Asal nya laci kat bawah tu kosong dan ada kerusi kecil. Tapi aku tak nak, aku mintak dia buat drawer.. Bukannya nak bersolek berjam2, so tak perlu la kerusi tu...
Pandangan penuh

Dalam Bakul

Anak-anak aku semua mmg suka dok dlm bakul esp Amir. Ni turun kat adik dia pulak...Aisha suka dok dlm kotak, any kotak hatta kotak kasut sekali pun dia nak masuk gak bontot dia tuh...(sejibik mcm perangai kucing...)

Wednesday, February 10, 2010

Auto Ice Maker

Mari membuat ais..Maafkanlah kejakunan ku ini ye...Dah lama fridge ni d beli, baru last week try auto icemaker ni...Senang banget...
1.Mula-mula isikan air dalam bekas ni..Bekas ni ada kat bah bawah, bukan kat freezer.
2. Tunggu la bbrp jam (tak pasti, tak timing pun), Ni la tmpt yg akan kuar ais tu...
3. Tada.........Ni la ais nye...

Kakak dan Adik - Carefour

Masa beli barang rumah d K4. Kesian kakak , rambut ari tu potong pendek, dah tak comey jadi nya.. Tak pe la, tgu kutu dah betul2 tak ada dan panjang sikit, nnt mama trim ye...Seronok betul adik pegang stereng.Kalau abah bawak keta, dia asyik pandang stereng sj....

Outing - WangsaWalk

Ni masa lepas anta tok balik. Jalan2 d Wangsa Walk
1. Kakak dgn aksi superman
2. Abg dgn gaya nya
3. Adik pulak naik 'McLaren', pejam mata pulak tuh.. Hebat...

Saya dah duduk...

Masa kat Mc D. Saya dah nak masuk 7 bulan..Bila mama letak, saya dah boleh duduk.. Tapi belum betul2 boleh duduk dgn sendiri lagi.. Kalau menyulur tu laju je. Saya dah boleh berdiri sambil pegang kotak juga..Bila la sy nak jalan ni ye.. Semua orng ingat saya boy walaupun pakai baju fink...Agaknya saya kena pakai gaun jela baru nampak girl sikit, tak pun pakai head band...