2 hari lepas Aisha ada tunjuk yg gusi bahagian depan bengkak. Aisha mmg banyak masalah gigi. Gigi dia kebanyakannya dah rosak. Dan dia dah ada gigi graham kekal. Quite surprise sbb abg Amir lambat bab2 gigi ni, even gigi depan baru je tanggal. Nasib baik gigi graham kekal Aisha tak rosak , tapi kebanyakan gigi graham dia hancus...
2 minggu lepas, gusi bengkak kat bawah, Dr bg antibiotik utk surutkan bengkak tu, tapi tak surut gak sampai sekarang, so ada 2 bengkak. Semalam ke dentist lagi. Dr kata graham kat bawah yg bertampal tu kena buat root canal. Nak cabut, takut lambat lagi nak tumbuh (<> umur 11 tahun). Gigi depan tu, dah rosak dan kena cabut dah ada infection tu pasal bengkak gusi. Dan lagi satu graham atas, last visit dia tampal, then serpih so dr kata mmg kena cabut sbb dah tak ada structure.. Dia bg antibitik dulu utk kurangkan bengkak, next week akan cabut gigi depan dulu, then hari lain akan buat root canal dan last sekali akan cabut gigi graham.. Gigi graham yg nak kena cabut tu agak sukar sikit sbb tu dia buat last sbb takut Aisha fobia.. Dan ketiga2 gigi tu kena injection ubat kebas...Tapi tak boleh la buat serentak...Hopefully dia tak fobia nak jumpa dentist dah lepas ni...
Kenapa gigi Aisha banyak rosak. Aku pun pelik gak, nak kata malas gosok gigi, abg Amir lagi malas. Tapi gigi rosak ni start masa minum susu sambil tido dulu, susu coklat pulak tu, kan ke manis..Nak tido susu, tgh tido, bangun mintak susu, kdg2 puting botol kat dlm mulut ja...Masa umur 2 , 3 tahun dulu cantik gigi dia, Putih. Bila dah start rosak, gigi2 tu mcm mereput..mcm kurang kalsium, padahal dia minum susu, compare dgn abg yg berenti minum susu umur 4 tahun. Tapi abang kuat makan cheese..
Lesson learnt, so utk Aryssa, no more susu coklat.. La ni pagi2 , aku cuci gigi dia dgn kain napkin, letak ubat gigi sikit. Kalau pakai berus dia tak mo..Kdg skip jugak sesi tu esp bila dah lambat...
Thursday, January 27, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Sahabat selamanya
Aku start suka lagu ni 2minggu lalu bila hotfm kerap mainkan lagu ni. Siap cari lagi kat YouTube lagu Tu. So selalu la bukak kat handphone ni. Masa mula2 dulu bbrp Kali ulang Tak jemu2 . Aryssa Akan goyang bdn kiri Dan kanan bila Dgr. Dia mmg suka upin Dan ipin. Bole concentrate tgk sampai abis.
Utk Ed, tahniah on the 6th pregnancy.kagum dgn kau. Anak ramai Tapi career tetap tiptop.
Updated : Banyak spelling error sbb type kat iPhone. Dia sukak2 convert apa yg kita type...huhu

Tuesday, January 25, 2011
Ngamuk
Sejak hari Ahad hari tu, Aryssa tak berapa sihat, batuk, demam, selsema.. So mood dia tak baik, asyik moody saja.. Sikit2 ngamok, merajuk la, guling2. Tido pun asyik terjaga dan nangis2 mcm mengigau..Hari Ahad tu seharian pakai stokin kakak Aisha, tak mo buang. Semalam pulak pakai sport shoes dalam rumah, tido pun dgn sport shoes. Mama kata ni kalah omputih, omputih pun buang/tanggal kasut masa tido...Bila gaya nak pejam sikit, mama tanggalkan kasut, terus mengamok.. Sampai mama tanya abah, ada 'benda' ke singgah rumah kita ni? Tak pernah2 Aryssa mengamok mcm ni...Selalu kalau dia demam/batuk/selsema tak pernah la mengamok. Abih teruk pun menangis sedih...Hopefully Aryssa cepat recover, mama nak tgk adik ceria balik...
Clever edisi Malaysia
Amir dan Aisha suka sangat tengok rancangan Clever ni di ASTRO TVIQ Saluran 552. Aku rasa bagus jugak rancangan ni sbb dia paparkan experiment2 yg sangat berguna.. Harapnya bebudak ni tak ikut la yg bahaya2 tu...Jgn kan budak2 tu, mama dorang pun suka.. Banyak jugak faksa sains yg aku pun tak tahu...
Monday, January 24, 2011
Nama Anak
Semua anak2 aku di fikirkan nama dorang selepas kelahiran. Masa Amir dulu, aku dah listkan nama2 anak lelaki dan pompuan dan try discuss dgn cik abg mcm pasangan lain. Tapi tak ada respond , so perasaan eager tu terus terbantut. Jadi aku just simpan je la senarai tu...Bila Amir lahir semua orng tanya nama apa..Aku jawab belum decide lagi.. Nak dekat 2 minggu kelahiran, ie tarikh sepatutnya daftar nama anak, cik abg called. Masa tu aku berpantang d kg dan dia d rumah kami d penang. Kalut tanya nak bg nama apa? Aik, ingatkan tak kisah.. aku cakap dlm hati je la.. So melalui telefon kami decide nama Amir.. Dlm senarai aku tu cuma ada nama2 pendek saja, bukan nama gabungan, so masa tu la aku decide, Abg mmg nak start dgn A. So mcm mana tah aku cadangkan Amir Solihin sbb aku suka makna nya . Sebagai anak sulung aku nak dia jadi pemimpin yg solih... Abg cadang suh tambah Ahmad di depan, sbb apa bukan Muhammad atau Mohamad? sbb nak kekalkan huruf 'A' di depan.. Gitula ceritanya nama Ahmad Amir Salihin wujud.
Utk Aisha pulak, Since aku dah tahu jantina anak ni awal2 lagi, so aku just concentrate dgn nama anak pompuan sajala. Tapi ada juga aku prepare nama anak lelaki, walaupun tak banyak...Abang nak nama mcm Rabiatul Adawiyah, tapi nak kekal kan huruf A di depan. Dia berkenan sungguh dgn nama Adawiyah tu..yg maknanya penawar. Semua orng kenalkan Rabiatul Adawiyah. Mula aku cadang nak namakan Aisyatul Adawiyah, tapi mcm tak kena dgn AS (Amir Salihin). Bayangkan la sambil berjalan ke kantin pun aku tgh pikirkan tugasan abg ni, nak bagi ada jugak nama Adawiyah...Lepas Aisha lahir, barulah decide namakan Adawiyatul Syafiqah, Penawar Kesenangan. Tak ingak mcmana aku dpt Syafiqah tu...Sbb aku tahu orng tua2 susah nak panggil Adawiyatul, so aku bagi dia nick name Aisha, yg mana aku dah panggil dia sebaik dia lahir lagi....
Aryssa Sofea pulak...kisahnya..Aisha sungguh berkenan dgn nama Sofea, sbb kat taska ada nama Sofea ni..Hari2 panggil baby dalam perut Sofea...Aku tengok jugak nama2 yg lain.. Mcm biasa takkan decide selagi tak lahir.. Abang nak kekalkan Adawiyatul kat depan kalau pompuan dan Amir kalau lelaki, tapi aku rasa mcm tak best pulak, banyak lagi nama lain, Kalau lagi sorang tu Amir jugak, nnt kalau panggil Amir, 2-2 menyahut..Abg mcm 'sentap' la cadangan nama Adawiyatul atau Amir kat depan tu ditolak. Masa pregnant aku suka beli majalah Pa&Ma. So satu cover ni 'baby bunga' yg comel dan bulat nama dia Arissa Afrina. So aku berkenan dgn nama Arissa ni.. Bila Aryssa lahir, aku namakan dia Aryssa Sofea, ejaan dia mcm omputih sikit tapi sebutan ttp sama. Tak perasan pulak nama anak cousin aku Anisa Sofiya. Dan lama lepas tu baru aku dapat tahu yg anak Fadzil Hamid (rakan se course) pun Aryssa Sofea jugak, sama ejaan pulak tu...
Utk baby kali ni pun mcm tu jugak, just listkan senarai nama2 pendek. Kali ni aku banyak listkan nama lelaki walaupun tak pasti lagi jantina baby ni... Lepas ni baru nak buat presentation kat abg... Hehe silap2 siap dgn power point slide.....

Tuesday, January 18, 2011
Kekasih gelapku
Td Dgr dlm hotfm lagu kekasih gelapku. Dah lama laguni. Aku Dan Abg sgt suka lagu ni walaupun lirik Nya Tak Ada kena- mengenapun. Kata Abg aku ni kekasih 'gelap' Dia . Cheh! Mentang la aku ni gelap....
Monday, January 17, 2011
Belajar Masak
Aisha lately suka benar nak tolong aku kat dapur, Nak tolong masak katanya..Kalau time cuti tak pe la tapi kalau time balik keje tu, mcm melambatkan keja aku.. Aku tahu tak patut aku buat dia mcm tu, member tgh bersemangat nak tolong.. Aku ni jenis tak sabar sikit, esp kalau nak cepat (sbb semua dah lapar). Pinggan kalau tak cuci, berminyak lagi aku suh dia cuci lagi sekali (sekali tgk mcm garang, tapi nak train dia sebenarnya supaya tak buat kerja cincai).. Actually dia ok, abg Amir tukang sabun, dan dia bilas, yg tukang sabun tu tak betul2 ilangkan kotoran.. Aku potpet potpet la jugak...Aku suh dia potong bawang.. Biar dia belajar pegang pisau.. Last weekend potong bawang, aku nak buat mee goreng, nak blend jadi tak kisah la potong mcmana pun, 3 kali berenti then basuh muka sbb pedih. hehehe tak pa, belajar ye Aisha.. Lepas tu aku suh potong udang 3 bahagian, then potong isi ayam pulak... Part kerja rumah, dia mmg boleh diharap...
Tolong kacau tepung nak buat apam balik.. Dia mmg suka la buat benda2 ni...Dah habish semua, tanya apa lagi nak buat, Aku suh dia kemas balik yg bersepah kat dapur.. (Part ni aku pun malas.. so ringan la sikit keja aku sbb dia tolong kemas dan basuh pinggan).. Cuma aku ni kena sabar sikit sgn dia, part nak ngajar ni aku garang sikit...Apam balik ni dah ngidam beberapa hari dah tapi sweet corn dgn peanut tak ada..so bila dah beli baru aku buat. resepi banyak kat internet...Peanut tu aku beli peanut butter yg kasar2 tu (dasar malas nak goreng kacang)
Oh ya, appointment aku 5/2 ni ada 3, Aku, Aryssa dan Aisha. Aku buat appointment CTSCAN utk Aisha since sakit kepala dia berterusan. Hopefuly tak ada apa2 yg serius. Aku dah tanya bah radiology PCMC, charge yg dikenakan kalau ctscan saja 400++. Kalau termasuk injection RM590 (dia inject dye dalam bdn, tujuannya nak detect dan akan nampak clear lagi kalau adia apa2 keganjilan). So utk Aisha, tak perlu injecton lagi. aku try mintak GL tadi tapi katanya PCMC bukan lah panel clinic so tak dapat la.. Tak pelah aku bayar dulu then claim later...

Kena marah
Ini gambar budak yg kena marah dgn abah dia sbb tuang susu dari botol susu atas lantai...Mama tgh masak, dia kacau, nak suh dukung la, so mama bagi satu periuk dan senduk, ada sebiji ubi kentang dlm tu.. Tgh kalut dok masak, pusing belakang tgk dia sedap je tgh tuang susu mcm tuang kicap...Mama bgtahu abah, dgn sebatang rotan kecik, abah tanya la dia kenapa tuang susu mcm tu.. nak kena rotan.. Dia geleng kepala. bila tgk abah marah (abah buat muka serius, saja je nak tgk reaksi Aryssa), dia tunduk ja.. Aryssa mmg mcm tu kalau mama marah ke abah marah ke dia akan tunduk kepala, kalau buat serius lagi, kemungkinan akan menangis sedih...Tapi yg ni, dia tak nangis, diam sj, mama bg span suh lap lantai, so dia lap la, sambil main buih span tu...Comel dan kesian pulak nengok...
Friday, January 14, 2011
Pregnancy lagi..
Entah kenapa aku rasa pregnancy kali ni perut aku besar sikit, termasuk aku jugak membesar bagai johan...Sekarang baru 25 weeks @ 6 bulan tapi aku rasa dah macam 7 bulan..Dr salah kira ke? Tapi pengiraan berdasarkan Scan sbb period aku tak regular. Jalan pun mcm orng nak dekat bersalin. Mcm penguin. Pregnancy yg lepas2 kalau 6 bulan tu masih steady lagi, boleh berlari lagi..(tipu..). Berat pulak mmg bertambah dgn jaya nya.. Dulu , 9 bulan kandungan beza dgn berat sblm pregnant 10kg. Tapi kali ni 6 bulan dah 9kg. Mmg doktor pot pet pun..
Hopefully tak de masalah kesihatan...Dan hopefully jugak i get back my weight before pregnant ari tu , 48kg will do...Patutnya minggu depan aku ada checkup, tapi sbb meeting terpaksa buat appointment lain. Biasala, meeting mmg selalu last minutes. Dan dr ni pulak, mmg full date dia sampai 5/2 ni..So that's my appointment date. Kira skip 1 bulan checkup. Aku set jugak same date dgn Aryssa utk jap 18 month dia.. Kejap je dah nak masuk 2 tahun bb tenit mama ni..
Aku plan nak amik Nona Roguy utk bersalin nnt. Aku cuma nak amik phyto pil dgn minyak baby tu je..Next month baru nak shopping baju bb. Walaupun baju kakak Aryssa ada, tapi kena gak prepare baju baru utk new bb. Baju saja rasanya.. Persediaan yg lain masih baik lagi...
This week aku ke Takaful Malaysia HQ kat kg Atap. Ingat nak amik Dana Tarbawi utk Aryssa, just mcm kakak Aisha dan Abg Amir. Dah 1 tahun setengah umur dia tak amik apa2 lagi.. Rupa nya dana tarbawi dah tak ada. Takuaful Malaysia sekarang ni dah appoint agent. So kena cari plan lain la utk Aryssa dan bb.. Kalau termasuk Aryssa dan bb, sebulan aku spend 1k just for their takaful sahaja..plus aku nya takaful, 150 sebulan.. Looks like i have to postpone my impian nak dapatkan Coach yg best tu.. Eh Coach kat Empire cantik2.. Simpan dulu la angan2 tu...kekeke

Tuesday, January 11, 2011
Tahun Baru 2011
Dah dekat 1/2 bulan Januari harapnya tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru.. Hidup aku d tahun baru ni sangat2 sibuk uruskan anak2. Banyak cerita nak d update utk tatapan anak2 dikemuadian hari.. Yelah nama pun blog anak2...
Tahun ni Aisha dah masuk darjah satu.. Wah pagi2 tak cukup nafas aku, terkejar2 uruskan hal dorang...Masa Amir dulu tak banyak nak uruskan.. Sebenarnya tak la susah sgt, tp kena berkejar dgn masa, tu yg buat aku tercungap2. Nak pulak perut aku yg dah semakin maju kedepan ni, cepat mengah. Naik turun tangga pun mengah. Jalan laju sikit pun mengah. Dah boleh agak dah bila adik kenit kakak Aryssa ni lahir aku akan jadi lebih sibuk lagi.. Tapi harapnya waktu tu, badan aku dah sihat dan boleh terkejar kesana kemari...
Meh tengok apa yg aku buat pagi2. Walaupun baju2 budak ke taska dah d siapkan pada waktu malam tapi pagi2 tu tetap kelam kabut mengejar masa. Rasanya kena bangun lebih awal lagi la kot. Pagi2 lepas aku mandi, abah dorang mandi, lepas tu Amir, sambil tu aku buatkan susu Aryssa, lepas tu Aisha mandi (kdg2 dorang berebut sapa nak bangun dulu-fenin mama) , dia dan Amir siap sendiri. Masa ni kejutkan Aryssa..Lately susah jugak nak bagun sbb tido lambat...Kakak suka kejutkan dia dgn mengatakan ada kucing kat luar rumah. Aku tak bg dia buat mcm tu.. kesian Aryssa, termangu2 bangun sbb nak tgk kucing yg tak wujud. Tapi walaumcmana ngantuk pun dia, dia tak buat perangai bila kena paksa bangun. Mandikan dia (mandi pinggang kebawah saja)..Then siapkan dia (yg ni pun ambil masa).. Lepas tu kakak Aisha nak breakfast. Nasib baik coco crucnh+fresh milk saja. Prepare bekal dekat Aisha (roti apu jem, then potong kecik2). Amir tak mahu breakfast pagi2. Agaknya tu yg aku rasa kelam-kabut, dah biasa tak perlu prepare utk Amir. Then satu part lagi , every morning kena ikat rambut aisha..anak lelaki senang, semua buat sendiri. Jenuh aku sogok Aisha, nak p saloon cuci rambut the potong sikit rambut tu...(saloon tu...) Dia kata, cuci rambut nakla, tapi potong rambut tak mau.. Huhu pandai demand...Last2 mama yg mengah...Dah siap semua, baru pegi sekolah.
Aisha
Aisha, so far masih dalam orientasi lagi.. last week dia ngadu pening kepala then ada demam sikit sampai cikgu sekolah called aku.. So aku mintak tolong kak Zura, amikkan dia disekolah. Since dia dah ngadu sakit kepala ni dah agak lama, so hari tu jugak aku bawak dia p Prince Court buat checkup. Appt pukul 12 tapi dr ada emergency dekat 1 jam tgu..Aku dan abg amik aisha kat taska. Dr tanya itu ini. Dia suh monitor dulu sbb dia tgk aisha nampak cergas.. Mungkin pemakannan dia sbb dia ni underweight. Then aku terus buat checkup mata kat situ gak, checkup dgn optometrist saja. Kot2 la sakit kepala sbb mata sbb dia ni suka sgt tgk tv. Dr kata mata dia ok.. sgt bagus...
Habis checkup pukul 3. Dah lewat, kalau aku anta balik, maunya aku dan abg masuk office pukul 4 ni.. So aku decide bawak dia ke office aku, duk kat dalam surau, sebelah bilik office saja..Bekalkan makanan (biskut dan air kotak).. Dgn baju sekolah, dia dok kat surau tu... Kata Aisha, orang tanya dia anak Yusmi ke, sbb muka sebijik...hehehe. Esok nya cikgu called lagi kata dia pening dan demam. Aku mintak kak Zura amikkan, ubat demam aku dah bekalkan d taska. Kesimpulannya, pagi2 sakit kepala tu agak kuat. Tadi baru aku call dr Ana kat Prince Court bgtahu pasal ni, dia kata since tak demam, tak boleh nak buat blood test, so kena buat CTScan. Aku nak call radiology tanya pasal CTSCAN ni tp engage pulak..Aku rasa ptg ni nak check gigi dia dulu sbb anak gusi bengkak, mungkin jugak sbb ni.. Adeh , nak kena tgk from banyak angle. Last kalau tak jln jugak, terpaksala buat ctscan.
Semalam dia ngadu ada kawan suka pukul dia kat sekolah agama. Mama cakap bagitau ustazah. Dia kata dia dah bgitahu tp ustazah buat tak tahu saja....mama cakap, bagitahu abang Amir, suh abg Amir jumpa dia.. Aisha setuju. Balik nnt aku akan tanya Amir..(Amir dulu pun orng selalu buli gak, tapi la ni org tak berani.. sbb cikgu kenal dia..banyak pengaruh jugak Amir ni..)
Amir
Dah start belajar. Dah start buat karangan/esei. Minggu ni sehari satu esei kena complete. Isnin hari tu, tajuk 'Kepentingan Air'. Dia buat sendiri, mama tak tgk pun..hopefully okla hendaknya.. Tahun ni jd Pengawas, katanya kalau Ketua darjah, penolong tak ada kat kelas, pengawas kena jaga kelas..Aku tanya so far apa yg dah dibuat sbg Pengawas? Jaga tangga...kekeke. Kat sekolah KAFA, jadi Ketua Kelas..
Aryssa
Kakak kenit ni makin hari makin cerdik.. Geram je nengok dia...Kalau jumpa t-shirt Barney tu mesti digoyang2kan dan suruh aku nyanyi lagi I love U. Tak pandai bercakap lagi. semua komunikasi through bahasa isyarat (isyarat tangan). Sangat sukakan binatang dan buku gambar binatang. Iklan kecil gambar kucing kat paper pun boleh terjerit2 suka..Buku binatang yg aku beli utk kakak Aisha dulu, diusung kesana kemari. Buku barney yg abah belik pun dia usung jugak..Kalau dgr lagu tu, goyang badan mcm pokok kena ribut, punyala laju..mcm nak tercabut leher...teleng-teleng...
Kalau balik dr taska, salam dan cium tangan pengasuh, tak lupa beg baju dia.. usung la begtu walaupun berat..Then babai cikgu...Selalu jugak abang2 kecik (umur 4-5 tahun) nak salam ngan dia.. Siap beratur, mcm artist pulak adik ni...Sgt sayang bb. Selalu cium perut mama. Kalau bb keluar nnt harap2 dia tak jeles ngan bb. Abg Amir dulu tak jeles dgn kakak Aisha, masa Aisha br lahir, dia jenis tak heran dgn orng, janji ada orng layan dia, sapa pun tak pa....

Subscribe to:
Posts (Atom)