Tuesday, June 30, 2009

Result Sek Rendah Amir

Pagi tadi, p jumpa cikgu kelas Amir utk amik report card, since hari Sabtu hari tu tak p sekolah pun. Cikgu kelas dia nama Siti Asma'. Pregnant jugak rupanya, tgu hari ja nak bersalin...Nak bersalin kat Pusrawi.. (tudia.. mak cik wokz ni mmg la...hihi) Dia bagi buku laporan pertghan tahun Amir. Kata cikgu Asma', Amir ni sgt baik prestasi nya, jgan risau, katanya... Aku 'ye' aje...Lepas sign report card tu, aku balik dgn bawak balik report card tu, nak tunjuk kat abg...Ni result keseluruhan :

BM - Pemahaman = 100
BM - Penulisan = 98
BI = 88
Matematik = 94
Sains = 96
Bahasa Arab = 100
Pendidikan Islam = 96
Pendidikan Kesihatan = 94

Jumlah markah = 572
Peratus = 95.33%
Kedudukan Dalam Kelas = 5/35
Keputusan = 6A (tak dikira subject Bahasa Arab dan Pendidikan Kesihatan)

Tahniah Amir...

Checkup lagi - 37 weeks

Hari ni cam biasa, checkup dgn dokor Sri. Aku kuar office pukul 1.30 pm. abg jemput hari ini. Kami p makan d kedai makan Siam d Kg Baru. Masakan Siam dia sedap. Dah lama tak rasa mcm tu selain d utara (dekat2 Siam nun)...Lepas makan terus ke Prince Court. This is 2nd time abg teman aku g checkup...

Mula2 ambil bp. First time ambil 104/58. Second time 90++/53 then third time 89/51. Ish tak bleh jadi ni , kenap asyik turun je, rosak ke alat ni.. Bila amik tangan lg satu lebih kurang bacaan pertama. Kalau darah tg, aku tak laa tekejut sgt sbb mmg ada history.., tapi kalau darah rendah ni agak moshkil la jugak..Anyway, dr Sri cakap, normal selagi aku tak rasa apa2 perubahan...Dia kata bb aku ni panjang (tg la tu)..hmm ikut kakak aisha la ni.. Abg Amir lak kemetot ja...Bb belum engaged lagi..Katanya orng mcm aku ni tak bleh jangka bb engage kdg2 nak dekat bersalin dah baru engage.

Masa nak ambil appt card tu sajala aku tanya charge utk maternity ward mcm mana.. Kata staff kat kaunter tu, kat Prince court ni ada 2 jenis bilik saja dan dua2 tu utk sorang saja. Utk bilik single charge dia RM250.. Aku rasa okay la, mcm ampg puteri ja..Aku rasa la.. Utk Junior Suit charge dia RM600 semalam.. Apa beza dua bilik ni? Dia tanya nak melawat bilik ka.. Aku okay aja...

Oh ya, masa dia nak bawak ke ward tu, aku berselisih dgn Datin Norjuma..Dia nak jumpa paed. Aku tahu dia sbb masa aku tgh tgu appt card tu , terdengar staff dok bercakap yg datin norjuma ada appt sddb anak dia sakit perut.. Dia pakai blouse/t-shirt dgn jeans saja, very the simple dan maid dokong anak dia, rasanya anak sulung kot, kalut2 dia p kat kaunter tu (sama kaunter dgn aku).. Kecik molek orng nya mcm masa belum kawen dulu gak.. Aku mmg suka tgk muka dia ni, soo sweet...

Back tu ward, mula2 aku melawat labour room. Staff nurse bg la sikit explanation. Siap ada sofa utk husband tgu..dan tmpt utk baby. Lepas tanya itu ini, aku p la tgk ward pulak..Mula2 single room, ada tv, sofa bed, computer+wifi dan seater. Then bilik juinor suite. Luas sikit dr bilik singgle, ada bili extra utk orng yg tgu kot. Yg lain lebih kurang sama dgn single room. Lepas ucap terima kasih kat staff nurse kat situ, kitaorng pun balik.. Hhmm nak masuk entrance Pince court tu kena cuci tangan dulu ngan sanitizer, then kena amik suhu bdn.. Nak balik cuci tangan je...

Saturday, June 27, 2009

Amir First Camping

Hari Khamis lepas, balik dr kerja, masa amik amir n aisha kat taska, amir ajak ke klinik, aku bawak la p Klinik Medik kat Melawati. Doktor check tgk dia demam sikit, batuk dan selsema.. Tapi kalau pegang dahinya tak de rasa macam demam pun... Doktor bagi MC utk hari Jumaat.. Aisha pun ada demam sikit tapi tak ada batuk dan selsema...

Hari Jumaat, Amir tak kesekolah, dok kat nursery je.. Aku lak amik halfday.. Hopefully demam dia dah ok..Tghhari aku balik, amik dorang dan bergegas ke tmpt taxi Taman Melawati sbb nak booking taxi ke PERMATA , Bangi.. Aku cakap dalam pukul 2 amik kat rumah...

Balik tu, kemas2 barang sikit dan bertolak ke Bangi.. Taxi charge dalam RM50, dalam 45 min sampai la.. Call abg kata dah ada kat tmpt security guard. Abg dtg dan bawak ke bilik hotel dia.. rehat2 sampai dekat2 pukul 4, terus keluar utk register Kids Fun Night kat Stadium Permata..Tak sabar2 si Amir nak bercamping. Abg sibuk dgn keja dia (AJK), so aku la yg uruskan.. Penat berjalan, jauh la jugak dr hotel tu..Tahu jelah dlm 36 minggu ni, mcm nak patah pinggang..Lepas register kami lepak2 dulu kat luar sbb kalau dah masuk tak bleh kuar dah.. Aku tgk dr luar, banyak khemah2 kecil dlm stdium tu.. Dlm hati cuak jugak, boleh ke amir pegi camping ni..macam mana tidur dia (selama ni tidur pun nak ngan mama), mcmmana pulak nak mandi, buang air dan lain2 lagi la.. Ni first time dia involve dlm actvt sebegini.. Ada kira2 500 anak2 kakitangan petronas yg sertai akctvt ni...

Dlm pukul 5 pm, amir masuk dlm kawasan camp.. Sayu je aku ni, yg dia biasa ja...Yg penting aku risau dia demam, nak bg ubat demam dia tak nak...Petang tu aku balik bilik dgn aisha, mandi2 sbb pukul 8 ada makan2.. Apa la yg Amir buat ye...(asyik pikir amir je aku ni)...

Malam tu, kami sampai orng dah start makan, ada bihun sup tulang.. kami dapat yg last2 je..Makan la bertiga dgn aisha dan abg, tu pun abg dok terkejar2 dgn kerja dia, aku paksa dia makan gak.. kalau perut masuk angin, nak wat keja pun susah...Pukul 8 budak2 Kids Fun Night ada actvt depan pentas konsert.. Sampai ke sudah aku tak nampak Amir, lagi la aku sedih...Ada persembahan apa tah, dan amir dapat alat muzik yg tiga segi tu, bila ketuk bunyik ting..ting.. Lain group lain alat muzik, dan boleh bawak balik...

Dah abih makan, abg bawak aku ngan aisha p satu dewan tu, ada pertandingan talent. persembahan Muzikal. Penuh dewan tu, kami menyelit duduk depan sekali.. Aku tak la suka sgt bunyi bising2 ni, tapi teman kan aisha punya pasal.. Bising sampai bb dlm perut pun tendang dgn kuat..nak terkucil aku..Aisha ajak balik, dan ngantuk agaknya..Kami balik jln kaki ke bilik hotel..

Sampai hotel, tak terus tido, Lepak2 tgk TV ngan Aisha, Pukul 10 lebih baru aisha tido, aku lak layan tv cerita Jackie Chan..Tak habih pun, aku dah tido, Pukul 1 abg balik...Teringat kat Amir...

Pg esok, aisha bangun pukul 9, puas kejut sblm tu, letih sgt kot...Tmpt pertama kami p tmpt makan, breakfast nasi kukus ayam goreng..kira lunch sekali.. Sebelum tu layan aisha naik kuda pusing dan helikopter pusing.. Masa aku tgh beli nasi tu, aisha kata dia nak main kat castle yg ada angin tu. ok la aku suh dia tgu situ... Dah sudah beli nasi, puas aku cari dia, rupa2 nya pegi ke tempat game. Geram tul aku. Kalau kaw luar dah risau sesgt dah.. Dia ni mmg suka merayap menonong ikut suka kaki dia nak ke mana...Lepas makan, aisha nak buat tatoo tampal, dia pilih bunga ros dan lips. Semua tmpt2 ni kena pakai kupon (aku beli RM10-10 kupon) kecuali tmpt makan...

Dah sudah tu, nak pegi jemput Amir, punyala ramai parents nak amik anak dia. Aku jenguk2 dr luar pagar, tak nampak kelibat Amir pun.. Lama jugak la aku dok mundar-mandir, sampai bbrp kali 'hilang' aisha...Aku suh dia tgu tepi dinding tu, kejap beralih tgk dah tak ada..mmg tak boleh dok diam sungguh... Dah jumpa balik tu, nak leka kan dia, aku bg la cermin mekap utk dia belek tatoo dimuka...Bila dah jumpa Amir , tgk2 aisha pulak hilang.. Puas aku cari kaw.. tu adala dekat 15min, last2 dgn barang2 camping amir (beg, sleeping bag dan baju kotor), aku ke tmpt paint ball dgn Amir , Abg incharge paintball. Bg tahu abg, dia p cari aisha, aku pun tak senang duduk..p cari gak aisha, tinggalkan amir kat tmpt paintball. Just imagine sejam lebih aku berjalan, tak duduk2 nak patah rasanya pinggang...Last2 abg call kata aisha dah jumpa, ada kat tmpt amik amir td,...

Aku p berehat kat bangunan yg ada air cond.. Budak2 dah besar ni, senang sikit. Dgn aku yg tak larat nak jalan lagi dah ni, bila aisha nak susu, aku suh dia g amik bag kat tmpt abg, amir nak main game, aku bg kupon suh dia p main apa dia nak.. Dgn panas lagi, tak daya dah aku nak ikut...

Kami balik pukul 2 ptg sbb abg nak kena ke Ipoh ada alumni STAROBA. Dia tumpang kawan ke sana..

Oh ya, pasal camping Amir tu, aku tanya la apa yg dia buat...
Petang lepas register , dornag di bahagikan kpd kumpulan. which actvt 2 akan dilakukan ikut kump ini. Then khemah amir pulak ada 3 orang (7 tahun , 2 org dan 8 tahun sorang), diberi sleeping bag setiap orng. Kata abg, masa dia 'melawat' tmpt camping ni, kawan2 amir sibuk dok tanya mccmmana nak pasang sleeping bag, abg ajar la dorang cemana nak bg angin masuk dlm khemah, okay la bebudak ni, rajin bertanya..

Tgh malam tu dalam pukul 12 ada acara flying fox. Kata Amir 'Musang terbang'...which amir sangat enjoy (hehehe mcm mama jugak la, sgt suka actvt gini, dolu2 la..) Kata abg lepas turn Amir tu , abg p la kat dia.. Dgn exitednya dia cakap.."Fuiyo, Mula2 dada amir dug dag dug dag, gayat..Tapi lepas tu best...."Dgn penuh expression..."Lain kali nak dtg lagi lah" sambungnya...Abg senyum ja..

Dia cerita lagi, lepas main flying fox tu, masing2 p mandi... dlm pukul 1 pagi kot, dan tido.. Kata amir, dia p mandi sorang2, tak ada lampu pun.. Wah kagum aku, kalau kat rumah, punya la penakut...ada lagi actvt yg dia tak cerita..aku tanya pun tak jawab, agaknya flying fox tu paling dia suka...hihihi

Wednesday, June 24, 2009

Jampi dan Transformers

Ni ada cerita kelakar pasal aisha.. Bg aku kelakar la, knowing her mcmmana.. 2 malam lepas, aku tgh minum minyak dan air selusuh...(mak aku bagi, dia suh start minum dah.. Aku asyik terlupa je...) Si aisha nampak, so dia tanya la, mama minum apa? Aku cakap la air jampi.. Dia tanya balik "Air jampi tu apa?", belum sempat aku jawab, dia mencelah.." Ooo aisha tahu, jampi tu mcm ni kan?" ....Nak tahu macam mana ????.. Dia duk bersila atas lantai sampil dua2 tangan atas paha, ala2 meditasi yoga atau budha nye meditasi... Aku bantai gelak sampai sakit perut... Aisha pulak terpinga2 tgk aku gelak.. Aisha, aisha... Lepas tu baru aku terangkan apa itu jampi..Aku citer ngan abg, dia pun tak tahan nak gelak ...

Si Amir pulak, asyik dok menghitung hari.."Ma, minggu depan 30 haribulan kan..?", "Haah, kenapa?" aku tanya.. "Kan abah dah janji nak beli buku transformers..., kan 30 haribulan tu hujung bulan..." Adeh !! ingat sungguh dia.. (dalam entry lepas kat KLCC ada cerita pasal buku transformers ni)... Aku citer ngan abg gak yg ni, abg senyum sambil geleng kepala.. Anak dia mmg kuat ingatan dan pandai kira hari.. hahahah

Esok, aku amik halfday, nak teman kan si Amir p camping anjuran Karnival Keluarga Petronas.. Dia pun poteng sek agama utk jumaat tu.. Hari sabtu lak ada kelas ganti dan amik report card utk sek kebangsaan. Semalam aku dah tulis surat dekat 2-2 sekolah pasal amir tak dapat datang hari tersebut...

Sekarang ni kan area w/maju dah ada kes H1N1 ni.. So agaknya dekat sek, cikgu asyik dok sebut la pasal gejala/tanda penyakit ni.. Kalau demam je terus p klinik. So amir, bila balik sekolah cakap rasa nak demam, dok ajak aku p klinik.. Aku check temperature, ok lagi.. So aku bg je ubat demam yg ada, so far tak de la demam lagi.. Semalam balik ada selsema pulak.. Ish risau betul aku. Katanya kat sek tak ada yg demam, kat taska je..aku dok interview dia sapa yg demam, dia p bercuti kat obersi ke? mcm 2 la...

Ribut dan Cord Blood Cell

Wah semalam rupanya ribut kuat kat area rumah aku... Sbb kat office ok je, hujan lebat la jugak. Masa balik drive along jalan jelatek pun okay lagi... Tapi bila masuk Wangsa maju, wangsa melawati, dah start nampak dahan2 patah, simpang ke wangsa melawati ditutup, terpaksa la ikut AU.. Pun sepanjang jalan banyak dahan patah dan pokok tumbang, jugak pagar construction bergelimpangan...Aku call abg bg tahu guna MRR2 sbb jalan 'dalam' banyak pokok tumbang. Malam tu bila baca fb Ayu dia kata MRR2 pun banyak pokok tumbang terus aku call abg kasi warning...Masa ambik aisha, pokok kat tepi sekolah dia, dahan nya patah kena la satu keta yg parking kat situ.. Tak pasti teruk ke tak.. Amir pulak cakap, bumbung sek agama dia terbang, nasib baik murid2 ok. Pg tadi aku tgk mmg bumbungnya dah tercabut...Kuat sungguh ribut.. Kat rumah aku pulak, penyidai baju aku tumbang, dah la banyak kain.. semua kain kat situ basah lencun, padahal porch aku ni berbumbung - tempias dr tepi...So mlm nya aku test la dryer. Mak ai, punya la lama, patut la 'makan karan' banyak....Tapi mmg boleh terus lipat...

Semalam aku ada appointment dgn rep. dari StemLife..saja nak tahu apa benda yg di tawarkan.. Selama ni dok dgr je pasal stem cell bank ni. So masa visit doktor ari tu dia ada bg 2 pamplet, satu dr Cyro Cord dan satu lg dr StemLife. Cyro Cord ni kat PJ while stemlife kat Megan Avenue, jalan yap kwan seng, dekat la sikit. So this rep nama dia Faizah, dtg kat office aku, dia terangkan la pasal stem cell ni..

Katanya stem cell ni boleh didapati dr orng dewasa dan juga dr cord blood. Kalau dr orng dewasa, diambil dr bone marrow which mahal kos ni lebih kurang RM21,000. Kalau cancer pun still boleh amik sebelum dia buat kimo. Tapi ada cons dia jugak, sbb cell dewasa dah matured, so matching susah nak dapat. Compare to cord blood nye stem cell, ni mmg pure stem cell..dipanggil master cell, matching any time boleh dapat. Tapi stem cell ni ikut orng jugak, ada yg dapat banyak ada yg sikit cell count nya...Apa itu Cord Blood Stem Cell.. copy jela dr pamplet ni... The body's 'Master' Cells that may differenciate into other cell types including bone, heart, muscle, nerve skin and blood cells, making them very useful in treating many diseases. Cord blood stem cell have been used in the treatment of more than 80 diseases, immmune system disorders and certain cancer such as leukimia. The stem cell derieved from the blood of the placenta and the unbilical cord after birth. Ha tu la kegunaan nya...

Once kita signup, nnt dekat nak bersalin nnt dia akan bg kit utk ambil darah dr uri. Tapi sebelum tu kena tanya doktor dulu sama ada dia pernah perform menda ni ke tak. Kata Faizah, ikut doktor juak, ada yg betul2 faham tu dia aka 'squeeze' habis2an darah dr uri tu, so banyak la dapat. Ada doktor pulak cincai je, janji dia perform..ni yg jenis tak sabar.. Macam mana dia ambil ?, lepas baby keluar, lepas potong tali pusat, masa tu uri still attached dalam badan ibu, masa ni la darah tu diambil, masukkan dlm container (mcm bag) then call stemlife (the company) to fetch within 24 hrs (kira lepas ambil tu husband call terus la).. Ooo ya doktor Sri dr Prince Court ni among good doktor yg bg kerjasama la, ni according to Faizah.

Bayaran ? Ha ni yg mmg part nak dengar ni.. Last year masa member aku, Kak Zai buat enrollment fee dia rm 2500 (ni kira upon signup) tapi bole buat installment setahun. Until end june ni dia buat promotion, RM1500 utk enrollment, so kalau nak bayar installment dalam 100/month. Utk anually fee (mcm bank jugak ada anual fee) kira cam kos sewa tmpt utk store cell tu..Dia akan simpan until baby berumur 21 tahun. kalau kita bayar upfront kosnya ialah RM2500, tapi kalau nak bayar tahunan selama 20 tahun dalam rm 250 setahun.. kira kalau bayar upfront, jimat 50%. yg rm2500 tu pon boleh buat installment selama setahun.

Aku dah amik la borang dia, cuma belum discuss ngan abg lagi.. Amir kan ada masalah dgn darah.. This stem cell mungkin boleh tolong dia.. Stem cell dr cord blood ni sesuai utk adik beradik baby dan parents baby...

Sunday, June 21, 2009

Geram

Lately banyak issue2 yg buat aku geram.. Kengkadang tu issue sikit je, tapi geram tu lebih2 pulak. Tak kenapa tah....

Semalam mak telefon, bgtahu yg adik aku cik, dpt UNIMEP. Alhamdulillah la kataku...Nak mintak duit bayara permulaan RM400. Okay la, tgu gaji ni aku masukkan. Petang tu call lagi kata dia dapat interview UTP (Universiti Teknologi Petronas). Dia tanya nak p ke tak ? Kalau tanya pendapat aku, aku suh dia daftar yg UNIMEP dulu. Daftar on 28/6. Prepare siap2 benda2 yg nak bawak p daftar tu, cthnya medical checkup. On 24 dan 25 Jun ni p interview UTP kat Sri Iskandar.. Peluang yg datang tak kan tak nak grab, w/pun bukan confirm dapat masuk lagi, (tu sbb aku suh p daftar UNIMEP sbb yg tu dah confirm), tapi boleh dapat experience interview tu, which according tu abg, mcm interview nak mintak keja..sbb dia akan interview sekali dgn biasiswa. Ni bos abg involve dlm interview mcm ni , last 2 month kot, masa pengambilan bebudak SPM. Cik ni masuk dr Diploma...Dia pun heran, mcm mana dia boleh dpt interview ni sbb hantar dah la lasst minutes, tak sempat pun nak buat bayaran RM20 utk yuran pemprosessan. Tu la aku cakap dgn dorang, rezeki mana kita tahu... Mungkin dia tgk Cik ada involvement/experience keja ngan Petrosains atau course yg dia mintak tu antaranya Kejuruteraan Polimer,, tak ramai yg mintak...Tu yg aku cakap kan...

Malam sikit mak aku tepon, kata ayah aku keja (bawak van anta budak sek) on 24 dan 25 Jun tu.. Aku tanya yalah apa kaitan ayah keja.. Bukannya ayah yg nak p interview (Ni mmg ayat laser aku).. Dia kata, ayah kata tak payah p interview tu sbb dia tak dapat hantar.. Aku punyala hot dgn reason tu...Aik .. dah sampai ke Sabah, Sarawak, KL, takkan nak p Sri Iskandar, kalau orng tak bleh hantar , tak mo p?...Mmg reason yg nak kena sesangat, Kalau mak ngan ayah nak p hantar pun , penginapan tak disediakan, cuma disediakan utk student ja...Mula la aku ngungkit masa aku dulu semua buat sendiri, p interview biasiswa goldenhope kat KL, redah ja..padahal masa tu KL ni alien la bagi aku... Reason yg mak aku bagi mcm yg aku tulis lepas2, "Hang lain, 'cerdik' banyak...", Aku masa tu baru 19, adik aku lani 22, tak kan tak cerdik lagi kot.. Sampai bila 'tak harap' kan dia.. Bila lagi nak berdikari? Dia rasa aku 'cerdik' sbb aku tak penah citer kesusahan aku kat dia (sbb tak mo susahkan parents).. Aku tak ada duit ka? Nak beli buku ka? mana aku ada cerita, cuma kawan2 ja yg tahu.. Si Pinie tu la banker aku sblm duit biasiswa masuk..Ni assignment tak reti nak buat, balik rumah ngadukan mak..Mak pulak sibuk telefon anak2 lain suruh tolong cari bahan utk adik buat assigment.. Cari bahan , tu yg aku tak tahan tu.. Aku boleh bagi cadangan, p web mana ka.. tapi takkan sampai cari bahan.. Ni pun aku bising gak dulu...Heran jugak aku masa aku belajar dulu tak dak pulak mak sibuk2 ambil tahu bab assignment ni, mungkin masa tu sibuk ngan adik2 yg masih kecik, so tak amik port la pasal yg besar2 ni.. mungkin jugak la...Tapi mmg adik2 aku ni 'senang' banyak... Aku dulu nak masuk u, mak ngan ayah tak ada duit, pinjam ngan makcik, dapat biasiswa aku bayar balik.. tapi adik2 , aku bayarkan, bila dpt biasiswa, tak pulak bayar balik kat aku pun..Aku tak mintak pun dan tak kisah kalau tak bayar, tapi at least courtesy sikit..Kata abg, budak2 ni tak boleh harap dorng pk sendiri, kita yg kena 'initiate', kena bgtahu semua, kena nasihat bagai....Lagi satu komputer, zaman aku belajar dulu, aku terpaksa ikat perut sbb nak beli komputer, masa tu harga RM5000 (mahal betul), tu pun bukan yg branded. Duit biasiswa la tu, Adik2 senang ja mintak beli komputer, beli motor... Agaknya tu maksud mak aku 'cerdik banyak' kot....isk...

Geram ni tak abih lagi dgn sikap, mentaliti adik-beradik sendiri yg tak mo susah.. Nak senang je... Adik aku tu, aku rasa dia dah comfortable, dah selesa dpt tawaran dr UNIMEP, tu yg dia malas nak p interview UTP.. Bg aku kalau tak dpt UTP pun, dia dah dapat experience interview tu.. tak rugi....Banyak jugak abg citer pengalaman Bahrin (bos abg) interview budak lepasan SPM yg nak masuk UTP ni...Bos abg ni mmg scorer la (mmg scholar Petronas dulu)..dan pekerja cemerlang....

Friday, June 19, 2009

Buah manggis dan durian

Petang tadi amik result sek agama. Masa aku sampai dah ada 5-6 parents tgh beratur. Tak la lama sgt. Sampai2 tu amir berlari dptkan aku. Rupanya member tgh main kejar2 kat luar kelas dgn kawan2 dia. Comot betul baju seragam sek. Dah la putih... Masa jumpa ustazah Zainiah , dia bgtahu amir dapat tmpt pertama dlm kelas.. Lepas tanda tangan aku beredar. Kami (aku ngan amir) ke area kedai2 kat Changkat Permata.

Tmpt pertama yg dituju adalah kedai cermin mata. Dah 3 tahun tak tukar. Co aku leh claim RM 400 each termasuk husband dan anak2, so aku amik peluang ni utk buat spec. Mula2 pilih bingkai. Aku pilih style sekarang yg lebar dan nipis, brand apa tah, lupa lak. Kaler coklat2 gitu. Then check mata, Amir masuk sekali, dia gelakkan aku bila pakai spec utk test mata tu...Power aku naik dr 175 ke 225 each. Wah lama tak check mata.. Tapi silau aku turun dr 100 ke 25 each.. Heran jugak ek...

Total semua dlm RM500. So another RM100 aku nak gunakan nama abg...So next year abg boleh tukar spec, guna nama aku kalau lebih 400....Mungkin esok siap. Kalau tak Isnin ni...

Lepas buat spec, Amir ajak p Giant. Dia sebenarnya nak cari mainan. Aku buat dono je.. Nak makanan mama layan, mainan kalu bo layan... Beli kan adik aisha kopok dgn gula2 yg masam dlm manis tu. Ada manggis, which aku dah lama teringin, dok hint kat abg, tapi tak dak reaction pun.. Buat2 tak paham ke... Last2 aku beli sendiri dgn durian yg dlm polisterin tu. Mahal kemain, RM10. Manggis, RM 2.99 sekilo.. Beli sikit ja, lepas gian....

Balik, amik aisha d taska.. Member tgh mandi...Sampai rumah, solat asar, terus kuar amik abg di KLCC. Jam kat Jln Jelatek, amik AKLEH, terus masuk parking KLCC, Abg ada monthly parking card, so tak yah bayar (dia yg bayar.. heh). Baru nak parking, abg dah sampai. Budak2 pulak beria ajak naik KLCC..So layan la kejap. Bawak p beli Roti Boy tuk amir. Lalu kedai buku, nampak buku transformers. Mula tu si Amir nak jugak beli.. Lepas pujuk2 kata hujung bulan la, baru dia ok. Kalau tak muncung sedepa....La ni paham dah konsep gaji ujung bulan...hehe. Puas semua, kami terus balik....

Thursday, June 18, 2009

Kisah Office

Aku jarang bercerita pasal kerja sbb for me kerja aku tak interesting utk di cerita.. Tapi this issue mcm aku rasa perlu utk d luahkan.. Aku bekerja in IT line. Kira antara Vendor dan User lah.. Ada 3 team member dan 1 boss pompuan. Team member tu yg senior aku, dan sorang guy (S)baru join dlm 6-7 bulan, but he has experience dan this girl (A) , formerly sblm d serap sbg contract dia ni trainee dr Khazanah.. (ala yg Khazanah program for unemployed fresh graduate). She did Business IT, kalau tak silap. But have no basic knowledge at all in IT - (Programming is out la, Excel pun ada problem)..But she is picking up, tapi slow... Bukan ke 'slow' an dia yg pada aku creates problem. Yg tu kita boleh develop, but her attitude yg buat aku terdetik..Budak sekarang mcm ni ke? Sbb bila aku cerita dgn abg, dia kata dekat co dia pun ada gak yg berperangai begini..





Apa perangai dia gak nya ye... Mcm teruk sgt.. Tak de la terukkkkk..Gini.. bos aku ni kalau bercakap mulut dia mmg boleh tahan, bos pompuan, kira berleter la...Dan si A ni asyik kena je.. Base on my observation, why dia selalu kena :

1. Bila bg task, lambat nak respond. Cthnya suh update status keja yg dia buat, lagi dia tak complete dia tak kan buka mulut.. My bos ni dah tau style dia suka nagging, apa lagi, pot pet-pot pet..

2. Menjawab.. Aku menjawab gak kalau tak kena, tapi more to reason, yg dia ni more to excuse...Yg Si A ni ada sekali tu, bos mintak dia update SOP utk system, 2 bulan lepas tu bila tanya mana yg dah di update tu, dia leh jawab ada dlm buku nota dia...abih sapa yg nak baca? tny bos aku...Tu antara excuse yg dia bg..

3. Cakap suka mumbling..Kalau aku deal dgn dia, aku akan cakap berdepan, so dgr la dia cakap, tapi my boss ni (yg ni aku pun tak suka).. suka cakap/bg arahan dr tmpt dia.. Yg si A ni pun bercakap dr tmpt dia.. so mcmmana nak communicate.. sudah nya , kalau bos aku tak dengar or tak paham, lagi la dia berleter..

4. Slow pickup, in term of business process. Kalau IT (technical part) aku paham.. Tapi benda2 yg kita kena deal daily pun lambat.. Adeh !!! (She is learning, okay la.. tapi slow sgt, aku yg susah..) Mula aku ingat dia baru masuk alam pekerjaan, mmg lambat dlm segala hal, tapi bila dah masuk 7-8 bulan, dan compare dgn another x-collegue (B) yg baru gak, aku rasa pick up si B ni cepat.. Kerja dia pun teratur.

Ada jugak yg baiknya si A ni....Bukanla semua tak elok.. Yg tak elok tu mostly attitude dia terhadap keja, yg lain ok...The worst was last week. Keja dia cuma buat deployment saja, (meaning to deploy program yg vendor bg ke Actual system)..So friday tu ada 5 deployment kena buat dan dia stay back sampai pukul 9 nak habihkan jugak.. Apa yg jadi, dia tak sempat test each deployment tu, dan hari sabtu bila user nak pakai system, ada error, sampai la hari Isnin bila kitaorng dtg keja, user d HQ complain tak boleh access..User system ni all over malaysia, termasuk sabah sarawak..Tak ke kelam kabut.. Aku dah syak mesti ada kaitan dgn deployment.. Takkan aku nak revert semua deployment tu? Dia pukul 9.30 baru nampak muka (dok kat Klang, office kat KL). Bila sampai je, apa lagi, bos aku membebel la...bla2...Last2 aku leh settle juga dgn vendor, dan dia buat muka tak besalah..Dia boleh jawab kat bos "dah settle kan? sudahla.."Bos aku lagi hot, dia bebel lagi sampai si A ni tak tahan kot.. Masa meeting tu dia masuk kejap, lepas tu hilang, rupa2 nya dia balik. Dia sms bos, cakap dia mc hari tu dan esok dia nak jumpa big bos dekat office kami. (Kami ni support user kat tmpt dorang, office yg sepatutnya kat Subang).

So esok nya mmg big bos call my bos, discuss pasal ni..Si A bg tahu big bos dia nak support dr office.. My bos cakap, mana boleh, tak tahu apa yg dia buat kat sana, mcm mana nak evaluate..Last2 my bos cakap kalau nak p project lain , go ahead... So team kami kurang la sorang... Aku tak kisah dia nak p project lain, tapi lari mcm tu je tinggal keja without proper handover adalah sgt tidak professional...Aku tak ada issue dgn dia cuma bab tinggal keja dgn meja berterabur, dan aku terpaksa take over keja dia yg buat aku kurang senang...

Ambil Report Card Amir

Petang ni aku half day, nak g amik report card sekolah agama Amir. Kawan siap pesan, soh p amik...dan amik dia sekali bawak balik...Utk sekolah kebangsaan belum dapat utk semua subjek lagi.

Pagi tadi, aisha kencing tilam lagi.. Wa... jenuh aku basuh tmpt kencing (atas katil, cadar dan matres protector). Dia baru kencing tu sbb masa aku kejutkan nak bagi susu, dia tak sedar. Selalunya kalau dah basah dia dah bangun dah...Abah suh mandi terus, lepas pakai baju baru dia cerita..."Aisha mimpi, aisha masuk bilik air besar dan kencing kat situ.. Tgk2 aisha kencing betul..." Hmm selalu mcm ni. Tapi aku kecik2 dulu pun macam tu jugak.. Mimpi kencing dlm bilik air, tapi sebenar nya kencing tilam. Sampai sekarang pun selalu mimpi kencing, bezanya sekarang kalau mimpi ke bilik air, asyik kencing tak puas je, maknanya lepas kencing nak kencing lagi.. Agak nya kalau kencing puas, mesti basah tilam ..hehe...

Result Sek Keb Amir

BM Kertas 1 - 100%
BM Kerats 2 - 98%
Pendidikan Islam JQAF - 96%
Math - 98%
English - 88% (Mostly Grammar yg salah. Nampaknya dia kurang faham lagi kosep is, are, has, have, a , an. Nak kena anta tusyen ni)

Yg tak dapat lagi Sains dgn Bahasa Arab, rasanya la...

Monday, June 15, 2009

Cramp

Lately kerap benar aku d serang simpul biawak atau orng utara panggil tarik mengkarung (kenapa nama binatang ek?) Sebelum2 ni aku berjaya mengatasi nya sebelum ia terjadi, meaning bila rasa nak jadik je aku trus lurus dan tegakkan kaki, so far menjadi..Tapi bila ujung2 pregnancy ni mcm tak jalan je.. Sedar2 dah kena...Ada satu mlm tu 3 kali kena.. 2-2 kaki pulak tu. Adeh !! pagi2 lagi dah jalan terhencut2.. Ada sekali tu tgh tidur nak ubah kedudukan kaki, nak bengkokkan sikit, terus kena.. Adoi , sakit giler... Ada lagi sebulan nak go through ni.. Sabar... sabar...

Aisha pulak, sejak akhir2 ni asyik sentap je dgn abg Amir.. Kalau dgn aku tu tak yah cerita la.. Marah sikit, dan merajuk. Ni abang Amir cakap tinggi suara sikit pun dah merajuk, cari ceruk2 dapur, nangis sambil tutup muka...Bila tanya , dia kata Amir marah..sambil tersedu2. Bila tanya abang Amir pulak.. Mana ada, Amir cakap aje...Hai, Aisha2...Geram je aku ngan abah dia nengok...

Semalam, aisha dan Amir 'main' dgn baby dlm perut. Dorang cucuk je perut mama, baby akan bg reaction..Punya la kuat gerakan dia, dari kiri ke kanan mcm ombak perut mama.. Bila tgk bb gerak tak henti, aisha dah cuak..Mama pulak dok mengaduh, sakit la jugak...Dia siap marah baby, jangan buat mcm tu, nnt mama sakit...Muka aisha mcm nak nangis je...hahaha.. dia tak tau yg dia dulu pun gerak lagi kuat dr tu.....

Sunday, June 14, 2009

Ulu Yam

13/06/09

Ikut abang main Paintball d Ulu Yam (The Woods Resort). Dah lama abg dok ajak p temankan dia main paintball sambil bawak anak2 piknik.. Tapi aku mcm tak dek mood, selain letih manjang.. Tapi kali ni aku ikut jugak, Tak bagi tahu pun budak2 tu yg nak p mandi sungai, cuma cakap nak ikut abah main paintball je..

Malam sebelum tu, aku masak sup dan nasik siap2... Then prepare roti berintikan telur dan udang..mcm roti gulung..Pagi2 bangun, goreng roti dan goreng ikan, then masukkan dlm food warmer..Bawak air masak 2 botol...Bertolak ke Ulu Yam.

Abg kata ni first time dia main kat sana..Perjalanan lebih kurang 30km dr rumah. Jalan bengkang-bengkok. Sampai tu, budak2 nampak air, dah tak sabar nak mandi...Pukul 9 start mandi, naik pukul 1.. Tu dia...sampai kecut2.. Dulu aku ni pantang nampak air, menggetik nak turun air, tapi kali ni tak de selera pun.. Takat rendam kaki je.. Ke tmpt tu tak mengancam, entahlah...atau tgh bawak perut, so tak selesa nak berendam...

Tetiba hujan turun , rebas. Ingat nak tgu abg angkut barang ke kereta. Banyak dan berat la jugak.. Takut hujan makin lebat aku kerah bebudak 2 orng tu tolong hangkut...buat 2 trip.. Dah la kena jalan naik bukit, mengah makcik...Dah abih angkut barang, aku upah budak2 tu eskrim..Kesian tgk, sampai sakit2 tangan si Amir...Makan eskrim sambil tgu abah balik dr main paintball d bawah pondok...Oh ye.. masa abah lalu tmpt Amir n Aisha mandi on da way nak masuk utan tu, sambil lengkap dgn baju main painball (ala2 askar), aku terdengar sorang budak ni cakap kat mak dia.."Eh , abah dia askar la, abah kita tak..." Aku senyum je , nak tegelak pun ada...Askar tembak cat..hehehe

Malam tu tepon tok, Amir n aisha wish tok Happy Birthday...Tok pun tak ingat besday dia hari ni.. Aisha tanya " Kenapa tok tak buat kek sendiri?"

Lepas tu p kedai BATA dan HARI-HARI. P beli kasut sekolah Amir.. Ada sepasang tu ja..So tambah ni 2 pasang la..Beli besar sikit sbb yg ada tu dah sempit.. Cepat besar kaki amir ni.. Aisha pun nak gak kasut...Jenuh pujuk dia, kasut dia la paling banyak.. Mama suh try kasut yg dia bekenan, nanti2 baru beli.. Baju sekolah Amir pun camtu. P cari besaar sikit kat Hari2.. Masa nak naik tingkat atas tu aisha nampak baju yg dia nak beli dulu.. So dia tuntut la dr aku.. Masa tu kelam kabut nak beli baju sekolah amir awal tahun hari tu.. Ingat sungguh dia...Last2 dapat gak beli baju tidur kaler pink.

Aisha, tgh nak buat sand castle.
Aisha : Kenapa susah nak buat istana pasir ni mama?.
Mama : Mmg la, pasir kat sini kasar2 , pasir pantai halus.
Aisha : Halus tu apa?
Mama : Kecik ..(sambil garu kepala. Perkataan senang camtu pun susah nak terangkan)

Amir, suka benar dia main kat jeram tu


Aisha tgh melombong apa tah..

Berenang...

Amir : Eh aisha pandai berenang la...
Mama : Haah, perut dia kat atas pasir....

Mula2 nak masuk air


Skybridge and Petrosains

8/6/09

Aku ambil cuti satu hari. Malam nnt family aku nak balik Kedah, so pagi2 lagi dah bangun. Abg keje, terpaksa keluar sekali dgn dia.. Tempat mula2 yg di tuju ada lah Petronas Twin Tower Skybridge.. Punyala ramai manusia.. maklumla cuti sekolah...Abg yg dapatkan tiket ke Skybridge tu, kira tak yah beratur dengan orng lain..

Dah habis melawat Skybridge, kami ke Petrosains... Melawat situ pulak...Lama jugak rasanya..Budak2 tak puas lagi tgk2 , usik2 semua yg ada kat situ tapi kami yg tua2 ni dah lapar... terpaksa la suruh dorang cepat2 sikit... Dah habih melawat, tepon abg kat office dia, dan kami lunch d ikan bakar Bellamy..Mmg ramai org sbb lunch time (12.30pm).. Dapat jugak tmpt dan makan dgn berseleranya sbb lapaq....

Balik dr lunch, drop abg d KLCC dan aku bawak semua orng ke Prince Court Hospital, ada apptment dgn doktor, Hari tu aku dah 34 weeks...Solat zohor kat sana.. Dlm sejam kot kat sana..Baby , okay..mcm biasa jugak, taknak tunjuk muka, dalam keadaan sujud.. Doktor tu tegur aku ni mungkin bersalin awal sbb nengokkan aku ni aktif berjalan semacam je.. Tak kisah la, janji baby okay...Dah settle semua, terus balik rumah. Dorang sibuk packing barang nak balik. Adik aku amik tiket utk 4 orng, mak, ayah, cik dan hanif.

Malam tu bertolak ke hentian duta pukul 9.00. Amik abg d LRT Wangsamaju, dan terus ke transnasional. Lepas babai tok ngan wan, kami balik dan terus zzzzzzzzzz. Ngantuk dan letih sungguh..

Amir - tgh nak beratur naik Skybridge

Peace !! Dalam bilik 3D sblm naik Skybridge
Atas Skybridge, Aisha nyorok belakang aku


Memulakan perjalanan ke Petrosains

Amir

Tmpt ni dulu, pernah bergambar, tapi aisha nangis2 takutkan dinasour yg boleh bernyanyi tu. Kali ni pun takut lagi, Jenuh aku pegang

Art n Craft

Tgh tunggu nak naik 'helikopter'

Amir n Aisha

Amir

Saturday, June 13, 2009

Cuti Sekolah - Tok agan Wan dtg rumah

6/6/09 & 7/6/09

Since ada kenduri cousin aku kat Melaka (anak adik ayah), Mak dan ayah cdg nak pegi, aku mcm ragu2 jugak sbb mak aku bukannya sihat sgt.. sakit kaki dia masih belum baik lagi.. Aku suh amik flight ke sini, tapi mak kata dia nak naik bas.. So bertolak dgn ayah dan adik bongsu aku, Hanif. Sampai hentian duta, adik aku amik dan hantar ke rumah aku...Sampai hari Sabtu, rehat2 , malam tu kami ke rumah makcik aku (adik mak) d cheras...Lama dah kami tak kesana..Sempena mak dtg sini, boleh la bawak dorang.

Esoknya kami ke Melaka, anak kedua dan ketiga paksu aku kawen (2-2 lelaki). Anak2 paksu aku ada 10 (ke 13) orng semuanya..Ramaikan? Kiranya dah 5 orng yg dah kawen.. Yg sulung 29 tahun. Ada 3-4 lagi anak dara yg besar2 tgh tgu giliran..Pak Su yg cari kan jodoh utk anak2 dia.. Dan dorang pun tak membantah...Tapi mmg yg Pak su carikan semua baik2 belaka...Kali ni buat kat dewan sekolah.. Aku tak tahu pulak dewan sek boleh buat kenduri kawen...Mula nya kami p rumah dia, ingatkan silap haribulan ke sbb sunyi sj, rupanya buat kat tmpt lain...Ramai la sedara mara dr utara (Kedah) yg dtg. Antaranya Pak Lang aku satu keluarga...

Lepas makan dan tgu pengantin datang, kami bertolak balik. Cadang bawak mak dan ayah ke Putrajaya. Dorang pun tak penah sampai lagi.


Background Seri Perdana

Depan Masjid Putrajaya..Amir, Pakngah Muzri, Pak Su Hanif, Tok, Cik, Wan, Mama, Aisha

Tukang massage ...



Mak dan ayah