Sunday, May 31, 2009

Hari Sukan Taska Bunga Matahari

Gambar ni susunan terbalik...


Acara tarik tali.. Pasukan amir menang...

Amir n geng. Dr kiri, Fariz, Amarul,Amir,Aiman..


Acara balut tisu jd mumia.. Aisha cakap mama mia..hihihi

Steady jek aisha.. Bawak bola dlm sudu

air dlm span masuk dlm botol

Aisha dan Sarah Alia

Tgh bersilat

Pasukan dr Taska bunga matahari

Aisha dan kawan2

Amir

Hari ni taska Amir dan Aisha buat Hari Sukan...Ada 3 lagi taska yg terlibat, Taska Ibu ANA, Taska Wahidah dan Taska sek Ren Agama Taman Permata. Amir dan Aisha saja yg pakai baju lain, mama malas nak beli t-shirt taska.heheh. jadiknya pakaila baju Upin dan Ipin, janji kale ijau...
ps - ada lagi gambar nak upload. Semlm halfway sbb kilat dan guruh sabung menyabung, so terpaksa off computer....huhu

Thursday, May 28, 2009

Result Mid Term Amir - Sek Agama

Bahasa Arab = 98
Khat = 25/30
Jawi = 100
Tauhid = 98
AL quran/ Hafazan = 92
Akhlak = 100
Feqah = 96

No tak tau lagi....

Wednesday, May 27, 2009

Report Card Day - Tadika Aisha

Hari ni aku ambil report card d sek aisha. Cadang nya nak p sesama dgn abg tapi semalam tetiba abg kata kena p Kuantan la pulak.. Aiseh.. dilema la kejap sbb keta cuma satu tu ja.. Kancil belum renew roadtax lagi.. Malam td dia sibuk sms member2 yg pegi tu, malang nya semua nak numpang org.. So aku kata tak pelah, dia bawak stream, dan aku akan bawak kancil. Doa bnyk 2 agar selamat perjalanan dan pak polisi tak kacau....

Semalam jugak Pak Ngah (bapa saudara abg dr Johor) datang satu famili sbb anak dia, Ju nak convo ari ni.. Dorang sampai pukul 3 petang, nasib baik adik aku ada d rumah, so boleh la dorang berehat dulu. Malam tu kami kuar makan dekat AU5.

Aisha pulak tak sekolah ari ni, Since dia tau cik dia tak keja, dia tak mo ke taska.. Okayla, tinggal ngan cik, tapi kena janji ngan mama jgn nakal...Lepas anta abg amir ke sekolah, aku p la tadika aisha, ambil report card. Since awal lg, aku pekena roti canai ngan teh tarik kat kedai belakang tadika tu.. Lepas tu baru g amik report card. Kata cikgu Tulsi, aisha ada improvement dlm reading, in English and Bahasa..Dia kenal huruf very well tapi bacaan baru tahu suku kata.. Yg lain dia rajin, kalau di beri keja, cepat je habis...Kat rumah pun macam tu, dia rajin menulis. Dia akan tiru mana2 perkataan dan tulis atas kertas.. Kata cikgu Tulsi lagi, dia jugak aktif dlm kelas. Aku ni risau kot2 dia diam sbb dia tak mcm Amir, org Kedah cakap 'hemoi', ikut dan dia nak cakap apa pun.. Cuma cikgu Tulsi cakap, Aisha ni sgt berhati2 takut salah cakap which cikgu selalu cakap, it's okay kalau salah, just voice it out...

Masa nunggu giliran tu, aku sempat sembang ngan Mdm Chan. Dia dok tanya pasal Amir, murid kesayangan dia.....Ingat sungguh dia kat Amir...hehehe.. Dia tanya perkembangan Amir, dan keep on repeating that Amir ni kena ada approach nak tackle dia...Aku setuju dgn Mdm Chan sbb kat rumah pun camtu kena psycho sikit dgn dia ni...kalau tak harus jd pemberontak....

Dah habih tu, abg call, kata dia nak tumpang kawan ke Kuantan, ada kekosongan, so dia suh aku amik keta kat Petronas Tmn Melati.. Jadinya, kancik akan di tinggalkan di situ (harap2nya selamat) dan aku bawak stream ke ofis...

Result Aisha :
English = 97
BM = 100
Math = 98
Science = 100
P.Islam = 100
Reading = Average (kenal huruf)
Bacaan = Average (kenal huruf)
Art & Craft = Very Good

Tuesday, May 26, 2009

Happy 9th Anniversary to us


Hari ni 27-05-09 ulangtahun ke 9 perkahwinan kami.

Saturday, May 23, 2009

Tetamu di rumah..

Hari Khamis, aku trima sms dr F (kawan masa kat Penang dulu), tanya pasal hotel murah2 kat ulu klang.. Aku balas, kata kat melawati dan wangsamaju adalah.. Lepas berbalas sms, rupanya dia dan sorang lagi rakan ada kursus d Taman Permata hari ahad.. Dan lepas aku berbincang dgn abg, aku offer dorang bermalam di rumah.. So semalam, lebih kurang pukul 11 mlm dorang sampai dr Penang.. Dorang dah pesan tak payah susah2 masak, dorang makan kat Selayang Mall...Lepas bersembang2 sekejap (dah setahun aku tak jumpa), aku suh la dorang berehat kat bilik atas.. Amir tidur dr maghrib lagi, Aisha pulak baru terjaga pukul 8.30, so mata segar bugar lagi ngadap tv..Sampai kena paksa tido..

Pagi2 bangun, masak nasik, buat nasik goreng.. Ni mmg menu tetap aku hujung minggu.. peberet abang.. Ada roti gardenia dan butter n jam jugak.. Itu la menu ringkas utk breakfast..Ooo dgn air teh jugak....hehehe.. Lepas makan dorang berangkat p kursus tu..Petang ni singgah ambik beg dan bertolak balik Penang...Any way good luck utk kursus tu, mudah2an berjaya jd usahawan...

Meja dan book case dr IKEA

Aku beli ni awal bulan haritu, guna voucher IKEA yg abg dapat.. Kali ni puas hati berbelanja di IKEA sbb dh list down barang apa yg nak.. Sebelum2 ni cuma ikut mana yg berkenan sj... Cuma satu barang tak dapat, bangku bar counter, dah habis.. harga dia dlm RM39.00. Lenkali sajalah.. Lepas beli, mintak dia hantarkan dan pasang sekali , charge <> rm 100.00. Esok nya sampai la kat rumah.. Antara barang yg di beli , book case 2 units (satu=189), Meja study= 200++, kerusi=45, bakul sampah =9.9, lampu study=29 (sbb kaw yg aku letak meja ni tak ada lampu..) dan yg mahal tu bulb dia = 29 jugak...katanya energy saving...Okay la..bila2 nanti, boleh beli built in rak, letak kat atas meja study (mcm kat uum dulu) dan magnetic board..Nanti2 la yang tu...

Semak je, tak tahu mcm mana nak kemas...

Ada lagi buku yg nak di letak.....

'Helper' Baru

Akhirnya sampai jugak pembantu cuci baju aku ni.. Dah nearly 2 bulan tertonggeng-tonggeng menyental baju , walaupun ada jugak bbrp kali hantar kedai DOBI. Mesin ni aku beli kat Home Dec awal bulan ritu.. Brand LG, 10kg. dan ada dryyer sekali.. Since malam semalam sampai, aku test basuh baju sbb ada 2 beg plastic besar yg nak di antar dobi. Dah ada mesin ni tak jadi la anta dobi..Overall (dah benda barukan ), okay la.. tak bising mcm mesin lama.. Kalau front loading ni mmg bising, Dia tak bising sbb mungkin guna direct drum, tak guna belt mcm yg selalu ada pd front loading...Dah habih spin, ada music tanda dah abih basuh.. Belum test dryer lagi memandangkan belum perlu lagi buat masa ni...

Gelap la pulak gambarnya


Babai mesin lama... Jasamu ku kenang...

Tuesday, May 19, 2009

Minggu Exam Sekolah Agama

Bermula semalam sampai Jumaat ni ada exam utk Sek agama..So no TV for Amir.. Esok exam Tauhid dan Al Quran.. Mama pun turut ulangkaji dgn Amir.. Nasib baik dia tak kisah sgt tak tgk TV.. Balik dr taska je, terus buat keja sekolah kebangsaan, then susun buku utk esok dan ulangkaji utk exam.. Dia kena hafal Sifat 20..mama la cikgunya.. Ingat lagi, zaman mama dulu kalau tak silap sifat Allah ni belajar masa form 1.. Advance sungguh budak sekarang ke zaman dulu yg ketinggalan....Next week pulak exam sekolah kebangsaan.. Lepas tu yahoo... coti sekolah...Mcm mama boleh cuti...Hai mintak2 la boleh cuti...

Sekitar Birthday Aisha

Ni pun entry lama jugak.. Tgk gambar je la...

Birthday girl dan keknya

Ni kek utk taska

Kek birthday aisha utk tadika.. Kek di order dr Siti adik Ayu
Antara hasil yg disiapkan oleh Amir dan Aisha.. Boleh dijadikan fridge magnet.. Tapi magnet nya dorang dah cungkil keluar..

Kuda laut...

Mula mewarna

birthday present dr mama - Mould n Paint.. Mould tu mama yg bancuh. Aisha n Amir colour saja..

Dgn Birthday present dr abah - sticker book








Monday, May 11, 2009

Kisah melecur..

Banyak entry yg aku nak tulis tapi tak tertulis.. Nnt i'll update bila teringat, kalau tak lupa. Kisah ni masa aku pegi solat d surau KLCC last week 6/5 kalau tak silap. Masa tgu abg berjoging kat KLCC aku solat asar dulu d surau KLCC. Masa nak amik wuduk, ada sorang pompuan ni tgh mencuci kaki dia dr paha ke bawah. Bila d tanya rupanya terkena air panas, dah merah2 dah..mata dia pun merah menahan sakit. Kesian aku nengok.. nasib baik dalam handbag ada krim yg aku beli dr cina (Bao Fu Ling)..So aku bg dia sapu sementara nak p klinik. Krim ni berangin dan sejuk.. Hopefully dia okay la...Macammana boleh terkena , idak la aku tanya, dah la kawan utu tgh sakit, nak mintak cerita pulak lagi...Tak sanggup la ai...

Sunday, May 03, 2009

Happy Birthday to Me

Happy Sweet 17++ to me.... hahahah. I am forever Sweet 17++. W/pun badan dah tak mcm sweet 17...kekekek...

Nothing special on this day..like previous year. Only wishes from hubby and kids...Anyway, itu pun dah cukup.. And dear friends , thank you for the thought and wishes in Facebook...