Tuesday, March 22, 2011

Thrush

Budak ini demam. Cian sungguh. Start dmm hari Sabtu Tp Tak tg suhunya. Hari
isnin call nak buat appmt dgn dr shanaliza Tp full pulak. So Pegi hari
selasa. Pukul 6:30 kat klinik. Dr check, tgk bengkak semcm kat pipi Dia.
Kalau nak tumbuh Gigi, Tak la sampai bengkak. Dr check dlm mulut. Dia Tak
mo bukak. Sblm ni pun bila suh bukak mulut Dia bukak sikit je. Sakit
agaknya.

Dr nampak Ada putih2 dlm mulut Dia kat pipi. Dan lidah pun Ada. Katanya
jangkitan kulat. Bukan yg Mcm mata ikan Tu. Tekak merah, Tp chest clear. So
Dia prescribe antibiotic utk tekak Dan daktarin oral gel utk thrush Tu.

Balik umah bg mkn ubat. Masa nak apply gel Tu Dia nangis, sakit.

Mlm Tu mmg Tak bleh tido. Aku dr minggu lepas lg Tak cukup tido, Tp minggu
lepas, Abg ada so Boleh gilir2. Tapi sejak dia outstation ke Philippines
ni, dah 2 hari aku Tak cukup tido. Bdn pun sakit2 Sbb tido bwh Atas toto.
Semlm setiap setengah jam aryssa jaga Dan nangis. Minum air masak Tak nak ,
susu pun Tak nak. Kesian Dia, lapar Tp Tak Boleh makan Sbb sakit. 2 mlm Mcm
Tu. Hopefully mlm ni Ada improvement sikit. Kesian anak mama.

Sent from my iPhone

Thrush

Sunday, March 20, 2011

Budak tomei dan project

MIL datang dari kg hari Sabtu. So hari ahad adik2 ipar semua ada kat
rumah.. Riuh rendah dgn budak2 kecik....Aku mcm biasa, tak boleh 'tegak'
(berdiri ke duduk ke) dlm jangak masa yg lama, mesti nak baring.. So p la
baring dlm bilik, sambil budak2 tu dok main kat luar.. Nasib baik pagi tu
aku dah basuh porch sbb kucing kencing sambil d bantu oleh Aisha..Anak2
sedara sibuk la main kat luar.. Aisha dgn Syira, Aniq dgn Aryssa. Kelakar
tgk budak kenit bedua ni.. Tak banyak cakap tapi boleh main sesama, cakap
pun bahasa dorang la...Pagi tu, Aryssa main dgn Neesya(1 tahun). Maksu anta
Neesya kat umah..Bercakap bahasa dorang. 2-2 dok berdiri depan grill pintu,
sambil baling brg keluar dr grill. Kakak Aisha kat luar tukang kutip.

Ptg bila Nessya balik, Aryssa main dgn Aniq pulak.. Bila bangun tido,
keluar je bilik aku terbau minyak petrol, sampai dlm rumah...Aku tanya bau
apa ni.. MIL cakap, si Aniq dgn Aryssa tuang minyak petrol atas lantai..
Kata mak, bila tak dengar budak2 kenit tu bersuara, dia tanyala kakak Aisha
dgn Syira yg main sekali kat luar...Kakak Aisha kata adik ada tu kat tepi
dinding dgn Aniq. Bila keluar, tgk tgh sedap je menuang minyak petrol atas
lantai.. Tong petrol tu ada kat tepi dinding..Abang la yg letak situ..
Nasib baik tak jd apa2.. Mak basuh tangan dorang bersih2.. Amboi, korang
berdua, senyap2 ada je projek ye....

Thursday, March 17, 2011

Tetamu

Petang semalam cousin aku (anak kakak ayah) called, kata nak datang rumah.
Dia ni keja d Singapore, laki bini, so balik bercuti rumah mertua dia d KL.
Datang sbb nak menjemput ke kenduri abang ipar dia d KL Mei ni... Aku kata
datang la...Tapi dlm kepala dah set, balik ni kena spring cleaning....sbb
biasalah rumah mcm tongkang pecah...

Petang tu, sampai rumah je, dah cakap dgn budak2 , Pak Tam nak dtg rumah,
so kemas rumah...Masing2 kalut la simpan apa yg patut. Aisha la yg buat
semua, Amir terbongkang atas karpet. Rupanya dia tak sihat..
Muntah2...Malam tu je 4-5 kali muntah. Dlm toilet, dlm sinki, atas lantai ,
mana yg dia sempat.. Apa yg dia mkn tah...

Sblm aku mulakan kerja mengemas, masak bubur nasi utk Aryssa dulu. Budak ni
kalau lapar mcm harimau, semua orng di kacaunya dan mesti meragam nak
dukung...Dah letak atas dapur, mulakan mengemop lantai.. Dah brp minggu tak
mop.. Lantai jenis licin mcm tu, kalau tak mop rasa tak best.. Kalau lepas
mop, pijak pun rasa 'fresh' je.. Boleh ke mcm gitu? Rasa 'fresh' bila d
pijak.. Paham2 je la...Mop ruang tamu, ruang tengah, ruang tgk tv dan ruang
antara tv and dapur. Yg ni Aisha yg buat. Aryssa abah pegang, kalau tak
sibuk je nak kacau.. Dah bersih semua, masa ni bubur pun dah siap, masukkan
dalam mangkuk, dah ready nak makan..Suap dia dulu sblm solat Maghrib. Abg
Amir tido. Since panas, terpaksa la kipas2 bagi sejuk sikit.. Si kenit tu
dah tak sabar2.. Nak, nak.. tu je yg dia tahu. Aku ckp, panas ni sambil
letak mangkuk atas kaki dia.. Cecepat tarik kaki sambil tersengih.. Kejap
lagi, Nak, nak.. mcm bunyi burung sea gull dalam cerita Nemo tu pun
ada...Suap sikit dulu sbb kalau banyak lambat sejuk.. Kejap je mintak
lg...Geram tapi cute je...

Lepas solat, jerang air, tanya abg, apa nak jamu utk tetamu? Last2 goreng
kopok. Buat teh (teh minuman rasmi tetamu kat umah aku, hehehe), Siapkan
cawan atas meja, sambil goreng kopok.. (the very multi tasking). Dah siap,
tgu tetamu je la...Fuh lega...

Pukul 9 kot baru dorang sampai...Mak mertua dan abang ipar dia pun datang
sekali... Kerusi kat ruang tamu tu ada 1+3 saja, Yg 2 seater aku dah alih
kat ruang tgk tv. So terpaksa la tambah dgn bangku.. Kena cari wing chair
la lepas ni..heheh...Sembang2 gitu, gini.. wife my cousin tu pregnant, due
bulan 6 ni.. Rupanya anak sulung dia (1 tahun) , mak mertua dia jaga d KL.
Agak nya susah kot nak cari pengasuh d Singapore. Mak mertua dia ni
peramah.. Kira sporting la, mana tak nya, bila raya dorang satu family (dgn
mak, pak, abang,adik) semua balik beraya rumah maklong aku d kedah nun..
Maklumla org KL, tak de kg, so seronokla dpt balik kg.. Rumah maklong aku
tu mmg kg, depan rumah ada tali air, keliling rumah, sawah padi...Kalau
maklong buat kenduri kawen, dorang ni akan ke Kedah, tolong masak.. Mana
nak dpt besan camtu? hehehe....

Bila tetamu, balik, start basuh cawan/pinggan..Kalau biarkan nnt jd
malas.berlonggok dan berlonggok dlm sinki... Amir dah kelepet, asyik muntah
saja..Aku suh dia makan bubur adik, tapi tak d sentuh nya.. Last2 aku kupas
buah epal, rincik halus bg dia makan .. Lepas tu aku bagi dia ubat angin.
Ubat ni mmg standby dr klinik shanaliza.. sbb dia kerap angin, sometime
perut kosong pun tak boleh jugak Amir ni....Alhamdulillah lepas tu tak
muntah dah.. Aisha dan Aryssa pulak batuk...

Lepas Aryssa, amir dan Abah tido, aisha masih tgk tv lagi, aku tak boleh
tido, aku ni kalau penat sgt, mmg tak boleh lelap mata... Kain baju yg dah
basuh berlonggok atas katil.. So aku lipat la dulu. Sblm tu masukkan kain
dl;m mesin basuh dan biar dia bekerja, Pg esok sidai. Dah tahu dah cemana
nak lipat baju lepas angkat dr ampaian.. Selalu aku biarkan seminggu baru
lipat. Masa kelam kabut berkemas td, kain baju tak berlipat(nasib baik satu
batch saja), aku letak atas katil.. So dah penuh tu mcmana nak tido.. Jd
lipat la dulu...motivasi tu... Tapi being me, kalau dah malas tu, silap2
aku tolak je kain baju tepi dinding dan aku kebabom..atau tolak ke bawah
atas lantai.. heheh.. Nasib baik tak boleh lelap semlm, tu yg rajin
melipat...

OK la .. chow

Tuesday, March 15, 2011

Mengidam

Last week masa breakfast kat pantry, ada 2-3 org colleagues dok bercerita
pasal ngidam masa pregnant ni.. Benda ni pun aku biasa dengar dan faham
sgt. Ada yg cerita sampai nangis2 ngidam nak makan apa tah mlm2 yg kedai
nya jauh sgt. dah sampai nangis2 si suami terpaksa pegi cari jugak.. Dan
syasya ada cerita yg mak dia ngidam nak makan 'mi tonggek' kat pdg kota
lama (masa tu dorang dok penang) tengah2 mlm. Mi tonggek sbb mamak yg
goreng tu sambil tonggek.. kelakar je.. Terpaksa la bapak nya g cari.. Dah
balik tu makannya sesudu je.. Hangin je bapak si Syasya.. Hai.. mcm2
karenah orng mengidam ni..

Tapi mmg betul pun.. kalau terasa nak makan sesuatu tu, kena masa tu jugak
dapatkan, kalau esok dah tak terasa dah...Mmg begitu keadaannya.. Tapi aku
tak ikutkan sangat rasa mcm tu, tapi amat2 faham mcmana rasanya bila tak
dpt...Yg aku ingat sampai mati masa ngandungkan aisha, teringin sgt nak
makan lambchop, perasaan teringin tu adala dalam 2-3 hari, dah bgtahu abg,
tapi tak terpegi pun kedai makan tu atas sbb2 biasa (tak lalu kat kedai
tu).. Kalau dlm keaadaan biasa, mmg boleh d terima alasan tu..Aku rasa
sedih sgt.. dan terkilan..(benda kecik je kan, tp org pegnen ni sensitive).
Masa tu kat penang 1 keta je dan abg bawak, kalau ada kat aku keta tu mesti
dah pegi dah kedai lambchop tu waktu lunch.. Next week nye abg tanya nak
singgah kedai lambchop tak? Masa tu serious, dah tak terasa pun nak makan..
Aku geleng kepala je.. Sampai sekarang teringat sbb terkilan punya pasal..

So sekarang kat KL ni banyak kedai dan senang nak dapat, so kalau ngidam
aku p cari sendiri.. Anak ke 3 dan 4 ni tak de ngidam pelik2
(Ngidam/teringin - sama je)..Kalau takat sikit2 tu aku buat tak layan
je...Nak pulak yg ke 4 ni, tak de rasa nak makan apa2 pun. Sebaliknya org
yg tak pregnant pulak ajak aku p sana sini sbb teringin nak makan itu ini..
Aku layan je...Masa Aryssa dulu, pagi2 teringin nak makan nasik putih dan
masak tempoyak ikan patin (selalu lunch yg ni kat restoran delaila, jln
raja laut), tapi ni pgi2 mana nak ada.. kecur ayaq liuq tau....Apa effect
kat baby kalau kita tak layan perasaan teringin ni? So far anak2 aku ok je,
kata org ayaq luiq meleleh.. Anak2 aku tak de pulak mcm tu masa baby....

Sunday, March 13, 2011

Weekend Activity

Sebenarnya tak ada apa yg nak d updatekan..Selain dari 'rungutan' sakit
belakang dan tak de tenaga nak uruskan rumah...Bila kita selalu 'gagah
perkasa' ke sana ke mari mengemas, mengemop dan sebagainya, tapi dalam
keadaan sekarang, mmg tak terdaya sgt.. Hanya mampu tgk rumah yg
berselerak, anak2 yg besar boleh la bantu sikit2 tapi still tak kemas
jugak....Sekarang ni kan , kalau aku buat aktiviti yg memerlukan berdiri
dalam jangka waktu yg lama, lepas tu mesti kena rehat/baring/tido (hehe,
dah baring mesti terlelap punya)... Contoh lepas basuh kain (basuh tangan),
aku akan duduk rehat, then baring.. Bila bangun, masak.. lepas masak sama
jugak rutin nya, rehat dan baring (tertido lagi..) Bangun, buat keje lain
pulak.. Tapi kalau buat keje sambil duduk, ok pulak..cth iron baju...La ni
mop lantai mmg tak buat dah.. penat dan sakit pinggang.. Kalau aryssa
kotorkan lantai, aku cuma lap dgn pencuci lantai tmpt yg dia kotorkan tu,
so takla bersemut nanti....Bila tah nak panggil weekend maid dtg..Fenat
la...

Ahad ari tu p Carrefour, rutin biasa weekend, beli brg2 dapur... Mcm biasa,
kalau lalu bahagian toys tu adala bola, Aryssa kalau nampak mmg nak la bola
tu.. So kakak aisha ambil dan bg kat dia, bukan nak main, nak pegang saja..
Dia dok dlam trolley tmpt duduk kanak2 tu..tak mo dok dlm stroller dia...
Then lalu bahagian baby, ternampak la bantal baby yg ada lubang kat tgh tu,
Kalau bumble bee dalam 20-30 ringgit jugak, Yg ni 12 ringgit ja.. Boleh
la,, Aryssa nampak, dia nak pegang..So ada 2 benda kat tgn dia dah, kiri
dan kanan.. Then bila kakak aisha beli ubat gigi, dia nak jugak.. So bantal
tu d kepit kat ketiak pulak.. Tiga2 barang tu kakak nak amik pun dia
marah.. Kakak apa lagi, kuat mengusik, geram betul aku... Aku cakap ngan
abang, bantal tu, nnt kalau dia tak bagi kat baby, kena beli lain la
nampaknya...

Minggu bila tah, masa pegi Carefour 3 beranak saja, abang ngan kakak ada
kelas art. Kami tak beli banyak barang, so Aryssa bebas berjalan, sampai
rak botol susu, dia tunjuk la botol susu kat situ, Abah kata kalau nak
ambil la.. So dia angkut la yg botol besar dan kecik (satu pack), masukkan
dalam trolley, then datang balik kat rak tu, angkut lagi, Aku ngan abang
perati je sambil nak tergelak.. Sampai nak habis botol susu kat rak tu dia
masukkan dalam trolley. Aku cakap ngan abg, agaknya dia perati kita dok
amik barang2 ni then masukkan dlm trolley, so dia ikut je la.. Agaknya dia
ingat mama amik je apa yg nak kat carefour ni....Dah abih angkut, abg p
letak balik botol susu kat rak tu....Budak2 perati dan belajar.....

Oh sekarang ni Aryssa dah up satu tahap lagi.. Pandai mengamok dah.. Dan
kalau mengamok bukan senang nak pujuk.. Tak makan pujuk, lagi ditepis nya
tgn kita...So aku selalu biarkan dulu, then lama sikit baru pujuk.. Masa tu
baru la bg kalau kita nak peluk ka, dukung ka.. Adeh, kakak Aryssa ni..
mcm2...

Last Saturday, kat Takska ada buat pre-maulid nabi.. Amir masuk
pertandingan bercerita kisah nabi Muhammad SAW. Patutnya ada 5 orng tapi
tinggal dua je, Dia dapat no 1.. Hari ni (Isnin) baru dapat hadiah..
Patutnya aku ke taska hari ni, tapi mmg tak boleh cuti.. Kesian dorang..
Cuti sekolah ni pun tak boleh nak amik cuti. Abg cuti 16/3 ni, tapi aku lak
ada presentation kat damansara. Hari lain abg dah tak boleh nak cuti sbb
next week dia kena p Philippines seminggu. Aku mmg kena abihkan
documentation before bersalin... So plan weekend ni nak ke IKEA, sbb ada
sales. Lagipun aisha selalu mintak nak ke sana sbb nak main kat tmpt
'ladybird'. The following week cdg nak ke KL Bird Park, sbb ticket expired
31/3 ni....Hai, boleh ke aku berjalan banyak ni....May be MIL nak mai this
week sbb abg nak outstation. Tak harap dia tinggalkan bini dgn anak2 dia ni
kalau tak dak orng tolong tgk2 kan....

Tuesday, March 08, 2011

Kancil Hitam - akhirnya debt free

This month is my last installment for Kancil (and Stream too)..Dah call RHB
tanya mcm mana procesdure nya for the last payment. Dia suh call caw tmpt
aku buat loan. So aku call RHB Prai, tanya berapa balance dan apa nak buat
sbb aku nak bayar kat cawangan KLCC. Dia kata kena bayar kat kaunter amount
yg dia bg tu, nnt pihak bank akan release discharge letter (caw Prai, dia
courrier ke KLCC). So bila bank call kata discharge letter dah ada, boleh
pegi ambil dan ke JPJ , bwk jugak geran sbb JPJ akan exclude nama RHB dalam
geran tu... Total semua termasuk courier charge RM 600. Semlm bank call
kata discharge letter dah ready, so hari ni aku akan buat authorization
letter utk abg pick up the discharge letter kat RHB, KLCC. Then bila nak p
JPJ tak tau la lagi.. Tapi mmg lega banyak la dah tak dak utang keta ni..
Walaupun tak banyak, RM 500 je tapi duit tu dah ada q utk di spend... Aku
nak bayar duit takaful Amir dan Aisha dan aku jugak, then nnt bila baby dah
lahir, portion tu jugak utk nursery...Mmg tak cukup.. Tp at least ada la
lebih RM500....

Hari ni exam math. So smlm Aisha study math.. Dia lemah math rupanya..
Kesian pulak bila abah marah2 dia..sbb utama dia melawan la tu yg abahnya
marah lg tu.. dah la menjawab... Dia tak menangis (tu menunjukkan hatinya
keras), tapi ada setitik air mata jatuh..Kesian la pulak.. Takut cara kita
ajar tak sama dgn cikgu ajar tu yg dia blur tu...Tgk exam ni , result math
mcmana.. boleh buat ke tak...Soalan math kan dlm bentuk narration (mcm ,
Abu ada 2 biji epal, dia bagi sebiji dekat Ali, berapa epal yg tinggal?)
Dia mcm tak paham dan tak tahu tolak ke tambah....Hmmm

Monday, March 07, 2011

Set bersalin


Baru dapat set bersalin NR hari ni. Aku amik Phyto Natal, Akar Herba dan Minyak Baby saja... Jadi la...Next on the list, mandian herba (akar dan daun kayu - beli saja, mana nak cari kat KL ni, dulu boleh la mak bwk ...)tungku (kena beli jugak la - kat mana jual?), Tu je la kot... oh ye maternity pad, (yg ni lambat sikit pun tak pe, dulu hospital bagi dan rasanya cukup utk bwk balik)..dulu2 aku amik yg bertali, so tak yah pakai panties. Tp masa Aryssa dia bg yg lekat kat disposable panties, so aku ingat nak beli satu set disposable panties. Baby pulak, mitten n bootie plus mandian bb tapi lambat2 sikit pun tak apa...Oh kali ni tak beriya mcm Aryssa dulu, mungkin sbb semua dah ada.. Aryssa dulu mcm beranak sulung sbb semua brg dah sedekah kat org.

Sent from my iPhone

Exam Week

Start hari ni Amir dan Aisha ada exam. Hari ni Bahasa Melayu. Dan last week
adalah study week. Aisha mmg rajin ulangkaji. Amir pulak banyak latihan
(kerja sekolah). Sebelum ni mmg belum ada apa2 ujian utk Aisha, so aku tak
tahu tahap dia mcmana. Ini lah first exam yg aku boleh gauge prestasi
dia..Walaupun dia rajin, tapi dia kurang berfikir, makna nya dia akan
terima bulat2 apa yg cikgu cakap atau dia baca.. Tak fikir dah betul ke
tak.. Critical thinking la ni.. Lain dgn Amir, dia boleh argue dgn cikgu
kalau dia rasa dia betul. Kalau salah pun dia argue jugak sampai dpt
jawapan. So kita tgklah lepas ni mcmana, prestasi Aisha. Bacaan, mmg
improve bnyk. Bahasa Arab pun mcm ok, tapi tu la, menghafal bukannya
faham...Ma doakan dua2 dapat jawab soalah dgn betul.. Amin..

Jammed

Balik dr office jam 6 lebih dr damansara, stuck dlm jam @Jln sultan Ismail. Entah Apa la sbbnya. Tension je, sampai nursery jam 7:30. Aryssa br tido. Aisha pulak ilang kasut sebelah. Ni la drawback duk nursery. Terambil brg org lain. Atau pengasuh terbagi brg org lain. Br ni kasut Amir, org amik. Nasib baik ada lg sepasang. Tp dapat balik. Baju sek Aisha pun Mcm Tu. Aritu sampai Tak p sek ptg, Sbb Aisha kt pengasuh ckp mama terlupa bwk Baju. Ada ka Mcm Tu. Tak pernah la aku lupa benda2 yg penting ni. Aku call owner, bgtahu Hal ni. Rupanya, pengasuh terbagi Baju Tu kat budak lain. Tak pasal2 Aisha Tak p sek. Hangin jugak aku. Abg dah ckp, dah bnyk Kali incident Mcm ni, Dia suh cakap ngan owner. Kasut Aisha Tu dah la sepasang, nasib baik Ada kasut lama Abg Amir.

Balik umah aryssa still tido. Sian dia Tak makan. So lepas solat maghrib, aku kejutla Dia. Rupanya tindakan aku mengundang 'bala'. Dia punya mengamok sampai kesudah. Jam 10 br tido. Tu pun puas ngamok. Tp sempat la mkn roti Dan nasi. Budak ini kalau baik Mcm angel kalau ngamok orng kedah ckp seduit pun Tak guna.....

Sent from my iPhone

Saturday, March 05, 2011

Checkup @ week 32

Hari ni aku Ada checkup dgn dr seri. Apmt pukul 9.45. So Mcm biasa, jam 6:30 dah bangun, basuh bj sek yg direndam semalam. Selalu aku Akan duduk d bangku Dan sental baju2 Tu d lantai. Tp perut dah besar, terpaksa sental sambil berdiri dekat sinki.

4psg Baju Amir, 4 psg Baju Aisha,3 lai bj Abah. Teruk gak nak sental, Aisha pun bukan main kotor lg bj Dia. Sambil Tu jerit kat anak2 suh kemaskan tmpt tido.Amir pulak basuh kasut. Siap semua, mandikan aryssa. Tak susah nak ajak dia mandi, antu air la katakan.

Semua siap, 9:30 bertolak. Sampai sana, kami 4 beranak ja yg turun, aku ingat Abg nak parking, Tp Tak naik2 sampai kesudah. Proses checkup sgt cepat, Tp Sbb Ada budak2 ni melambatkan. Sampai2, terus buat urine test, timbang (eh baru 61kg da... Timbang kat rumah ke yg Tak btul?) lepas Tu tgu doctor panggil. Ckp dgn nurse aku Ada kat playground(bilk mainan).Aisha pulak nak ter'be. Dia ni mmg, kat rumah Tak ter'be pun, bila kluar rumah br nak rasa. Aku masuk sekali dlm toilet Tu dgn aryssa. Rupanya kt Amir nurse panggil mama. So, aku p la bilk nurse Tu. Nasib baik Tak Ada org lain jumpa doctor lg. Mula nak suh budak2 bwk aryssa p main. Tp semua nak ikut, so masuk semua sekali dlm bilk doktor. Dr seri tny yg ni ke yg last ari Tu? Lain sikit ye.. Mcm cina. Hehe

Cerita sikit2, then scan perut. Aryssa nak nangis tgk aku baring Dan dr letak gel kat perut. Kakak Aisha pujuk. Kejap je doctor nak check mama. Dr seri puji Aisha pandai jg Adik. Panda ngusik pun ye jugak doctor.

So masing2 tgk la gambar 3d Bb. Dok tendang2 dahi Dia. Kt doktor, hidung Mcm Abg Amir. Dah settle semua, tgu sign Bill Dan amik ubat. Setengah jam je semua checkup process.

Abg dah tgu kat bwh, kami ke mothercare Klcc. Ada sales, so aku amik semua yg item sales saja. Romper utk baby, stokin utk Bb, Baju tido utk Aisha (50%), short jeans n tight utk aryssa. Amir nak yg sales 30%, Baju ManU. Abah kata still mahal, after less rm100. So start dr situ Dia buat perangai, demand toy pulak. Dipendekkan citer, trus balik umah Sbb cdg nak singgah lunch. Mama la jd mangsa kena masak. Dah la sakit pinggang basuh bj Dan berjln Tak ilang lg. Adeh. Amir ni Tak Boleh tinggai perangai mengungkit Dan suka buat perangai Dia Tu walaupun dah 9 thn. Adik2 pulak lg faham.

Sent from my iPhone

Friday, March 04, 2011

Buah hati mama

Testing

Just testing sending d entry via email


Sent from my iPhone

Soalan mencabar

Semlm, masa aku tgh prepare for diner, Abg tgh tido, si Amir dtg bertanya soalan dekat aku. Soalan yg benar2 mencabar utk d jwb Dan peril d jwb dgn penuh hemah Dan Islamic. Tanya Amit, "mama tahu Tak masa Abah baligh dulu dia mimpi Apa? Ustazah kata Ada mimpi." Jwb aku mengelak buat sementara waktu, "eh kena tny Abah la, mama Tak tahu pulak". Amir tny lg Tak puas hati. "mimpi seram ke atau Apa?", "nnt amir tny abahla". Perbualan mati kat situ. Tapi aku tahu aku mesti cari jwpn yg bernas. Kalau Dia tny kawan2, Dan jwpn tahapahapa lagi haru.

So bapak2 sedarA Amir Dan Abah Amir, preparela jwpn yg Islamic Dan sesuai dgn budak 9 tahun ye.. Kalau Dia tny.

Tuesday, March 01, 2011

Berat badan Dan happy birthday Abang..

Colleague kat office ni ckp, aku time pegnen Tak naik sgt badan, kataku itu pandangan mata kasar. Sebenarnya pegnen Kali ni yg naik bnyk compare dgn last pregnancy. Berat aku sekarang 64kg ( Tu timbang kat umah. Kat klinik Tak tahu la brp). masa start pegnen 48kg. Dah 16 kg naik. Ada lg sebulan. Maunya 20kg naik in total. Masa Amir dan Aisha dulu dlm 10kg ja naik. Perut pun kecik smpi misi tag dekat buku merah Tu, tinggi rahim kurang Dari umur janin. Masa aryssa seluar pegnen masih muat sampai ari bersalin. Kali ni dah ketat esp tang paha.berita buruk ke atau normal. Hrpnya baik2 belaka.

Tak sabar rasanya nak tgu lg sebulan. Time2 gini terasa
Lambatnya masa berjalan. Sbb segalanyA Tak selesa. Tp kalau anak sulung lain cerita. Waktu mana pun best.persediaan bersalin biasa2aja. Brg Kakak aryssa masih ok. Aku nak cari mitten n booty, bantal Kepala yg Ada lopak kat tgh Tu, wet tissue(Kakak aryssa dah Tak pakai dah). Aku jugak tgh cari tungku. Dulu Mak aku yg bwk sini. Dah Gina aku anta balik kg. Tp Sbb Dia Tak sihat, sapa yg nak bwk kesini. Tungku Tu jeniz besi pjg berat 7 kg. Pd aku berat sgt. Any recommendation tungku Apa yg sesuai? Yg agak ringan sikit dr 7 kg. Batu sungai ke besi? Dan kat mana Boleh beli. Aku Ada tungku electric Tapi utk tungku bah rahim Tak sesuai.

Hari ni bday Abg. Tp Tak Ada apa2 spesel tahun ni. Hadiah utk Abg, Bb dlm perut ni... Hehe aci Tak? Aku cadang nak amik cuti, Tp closing, bos Tak kasi. Nak kuar awal p bank pun Tak kasi. Agak sedih jugak Tak dpt plan utk celebrate bday Dia.Tak Sempat nak fikir, semuani gara2kerja. Agak stress jugak nak meet dead line. Paling Tak suka kena buat documentation sorang2 pulak Tu.... Aku kalau stress kat office selalunya kalau balik rumah Cuba sedaya upaya Tak nak layan stress walaupun sometimes teringat jugak. Tp karenAh anak2 buat aku lupa jap. Dah melalut dah. Td citer pasal bday Abg. Aisha Tanya Tak beli kek ke kat Abah. Selalunya paling tidakpun Ada la kek. Amir pulak kata nak bg kad kat Abah Tp Tak buat lg...aryssa je yg Tak tahu apa2..anyway , to Abg, happy birthday, thanks for the precious 11 years moment being together and 6 years during our courtship. Thanks for being my best buddy, my lover, my husband, a father to I will always love you till the end. Ampun Dan maaf Atas segala kesalahan selama ni. Wish you all the best in your/ our life.....our lovely kids, my sponsor/bank during my rainy day which is almost every week,