Thursday, April 28, 2011

Kecurian

Semalam kata abg, ms balik dr prince court, kereta kancil kena pecah. Rasanya pencuri umpil pintu kereta. Dia amik bag laptop abg. Agaknya dia ingat ada laptop kot . Smarttag tak d ambil pulak.

Dlm bag tu ada file dan dlm file tu mcm2 doc ada. Nasib baik buku asb ada kat aku dan birth cert bebudak tu dah keluarkan utk photocopy. Yg tinggal dlm beg tu, geran kereta, buku check.

Patutla smlm abg amik bebudak kat taska lambat. Pg td bru doa bgtau pasal ni. La ni dia buat rpt polis kat balai polis dang wangi... Hi mcm2...

Sent from my iPhone

Our 4th child

>
> Ni la puteri ke4 yg baru lahir pg tadi. Nama belum decide lg. Bb girl ni lahir on 28 april 2011, 10:58am.
>
> Lepas breakfast, nurse masukkan drip. Then dia inject ubat tahan sakit. 5min lepas tu aku dah start ngantuk. Masa tu jam 8:30pg. aku betul2 ngantuk dan start sakit, nurse cuma nampak aku tido je pdahal aku tido sambil thn sakit. Tekak aku kering walaupun tak bersuara.
>
> Bila sakit sgt aku bgtahu abg, ckp ngan nurse yg aku dah rasa nak teran. Nurse dtng dan check 8.5cm bukak. Nurse call dr seri. Masa ni mmg sakit sgt. Dr kata dah nampak kepala. Dia suh kangkang luas2. Jgn kepit padahal ms tu sakit gila... Jgn angkat punggung ,kata dr seri. Aku rasa 4-5 kali jugak push dgn sekuat tenaga, barula bb keluar...
>
>
> Tudia selambak bb girl ni 3.42kg. Tp sakit kali ni sgt cepat dan bb lahir pun cepat. Ada koyakan sikit tp dr seri kata tak perlu jahit...ms tu aku ngantuk sgt...nak bg susu pun ngantuk...
>
> Ok la.., nnt samb lg...
>
> Sent from my iPhone

Our 4th child

Wednesday, April 27, 2011

Live from labour room

Chewah, tajuk mmg tak boleh blah. Tgh buat ctg. Aku admit mlm td pukul 10:30.


Aryssa mcm tahu2 je mama nak pegi. Asyik nak berkepit je dgn mama, pastu nak peluk2 mama. Dah bbrp kali baring, then bangun susah betul nak lelapkan mata. Last2 pukul 10 lebih, mak tok bwk naik atas, tu pun mulanya tak nak. Abg dan kakak dah tido.


Sampai hosp terus register, then terus masuk ward. Buat ctg ada contraction sikit, midwife check bukaan 2cm. So doktor kata masuk ubat jam 6 pg nnt.midwife amik darah, sakit jugak masa dan lepas d cucuk dan jarum ni masih ada d tgn. Masa aryssa duli tak sakit pun.


Pg pukul 5, nurse masukkan ubat utk pass motion. Terus ke bilik air, membuang dan mandi. 5:39 midwife dtg nak masukkan ubat tp aku minta lepas solat subuh. Pukul 6 masukkan ubat. Katanya kena baring until pukul 7 (1jam). Then aku p toilet buang air, nurse ckp nak buat. Ctg kat labour room. So jln la aku ke labour room. Salin baju bersalin, baru bukak 4 tp tak kuat sgt sakit.


Dr seri dtg, check dan pecahkan air ketuban, bnyk sgt, panas dan mcm banjir je rasa. Dia tny nak amik epidural ke? Aku geleng. Dia kata kalau tak tahan tak salah amik ubat tahan sakit. Dont be too heroic, so aku decide amik injection sj sbb bila amik jab, rahim cepat tipis sbb kita relax ( tak sakit sgt) berbanding tak amik apa dan dlm kesakitan. Aku tanya nurse bila sesuai nak amik jab. Dia kt sekarang pun boleh. Kalau dah bukak 8 nnt takut effect bb( ngantuk).

So lepas bekfast nnt, (lepas ctg) bru nak amik injection.

Ok itu aje setakat ini. Bagus jugak type time buat ctg ni fresh lg, klu tgu lama2 nnt lupa...

Sent from my iPhone

Tuesday, April 26, 2011

Curi lagi

Mmg melampau la pencuri ni, makin menjadi2. Smlm masa keluar p beli ikan kat lori depan umah ni, jiran bg tahu ada lagi keta yg kena cabut taya, 4 biji pulak tu, smlm masa aku kuar dgn abg p beli brg nampak la keta kelisa tnpa tayar d atas bata. Keta tu terletak d lorong kecil antara 2 rumah, yg kes dulu pun cam tu jugak...

Sent from my iPhone

Monday, April 25, 2011

Week 40

Hari ada checkup dgn dr seri. Seperti biasa aku drive alone. Selalunya bila lama driving masa keluar keta tuperut sakit sikit. Paha pun sakit. So jln adalah sgt perlahan mcm org dlm contraction. Ada nurse tegur, tgh sakit ke? Aku geleng je...

Appt pukul 11:30, tp aku sampai jam 11. Terus register, belumsmpt duduk nurse suh timbang, ambik urine dan bp. Masa tgh tgu dr seri panggil, sorang staff ni, dia kt nak buat soal selidik. Dok menjwb soalan dia, tak sempat habis, dr seri panggil masuk.

Hari ni dia dpt machine scan baru ( demo set). Dan aku ni first patient yg kena test dgn machine tu. Monitor kat depan aku tak pasang lg so kepala aku terpaksa telengkan utk tgk dekat main screen. Tp aku bukanlah bhn uji yg baik sbb dah week 40 ni susah nak nampak sbb dah padat even muka pun tak boleh nampak sbb dah masuk dlm pelvic.

Dr kata aku boleh induce this week kalau belum bersalin lg by 28 ni. Since aryssa pun belum baik demam, aku ckp agree to induce 28 ni. So mlm 27 tu aku kena warded dah...

Hopefully everything ok. Agak mencabar bawa perut besar d usia mcm aku ni.

Sent from my iPhone

Sunday, April 24, 2011

Belum lagi

Yo yo yo... Masih disini.. Bb belum keluar lg, next week 40 weeks. cayala bb. Agaknya dia kesiankan kakak aryssa. Dia demam. Hr ni masih belum kebah lg. Start smlm, sabtu. Masa pegi amik ubat dia belum demam lg. Amik ubat batuk dan sesema je. Siap kena nebulizer lg. Rileks je tak nangis pun. Tu pun berguni puji-pujian utk dia.

Balik je ptg tu start dmm. Mlm nya sampai pukul brp aku tak tido, then sambung shift abah pulak lepas tu mak tok pulak jg dia, nak control temp sbb mmg tak turun above 38 je. Hr ahad clinik tak bukak.

Rupanya pukul 4 pg tu, jiran sebelah kena pecah umah. Jiran belakang pun sama. Lately makin menjadi2 kes kecurian d kawasan ni. Aku agak geng dadah. Hr tu rumah ujung hilang 2 biji tayar keta depan. Pencuri sendal keta dgn bata. Agaknya dia jual besi rim tu kot.

Berbalik kpd aryssa siang td dmm tinggi tak turun2. Hr ni clinic tak buka. Nak tgu mlm tak sanggup rasanya nak alami episode semlm. Kesian aryssa...lepas magrib bila temp naik 39 wpun br mandi kami decide nak bawak ke prince court.. So pegi la kami 3 beranak. Yg lain tinggAl rumah dgn maktok. SampAi sana amik temp. Turun 38.6 mungkin sbb mkn ubat dmm sebelum pegi hosp. Kat sana aryssa cargas. Klu kat umah tu asyik nak berkepit ja, tak mkn so tak de energy hrpkan susu.. Dan bila tak bergerak temp cepat naik. Kat hosp ok pulak. Jumpa doktor cerita gitu gini. Dr check tekak dia mmg bengkak, that's y dmm tak turun2. Aku dah agak dah, itu punca nya. Aku ckp smlm dah g jumpa doktor, so dia bg nebulizer, then ventolin dan renanthiol. Dr kat prince court kt boleh continue ubat tu. Nnt dia tambah antibiotic. Aku tny antibiotic apa dia nak presc. Dia kt zetromax, aku request augmentin sbb yg ni ada flavor sikit...So total semua 75rm.

Aku ckp ngan abg, kita dah tahu apa punca nya dan tahu dia perlukan antibiotic yet tak sanggup nak tanggung any risiko. Aku tahu aryssa bengkak tekak dia .. Ni base on experience. Dia , kalau mild batuk then selsema, lepas mmg tekak bengkak dan dmm dan mmg perlukan antibiotik. Tp tula. Tak berani nak amik risiko, terpaksa ngadap muka dr jugak....

Dlm keta lg dah bagi antibiotic, sbb tahu aryssa akan tido. Mmg betul telahan aku tu....

Hopefully mlm ni tidonya tidak tersangkut2 lg....

Esok turn aku pulak ngadap dr seri..

Pregnancy kali ni bnyk dugaan. Bukan dr segi bb dlm perut ni.. Klu bb ni biasalah dugaannya.. Tp dugaan dr kesihatan anak2 yg lain esp aryssa... Sungguh menduga mental dan fizikal....huhu


Sent from my iPhone

Thursday, April 21, 2011

MC

Dr bg MC 5 hr. Tp hari selasa ritu pegi office damansara jap ada presentation. Lunch balik rumah.

So buat apa kat umah, takkan tido spjg hr kot. Antara keja2 yg aku buat mop lantai, tingkat atas tu dah brbulan tak mop. Tiap kali pijak lantai utk iron baju mesti itam tapak kaki.. Ee rimas tau.

Then basuh baju, sarung bantal, cadar... Mesin yg basuh...tak ada tanda2 sakit contraction lg... Sikit2 ada la. Smlm 2 hari dia tak gerak kuat, tetiba bila dgr kakak aisha dan kakak aryssa bergelak kukkik kukkik, tetiba bergegar perut, tak payah pegang mmg nampak. Aryssa kejar aisha, so berlari la dorang...

Hari2 cook for dinner. Smlm amir reqest nak ayam masak merah ala kenduri, aku masak singgang ikan tenggiri dan sayur campur, hr ni just buat sayur fucuk dan gorrng ikan sbb lauk smlm ada lg. O ya aryssa anta kat taska.

MC ni jugak buat aku terjebak dfn telenovela dan senetron. Dr sejuta kisah marshanda, ke marimar, ke nurkasih. Betul2 surirumah la... Kalau tak cuti2 asyik chnnel disney, nickelodeon, cartoon network....

Ok la. Nak p masak. Bj sekolah masih d rendam lg

Sent from my iPhone

Sunday, April 17, 2011

Checkup @ week 39

Sebenarnya week 38++. Apptment jam 11:30 am. Aku drive, kuar dr rumah jam 10:30 pg. Ikut mrr2, ke jln ampang, tak jam. Sampa jam 11:15 kot.

Masa baring, sblm scan, dr Seri kata tgi lagi perut aku ni, then aku sampuk, ke bb panjang dr. 'could be' kata dr. Bila scan, nampak kepala bb dah engage (caps). Line between pundi kencing dgn rahim nipis sgt sbb tu mmg kerap nak terkenc. Bb ni lebat rambutnya, mcm kakak aisha dan berat lebih 3 kg dan pjg.

Wah, anak2 aku ni makin ke bwh, makin pjg, esok kalah along dorang. Along Amir pendek dr adik2. Aisha dah sama tgi dgn dia dah, aryssa pun nampak tinggi....

Dr kata air ketuban aku bnyk. Nampak ruang kosong lg dlm tu, tu yg bb agak ligat lg tu....dan that's y jugak perut aku besar.

Kata dr lagi, aku mmg dah ada bukaan tp belum ada contraction, dia suh tgu contraction dulu. Katanya yg ni kalau induce, dr just masukan drip then kejap lg adala contraction dan terua bersalin. Tp aku nak tgu contraction dulu. Dr bg mc 5 hari. Besok aku ada presentation kat damansara, kejap je kot. P sat tp malas nak drive, tgkla balik ni kawtim ngan abg....


Sent from my iPhone

Durianss2

Semlm abg bwak kitaorg p makan durianss2. Gerai tu bukak dr jam 12 pm - 12am. Ada bbrp gerai dekat row yg sama, gerai ujung sekali tu durianss2. My comment? Personally, kalau nak rasa pelbagai jenis durian, dan mmg antu durian dan cerewet pasal durian ni dan yg penting tak kisah ttg harga mahal, sini tmpt yg sesuai. Tp pd aku cukup la sekali, kira klu org ckp mkn kat durianss2 tu mcm mana, aku dah tahu dah.sbb aku bukan antu durian sgt. Pd aku kt gerai tepi jln yg lain pun dah ok dah.

Masa mula2 smpai dan duduk kat meja pekerja kat situ akan tny. Nak durian yg mcmana? Manis? Manis-pahit?... Mula2 aku nak try manis pahit, so dia bg durian nama X0 ( teringat PCK). Kulit nya hijau mcm tak msk lg, tp mmg dah masak pun. Rasanya mmg manis-pahit(kelat), tp of course la manis dominan. Isinya tebal tp tak setebal durian kawen. Oh ya hnya aku, abg, aryssa dan aisha yg mkn. Amir tgk sj, mmg dia tak minat langsung, sikit pun tak. Aryssa rasa la jugak, aisha abih 2 ulas. Next, durian raja kunyit, isinya kuning. For me ok la. Dan last sekali tak ingat apa nama. Yg ni sedap, lemak. 3biji , dia ikut berat . 1 biji = 1 kg lebih. So jumlah semua rm 85. Mahalkan? Sesapa teringin nak rasa p lah. Ramai jugak org.

Sent from my iPhone

Friday, April 15, 2011

Letih

Bukan aku tp abang. At least dia dpt rasakan apa yg aku rasa. Berat sama d
pikul ringan sama d jinjing. Baru la sehati sejiwa. Hihi.

Aryssa kan sekarang ni tido dgn abah dia sbb mama tak boleh tido bwh.
Lately dia dah la tido lambat dr orng lain (10:30 tu kira lambat tau, kakak
dan abang kebabom awal lagi sbb penat sekolah).. Dia kalau tak tido lagi,
kacau semua orng.. Cium kakak dan abang la, usik2 rambut la, mcm-mcm dia
buat). 2 hari lepas masa aku tido (tido awal sbb mengantuk tahap gaban -
8:30), tetiba rasa orng merayap atas badan.. Si kenit la tu. Nasib baik aku
tido mengiring so tak la kena perut masa dia naik atas badan. Cubit pipi
aku la.. mcm2 dia buat.. Aku tny abang pukul berapa? dia kat a dah 10:30.
Abg pun dah nak terpejam mata dah sambil melayan si Aryssa.. So aku pun
bangun , dukung dia p depan, tido atas tilam.. Sambil duduk atas lantai dan
peluk dia, rupanya nak tido sambil duduk. Last2 tido jugak...

Semalam tido jam 10:30, aku yg tidokan dia.. kata abang tgh malam dia
terjaga, menangis panggil "Mi, mi" . Dia kata banyak kali dia terjaga
panggil Mi, sambil nangis, Abg akan buat kan susu layan la anak dara kecik
dia tu kejap.. Tapi knowing abg kalau dah terjaga banyak kali mcm tu, dia
payah nak tido balik, so pagi tadi bangun tido dgn mata yg masih mengantuk
penangan jaga Aryssa...Tak pa nnt Aryssa berubah la tuh.. budak2 ni mcm2
patern dia. Tapi sekarang ni , kalau Aryssa menangis dia selalu panggi aku
"Mi"...Hmm macam 2 lah.. Abg dan kakak panggil mama, dia panggil mi pulak..

Monday, April 11, 2011

Doa mudah bersalin

Cari jugak amalan2 semasa mengandung dan masa bersalin. This time tak de minyak/ air selusuh. Tawakal tu alallah. Sbb tu cari doa2 semasa sakit bersalin. W/pun yg ke4 ngeri ttp sama... Dgn kata lain takut la tu....
http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Zikir&DoaSemasaBersalin.htm --- jumpa website ni, boleh la amalkan doa2 ni ketika sakit nak bersalin. MogA ringan sikit sakit....


Sent from my iPhone

Sunday, April 10, 2011

Durian

Aku suka mkn durian, tp tak la antu mcm sesetengah org, tak boleh mkn bnyk sekaligus tp mkn ulang2.

Time2 pregnant ni mmg teringin. Satu hari hajat aku termakbul bila shark ngan rambo bawakkan durian kerumah. Dorang baru lepas mkn durian, so nak singgah umah, bwakla sikit utk ibu mengandung ni... Heaven.. Sedap...thanks to shark, rambo n zali.

Abg kata ada satu tmpt kat pj yg ada buah durian yg sedap. http://www.durianss2.com/flash/main.htm. Tu website dia. Tak boleh komen sbb belum pegi lg. Tp mmg mahal. Boleh call kalau nak p ssb ada time2 dia bukak. Ahad ari tu lepas kd carrefore mmg nak menghala ke sana dah. Siap bwk tupperware lg. Tp keluar je carrefour, gelap nak ujan, teringat kasut sekolah tak berangkat, bj sekolah kat ampaian , kalau ujan , tempias dan basah. So tak de rezeki nak mkn durian. Mayb next time.....

Sent from my iPhone

Mengah

Aku mencutikan diri hari ni. Sakit perut lg. Apptment dgn dr seri pukul 2 nnt. So belum dpt mc lg, tu la sesuka hati cuti sendiri.

This pregnancy mmg agak fenat. Faktor umur kot yg jd mcm ni. Bayangkan la berjln dlm rumah pun boleh termengah2 mcm kena kejar antu kak limah. Bukannya naik tangga. Since aku ni maidless, so sakit mata tgk rumah mcm kapal karam. Nak buat tak mampu. Basuh pinggan setengah jam, rehat 2 jam. Basuh baju sekolah putih amir dan aisha 8 lai pun 2 trip, betul2 mengah tak cukup nafas. Ni pun tgh nak lap kaunter top kitchen. Berehat sebentar selepas jalan bersihkan kain lap.

Waduh-waduh, gawat.....
Sekian, hanya luahan....

Sent from my iPhone

Checklist to hosp

Walaupun dah yg ke 4, still meraba lg cari checklist dlm blog lain. Wah banyak nye list dorang. Masa Amir dan Aisha dulu tak ingat apa yg aku prepare tp ada list nya dan beg2 tersebut berada dlm kereta masa perut aku 7 bulan lg. Kali ni 9 bulan baru menggagau cari list. Pengalaman bersalin kan Aryssa d prince court, listnya tak brp pjg. Sbb yg lain dah termasuk dlm cost bersalin. Niantara list nya.

List mama
Baju sejuk sbb aircond
Stokin
Baju 2 helai tak cukup abg ambil lg kat rumah
Disposal panties pun disediakan. Beli jugak.
Maternity pad, pun hosp sediakan tp beli jugak
Minyak urut NR
Param, DCL yg masa Aryssa dulu.
Berus dan ubat gigi
Pencuci muka, yg lain di sediakan.
Bengkung, velcro senang sikit. Balik rumah pakai yg lilit.. Kalau rajin...
Buku lawatan masa mengandung
Kain batik
Tungku letrik

Rasanya yg tu je kot...

Baby list
Baju dan seluar selai
Barut
Mitten dan booty sepasang, ni masa balik, kat hosp pakai baju hosp
Selimut
Tutup kepala, hosp sediakan just incase
Minyak baby
Pampers pun hosp sediakan tp beli jugak..

Rasanya tu je kot


Sent from my iPhone

Friday, April 08, 2011

Happy 7th birthday aisha

8 april 2011 birthday aisha yg ke 7. Kejap sungguh masa berlalu. Sakit melahirkan dia pun masih terbayang2 lg. Mungkin aku beranak sorang2 ( selain doktor dan nurse) menyebabkan setiap kesakitan tu mmg dihayati. Tp dia paling cepat keluar. 2 jam sj lepas masuk labour room. Apapun mama sentiasa doakan aisha success dunia akhirat. Walau d mana aisha berada, jgn lupakan allah, rasul, mama dan abah...

Balik dr kerja, lepas maghrib p beli kek kat secret @ wangsawalk. Just beli slices sj, ikut selera masing2. Then Tapau kat popeye. Sampai je kotak mknan, masing2 tak sabar nak rasa esp aryssa. Masing2 kelaparan. Rasa sampai habis satu kotak. Terpaksa la abg beli satu set lg...then terus balik, ms tu dekat pukul 10. Tu je celebrate bday aisha. Tak de yg special.

Perut masih sakit. Tak sabar nak tgu isnin ni for checkup. Sakit nya di bahagian bawah kanan, mcm sengkak. Tapi gerakan bb normal. Terpaksa jln slow mcm siput sbb hentakan kaki menyakitkan.

Sent from my iPhone

Wednesday, April 06, 2011

False contraction

Wah, dah lama tak update blog. Sebenarnya dah seminggu dok draft entry pasal gambar amir dan aisha tu tp tak siap-siap juga. Tak pe lah langkau je la.

Semlm perut aku sakit sgt. After lunch dah rasa mcm sengkak kat sebelah kanan. Balik umah makin sakit. Lepas maghrib, makin kuat dan naik kat atas perut pulak. Sampai nak masak pun tak boleh tegak. Last2 ckp dgn abg jom ke hosp. Masa tu jam 9 mlm. Amir dah tido.

Aisha pun dah lalok. Aryssa je masih cergas lawan mata. Sampai hosp semua anak2 dah tido. Aryssa, abg angkat letak dlm stroller, yg lain kejutkan dan dorang tido kat kerusi menunggu bah kecemasan. After inform nurse kat situ aku d tolak ke labour ward tkgt 6 dgn 'wilcha'. Abg tgu bwh sbb anak2 tido.


Nurse buat ctg. Masa nak cari tmpt nak park alat tu, dia kata bb dah turun tp kepala tak masuk sebenuhnya dlm tulang pelvic lg. Kedudukan pulak mengepak . Mungkin salah satu sbb aku sakit. Process ctg tu dlm setengah jam. Hasilnya ada mild contraction tpi belum ada bukaan lg. So aku d benarkan balik. Kes ni sama mcm aku pregnantkan aisha dulu. Tak thn sakit tengah mlm pegi jugak klinik 24 hrs. Tp bukan gynae. Nak pagi hilang sakitnya. Seminggu lepas tu br sakit bersalin betul.

Since tak ada org dewasa kat rumah, terpaksa la angkut semua anak2. Aku redha kalau d takdirkan abg tak dpt tgu masa bersalin nnt. Yg penting anak2. Pandai2 la aku uruskan diri nnt. Tp klu bersalin siang hr boleh la abg tgu sbb budak2 kat taska.